Sesuai dengan peranannya sebagai sebuah Empayar Islam terbesar di Nosantara, Kedah bukan sahaja mempunyai undang-undangnya sendiri, bahkan juga silat iaitu SILAT KEDAH. Tujuan artikel dikarang adalah kerana ia ada kena mengena dengan kajian sejarah realiti yang telah dijalankan, disamping untuk menjawab persoalan dengan sejarah silat yang berkaitan dengan SNK yang telah ditanya oleh para pembaca.
Seperti yang diketahui, kajian TMP tidak menjurus kepada silat, kerana skopnya kecil. Yang hendak diketengahkan adalah sejarah Empayar Islam dari sudut global bukan jumud. Jika ada kaitan yang jelas barulah disentuh.
Alhamdu'lillah kerana ada pembaca menghantar artikel berkenaan silat seperti di atas maka asasnya kukuh untuk diteruskan penulisan berkenaan dengannya. Terima kasih juga kepada pembaca yang bersabar menantikan jawapan.
Secara ringkasnya, menurut pembacaan saya secara sambil lalu, Silat Kedah atau nama lain-nya Silat Cekak mengikut sejarahnya berasal dari Kedah. Diamalkan oleh panglima kanan kerajaan Negeri Kedah dizaman pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin II (SAT II)
Diperturunkan kepada Panglima Tok Rashid kepada Yahaya Said sebagai Pemegang Amanah sebelum dilahirkan kembali ke alam nyata oleh seorang anak Kedah iaitu Ustaz Hanafi Haji Ahmad. Kemudian Ustaz Hanafi berusaha mengembangkan silat ini dengan cara profesional lalu bergerak atas persatuan yang berdaftar dengan kerajaan Malaysia.
Baik, bukan kisah persatuan yang ingin dibincang-kan disini, tetapi mengenai asal-usul silat ini sendiri. Dari mana asalnya, dimana duduknya. Pada zaman itu setiap panglima ada 'pakaian' masing-masing. Tiada pulak persatuan seperti hari ini, tetapi boleh bersatu!
Menunjukkan bahawa apabila negara dilanda musoh, persatuan tidak lagi diguna pakai yang dipakai hanyalah ilmu yang berkat dan sebati dengan jiwa. Yang ruginya kalau tidak ada 'pakaian' lah. Telanjang bulat kena lastik lah jawabnya. Jadi umat Melayu sekalian pergilah persiapkan diri seperti mana ulama-ulama zaman dahulu menunjukkan contoh teladan kepada kita. Siapkan payung sebelum hujan.
Jika kita melihat pada sejarah yang disangkut pada pangkal silat ini, penghujungnya kita akan bertemu Sultan Ahmad Tajuddin II, Laksamana Kedah yang menjadi pengkhianat kepada bangsa dan agamanya sendiri. Jika disandar kepada sejarah yang ada sekarang maka Silat Kedah ini adalah diguna untuk berjuang disamping pengkhianat agama. Maka akan timbul-lah konflik dalam jiwa pengamal silat ini. Mana boleh silat kami silat pengkhianat!
Oleh kerana itu, tuan-tuan sekalian. Saya akan cuba membuka sedikit pemikiran tuan-tuan, melihat sejarah silat ini dari sudut pandang yang lebih luas - berpijak pada bumi nyata dan mengikut sejarah realiti Negara Kedah. Saya juga tidak akan menggunakan rujukan atau petikan yang banyak dalam ruangan kali ini kerana ingin mendapatkan 'flow' cerita sekali lalu.
Jikalau tuan-tuan minta baru saya akan berikan sumbernya.
Perang dengan puak Sukhotai 1821-1876
Dalam sejarah silat cekak, hanya nama Tuah dan kehebatan Panglima Ismail sahaja yang disebut-sebut. Tidak mengapa, biarkan sahaja cerita itu disitu.
Mari kita lihat kisah dan peristiwa besar yang berlaku pada zaman Sultan Ahmad Tajuddin II yang dikatakan sebagai salah seorang Sultan Kedah dalam buku At Tarikh Salasilah Negeri Kedah yang mula dibukukan pada tahun 1923 atas arahan Paduka Seri Sultan Abdul Hamid. Buku ini dikarang oleh seorang kerani atas ugutan bunuh yang dikenakan ke atasnya. Dikarang tanpa rujukan!
Sultan Ahmad Tajuddin atau Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin II ini sebenarnya berpangkat sebagai seorang laksamana angkatan laut Kedah sahaja di zaman Khalifah Syarif Abu Bakar memerintah Empayar Islam Benua Siam Kedah.
Khalifah Syarif Abu Bakar ini adalah Maharaja Siam Islam Ayuthia yang terakhir yang memerintah dari Siam. Baginda berundur ke Kedah apabila Ayuthia di tawan oleh puak Sukhotai pada tahun 1767. Berkenaan nama Khalifah Syarif Abu Bakar Syah ini tidak perlulah dipertikai kerana nyata namanya tersebut dalam Undang-undang Kedah dan akhirnya diakui oleh Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Negeri Kedah.
Khalifah Syarif atau gelaran lainnya Panglima Besar Siam @ Maharaja Benua Siam ini berada dalam satu zaman dengan Sultan Muhammad Jiwa Nai nal Abidin - iaitu Perdana Menteri Kedah yang tinggal di Istana Anak Bukit, Kedah (UUK, ms 27) dikatakan menghantar ufti - bunga emas kepada Maharaja Besar Benua Siam setiap tahun. Begitu juga dengan Paduka Seri Sultan Ahmad Tajudin Halim Syah yang juga menghantar ufti kepada Khalifah Syarif Abu Bakar Syah. (UUK, ms 27-28)
Dipendek-kan cerita, dalam waktu dia berada dibawah kerajaan Siam Islam ini rupanya SAT II telah berniat jahat dan berpakat dengan kerajaan Thai Ayuthia untuk merampas kuasa. Dan akhirnya pada tahun 1821, iaitu Tahun Musuk Bisik, sewaktu kerabat-kerabat diRaja Siam sedang meraikan upacara perkahwinan diraja di Kuala Kedah, maka SATII ini telah membuka jalan kepada angkatan Laut Thai masuk ke pelabuhan dan menyerang orang-orang Islam disitu.
Habis terbunuhlah hampir keseluruhan kerabat diraja Siam Islam yang menghadiri majlis itu. Tidak sampai disitu sahaja tempat bersemayam Maharaja Siam Khalifah Syarif Abu Bakar Syah juga dibocorkan, maka syahid jugalah baginda.
SAT II lari ke Melaka, Panglima Ismail ke mana?
Tuan-tuan mungkin ada yang tidak perasan bahawa gelaran lain bagi SATII ini adalah Marhum Melaka. Kenapa begitu? Ini adalah kerana apabila tembelangnya pecah, dia menumpang kapal British lalu lari ke Melaka, di hambat oleh tentera Panglima Bukit Gantang Syed Alang Alaudin.
Dalam pada beliau bersembunyi di Melaka itulah, zaman persuratan Melayu Moden dikembangkan. Nama yang dibesarkan ialah Munsyi Abdullah yang dijadikan Bapa Persuratan Melayu Moden padahal dia bukan seorang Melayu. Ini semua adalah angkara British hendak mengubah sejarah dan mengutuk Melayu dengan tuduhan yang bukan-bukan. Raffles pun mula menjalankan propaganda Bangsa Melayu pada sekitar tahun itulah juga.
Baik, dalam pada tahun yang samalah berkecamuk perang Musuh Bisik 1821 - 1839 dimana SAT II tiada di Kedah tetapi dia berada di Melaka. Di sinilah timbuk konflik duduknya Panglima Ismail yang dikatakan menjadi Panglima Kanan kerajaan Kedah di zaman SAT II.
Adakah Panglima Ismail juga bersama-sama dengan SAT II lari ke Melaka atau Panglima Ismail sebenarnya adalah antara panglima kanan yang berjuang disamping Panglima Bukit Gantang Syed Alang Alaudin - sebenar Yang Dipertuan Kedah pada ketika itu?
Mengikut pada Seminar Ulama Berjiwa Panglima yang diadakan di Universiti Islam Malaysia suatu ketika dahulu, Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah mengandaikan bahawa harus Panglima Ismail Silat Cekak ini berjuang bersama-sama Panglima Tok Moris dan lain-lain lagi menentang SIAM (Thai).
Oleh itu saya berpendapat bahawa Panglima Ismail ini juga turut berjuang sabil menghalang kemaraan tentera Thai sewaktu SAT II bersenang-lenang di Melaka.
Maka saya atas pendapat saya sendiri membatalkan penglibatan Panglima Ismail (jikapun beliau yang dimaksudkan dengan nama 'Ismail' pada ketika itu) berkesekongkol bersama SATII yang berkhianat atas perjuangan fisabillillah.
Siapa Panglima Ismail, asal dari mana?
Ada banyak kemungkinan disini. Saya cuma ingin menyentuh kisah Panglima Ismail dari sudut peranannya dalam era Kerajaan Kedah ketika itu.
Tidak mustahil peranan yang diambil oleh Panglima Ismail ini sama dengan peranan yang diambil oleh Pak Haji Zain Abdul Rahman. Dia seorang yang tersembunyi. Hanya dikenali oleh beberapa orang sahaja yang rapat dengannya. Siapa yang kenal Pak Haji Zain? Tidak ramai yang kenal tetapi padanya ada ilmu yang sangat mahal harganya. Begitulah juga Panglima Ismail ini.
Teori yang dipakai mengatakan dia seorang Panglima Kanan kerajaan Kedah, disampaikan kepada Pak Yahaya Said oleh Panglima Tok Rashid yang kenal rapat dengan Panglima Ismail. Seperti mana murid-murid hikam yang mengatakan Pak Haji Zain seorang yang hebat, boleh mengadap wakil raja Saud menyelamatkan umat Melayu dalam kecamuk perang begitu jugalah Panglima Ismail.
'Kanan' itu dari sudut mana? Hanya siapa yang kenal sahaja akan meng-aku-i ke-kanan-nya itu. Boleh jadi 'kanan' itu bermaksud panglima yang bersama Panglima Bukit Gantang dan bukan pengkhianat - puak2 kiri.
Baik seterusnya, dalam peperangan yang berlaku pada tahun Musuh Bisik itu, seluruh tentera Islam dari Nosantara turun membantu Panglima Bukit Gantang. Nosantara ini adalah ALAM MELAYU. Dari Acheh, Majapahit, Borneo, Bugis turun mempertahankan garisan Tanah Melayu dan memukul balik tentera Thai sehingga ke Ser Gen Ting Kra.
Lalu diperbuat lah sempadan dari Ser Gen Ting Kra turun bawah ke Semenanjung ini kawasan Islam! Tanah Melayu! Tanah Melayu! Tanah Melayu! (walaupun nama asalnya Semenanjung Siam Melaka) dalam konteks ini Tanah Melayu saya ingin pertegaskan kerana bumi bertuah ini hari ini dikenali sebagai bumi Melayu!
Diantara syuhada yang terbunuh dalam peperangan itu termasuklah Syeikh Masud Al-Banjari yang ada tersebut kisahnya dalam riwayat Pak Haji Zain. Iaitu membawa kepada Tuan Hussain Kedah dan Tuan Haji Ahmad guru kepada Tuan Haji Ishak Itam - Guru Utama Silat Cekak hari ini.
Maksud yang hendak disampaikan disini adalah mereka ini termasukkah Panglima Ismail, adalah umat Melayu sejati seperti yang kita kenali hari ini, walaupun nenek moyang mereka kemungkinan berasal dari Arab atau Siam atau Acheh atau Banjar dan sebagainya tetapi kebanyakkannya ulama-ulama dari zaman itu ada pertalian dan berasal tanah Arab khasnya dari Yaman Hadaralmaut.
Mereka sebenarnya adalah serumpun yang mengalir darah panglima dan pendakwah yang tidak gentar untuk berkorban mempertahankan agama dan warisan bangsa tercinta. Benih itu ada pada mereka dan anak cucu mereka yang terpilih. Mereka itu adalah orang Melayu!
Cukup setakat ini
Saya tidak berniat untuk menyimpulkan perkara ini lagi. Cukuplah sekadar mengatakan bahawa peranan Panglima Ismail dan Silat Kedah dari sudut sejarah realiti memang ada. Dan pengamalnya adalah dari golongan istana. Cuma tidak dapatlah kita hendak memutuskan secara tepat siapa Panglima Ismail ini. Yang pasti, atas pergerakan Silat Kedah yang berasaskan perbuatan 'solat' itu, tidak mungkin beliau akan menderhaka menjadi pengkhianat agama dan bangsa bersekongkol dengan Thai Kafir Laknatullah.
Seperkara lagi yang perlu kita ingat adalah peranan penting silat-silat lain yang menjadi pakaian panglima-panglima yang sezaman dengan Panglima Ismail dalam mempertahankan Umat Melayu dan Islam dari anasir luaran suatu ketika dahulu. Mereka semua ada peranan tersendiri. Cuma yang beruntungnya barangkali Silat Kedah ini menurut sejarahnya merujuk kepada istana Kedah, maka dapatlah dibuat pertalian disitu. Itu sahaja tidak lebih dari itu.
Andaikata silat ini tidak dizahirkan kembali, kita pun tidak tahu bahawa memang pernah wujud Silat Kedah atau Silat Cekak. Walaupun pembawanya tersembunyi, harus juga dia adalah seorang yang KANAN dari sudut hakiki.
Kedat @ Kedah dalam bahasa Siam bermaksud surat watiqah yang dibawa oleh Merong Mahawangsa @ Sultan Muzaffar Syah 1 seorang Raja Siam Islam dalam usaha dakwahnya ke No-San-Ta-Ra. Ada rahsia disana.
Sebelum mengakhiri artikel ini saya terpanggil untuk menyiarkan kata-kata dari Panglima Tok Rashid yang bagi saya sangat dalam maksudnya:
"Jika ada anak cucuku dari KEDAH hendak belajar, hendaklah kau pulangkan kembali"
Begitulah rahsia kebesaran Empayar Islam Benua Siam Kedah, yang ada undang-undang dan silat-nya yang tersendiri. Semestinya tidak bercampur hak luar negeri.
Al fatihah buat semua para syuhada yang gugur mempertahankan agama dan bangsa di tanah air tercinta ini.
Sekian.
TMP
-MARI BERSAMA MARTABATKAN SEJARAH REALITI UMAT ISLAM & MALAYU NOSANTARA-
Salam.
BalasPadamSolat itu mencegah dari perbuatan keji & mungkar.
Solat yg mcm mana? Paham paham, tak paham sudah.
Panglima dulu bukan setakat panglima malah alim lagi warak. Bukan takat bersilat mcm org2 lanie, bersilat tapi kosong, isi takder. Kalau bersilat dengan sebetul2 silat tambah2 lagi silat berasaskan solat, mana mungkin jadi pengkhianat.
Wassalam.
Assalamualaikum.
BalasPadamBagaimana pula dgn silat kuntau tekpi yg berasal dari Panglima Taib salah seorang panglima kanan kerajaan negeri Kedah yg sezaman dgn Panglima Ismail.
Ada buah2 silat kuntau tekpi yg seakan2 sama.
Wassalam.
pewaris tekpi.
BalasPadamPendapat saya mudah sahaja. Zaman dahulu panglima adalah sebenar panglima. Berjuang kerana Allah, dan kebanyakkan mereka ni alim ulama.
Zaman tu xde persatuan silat macam sekarang. Ada beribu-ribu silat dan macam2 nama. Bila masuk bab duit silat jadi commercial. Jadi carilah silat yang boleh membentuk keperibadian dan rohani agar menjadi insan kamil.
Apa yang saya ketengahkan ini berdasarkan bukti dari arkib negara yang me-refer kepada Silat Kedah. Sesuai dengan kajian TMP sendiri.
Panglima Taib jika berjuang sezaman dengan Panglima Ismail maka bersahabat jugalah mereka tu. Toksah pk lain la.
Silat ni bersaudara - time perang mana nak kira ko silat apa aku silat apa. Tebas ajelah.
Salam.
BalasPadamJanji pegang Tauhid yg sama(Ahlu Sunnnah Wal Jamaah).
*Salah satu pengertian silat - diambil dari perkataan SILATurahim.
Wassalam.
salam..
BalasPadamTerima kasih kerana menyiarkan artikel begini walaupun dalam keadaan kedua2 persatuan yg membawa silat cekak sedang berada dalam pergolakan.
Saya tertarik dengan kenyataan berkaitan perang perang Musuh Bisik 1821 - 1839 di mana ramai ulama dan pakar2 ilmu silat berkumpul di kedah untuk melawan Thai.
memandangkan tidak pernah dinyatakan siapa pencipta silat ini, boleh jadi pada masa perang tersebut silat ini dicipta daripada gabungan pendapat dan ilmu panglima2 perang dan ulama yang sedang berkumpul di kedah pada masa itu. Jika dilihat daripada nama2 buah keputusan jelas ada nama silat2 lain yang berasal dari palembang dan jawa selain tanah melayu sendiri..
ataupun panglima ismail sendiri pada masa itu menilai pergerakan seni silat lain daripada panglima2 perang yang ada di Kedah pada masa itu dan menghasilkan satu silat untuk kegunaan sendiri.
walaubagaimanapun sehingga saat ini masih lagi tidak jelas dan pasti siapa sebenarnya yang mula2 mencipta silat ini. Yang diketahui panglima ismail ada mengamalkan silat ini tetapi tidak pernah dikatakan beliau sebagai pencipta.
An interesting read.
BalasPadambanyak lagi pendekar kedah.... silat negeri kedah pun bertukar2... ada banyak pendekar kanan yg lari keluar dari istana... ada yg asalnya dari PATANI antaranya tuk HIM, tuk YIT, MAT SAMAN... ada kisahnya pendekar2 hebat di racun sebelum sayembara oleh pendekar perempuan yg berasal dari perguruan gayung??? tapi gayung yg mana? (menjadi kebiasaan sayembara pendekar2 raja)... dan silat di negeri kedah pun sentiasa bertukar mengikut perguruan pendekar2nya yg datang dari segala pelusuk nusantara. jadi kurang tepat kalau kita katakan silat itu ini adalah silat utama kedah :)
BalasPadambanyak lagi pendekar kedah yg lari dari istana... ada namanya terus hilang seperti Tuk Yit, Tuk Him, Mat Saman Awang senik yg mana setengahnya berasal dari Patani dan juga dari pelbagai pelusuk nusantara dgn perguruan2 yg berbeza.... ada yg terbunuh di medan perang, ada yg kecundang di dlm sayembara ada juga yg lari keluar istana tidak tahu kenapa??? pendekar2 kedah sentiasa bertukar2 jadi tidak tepatlah jika kita mengatakan silat itu silat ini adalah silat asal negeri kedah :)
BalasPadamassalamua'laikum
BalasPadamTerima kasih tuan TMP kerana memperbincangkan sejarah 'Silat Kedah' ini.
Saya juga ada pendapat berdasarkan sejarah realiti dan sejarah Silat Kuntau Tekpi.
Saya tertarik dengan jawapan TMP kepada saudara pewaris tekpi.
Saya nak cerita banyak pun, tak boleh kerana diamanahkan untuk merahsia apa yg boleh menimbul perbalahan. Oleh itu saya hanya akan mengutarakan apa yg difikirkan boleh disampai pada khalayak ramai.
Biarlah saya sampaikan sedikit latarbelakang Silat Kuntau Tekpi untuk pengetahuan am sahaja dan harap jangan dikatakan jumud pula.
Silat Kuntau Tekpi ialah satu-satunya 'Silat Kedah' yang masih diwarisi oleh keturunan panglima. Ayahanda Pak Guru Hj. Sani merupakan cicit kepada Allahyarham Panglima Taib bin Wan Hussain yg tidak terputus jurai keturunannya.
Sejarah Silat Kuntau Tekpi mengatakan yang di zaman Panglima Taib, terdapat 3 orang lagi panglima, termasuklah 'Panglima' Ismail dan Panglima Rashid. Biarlah saya merahsiakan panglima keempat atas sebab memegang amanah. Jika sesiapa yang ingin tahu, silalah berkunjung ke gelanggang2 kami.
Baiklah, kalau diikutkan pula sejarah realiti, Raja Ismail yakni Raja Kinta, diserang hendap dalam perjalanan pulang ke Kinta setelah pergi menziarahi perkuburan maharaja Islam Siam terakhir. Tentera Thai kafir telah menyerang hendapnya di Baling, Kedah.
Jika diamati sejarah ini, dibandingkan pula dengan sejarah Silat Kuntau Tekpi yang mana ia berkembang di Baling setelah Panglima Taib menetap disitu, pada pendapat saya, kemungkinan yang dikatakan 'Panglima' Ismail itu sebenarnya 'Raja' Ismail yang mangkat dibunuh Thai kaffir.
Sejarah Silat Kuntau Tekpi juga mengatakan yang Panglima Taib dan Panglima Rashid ada membuat perjanjian yang menyebabkan mereka berdua berpisah dan akhirnya seorang di Baling dan seorang lagi ke Kerian.
Jika benar 'Panglima' Ismail dan Raja Ismail Kinta orang yg sama, maka berkemungkinan juga Panglima Taib, Rashid dan seorang lagi itu telah mempelajari 'Silat Kedah' daripadanya, atas dasar 'Panglima Kanan' yang kita ketahui selama ini.
Kemungkinan juga sewaktu serang hendap di Baling itu, Panglima Taib kekal disitu atas sebab tersendiri manakala Panglima Rashid meneruskan perjalanan setakat yg termampu atas sebab sendiri juga.
Terdapat sejarah-sejarah lain mengikut versi dari Silat Cekak (Malaysia/Hanafi/Pusaka Hanafi) dan Silat Kalimah (Ikatan Kalam/Yahya Said/Amin).
Dalam sejarah versi2 ini mengatakan yang Panglima Rashid berhijrah ke Kerian kerana wabak taun. Mungkin benar, dan mungkin ini terjadi setelah terjadinya perpisahan dengan Panglima Taib.
Saya bukan bermaksud menidakkan sejarah2 lain, cuma ini hanya pendapat saya berdasarkan kefahaman saya mengenai sejarah realiti dan pengetahuan saya dalam sejarah Silat Kuntau Tekpi.
Kemungkinan juga wujudnya lain2 'sejarah' ini adalah untuk mengaburkan mata pengkhianat2 agama dan thai kaffir laknatullah.
Wallahua'lam.
Saya harap dengan sedikit pendapat saya ini, akan tergerak hati pengamal2 'Silat Kedah' untuk bersama-sama bersatu dan menepikan apa permasalahan lalu. Marilah kita sama2 mencari kebenaran yang tersembunyi, jika ia tersembunyi.
Maaf tuan TMP kerana panjang lebar pula komen saya ini.
Assalamua'laikum
Amirul Husni
Waris Nai Chau Abu dan Nai Shim.
Jurulatih Kanan
Pertubuhan Seni Silat Kuntau Tekpi Malaysia
Assalamualaikum,
BalasPadamRaja Ismail Kinta sebenarnya tidak dibunuh semasa ditangkap musuh di Baling. Baginda kemudiannya dibuang negeri ke Johor dan dilindungi oleh Maharaja Abu Bakar, ada pendapat kemudiannya ke Singapura. Tindakan lebih ringan diambil oleh Ingris terhadap Sultan Ismail berbanding Raja Abdullah yang dibuang lebih jauh kononnya kerana baginda tidak menandatangani Perjanjian Pangkor.
Semasa diserang hendap dan ditangkap itu rombongan Sultan Ismail mempunyai 27 ekor gajah yang dirampas oleh Ingris.Bayangkanlah betapa besarnya rombongan tersebut yang mengiringi seorang sultan.
Satu lagi silat iaitu Silat Seni Gayung walaupun berkembang pada zaman Kedah Darulaman (Kedah ikut sempadan zaman kini), pada mulanya berpusat di Kedah juga kerana Mahaguru Daeng Meor Rahman dikhatamkan ilmu silatnya dalam mimpi di hutan Kuala Nerang dan pada peringkat awal beliau mendirikan gelanggang di Kota Sarang Semut selepas dijemput anak-anak murid.Peranan istana Kedah juga membantu silat ini berkembang.
Dalam mimpi itu ikut ceritanya Hang Tuah (Narai) yang bertemu beliau.Pakar-pakar tomoi berbangsa Thai di Kedah tidak dapat menandingi kepakaran silat Meor Rahman.
Sekian, wallahualam.
Assalamua'laikum
BalasPadamTerima kasih Abg Salmi kerana membuat pembetulan berkenaan Raja Ismail.
Terima kasih diatas maklumat 27 ekor gajah itu. Kalau benar ceritanya, maka lebih yakinlah saya akan sejarah warisan Silat Kuntau Tekpi. Mengapa? Ia berkait rapat dengan Panglima Keempat yang saya tidak namakan atas sebab memegang amanah.
Benar, kehebatan Allahyarham Dato Meor tersebar luas. Allahyarham juga pernah bertemu tiga penjuru dengan Allahyarham Tok Guru Zainol (cucu kepada Panglima Taib) dan Allahyarham Tok Guru Yahya Said. Pengalaman melihat mereka bertiga telah diceritakan pada saya oleh Ayahanda Pak Guru Hj. Sani.
wallahua'lam
wassalaam
assalamu'alaikum
BalasPadampanglima tok gajah
asalamualaikom, satu pesanan yang saya pernah dengaq dari allahyarham ayah saya... pesan tok smail( penglima ismail) .. silat kedah/papan sekeping wajib peturun kat anak kedah...wajib..saya ada dapat tau dalam cekak ada keputusan terelak.. dan dua tiga benda yang saya tengok dan rujuk memang buah atau pergerakan orang lain..mana keaslian nya? bukan nak salahkan sesiapa...tapi kepada yang belajaq tu ..ingatlah, jangan menambah atau campoq ilmu orang lain dalam satu satu silat yang kita pelajari...kan perguruan kita/ilmu kita masing masing juga amanah ... kalau orang dahulu dah salah..kita jangan lah buat...dalam pertubuhan silat malaysia banyak saya tengok dan dengaq perkara ni berlaku... mana asli nya?
BalasPadamini cuma pandangan saya..
ermm.. just nak share...lading allahyarham tok ismail diwaris kan dari allahyarham ayah saya... dulu seingat saya ada dua tia orang minta nak pinjam... tapi ayah saya tak benarkan sebab dah tau apa niat nya.. kalau tak silap ibu kepada allahyarham bapa saya (tok pompuan ) adalah susur alur dari tok ismail...
jadi anak anak kedah..tak kisah lah ilmu pertahan diri mana yang kita pelajari, jaga lah amanah, jaga lah ilmu.. belajaq la..dan guna ketika perlu..wallahuakhlam
sekian wasalam
p/s: saudara Amirul Husni
Waris Nai Chau Abu dan Nai Shim...syabas.. dapat menambahkan lagi pengetahuan ramai... btw kita dari rumpun keluarga yang sama..
saya pernah denaq dari orang tua tua kita ...tok nai sim sangat hebat..ada yang kata..masa dengan siam(atau mungkin burma..maaf ni cerita lisan aja) tinggai moyang kita 12 orang... menghambat musuh sampai balik ke ayuthia...selamat dekat setahun baru balik..sehingga orang ingat depa dah mati dalam perang..just to share...
Azlan Abdullah
waris Naiya bin Nai Ali
alanpejan76@gmail.com
Salam,
BalasPadamPada semua pewaris2 ilmu/senjata warisan yg haq, wariskan/sampaikan warisan itu pd yg berhaq shj. Jaga2 lah warisan itu jgn sampai kpd yg tidak berhaq.
Perpecahan sekarang hanyalah rentetan dejavu sejarah lama akibat warisan sampai/dituntut oleh yg tidak berhaq.
Memang mereka dtg menuntut/meminta warisan dgn senyum manis tp dgn niat serong.Amal/belajar lah sikit2 ilmu firasat/kasyaf.
Pewaris
Salamun A'laikum,
BalasPadamSaudara Azlan Abdullah
waris Naiya bin Nai Ali
Memang benar di dalam Silat Cekak ini terdapat buah keputusan Terlak, buah ini buah keputusan yakni buah akhir pakaian guru silat tersebut, akan tetapi bukan hanya buah keputusan ini sahaja yg terdapat di dalam silat ini, terdapat juga buah keputusan guru silat silat yg lain iaitu seperti buah keputusan Lintau , Gayung Fattani , Silat Harimau , Pasung Kemanga , Sendeng , Selendang dan lain-lainnya.
Buah-buah keputusan silat ini menjadi matapelajaran dalam Silat Cekak, buah-buah keputusan silat ini pula akan dipotong dalam matapelajaran Buah Potong sehinggalah ia tiada dapat digunakan oleh si pemakai buah-buah keputusan ini.
Jika tuan perhatikan buah-buah keputusan ini datangnya daripada nama-nama silat melayu asli. Makayakinlah ianya tak bercampur yg dari luar negeri.
Silat Cekak yg ada ini tidalah ia kami campurkan atau tambahkan drpd silat-silat yg lainnya. Drpd Panglima Ismail sehinggalah kpd Ustaz Ishak buah-buah silatnya tetap sama tiadalah kami mencurinya.
Saudara Azlan saya kiranya bukanlah penuntut Silat Cekak, sebab itulah saudara tiadalah mengetahui ceritanya
Saudara Tanpa Nama Salamun A'alaikum?
BalasPadamAssalamu'alaikum wbt.
Janganlah dibangga sangat dengan keaslian silat cekak anda yang tidak kemana itu. Jika kami berhajat hendakkan tahu lebih kami akan tanya guru utama kamu Dato Maidin.
"Jika tuan perhatikan buah-buah keputusan ini datangnya daripada nama-nama silat melayu asli. Makayakinlah ianya tidak bercampur hak luar negeri."
Kali ini kami rasa elok ditukar rangkap itu kepada Boleh Bercampur Hak Luar Negeri.
Saudara Azlan telah mengutarakan kisah sejarah yang jarang kita dengari dari kebiasaan. Sangat patut kita hargai kisah sebegitu.
Ada banyak sejarah mengenai Silat Kedah yang masih tidak terungkap dan terungkai.
Sejarah itu hidup jangan pula kita matikannya dengan kisah yang sempit hanya kerana kita yang sempitkannya.
Ingat! Waris-waris Panglima Ismail dan Tok Rashid masih ada, jangan lupa.
wassalam,
Pejuang Silat Kedah.
saya seorang pengamal silat yg agak meluas di kedah....dalam silat kami permainan kaki adalah 50% dan seimbang dgn buah pukulan tangan. JGn dkata silat asli kedah tiada angkat kaki lepas pinggang..itu dangkal namanya...silat cekak angkuh mengakui bahawa silat mereka hebat dan asli...banyak lg silatlain dr kedah ni.....silat cekak (papan sekeping) ialah silat angkatan tentera kedah...semua askar dan org yg berperang akan djar silat ini zaman itu...silat standard....itulah sebabnya cekak kurang dapat perhatian dr anak kedah sendiri....lg satu kenapa percaya pada kumpulan sejarah nagara siam islam kedah yg ditertawakan oleh semua ahli dan pakar sejarah melayu...dr cakapan lisan seorang yg mengaku waris raja dan menuntut takhta...tiada siapa percaya kecuali org yg kurang faham fakta sejarsh saja...belajar la dulu
BalasPadamterima kasih Lang Samarani.
BalasPadamMana2 'pembaca' pun buleh menilai komen sebegini.
Tidak perlulah saya mengulas panjang tang mana, apa yang tak kena.
Munkin ada juga yang sedang tersenyum...
Cuma pesan Tok Alim bila banyak ketawa maka gelaplah hati.
wassalam.
Panglima Ali bin Panglima Abu Pa bin Megat Shuib bin YDP Sharif Abu Bakar Shah turut terlibat dalam peperangan menentang Ingeris/Thai. Beliau mewarisi ilmu silat cekak dari ayahdanya bersama Panglima Ismail. Walaupun masih muda, turut serta menentang Thai/Inggeris. Menggalami kekalahan dalam peperangan menentang Thai/Inggeris. Menjadi orang kebanyakan semasa pemerintahan Sultan Abdul Hamid di sekitar Kg Tualang....
BalasPadamWaris Panglima Ali bin Panglima Abu Pa bin Megat Shuib (Orang Besar 4 Perak)
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadam