Menjejak Warisan Jawi - Realiti Bil 3
SATUN-KRABI-KOH KLANG
"Dalam saya memerhati keadaan sekitar dan terpandang saya pada tulisan ini:
Due to cultural considerations, please refrain from alcohol comsumtion while visiting Kohklang. Modest dress is considered polite. Thank you!
Walaupun tidak ditekan perkataan ‘religious’ pada peringatan itu tetapi bagi saya ia jelas menunjukkan bahawa yang ‘budaya bersendikan adat dan adat bersendikan kitab Allah’ itu benar dan jelas terpapar pada kenyataan tersebut. Sebetulnya Islam itu adalah asas bagi pembentukkan budaya masyarakat yang berbenihkan Jawi. Maka Allahyarham Dato Onn tidak silap dalam strategi politiknya untuk menyelamatkan umat Melayu!
Peribadi dan akhlak yang baik dipandang mulia oleh sesapa sahaja yang beramal dengan Islam. Tidak kiralah dimana sahaja mereka berada, sopan dan santun tetap mengalir dalam darah terpatri kemas dalam jiwa mereka. Kurang terdapat pada bangsa lain terhadap penekanan adap, sopan dan santun yang sebegini halus kecuali dalam budaya Melayu yang berbenihkan Jawi berteraskan Islam...
...Andaikata jika Frank Swettenham tinggal di Koh Klang yang penduduknya bermuka Melayu tetapi tidak pandai berbahasa Melayu apa agaknya tajuk buku yang akan dinamakannya. Sudah tentu bukannya The Real Malay lagi, itulah fikir saya."
*Dua generasi yang tidak boleh berbahasa Melayu di Pulau Klang, Krabi, Siam. Adakah mereka ini boleh dianggap sebagai Melayu? Jika pun mereka ini Melayu, dari rumpun mana pula?
*Dua generasi yang tidak boleh berbahasa Melayu di Pulau Klang, Krabi, Siam. Adakah mereka ini boleh dianggap sebagai Melayu? Jika pun mereka ini Melayu, dari rumpun mana pula?
Salam,
BalasPadamDato onn bukan org pertama yg membawa idea 'kebangsaan' dalam perjuangan politik orang melayu..
Ada pemimpin Melayu yg lebih awal telah membawa erti kebangsaan yg jelas dan luas dengan berasaskan kpd Islam.
Dato Onn sebenarnya adalah seorang berdarah campuran dan tidak fasih berbahasa melayu. Dato Onn pd akhir hayatnya telah cuba utk membetulkan kesilapan politik beliau dgn membuat cadangan yg akhirnya beliau disingkirkan. Beliau telah bekerjasama dgn Inggeris dalam penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 yg mengakibatkan ramai pejuang2 kemerdekaan ditahan dalam penjara, beliau juga terlibat secara langsung dlm penguatkuasaan Ordinan Darurat 1948 yg masih ada kesannya sehingga kini.
Ashlar
Salam ashlar.
BalasPadamSecara ringkasnya, jawapan kepada persoalan kamu ada terkandung dalam realiti 3 ms 53/54.
terima kasih.
TMP
salam sejahtera,
BalasPadamsaya dah beli ketiga2 keluaran realiti. saya hormati kegigihan dan kesungguhan pihak tuan untuk membongkar sejarah Bangsa kita. Tahniah!
cuma pada saya, selagi pihak tuan masih berpegang kepada dakwaan Siam-Islam (saya tak katakan semua dakwaan Nai Long Kassim itu mengarut), selagi itulah maklumat yang dipaparkan akan bercelaru.
Just jawapan ringkas saya, penduduk di kawasan tersebut lebih awal dijajah oleh Siam/Thai. Sebab itu, jangan dihairankan kenapa hampir 2 generasi tidak lagi boleh berbahasa Melayu lagi. Tapi itu tak bermakna nenek moyang mereka pada dahulu tidak berbahasa Melayu. Beza dengan Patani yang agak lewat dijajah. Sebab itu
di Patani, masih ramai boleh bertutur dalam dialek Jawi/Kelantan. Beza dengan Setoi yang kebanyakannya dah tak mampu berbahasa Melayu. Saya juga masih mempunyai saudara mara di sana.
Sekian,
Abdul Rahim bin Ismail
kawasan yang mengguna bahasa Melayu di Negara Thailand bermula daripada kawasan tengah sehingga di selatan Thailand dan juga di sempadan Malaysia. Penutur Bahasa ini mempunyai merata tempat dan di beberapa wilayah di Negara Thailand seperti berikut.
BalasPadam1. Wilayah Pattani, Yala dan Narathiwas. Bahasa tersebut diguna keseluruh tempat.
2. Wilayah Songkla Bahasa Melayu diguna di daerah Thepha, Sabayoi, Nathewi, Chena, Sadau dan Ranood
3. Wilayah Satun, penutur Bahasa Melayu didapati di kawasan bandar, Bankuan, Cekbilang, Tamalang, Koh Adang dan Koh Sarai.
4. Wilayah Nakhon Si Thammarat Bahasa Melayu diguna di daerah Muang dan keseluruhan mukim di Nakhon Si Thammarat, daerah Thasala, daerah Hua Thaphan dan Mokhlan, daerah Ron Phiboon
5. Wilayah Krabi, Bahasa Melayu diguna di daerah Muang, Koh Ca, Koh Poo dan Koh Pipi, daerah Koh Lanta di kawasan Koh Lanta Yai, daerag Khau Phanom Tampat 6 mukim Nakhau, daerah Aulek di Ban Klang dan Ban Chong Mai Dam di mukim Klang Hin
6. Wilayah Phuket, didapati penutur Bahasa Melayu di kawasan daerah Muang, Lam Tuk Kae, Koh Sire, Ban Sapha dan Had Ra Wai
7. Wilayah Phatlung, didapati penutur Bahasa Melayu di daerah Kong Ra, daerah Chelem dan mukim Jarad
8. Wilayah Trang, didapati penutur Bahasa Melayu di daerah Kan Tang di mukim Kantang Tai dan mukim Koh Li Bung
9. Wilayah Suratthani, didapati penutur Bahasa Melayu di mukim Koh Marid dan daerah Samui
Manakala di kawasan tengah Negara Thailand didapati penutur Bahasa Melayu di kawasan Nong Chok Bangkok, wilayah Samut Prakan, Nonthaburi dan Pathum Thani
Data yang dipapar di atas pada masa sekarng ini. Keadaan penutur Bahasa Melayu di Negara Thailand sudah di dalam keadaan yang berbeza. Oleh kerana data sedemikian sudah lama.Pada masa sekarang keadaan bahasa Melayu banyak dipengaruh oleh Bahasa Thailand bercampur dengan jenerasi baru yang tidak suka bertutur di dalam bahasa Melayu menyebabkan Bahasa Melayu pada masa kini dalam keadaan kritikal terlebih lagi di kawasan penduduknya mejoriti bercakap di dalam Bahasa Thai.
"cuma pada saya, selagi pihak tuan masih berpegang kepada dakwaan Siam-Islam (saya tak katakan semua dakwaan Nai Long Kassim itu mengarut), selagi itulah maklumat yang dipaparkan akan bercelaru."
BalasPadamSalam En Abdul Rahim bin Ismail
Boleh ceritakan sedikit melalui kajian saudara yang mana mengarut dan tidak terhadap dakwaan Nai Long Kassim itu?
Terima kasih
Ahmad Ruslan bin Jaafar
Waalaikumussalam Encik Ahmad Ruslan bin Jaafar,
BalasPadamhal perang antara Melayu dengan Siam/Thai hingga ke kemuncak 1876 tu saya memang setuju (pembunuhan Sultan Jaafar Madazam Syah). Malahan tak terhenti di situ, Siam terus menyerang semenanjung Tanah Melayu hinggalah Kesultanan Patani dipecah2kan dan akhirnya dijajah terus.
Tapi untuk mengatakan keseluruhan Raja Siam dari Dinasti Ayutthaya adalah Islam adalah satu dakwaan ekstrim. Sukar bagi saya terangkan semuanya dalam ruangan yang terhad ini. Namun, kesilapan blog sejarahkedah pada pandangan saya adalah apabila menafsir semua wasiat yang diterima dari kaca mata Siam, bukan Melayu.
Mungkin tuan boleh juga rujuk pandangan dari sisi berbeza di blog mistisfiles dan ibnurusydi.
Apa pun, saya sangat terbuka dan mengalu-alukan perbezaan pendapat yang membina. saya harap TheMalayPress & the gang teruskan usaha. Jika kamu yakin dengan apa yang dipercayai, teruskan menggali dan buktikannya. Pasti akan ketemu jawapannya. Jika tidak, tidak salah & tidak perlu malu untuk memperbetulkan kembali maklumat dan mengakuinya.
Saya doakan yang terbaik untuk blog ini dan semoga majalah Realiti terus sukses dalam keluaran2 yang akan datang.
Terima kasih.
Abdul Rahim bin Ismail
Salam kembali En Abdul Rahim Ismail
BalasPadamJika diperhati tiada banyak perbezaan antara muka Siam dan muka Jawa, budaya pun seakan-akan sama. Ketara berbeza itu nampak pada bahasanya. Jadi mengapa perlu berlaga angin? Kesah Hang Tuah dan Taming Sari itu sebenarnya agenda Inggeris untuk menimbulkan konflik antara 2 kuasa ini. Padahal ia tidak pernah berlaku. Bukankah seperti didakwa bahwa tentera Majapahit juga turut membantu Siam menentang Thai dalam perang Musuh Bisik? Bukankah Belanda dan Inggeris turut sama merombak sejarah Indonesia? Lihat sahaja di Indonesia secara kasarnya agama cacamarba, Malaysia pun sama agenda mencacarmarba itu sedang giat dijalankan.
Tentang dakwaan ekstrim perlu ditanyakan pada tuan punya badan dan mungkin mereka telah bersedia dengan segala bukti. Sampai masa mungkin dikeluarkan. Wallahuaklam
Dan sejarah itu hidup.
Ahmad Ruslan bin Jaafar
Terima kasih atas pandangan saudara Ahmad Ruslan.
BalasPadamBoleh saudara buktikan yang kisah Hang Tuah dan Taming Sari itu rekaan semata2? Dalam mengkaji sejarah, kurang tepat jika kita hanya bersandarkan hanya kepada satu sumber semata-mata. Perluaskan bacaan, kaji juga rekod bangsa2 lain.
Bagaimana saya tak mengatakan sebahagian daripada dakwaan Nai Long Kassim itu mengarut. Perang Musuh Bisik berlaku lingkungan tahun 1800-an. Saudara mungkin tak tahu yang empayar Majapahit dah runtuh pada tahun 1500-an, akibat pembangunan Kerajaan Demak, Kerajaan Islam pertama di Tanah Jawa. Pewaris Kerajaan Majapahit adalah Mataram. Disusuli oleh Yogyakarta, Surakarta, Mangkunegara dan Pakualaman. Jika empat Kerajaan ni yang dikatakan membantu Kedah (atau Siam seperti didakwa) menentang Thai semasa perang Musuh Bisik, barulah logik dan boleh diterima.
Bagaimana satu Kerajaan yang dah runtuh hampir 300 tahun kemudiannya datang membantu kita di semenanjung Tanah Melayu pada tahun 1800-an?
Terima kasih.
Abdul Rahim bin Ismail
Salam En Abdul Rahim Ismail
BalasPadamNampaknya tuan bersetuju jika tentera Islam dari Jawa membantu Siam menentang Thai cuma tidak bersetuju jika ianya adalah Majapahit. Saya yakin waris-waris Wali Songo dari Kerajaan Islam Demak tentu tersenyum dengan penerimaan ini. Sememangnya mereka mempunyai kaitan yang kuat. (Bukti tidak perlu saya sertakan, kerana mungkin ianya akan timbul tidak lama lagi)
Yang keduanya sebelum saya buktikan Hang Tuah dan Taming Sari itu rekaan pihak Kristian semata-mata untuk menimbulkan konflik antara kerajaan Islam Siam-Kedah dan Jawa (kerana pertalian agama yang kuat dan tuan juga bersetuju dengan perang mush bisik fisabillilah 1821) boleh saya tahu daripada rekod mana tuan dapat kisah itu?
Saya juga terbuka dan bersedia menerima fakta baru jika ada. Lebih-lebih lagi bab nama si Majapahit itu.
Terima Kasih.
Ahmad Ruslan Jaafar
nampaknya masih tak habis2 lagi puak2 penyokong ideologi Siam-Islam ini menggunakan nama Wali Songo untuk mengesahkan segala dakwaan mengarut ni.
BalasPadamBuat saudara Ahmad Ruslan Jaafar, saya keturunan ke-19 daripada Syeikh Maulana Syarif Hidayatullah. salah seorang Wali Songo yang utama, dikenali juga dengan nama Fatahillah @ Sunan Gunung Jati.
Dan untuk makluman saudara, saya tak tersenyum pun dengan dakwaan saudara tu. Saya baca kenyataan encik Abdul Rahim tu,cuba saudara Ruslan baca balik betul2 kenyataan dia tu. Bukannya dia mengakui yang Majapahit membantu Siam, tapi kemukakan fakta untuk menunjukkan yang maklumat sejarah negara kedah tu caca marba dan bercelaru (ikut suka hati tafsir sejarah!).
Dan jika kalian sibuk pertahankan apa yang dikatakan sebagai wasiat yang diterima, maka saya harap kalian juga hormati wasiat daripada pewaris Wali Songo. Untuk lebih jelas, nenek moyang saya tak ada kaitan dengan Siam yang dikatakan Islam ini. Bahkan,untuk lebih jelas, pewaris Sayed Hussein Jamadil Kubra yang menurunkan ramai wali termasuk Wali Songo terlibat dalam peperangan menentang Siam! Khususnya di Patani. Adakah Siam di sini era Sukhotai ataupun Chakri? Tidak! Bahkan Siam yang diperangi ini adalah termasuk Siam di era Ayutthaya!!! Yang mana raja2nya beragama Buddha cuba meluaskan kuasa mereka dengan menceroboh sempadan semenanjung Tanah Melayu yang bermula di Rundung (Ranong).
Rujuk juga blog patani-book jika nak maklumat lebih lanjut.
ibnurusydi.blogspot.com
Salam buat saudara Ibnu Rusydi & Ahmad Ruslan Jaafar,
BalasPadamDalam kita berdebat, biarlah berfikiran terbuka & berlapang dada. Saya lihat, komentar yang saya berikan seolah2 dah cetuskan perang mulut pula antara kumpulan yang pro dan kontra tentang dakwaan Siam-Islam ini.
apa yang saya tuliskan hanya sebahagian daripada pandangan saya mengenai kecelaruan maklumat dalam blog sejarahnagarakedah. Jika perkara ini dapat diambil secara positif, ikhlas saya katakan saya berharap TheMalayPress & penyokongnya seperti saudara Ahmad Ruslan Jaafar dapat memberikan jawapan ataupun pandangan supaya kekeliruan tersebut dapat dihapuskan. Ataupun berusaha lebih gigih lagi untuk mencari & membuktikan kebenaran perkara tersebut.
Jika tidak, orang2 terpelajar & mempunyai ilmu sejarah seperti ibnu Rusydi dari awal lagi akan terus menghentam maklumat kontroversi yang diberikan.
Itu sahaja. Memandangkan saya tidak mempunyai blog sendiri, saya berharap dapat berkongsi maklumat dan berdebat secara ilmiah dalam blog2 pembongkar kebenaran sejarah seperti TheMalayPress ni. Harap semua dapat hormati dan fahami niat sebenar saya.
Terima kasih.
Abdul Rahim bin Ismail
Assalamualaikum to all,
BalasPadamI’ve browsed the “Nagara Kedah Pasai Ma” site extensively and I can categorically state that it is based entirely on falsehood brought about by the troubling delusions of its owner, an En. Mazlan of Kedah.
His “stories” are all jumbled fairytales of countries and kings of different eras. The T’ai kingdom of Sukhothai flourished only briefly – from 1238 to about the mid-late 1300s. Sukhothai was in no position to collaborate with any British force against any Malay “emperor” in the early 19th century as alleged by that site as this kingdom vanished over seven centuries earlier.
The successor T’ai kingdom of Ayutthaya existed from the mid-late 1300s to 1767 when it was destroyed by the Burmese led by King Hsinbyushin. The last Ayutthayan king, Boromaracha V (Suriyat Amarin or Ekhataat) perished in the invasion. The successor T’ai state to Ayutthaya was Thonburi, founded by the ethnic-Chinese General Cheng Chao Sin, better known as Phya Taksin. Taksin himself was toppled and executed by another Chinese General, Cheng Tong Duan – known today as Chao Phraya Chakri or Rama I – in a palace coup in 1782. General Tong Duan then founded the Chakri Dynasty based at Krung Thep (today’s Bangkok) and this family has ruled Thailand ever since.
Ayutthaya was never a Malay empire. It was a T’ai Buddhist kingdom, although it had many Muslims in senior positions. The owner of that website is delusional and has done great damage to Malay perception of their history. I would like to think that I’m an authority on Southeast Asian history (esp. ancient Siam, Cambodia, Champa, Patani, Srivijaya and Langkasuka) and I’m sorry to say that 100% of that site’s claims are fallacies and malicious fabrications. History is based on corroborating historical evidence by adjacent kingdoms. None of his claims could even be remotely corroborated by any historical document anywhere, except via his own twisted rationalization of place names and word associations and jumbled eras. The Dutch, French, English, Persians and Portuguese kept meticulous records of their dealings with Ayutthaya. From my extensive research across the world’s greatest archives and libraries, I’ve never come across any document testifying to a Malay emperor of Ayutthaya, or that Ayutthaya was a Malay empire.
That site also claimed that the “Siam” and the “Thai” are different peoples, with the “Siam” synonymous with the “Melayu” and the “Thai” being descendants of the “Suku Thai” from up north. Again, this is an absurd misrepresentation. The Siamese are members of the T’ai-Kadai racial group. “Thai” is just a recent concoction by Field Marshall Phibun Songkhram in 1938 to incorporate ALL ethnic groups in Siam, which he renamed Thailand. “Thai” means “free” in Siamese. “Sukhothai” has nothing to do with the phrase “Suku Thai.” Sukhothai is actually the Siamese corruption of the Sanskrit name “Sukhodaya’ for that old kingdom.
I believe this Mazlan is a UITM staffer. Something must be done before his one-man delusional quest to twist history affects the unfortunate Malay students at that institution. I advise you don’t waste time reading his delusions.
Anyway, my Patani book gives a detailed account of Ayutthaya and its relationship with the Patani Malay kingdom.
KijangMas
patanibook.blogspot.com
Salam Tuan Ibnurusydi
BalasPadamSaudara bersetuju dengan kenyataan bahwa memang waris wali songo ada sekali membantu tentera Islam di semenanjung menghalang kemasukan Thai?
Saudara bersetuju Thai menyerang Rundung yang memang pun bersultankan seorang Islam?
Saudara bersetuju Empayar Siam-Kedah itu besar sehingga melewati sempadan Segenting Kra?
Saudara bersetuju bahawa orang Islam Kedah yang buka negeri Siam?
Saudara bersetuju kesultanan Kedah berasal dari Merong Mahawangsa?
Saudara bersetuju bahawa puak2 freemason dan agen yahudi memecah belahkan Empayar Islam seluruh dunia dengan cerita2 konflik?
Saudara bersetuju bahwa agen2 mereka menjalankan dakyah di nusantara bukan untuk setahun dua tapi sudah beratus tahun dengan mempersiapkan tentera menghadapi perang akhir zaman?
Saudara bersetuju ada seorang bernama Khalifah Syarif Abu Bakar Syah syahid dibunuh musuh tahun 1821?
Saudara bersetuju bahwa Sayed Hussain Jamadil Khubra itu seorang Arab?
Saudara bersetuju Jawa menerima Islam lewat daripada Acheh?
Baik, saya ingin bertanya kepada tuan sebagai waris wali songo, apa pandangan saudara mengenai masalah Selatan Siam?
Apa yang dibawa oleh wali songo?
terima kasih
ARJ
Salam to all.
BalasPadamPls refrain yourself from personal attact at this point of time.
Put down your thought not your 'isi perot'.
tq.
Wassalam.
Encik Ahmad Ruslan Jaafar,
BalasPadamMeh sini saya ikut cara anda jawab soalan saudara Abdul Rahim Ismail yang anda tak boleh jawab tu :
Sebelum saya buktikan yang dakwaan Siam Ayutthaya Islam tu memang mengarut, boleh saya tahu daripada rekod mana tuan dapat kisah Siam Ayutthaya-Islam itu?
Merong Mahawangsa anak Maharaja Shih Huang Ti Rum Chin Ser Wong, anak Maharaja Sai Tee Sung dari Dinasti Tang. Kenapa beza benar antara nama datuk, anak, dan cucunya? Kenapa anak dan cucunya tidak mewarisi nama keluarga ‘Sai’?
Isteri kepada Merong Mahawangsa bernama Syarifah Maryam “Pinang Tunggal” binti Syed Jamal Al-Jufri. Bagaimana keluarga ‘Al-Jefri’ dari keturunan mulia Rasulullah boleh muncul seawal tahun 800an Masihi?
Kenapa dalam catatan Yuan Shih, dengan jelas dinyatakan pembahagian sempadan antara Melayu dengan Siam di segenting Kra? Bukannya disebut Siam dengan Thai?
Benarkah nama2 tempat di semenanjung Tanah Melayu seperti Phuket dan Songkhla berasal dari perkataan Siam iaitu ‘Po-Kheag’ dan ‘Hantar Benih’? Ataupun memang asal perkataan Melayu iaitu Bukit dan Singgora?
Hang Tuah asalnya bernama Tun Saaban Kemudiannya dilantik sebagai Laksamana Melaka dengan gelaran Hang Tuah, sebelum naik pangkat menjadi Maharaja Ayuthia bernama Narai dan akhir sekali, dilantik menjadi Raja Acheh, iaitu Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam. Kenapa rekod dari Acheh dan Parsi (Iran) menyatakan yang mereka menghantar golongan Mubaligh untuk mengIslamkan Raja Narai?
Kalau betul Ayutthaya tu empayar Islam, kenapa raja2nya tergamak menyerang saudara seIslam, membunuh Raja2 dan menyeksa rakyat bagi negeri2 yang ingin sangat dijajahnya di semenanjung Tanah Melayu???
Baik, saya ingin bertanya kepada tuan sebagai penyokong tegar Siam Ayutthaya Islam, apa pandangan saudara mengenai masalah Selatan Siam?
Apa yang dibawa oleh Raja2 Ayutthaya?
terima kasih
Ibnu Rusydi
p/s: Saudara TheMalayPress, mohon jasa baik untuk siarkan komen saya ini. TQVM.
Ok harap semua pihak berpuashati. Tak dapat dinafi pro and kontra memang ada. cuma balik umah masing-masing fikirkan kemana hala tuju dan penghujung kisah sejarah ini.
BalasPadamapa matlamat apa tujuan.nak balik ke mana. dan siapa musuh kita sebenarnya. apa agenda tersirat mereka?
Saya yakin semuanya ingin melihatkan kembalinya kegemilangan Islam, kembalinya maruah bangsa yang digelar 'Melayu' dalam perlembagaan Malaysia ini supaya tidak mudah diperkotak-katik oleh bangsa asing. Sesungguhnya kebangkitan Islam dan Melayu itu memang amat ditakuti.
Pembaca boleh menilai sendiri kisah yang mana telah membuka mata hati dan yang telah membuka fikiran untuk melihat kebenaran sejarah kita yang selama ini seumpama Siling Kaca, nampak dunia terbantang luas, nampak dimata boleh tercapai, tapi dapat belum tantu.
Jangan lupa sentiasalah berdoa ke hadrat ilahi agar diberi petunjuk juga kepada kebenaran.
Yang rahsia tetap rahsia dan Press tetap press.
wassalam.
*sapa nak advertise buku ilmiah boleh berhubung terus dengan Majalah Realiti.