"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
THEMALAYPRESS - FIKIR DENGAN KRITIS | TERUS MELANGKAH LEBIH JAUH.

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Terima kasih kepada para pembaca yang masih setia mengikuti blog ini!
~ MOHAB (Blog layout versi 1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Rabu, Mei 24, 2017

Ayuthaya Syeikh Ahmad Qomi - Satu Penjelasan!

0 comments
Antara Syiah, Sunni dan Bangsa
Oleh: Anai2NC

Berita tragedi rampasan kuasa di Mesir dan pembunuhan antara Syiah dan Sunni di Syria hari ini telah menjadi antara impak berita panas di dada akhbar tempatan juga luar negara. Pembunuhan dan persengketaan antara dua pihak ini sememangnya tidak akan menguntungkan mana-mana pihak malah musuh-musuh islam akan tersenyum gembira tanpa perlu membuat apa-apa, itu ternyata pucuk perkara yang paling utama dalam pengaktifan pemikiran dalam konteks keterbukaan dan pemahaman . Tetapi disini juga terdapat sedikit anjakan minda dari teratas kepada sedikit penurunan dimana titik keterbelakangan daripada moden ke pemikiran jahiliah.

Bagi kami secara nyatanya musuh Islam hari ini bukan sahaja Amerika malah termasuk mereka yang songsang islamnya dengan pendokongan sistem sekular dan demokrasi tinggalan penjajah tanpa mengambil pendekatan dalam dua konteks iaitu agama dan hal kelompok persekitaran juga bangsa secara dasar tengah. Maaf jika dikatakan ia juga hampir kufur jika sedari asas kecil itu pun masih tidak mampu di dalami dan menakulkan dengan baik. 

Hari ini juga malangnya, ada pihak pula cuba menyamakan situasi yang berlaku pada dewasa kini iaitu kononya ia seakan sama seperti zaman siam dahulu dengan menambah agenda bangsa sebagai titik tolak sedangkan di zaman itu soal agama dan bangsa tidak menjadi isu kerana sistem pemerintahan khalifah Islam diterima pakai di seluruh nusantara Benua Siam. Benua bukan suatu peta kecil berskala rendah tetapi ia meliputi tanah darat dan air yang mempunyai keterbukaan yang besar.

“Maka pada tiap-tiap raja itu mengadakan ia perkerjaan dan suruh-suruhan seperti tandil dan penghulu pada khalifah, mata-mata dan bendahara pada majlis balai itu, dan pada majlis istana Raja Iskandar Zulkarnaian datang kepada Paduka Seri Sultan yang diatas kerajaan sekarang maka adalah ia iaitu akan martabat raja pada hal perintahkan segala adat tuannya atas segala menteri itu. Maka dihimpunkan hukum itu diatas sembilan hukum” UUK,ms49“ Maka diadatkannya khalifah menyempurnakan pekerjaan dalam negeri Melaka pada zaman pubakala itu” UUK,ms88. 

Dalam erti kata, zaman “pubakala” atau mengikut DBP sebagai “purbakala”, ianya adalah zaman dimana Semenanjung Tanah Melayu ini dikenali dan semestinya sudah dikenali seantero sebagai “Siam Malacca”.

Sebagai pendapat daripada kami, tidak wujud sebarang persengketaan banyak mahu pun sedikit antara Siam Sunni dan Siam Syiah tetapi ini hanyalah retorik pihak yang taksub dengan sogokan persoalan bangsa dan kemudiannya meletakkan Islam di tempat kedua walhal Islam itu jauh lebih tinggi darjatnya (superior) daripada konteks penekanan kepada perkara bangsa itu sendiri. Mereka juga menyangka Islam datang selepas wujudnya melayu walhal Islam itu adalah agama Allah yg diredhai oleh Nya, yang wujud sejak azali lagi tanpa kompromi dalam apa jua situasi pun. Allah jugalah yang menjadikan semua bangsa untuk kita saling mengenal antara satu sama lain dan juga menjadi pembuka jalan bagi mengeratkan silatulrahim. 
Di Siam pada zaman dahulu dikatakan ada seorang ulamak bernama Sheikh Ahmad Qomi yang berfahaman Syiah. Kehadiran beliau telah dikaitkan dengan Iran dan kononnya Ayuthia itu berfahaman Syiah. Sheikh Ahmad Qomi ini dikatakan hidup sekitar tahun 1602. Baik,kita lihat sebuah keratan versi Thai ini;

“Sheikh Ahmad Qomi (Qummi) was born in 1543 in Paeene Shahar district of Qom (Qum), Persia. Bearing the title sheikh, Ahmad was highly educated and qualified in the teachings of the Islamic religious scriptures. He belonged to the Twelver Sect or Imami Shi'ism . The exact year that Ahmad came to Siam with his younger brother Muhammad Said, is disputed. Some sources stated 1602, other 1603 and 1605. Both brothers and their retinue set up their residential and trading quarters in Ayutthaya. The sheik married a Siamese woman named "Chuey" and got two sons and a daughter. The eldest son, was named Chun, the second one died at young age, while the daughter was named Chi. Ahmad's trading prospered and he became wealthy; increasing his influence at the court during the reign of King Ekathotsarot (r. 1605-1610/11). 

http://www.ayutthaya-history.com/Historical_Sites_TombQomi.html




Makam Syeikh Ahmad Qomi yang telah disalah ertikan

Dalam pengkajian pensejarahan realiti pihak kami, Syeikh Ahmad Qomi adalah Sultan Madzaffar Syah ibni Tunku Mohammad Chan. Baginda juga bergelar Raja Mandalika dan nama baginda ada tercatat pada Batu Bersurat Terengganu. Baginda memerintah disekitar tahun 1300-1369 dan kelihatan ianya sangat berbeza dengan versi Thai ini dimana tahun yang mereka nyatakan kelahirannya adalah pada 1543 dan keberadaan di Ayuthia adalah pada tahun 1602. Sungguh bercanggah. 

Baginda membawa peralatan untuk membina Masjid dan di sana menanam pohon-pohon rhu. Masjid yang didirikan ialah Masjid Thon Sun Khlong Thei Bangkok bermaksud, Masjid Pokok Rhu Sungai Mengkuang Kuala Berhutan. Baginda mangkat pada tahun 1369 dan dimakamkan disana dan tempat baginda digantikan oleh putera baginda Khalifah Mad Azam Syah@Tunku Nazreen yg bergelar Ramesuan. Ramesuan inilah yang berkahwin dengan Ratu Iman Aceh Gusta Barubahsa. 

Hari ini di Thailand soal syiah langsung tidak timbul. Hanya 10% sahaja masyarakat Islam Syiah di Thailand iaitu tinggalan keturunan pedagang- pedagang yang datang dari Parsi dahulu sahaja yang masih berbaki. Sekiranya angka peratusan melebihi 50%, mungkin kita tertanya- tanya dan sedikit hairan tetapi ini sebaliknya. Di sekitar Bangkok dan Ayuthia pula, hanya terdapat 10 masjid sahaja yang dikuasai oleh puak Syiah ini. Lebih pelik.

Untuk maklumat pembaca, puak Monggol telah pun menyerang Parsi demi menghancurkan Syiah sekitar tahun 1219-1221. Mereka membakar kitab- kitab lama puak Syiah ini. Sultan Madzaffar Syah ibni Tunku Mohammad Chan yang bergelar Syeikh Ahmad Qomi ini adalah menantu Maharaja China Yuan (Monggol) dimana beliau telah berkahwin dengan puterinya. Monggol ini jugalah yang kemudiannya memerintah India. Tidak mungkin Zahiruddin Mohammad Bahadur Syah ingin berkahwin dengan Mahin Inta Tiral Tengku Nur Aisyah Begum ibni Sultan Rijaluddin sekirnya baginda tahu mereka ini Syiah dan yang paling penting di sini, orang Syiah tidak akan menamakan anak mereka dengan nama dan panggilan Aisyah serta Abu Bakar. Sehingga ke hari ini pun kita sudah sedia maklum.

Masalah sebenarnya timbul apabila ada pihak yang sanggup pergi ke Bangkok dan meminum air sami Buddha. Itulah punca pokok perkara dan ia bukanlah soal syiah atau sunni. Melayu dari rumpun siam jenis inilah yang sanggup meninggalkan tuntutan agamanya demi kuasa politik, wang dan harta. Pada ketika itu Undang- Undang Kedah adalah perlembagaan Benua Siam Kedah dan ia berkuatkuasa.

Cuma ingin ditegaskan disini, disebabkan melayu jenis inilah maka mereka menjadi pengkhianat dan petualang agama secara tersurat dan tersirat. Melayu jenis ini jugalah sanggup mengahwinkan anaknya dengan Francis Light tanpa menukar ke agama Islam.
Baca selanjutntya:

Jawapan balas kepada posting TMP 21/06/2013 
Ayuthaya Syiah - Siapa di sebalik Sheikh Ahmad Qomi?

Read full post »

Rabu, Februari 22, 2017

BUKU KIAS TERSIRAT DAN PROMO JWJ4 DI BERNAMA RADIO 13022017

0 comments
KIAS TERSIRAT:PERANTAUAN BERTEMU MELAYU DAN ISLAM DI DUNIA MELAYU BENUA dan PROMO JWJ4 - KUALA LUMPUR- JEDDAH 2017.

Berkongsi pengalaman secara santai di Bernama Radio bersama-sama DJ Amar dan Raifa - Radio 24 93.9


Read full post »
 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger