DYMM Yang DiPertuan Kedah, Sultan Jaafar Mad Azam Shah. Syahid dibunuh pada tahun 1876 dipijak dengan gajah angkara talibarut Melayu, Thai dan Inggeris. Baginda telah mendapat alamat dan merasakan pada hari itu baginda pergi tidak akan kembali lagi. Menurut ceritanya, pada hari itu baginda telah diperdaya, diikat dan ditikam bertalu-talu dengan tombak, tetapi atas kehendak Allah taala cara itu tidak mendatangkan kesan. Lalu gajah-gajah baginda diberi makan ubi ara sehingga mabuk dan disitulah baginda diseret, dicampak kemudiannya menemui ajalnya, dipijak sehingga lumat. Keris yang tercekak dipinggangnya dipijak dan patah-dipatahkan, tanda maruah Melayu itu telah di injak. Isi perutnya dibawa dengan dulang oleh pengawal peribadinya balik ke Makam Diraja Siam, Kampung Tualang, Kedah melalui jalan sungai. Baginda merupakan seorang pentadbir yang cekap. Mendirikan sebuah kota pusat pentadbiran yang lengkap di Bukit Gantang tempat ayahandanya Panglima Bukit Gantang Syed Alang Alaudin.Bondanya adalah Puteri Raja China Manchu. Menguasai daerah Kerian,Batu Kurau, Larut, Matang dan Selama - jajahan Kedah.Seorang yang alim, ahli ugama serta kuat beribadat. Mempunyai ramai guru agama termasuklah Tuan Hj Ismail berasal dari Kampung Lama yang mengajar di kota itu pada setiap malam Jumaat.
Tengku Menteri Ngah Ibrahim. Dianugerahkan gelaran Orang Kaya Menteri oleh Sultan Jaafar Mad Azam Shah pada tahun 1864 kerana berjaya menyelesaikan Perang Larut antara puak Hai San (Islam) dan Ghee Hin. Menentang keras Perjanjian Pangkor 1874 sehingga membawa kes itu untuk dibicarakan di England. Menentang campurtangan Inggeris di Wilayah Larut. Membiayai angkatan perang untuk menentang Inggeris. Terlibat dalam menghapuskan agen British JWW Birch.Menasihati Sultan Syed Ismail Kinta supaya tidak menyerahkan alat kebesaran kerajaan kepada Inggeris.Menasihati raja-raja daerah di Wilayah Larut agar jangan menerima Residen Inggeris ekoran pengkhianatan Kapten Speedy ketua polis yang ditugaskan mengawal keadaan sewaktu Perang Larut. Beliau dibuang negeri dan harta kekayaannya dirampas kerana Inggeris sangat cemburu padanya yang menguasai perniagaan bijih timah di Semenanjung sehingga berupaya membina sebuah kota yang lengkap dengan pelabuhan di Kuala Sepetang disamping memiliki empat buat kapal wap sendiri. Taraf kekayaannya melebihi kedudukan raja-raja daerah atau kaum bangsawan Melayu dinegeri-negeri Semenanjung pada ketika itu.
Dato Maharaja Lela. Orang Besar Delapan yang berkuasa menghukum pesalah. Bertanggungjawab mempertahankan rajanya daripada sebarang ancaman. Menguasai Pasir Salak sehingga ke Sungai Dedap. Seorang pembesar yang gagah dan mempunyai kedudukan yang tinggi susunan ke tujuh dalam hirarki bangsawan Perak.Bersama dengan Sultan Syed Ismail Kinta dan Che Ngah Ibrahim mempertahankan agama dan tanahair daripada ancaman penjajah Inggeris. Syahid digantung sampai mati kerana terlibat secara langsung menghapuskan agen British JWW Birch.
Pandak Endut. Seorang Panglima Melayu yang aktif menentang Inggeris. Dianugerahkan sebilah pedang oleh Dato Maharaja Lela khas untuk menghapuskan agen British 'yang tak reti bahasa Melayu' JWW Birch. Orang yang pertama mengoyakkan proklamasi yang ditampal oleh Mat Arshad(barua Inggeris) dan menikam perutnya dengan lembing di Pasir Salak. Ditangkap di Kota Lama (Kampung Lama?) pada Julai 1876. Syahid digantung sampai mati kerana terlibat secara langsung menghapuskan agen British dan konco-konconya dari bumi Perak.
Dato Sagor. Menurut sejarah nama asalnya adalah Ngah Kamdim. Diberi gelaran Dato Seri Agar Diraja Orang Besar Delapan dalam hirarki bangsawan Perak. Berasal dari Kampung Gajah. Berhijrah ke Larut dan bersama-sama dengan Che Ngah Ibrahim mengusahakan lombong bijih timah sehingga menjadi seorang yang hartawan. Pada masa itu lombong bijih diusahakan dengan cara lama. Inggeris menggelarkan 'cara lama' ini sebagai 'lombong Siam @ lombong Melayu'.
Kedatangan puak Hai San yang di bawa masuk oleh Sultan Jaafar Mad Azam Shah mengubah cara lama itu kepada cara moden. Dato Sagor juga terlibat secara langsung menghapuskan agen British JWW Birch. Beliau syahid digantung sampai mati bersama dengan Dato Maharaja Lela dan Pandak Indut di Matang pada Januari tahun 1877. Selain beliau antara yang terlibat dalam 'amukan' itu adalah Panjang Bur, Si Putum, Ngah Jabor, Che Mah,Se Tuah dan Kulub Ali.
Jika perahu membawa timah daripada negeri Perak atau negeri lain hendaklah diperiksai oleh panglima batangan serta tatap dilihat di atas petak (UUK, ms9)
Mereka adalah pejuang yang tulen. Pahlawan Melayu yang mempertahankan agama dan tanahair yang dikasihi daripada jatuh ke tangan bangsa asing. Buktinya setelah Inggeris bertapak di Wilayah Larut, segala hasil kekayaan bumi tercinta 'Straits Tins' ini dirompak, disedut keluar melalui Singapura buat membiayai pembangunan dan peperangan salib di tanah asing bagi menjatuhkan Empayar Islam seluruh dunia. Contohnya kejatuhan Empayar Ottoman akhirnya memberi ruang kemasukan Inggeris ke Palestin (kisah Allenby menyepak nesan Sallahuddin Al Ayubi) dan kemudian rakyatnya ditinggal begitu sahaja untuk jadi bahan sembelihan tentera Zionis sehingga hari ini.
Sesungguhnya hasil-bumi Tanah Semenanjung didalam Empayar Islam Benua Siam-Kedah yang kaya raya ini boleh mencorak dunia!
Perihal timah ini juga sebenarnya telah ditegaskan oleh pemerintah pada zaman Syah Alam Yang Maha Mulia Sultan Mahmud Syah Ibni Nai Hizbu Muadzam Syah di Melaka pada 16 Jun 1650 masehi dalam Undang-undang Kedah ms10 (undang-undang ini juga menceritakan undang-undang Raja Siam zaman purbakala yang disadur daripada zaman (diberi gelar) Seri Johan Pahlawan ataupun nama sebenar baginda adalah Tunku Muhammad Chan @ Sultan Muhammad Johan Syah III @ Tok Temeng di Beruas 1388-1395 ) :
Maka hasil tafahus itu baharu ditambah pada zaman Seri Johan Pahlawan...
Perihal timah ini juga sebenarnya telah ditegaskan oleh pemerintah pada zaman Syah Alam Yang Maha Mulia Sultan Mahmud Syah Ibni Nai Hizbu Muadzam Syah di Melaka pada 16 Jun 1650 masehi dalam Undang-undang Kedah ms10 (undang-undang ini juga menceritakan undang-undang Raja Siam zaman purbakala yang disadur daripada zaman (diberi gelar) Seri Johan Pahlawan ataupun nama sebenar baginda adalah Tunku Muhammad Chan @ Sultan Muhammad Johan Syah III @ Tok Temeng di Beruas 1388-1395 ) :
Maka hasil tafahus itu baharu ditambah pada zaman Seri Johan Pahlawan...
Akan timah itu dagangan besar dalam negeri ini kerana kapal Gujerat [benua Keling] menghendaki ia dan kapal lain pun setengah menghendaki juga. Maka tiadalah dihukumkan jual beli dengan timah dan jika dihukumkan timah itu tiada diberi berniaga dengan timah, tiadalah ramai bandar rugilah hasil dacing daripada itu dan tiadalah timah itu datang daripada negeri lain dan daripada jajahan negeri pun...Daripada kerana itulah ehwal perkataan timah ini dinyatakan dalam undang-undang pada kemudian harinya, jangan peroleh orang lain kemudiannya...
Malangnya ada segelintir Melayu yang masih tidak sedarkan diri masih sanggup menggadai segala pusaka warisan hak milik bangsa Melayu yang tinggi nilainya itu kepada bangsa asing.
Selamat Menyambut Hari Merdeka!
sumber
* Pada tahun 1875, setelah peristiwa pembunuhan JWW Birch di Pasir Salak, Sultan Syed Ismail Kinta telah kembali berada di Kedah, daerah Kuala Muda (Jabatan Muzium, 1981,ms8). Fakta ini selari dengan rekod SNK, yang memberitakan bahawa Sultan Jaafar Mad Azam Syah pada ketika itu juga bersemayam di Istana Pulau Tiga, Sungai Merbuk, Kuala Muda, Kedah.
Menurut Jabatan Muzium lagi, Sultan Syed Ismail Kinta "berada di daerah Kuala Muda selama 6 bulan" sebelum ditangkap oleh Inggeris (bukan menyerah diri) sewaktu pulang dari pengkebumian DYMM Yang Dipertuan Kedah Sultan Jaafar Mad Azam Syah yang dibunuh di Gurun. Dan ketika itulah segala alat kebesaran Diraja dirampas oleh pihak British dan dibawa balik ke England.
* Pada tahun 1875, setelah peristiwa pembunuhan JWW Birch di Pasir Salak, Sultan Syed Ismail Kinta telah kembali berada di Kedah, daerah Kuala Muda (Jabatan Muzium, 1981,ms8). Fakta ini selari dengan rekod SNK, yang memberitakan bahawa Sultan Jaafar Mad Azam Syah pada ketika itu juga bersemayam di Istana Pulau Tiga, Sungai Merbuk, Kuala Muda, Kedah.
Menurut Jabatan Muzium lagi, Sultan Syed Ismail Kinta "berada di daerah Kuala Muda selama 6 bulan" sebelum ditangkap oleh Inggeris (bukan menyerah diri) sewaktu pulang dari pengkebumian DYMM Yang Dipertuan Kedah Sultan Jaafar Mad Azam Syah yang dibunuh di Gurun. Dan ketika itulah segala alat kebesaran Diraja dirampas oleh pihak British dan dibawa balik ke England.





















