"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
THEMALAYPRESS - FIKIR DENGAN KRITIS | TERUS MELANGKAH LEBIH JAUH.

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Terima kasih kepada para pembaca yang masih setia mengikuti blog ini!
~ MOHAB (Blog layout versi 1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Sabtu, April 17, 2010

MELAKA 1278 MASEHI PENGIKTIRAFAN TERKINI?

updated for entry: 11/01/09



Muhammad Syah Melaka (juga dikenali sebagai NARA SUAN) 1278 MASEHI dalam UUK:

“Maka diadatkannya khalifah menyempurnakan pekerjaan dalam negeri melaka pada zaman purbakala itu, jika kanak-kanak itu sekalipun nakhoda itu kerana sudah teradat boleh diketahui didalam laut dan dalam jong baluk itu; hubaya hendaklah segala orang didalam jongnya itu berbuat takut dan malu kepadanya; hubaya-hubaya diturut hukum ini yang tertulis di dalam kertas kerana hukum dibawah Duli Yang Dipertuan Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Muhammad Syah yang kerajaan dalam negeri Melaka supaya selamat sempurna kepada negeri yang takluk dan berkasih-kasihan dengan negeri itu, iaitu pada segala Islam yang di laut dan yang didarat, wallahualam”. UUK, ms88

Baca penerangan selanjutnya di SNK mengenai Siapa yang membuka Melaka?


*Maharaja Terra Cota pada zamannya telah MENYERAGAMKAN TULISAN DAN BAHASA kepada satu sahaja demi penyatuan sebuah empayar, maka tidak menjadi hairan jugalah jika penyeragaman terhadap bahasa dan tulisan lingua franca telah dilakukan di Benua Nosantara ini - JAWI/MELAYU (terbaik/termudah) oleh maharaja yang memerintah pada ketika itu. 


* Dan disebut juga Sultan Muhammd Syah 1278M itu sezaman dengan Malik Salleh (Merah Silu)1267M yang berada di Acheh (Pasai) pada ketika itu walaupun sebenarnya Undang-undang Kedah telah pun tertulis pada tahun 222 Hijrah di Acheh (Zaman dynasti Abbassiah), lebih awal  dari kisah yang telah diceritakan. Tidak mustahil Sultan Malik Salleh itu bertalian darah dengan Syed Jamalul Alam Badrul Munir yang dizamannya telah dikarang UUK.


Nota Penulis:





Sila rujuk lampiran keratan dari tulisan HAMKA diatas:
Lihat sahaja cara mereka memadamkan nama Sultan Muhammad Syah @ Nara Suan dari lipatan sejarah. Seterusnya memutuskan sejarah realiti umat Islam dari pengetahuan generasi berikutnya. Gantinya kita disogok dengan sejarah yang batil; asal Kesultanan Melayu Melaka bersusur galur Parameswara hindu dari Palembang. 

Padahal sebelumnya mereka (ahli2 sejarah) tahu, ada bukti serta fakta yang mengatakan Sultan Muhammad Syah 1276M itu memang wujud! Yang peliknya lagi, setelah mangkatnya Sultan Muhammad Syah datang pula orang lain dari Jeddah (?) yang membawa agama Islam, adakah ini boleh diterima akal?  NAMA Sultan Muhammad Syah itu bukan Islamkah?

Manakala diperenggan kedua, bukti daripada sumber-sumber luar negara mengkuatkan lagi kisah kerajaan Siam yang menguasai Semenanjung Melaka pada abad ke 14 (sepatutnya sehingga abad ke 19 - sebelum Sultan Long Jaafar Muadzam Syah 1876 dibunuh Thai dan Ingris)

Manuskrip Undang-undang Kedah mengesahkan perkara ini, Sultan Muhammad Syah Melaka yang cuba dipadamkan dari sejarah itu adalah seorang Maharaja Siam atau gelaran lainnya King Narasuan (amat diagongkan oleh bangsa Thai hari ini). 

Kebenaran fakta ini disulami pula babad tanah Jawa (Babad Tanah Jawi (The Chronicle of Java) and Serat Kanda, both written during the 17th-century period of the Mataram kingdom) raja-raja Majapahit sendiri, yang mengaku kekuasaan Siam Ayuthia! Cuma apa yang mereka tidak ketengahkan atau cuba untuk menafi ialah hakikat bahawa kerajaan Siam Ayuthia itu beragama Islam.

Dengan adanya 'berita' Sultan Muhammad Syah (sebelum UUK dikembalikan pada 2003), dan wujud pula namanya di dalam UUK (ms88) yang telah dikembalikan, secara tidak langsung menyangkal cerita dongeng Melaka 1511 yang bersumberkan British dan SATII.

Terang, hakikat sebenar sejarah Islam rantau nusantara yang mula timbul ini bakal membatalkan sejarah batil penjajah dan agen-agennya. Sesungguhnya, umat Islam rantau ini tidak akan 'bebas merdeka' selagi mendokong dan terkongkong dalam sejarah palsu. Buatlah macamana, cakaplah apa sahaja, hanya omongan tin kosong belaka.

Justeru, adalah menjadi tanggungjawab kita yang telah sedar untuk memperjuangkan sejarah realiti ini walau apapun terjadi. Ini adalah perihal sejarah agama tauhid-sejarah umat Islam yang telah ditong-sampah, dihinjak-dihina maruahnya oleh puak barat dan sekutunya. Maka wajib kita mengeluarkan, membersihkan, mengangkat dan meletakkannya kembali ke tempat asalnya yang selayaknya paling tinggi.

Perjalanan jua...

----------------------------------------------
Masih ingat lagi kaligrafi bertulisan Jawi- Malaka Haji Mi Malaya dalam kisah Cherokee Islam yang dijumpai di sebuah gua di El-Salvador Amirika Latin pada abad ke 13? Ia berkisar pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad Syah Melaka II yang pernah berlayar ke Parsi dan menunaikan fardu haji di Baitullah Makkah.

0 comments:

Catat Ulasan

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.

 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger