Sejarah Percetakan Awal DiJajahan Selat 1806-1858 terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka/Kementerian Pendidikan Malaysia 1991.
Sedikit kata awal penterjemah:
"Penyelidikan awal seperti ini tentang sejarah percetakan Pulau Pinang, Melaka dan Singapura tentulah bersifat permulaan. Ia adalah satu penerokaan awal ke dalam suatu perkara penting, suatu kerja yang dilakukan dalam masa beberapa minggu sahaja, dengan harapan ia akan disusuli dengan sebuah kajian lengkap pada suatu masa kelak." (Mansor Ahmad Saman, 1991)
Saya amat tertarik dengan kata-kata diatas. Penterjemahnya telah meletakkan harapan tinggi agar usahanya dapat disusuli dengan satu kajian lengkap disuatu masa kelak. Setelah membaca buku ini secara sepintas lalu, maka dapat saya rasakan yang saranan itu ada maksud yang tersendiri. Bagi saya ia selari atas rasa tanggungjawab untuk menyatakan kebenaran yang selama ini telah disembunyikan daripada pengetahuan rakyat kebanyakkan.
Kita telah terlalu lama disogokkan oleh sejarah-sejarah palsu ciptaan penulis barat. Atas maksud yang kita semua sedia maklum. Untuk menghalalkan perkara itu maka dikatakan bahawa semua naskhah persuratan Melayu lama hanyut dan tenggelam bersama kapal Fame. Kita pun telan bulat-bulat tanpa siasat.
Jika tidak di kaji secara mendalam akan masalah ini maka selama-lamanyalah kita hidup dan berbangga atas kepalsuan sejarah. Secara realitinya, berapa ramai yang sedar bahawa selama ini usaha-usaha percetakan bahan bertulis yang menjadi bahan rujukan kita dihasilkan atas usaha dan propaganda mubaligh Inggeris dan juga Amirika yang bertapak di jajahan kecil Pulau Pinang, Melaka dan Singapura?
Siapa yang sedar selama ini Munsyi Abdullah, nama yang begitu diagung-agungkan sehingga diberi pengkiktirafan, diangkat melangit sebagai Bapa Persuratan Melayu Moden itu rupa-rupanya seorang barua Inggeris? Siapa yang tahu bahawa si anak keling ini bekerjasama dan mendapat bimbingan mubaligh Kristian (B P Keasbery - Mission Press) dalam usahanya menterjemah kitab Injil ke dalam bahasa Melayu, penterjemah dongeng Hindu, penterjemah dan penyunting Sejarah Melayu, penterjemah karya-karya mubaligh Kristian, menerbit dan menyunting Adat segala Raja-raja Melayu dalam segala negeri dan juga seorang pelukis gambar hantu penanggal?(ms61) Sedarkah kita dari dahulu sehingga kini, berapa ramai orang Islam yang telah menjadi rosak aqidah akibat perbuatan si Abdullah Kadir ini?
Siapa yang sedar bahawa pada sekitar tahun 1821-1839 itu ada tersebut seorang yang dianggap Sultan Kedah telah dibuang negeri malah berkawan pula dengan seorang mubaligh Kristian yang kerap menyakiti hati orang Melayu muslim dengan mengeji agama Islam?(ms51) Semuanya ada terkandung dalam buku ini yang nampaknya telah dipandang sepi oleh masyarakat.
Jika diteliti dengan mendalam, dengan sedikit kemahuan untuk menyiasat, maka buku ini bukan sahaja berupaya memberi jalan, malah dapat juga membuka mata hati dan fikiran pembacanya, akan sebab musabab jajahan kecil di Melaka itu diangkat sebagai pemula empayar Melayu yang besar dalam Sejarah Melayu. Tidak dinafikan semuanya adalah hasil kerastangan penyuntingnya si pengkhianat agama Munsyi Abdullah. Konspirasi ini ditaja-selia pula oleh badan pencetak naungan persatuan mubaligh-mubaligh Kristian yang berpusat di 'negara atas angin'. Ini adalah satu realiti! Pahit yang perlu ditelan...
Dengan itu apalah salahnya jika para pengkaji sejarah Melayu berusaha memiliki senaskhah. Bersama-sama kita menyahut saranan seorang hamba Allah yang telah bertungkus lumus menjalankan usaha menterjemah, serta meletak harapan yang amat tinggi agar usahanya itu tidak sia-sia, malah dapat di sambut dan sambung pula oleh generasi bani Jawi seterusnya, demi satu kebenaran.
*Usaha mereka menjatuhkan kerajaan Islam Manchu China supaya dapat mengelapkan sejarah Empayar Islam di Benua Nusantara secara halus. Sun Yat Sen punya kerja la nii....
*Usaha mereka menjatuhkan kerajaan Islam Manchu China supaya dapat mengelapkan sejarah Empayar Islam di Benua Nusantara secara halus. Sun Yat Sen punya kerja la nii....
"Siasat sejarah bangsa dan negara"
Sekian.
TMP
Asm,
BalasPadamTMP kat mana boleh dapat buku2 tu.. sst yg menarik utk dimiliki dan dibaca.
tak tahu le ada lagi ke tak...buleh berhubung terus dengan DBP untuk maklumat lanjut.
BalasPadamTMP