"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
THEMALAYPRESS - FIKIR DENGAN KRITIS | TERUS MELANGKAH LEBIH JAUH.

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Terima kasih kepada para pembaca yang masih setia mengikuti blog ini!
~ MOHAB (Blog layout versi 1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Jumaat, April 05, 2013

Barisan Elit Teratai Dibelakang General Khalid Al Walid

0 comments
Ini hanyalah gambaran sahaja dan sesungguhnya,
tiada istilah kebetulan,


kerana semuanya telah ditentukan.


Tentera berkuda Khalid Al Walid adalah yang paling elit dizaman Rasulullah s.a.w sehinggalah di era para sahabat.

Manakala Yamamah pula adalah kilang membuat senjata perang tentera mukminin dizaman itu. Terkenal dengan pembuatan pedang yang amat tajam dan salah satu daripada pedang Rasulullah s.a.w adalah buatan Yamamah. Perang Yamamah berlaku pada Disember 632 masehi tidak lama selepas kewafatan Rasulullah s.a.w pada 6 June 632 masehi.

Kisah lain.

Manakala turut disebut dalam sejarah bahawa ada sebilah lagi pedang Rasulullah s.a.w yang bernama Qula'ie قلعي yang diperolehi sebagai harta rampasan perang setelah mengalahkan Yahudi bani Qaynuqa 623 masehi adalah sebilah Pedang (besi) Kedah @ Al Sayf Al Kadaram atau Al Sayf Al Hind.

قلعي - bukan bahasa Arab, bukan bahasa Urdu, bukan bahasa Hindi, bukan bahasa Mandarin, juga bukan bahasa Melayu, tetapi adalah bahasa Parsi yang bermaksud timah dan menurut para ulama yang mentafsirnya قلعي juga bermaksud timah atau timah putih. Menurut ahli sejarah yang lain, pedang ini lain daripada yang lain kerana mempunyai rekaan berbentuk gelombang.


terdapat pada nya ukiran yang bertulis: 
"ini adalah pedang mulia dari rumah Nabi Muhammad s.a.w, Rasul Allah"
haza saiful masharif baiti Muhammad Nabi Rasul Allah


Ini tidak mustahil kerana orang pribumi @ asli tempatan @ tok nenek bangsa Melayu hari ini memang pandai besi malahan pandai emas yang lebih awal daripada tamadun-tamadun didunia pada ketika itu sesuai dengan gelaran Golden Chersonese - Semenanjung Emas yang bermula-pangkal di Segenting Kra bukannya Perlis. Sudah tentu wujud sistem tukar barang @ barter melalui jalan perdagangan di utara Selat Melaka @ Laut Kedah pada ketika itu.

Timah yang terbaik di dunia juga adalah dari Alam Melayu bak kata orang putih The Straits Tin - Highest quality. Pengeluaran-nya sedikit tapi terbaek! Manakala di Siam pula pusatnya adalah di Phuket @ Tanjung Salang, Phang Nga dan Kanchanaburi, semuanya wilayah Melayu!

Lombong timah terbesar zaman purbakala terletak di Alam Melayu.

Banyak penemuan terkini di utara Semenanjung Siam-Malaka oleh ahli arkeologi tempatan  membuktikan perkara itu. Menunjukkan bahawa bukan hanya di Semenanjung Tanah Melayu malahan seluruh Pentas Sunda ini sudah pun berpenduduk pribumi sebelum kedatangan Islam sewaktu zaman Rasulullah s.a.w dan para sahabat. Jikalau tiada penduduk maka tiada ertilah 'watikah' ataupun 'Kedat' yang dibawa oleh Merong Mahawangsa untuk dibacakan dalam usaha dakwahnya.

Terbukti kuat Islamnya pada 222 hijrah bersamaan 800+ masehi kerana wujudnya Undang-undang Kedah yang berbahasa Melayu, dan telah dinyatakan perihal timah (bukan fa-timah) dalam bahasa Melayu dengan panjang lebar didalamnya!

Malahan didalam UUK, Ligor di Benua Siam dieja jawi sebagai Lakur dalam bahasa Melayunya bermaksud 'adunan besi.' manakala Siam pula dalam bahasa Melayu Champa bermaksud 'baik.'

Apa pula kaitannya dengan kisah teratai?

Telah pun wujud satu ketika dahulu sebuah empayar Teratai yang terletak di Alam Melayu. Yakni sebuah empayar Islam yang bermula di Kedah kemudiannya menjalankan pemerintahan dari Benua Siam.

Kita mengatakan empayar ini empayar Melayu kerana menurut Syeikh Ahmad Fatani, duduknya negeri Melayu itu adalah diantara China dan India. Ini bermaksud Alam Melayu itu terletak di antara kedua-duanya - besar wilayahnya.

(Syeikh Ahmad Fatani ini pula adalah pemikir tersohor Islam "Savant of Merit" yang pernah di lahirkan di Alam Melayu dan sangat terkenal namanya sehingga pernah di panggil untuk menyelesaikan masalah perdebatan agama sewaktu pemerintahan Khalifah Ottoman di Turki.)

Jika menurut pengajian ilmu Alam @ pengajian bentuk muka bumi @ geographi, maka dalam wilayah itu ada dinamakan benua, ada dinamakan negara, ada negeri, ada anjung dan ada pula pulau-pulau. Bermakna lengkaplah semuanya di Alam Melayu ini.

"Manakala Teratai dalam bahasa Melayu Siam pula bermaksud Tera - tempat duduk Tai - tempat mati, maknanya bumi tempat kita duduk ini juga tempat kita mati.

Muhammad S.A.W pernah menceritakan yang arash Allah S.W.T terletak di atas air yang luas seperti lautan yang mana mafhum hadis ini memberitahu atas air itu penuh dengan bunga-bunga teratai." (sumber)

Begitulah adunan kisahnya teratai dan besi di Alam Melayu yang menjadi simbolik kepada perisai dan senjata, hidup dan mati, berkhidmat kepada Rasullulah s.a.w di awal kebangkitan Islam terus menerus, zaman berzaman yang tiada boleh dipisahkan sehinggakan menjadi darah daging kepada segelintir umat Melayu yang mengerti pada hari ini.


Panglima-panglima Islam bersiap untuk duel dengan panglima Roman Empire di Yarmuk.



George: Apa yang kamu dakwahkan kepada manusia?
Khalid: Supaya mereka mentauhidkan Allah dan menerima Islam.
(tidak menyekutukan Allah dengan sebarang apa pun makhluk dan menerima Islam)

Pada ketika ini panglima Roman bernama George sudah pun menerima Islam, bersolat dua rakaat dan berperang bersama Khalid Al Walid dan menjadi seorang syuhada di Yarmuk.

Sedikit berkenaan Syeikh Ahmad Al Fatani.

Nama lengkap Syeikh Ahmad al-Fathani ialah Ahmad bin Zainal ‘Abidin bin Haji Wan Mushthafa bin Wan Muhammad bin Wan Muhammad Zainal ‘Abidin al Fathani. Beliau dilahirkan pada pada malam Jumaat 5 sya’ban 1272 H/ 10 April 1856 M, di Kampung Jambu Negeri Jerim, Fathani. Beliau bermastutin di Mekah dan meninggal dunia pada 11 Zulhijjah 1325 H / 14 Januari 1908 M, di Mina, akibat sakit lumpuh sebelah badan. Jenazahnya kemudian dibawa ke Makkah dan dikebumikan di tanah perkuburan Ma’la berhampiran dengan perkuburan Siti Khadijah isteri Rasulullah S.A.W. Dari sebelah ayahnya Syeikh Ahmad al-Fathani berketurunan dari Hadramaut, dan dari sebelah ibunya beliau berketurunan dari Syeikh Shafiyuddin yang berasal daripada keturunan Saidina Abbas bin Abdul Muthalib, bapa saudara nabi Muhammad Sallallahu Alaihi - [lebih kurang 1325 tahun selepas hijrah yang lalu. Wasallam.]

Read full post »

Rabu, April 03, 2013

Wajib Ditentang Jika Dibenarkan UMNO Sekalipun

0 comments
Isu kalimah Allah bukan isu politik tetapi satu isu akidah umat Islam khasnya umat Melayu Islam sejagat. Ia bukan sekadar tanggungjawab orang PAS dan orang PKR malah jika ada dikalangan orang UMNO sekalipun jika membenarkan kalimah Allah untuk digunakan oleh orang bukan Islam yang sudah tentu mensyirik-kan Allah dalam ajaran agama mereka, maka mereka yang jahil itu juga wajib ditentang. Harammm Ooo...No kompromi wa cakap lu! - TMP

ABDULLAH Saamah (kiri) Harun Yahya (tengah) dan beberapa ulama dari Minda Pondok menunjukkan rang undang-undang hudud yang telah diluluskan oleh kerajaan Pas Kelantan tetapi masih belum dilaksanakan sehingga kini, di Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/MOHD. NAJIB MOHD. NOR


KUALA LUMPUR 2 April - Sekumpulan ulama pondok di Kelantan yang sebelum ini merupakan penyokong tegar Pas bertekad menolak keras parti tersebut selepas kepimpinan parti berkenaan gagal mempertahankan kalimah Allah.
Menurut mereka, persetujuan Pas bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh orang bukan Islam dalam kenyataan bersamanya dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 8 Januari lalu sememangnya tidak boleh diterima.
Ini kerana perkara tersebut amat berkaitan dengan usaha memelihara kesucian akidah Islam.

Ketua Penerangan Minda Pondok, Harun Yahya berkata, tindakan Pas itu amat mengecewakan umat Islam, khususnya para ulama kerana parti itu dilihat menyokong fahaman pluralisme iaitu yang amat bercanggah dengan Islam.
"Inilah hakikatnya sekarang. Di peringkat pemimpin memang payah hendak kita perbetulkan, cuma apa yang boleh kita lakukan ialah memberitahu dan memaklumkan kepada rakyat dan pengikut-pengikut Pas agar jangan sokong parti ini lagi," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya tentang kedudukan Pas yang masih bersekutu dengan DAP dan PKR.
Lebih malang lagi, Pas sehingga hari ini belum menarik balik ketetapan yang dibuat bersama DAP dan PKR bahawa orang bukan Islam boleh menggunakan kalimah Allah walaupun Majlis Syura Ulamanya telah membuat keputusan sebaliknya.

Harun yang merupakan tokoh ulama pondok turut menyelar tindakan sesetengah pihak yang menggunakan hujah Ayat 25 surah al-Luqman bagi membenarkan bukan Islam boleh menggunakan kalimah Allah.

"Sekali imbas bagi orang yang tidak belajar kata, ini hujah orang bukan Islam boleh guna kalimah Allah. Sedangkan tidak betul. Orang bukan Islam tidak akan mengaku keesaan Allah. Mereka tetap mensyirikkan Allah.
"Adakah kita mahu mengaku manusia ini bertuhankan Allah sedangkan mereka mensyirikkan Allah?" ujarnya.

Tegas beliau, di peringkat ini, setiap umat Islam mahu tidak mahu wajib mempertahankan kalimah Allah iaitu kalimah suci berkenaan hanya untuk orang Islam.

"Perjuangan ini adalah jihad dan inilah perjuangan Rasulullah SAW. Rasulullah sendiri pernah bersabda yang bermaksud 'Aku diutuskan sehingga manusia menyebut tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu Pesuruh Allah'," katanya.

Penasihat Minda Pondok, Abdullah Saamah pula berkata, tindakan Pas yang bersekongkol dengan DAP telah menggalakkan konsep pluralisme agama yang jelas bercanggah dengan Islam.

Tegas beliau, perkara tersebut amat berkait rapat dengan soal akidah.
Berbanding dengan UMNO, katanya, parti itu sentiasa mempertahankan kesucian akidah Islam termasuk kalimah Allah daripada disalahgunakan.

Oleh itu katanya, menjadi kefarduan kepada setiap umat Islam memberikan sokongan kepada kerajaan seperti ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahli Jawatankuasa Minda Pondok, Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff al-Hafiz berkata, budaya fitnah yang amat berleluasa di dalam Pas menyebabkan para ulama pondok di Kelantan tidak lagi mahu menyokong parti itu.

Beliau berkata, sejak dahulu Pas hanya tahu menghasut rakyat dengan fitnah-fitnah yang sengaja ditaburkan terutama menuduh UMNO menolak Islam.

"Tidakkah mereka tahu bahawa dosa memfitnah itu lebih besar daripada membunuh dan tidakkah mereka sedar pada hakikatnya UMNO merupakan sebuah parti yang mempertahan, menegakkan dan mengembangkan Islam?
"Semuanya ini disebut dengan jelas di dalam Perlembagaan UMNO," ujarnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130403/po_01/Ulama-pondok-tegas-tolak--terus-Pas#ixzz2PNEHRKiN
© Utusan Melayu (M) Bhd 
Read full post »
 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger