"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
THEMALAYPRESS - FIKIR DENGAN KRITIS | TERUS MELANGKAH LEBIH JAUH.

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Terima kasih kepada para pembaca yang masih setia mengikuti blog ini!
~ MOHAB (Blog layout versi 1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Ahad, Mei 30, 2010

Bila Awang Selamat celik sejarah...

Terkejut TMP bila membaca ruangan Awang Selamat kali ini. Minat sejarah rupanya. Alhamdu'lillah bersyukur sangat bila orang kuat surat khabar sudah mula melihat sejarah realiti sebagai sumber untuk meningkatkan jati diri serta maruah bangsa. Memang tidak dinafikan, Utusan Melayu memang terkenal dengan semangat Melayu sejak dari dahulu. Tetapi kalau berkiblat kepada acuan semangat Melayu 1404-1511 karya bangang Munsyi Abdullah peranakan India asuhan zionis itu maka baik lupakan sahaja cita-cita untuk menaikkan maruah bangsa - tidak kemana hala lah, terkulai layu lagi ada. Maka kena 'channel' betul-betul tu Pak Cik.

Oleh kerana itu TMP menyarankan supaya dibuang sahaja kisah si Kitul dan Melaka Bandar Hilir itu kerana tidak relevan dan sangat bertentangan dengan kisah realiti Empayar Melayu Kedah yang cuba diketengahkan. Melaka Bandar Hilir sebagai Empayar Melayu dalam sejarah Melayu ciptaan Munsyi si Barua Zionis adalah karut lagi tidak masuk akal!

Walaubagaimanapun, syabas Pak Cik Awang. The Malay Press akan sentiasa mengikuti komentar Pak Cik bagi mencari persamaan atas tujuan yang sama, iaitu mahu melihat Melayu kembali gah di Nusantara lebih-lebih lagi di Malaysia, tanah air tercinta.

Melayu jadi bodoh bila buta sejarah.


'Selamat'

TMP

1 comments:

  1. Sharing is Caring..
    http://kedahcybersyburi.blogspot.com/

    BalasPadam

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.

 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger