WW1-Penutup perang sabil?
Menurut Hamka (1994:649) setelah habis dihalau saki baki tentera muslimin Turki dari bumi Palestin , maka terlompat keluarlah kata-kata Edmund Henry Hynman Allenby pemimpin tentera British ketika itu " Sekarang baru selesai perang salib".
Arakian terlunaslah sudah dendam yang bersarang didada bangsa Eropah sejak beratus tahun lamanya. Jadi bagi pihak Eropah, WWI adalah pemutus kepada perang salib. Benarkah?
Tersilap percaturan.
Kesilapan pemimpin Arab pada WWI adalah kerana terlalu mempercayai bangsa Eropah. Manakala fahaman assabiah yang tebal dikalangan puak badwi Arab pula berjaya dimanipulasi oleh Lawrence of Arabia untuk memecah-belahkan kesatuan empayar Islam Ottoman di Semenanjung Tanah Arab.
Menurut sumber risikan, Lawrence dalam diarinya yang bertarikh Januari 1916, menggambarkannya pemberontakan Arab (Arab Revolt) seperti berikut:
"pemberontakan Arab ini amat berguna buat kita. Ia bersuaian dengan matlamat kita iaitu untuk memecahkan blok Islam dan seterusnya mengalahkan Empire Ottoman, dan sebab negara (yang akan ditubuhkan oleh Sharif Hussein) yang bakal menggantikan orang Turki...tidak akan merbahaya kepada kita.
...orang Arab ini lemah dan tidak stabil dari orang Turki. Jika dikawal dengan betul, mereka ini (orang Arab) akan menjadi tidak lebih dari negara yang pecah-berketak (mosaic), penuh dengan dengki-cemburu di antara satu sama lain dan sememangnya tidak akan bersatu" (Hussein-McMahon Correspondence 1915 and The Arab Revolt)
Ditambah lagi dengan kelesuan sistem pemerintahan Khalifah Islam di Turki ketika itu (Hamka, 1994, p649) yang saban hari digasak oleh idealogi sekular 'Young Turk', yang inginkan perubahan total terhadap sistem pemerintahan Turki. Organisasi Young Turk ini pula ditaja oleh Freemason, Bahai dan Yahudi.
Kemuncaknya kepada kehancuran pemerintahan Khalifah Ottoman adalah apabila gerakan Freemason berjaya menyelinap masuk, meracuni dan mempengaruhi pihak atasan angkatan bersenjatanya.
Apa cerita Syerif Mekah?
Secara ringkasnya, Amir Faisal (Syerif Mekah) yang dilantik oleh British untuk menentang tentera Turki dan dijanjikan pangkat 'King of Syria' dalam perjanjian yang dikenali sebagai 'Dasmascus Protocol 1915-1916' telah berjaya dipermainkan.
Keputusan untuk bersekongkol dengan puak British ini diambil setelah Ali bin Hussain mengetahui yang pemerintah Ottoman ingin menggantikan bapanya Syerif Hussain sebagai dengan Ali Haidar (juga dari Bani Hashim) sebagai Syarif Mekah yang baru.
Boleh jadi kerajaan Ottoman telah mendapat maklumat tentang pemberontakan Syarif Hussain ini sejak awal lagi. Buat pengetahuan pembaca, semenjak Khalifah Ottoman memerintah dunia Islam, kepentingan Bani Hashim tetap di jaga malah pemerintahan autonomi di Mekah dan Madinah adalah dibawah seliaan Bani Hashim.
Selepas berjaya mengalahkan tentera Ottoman dari tanah Hejaz, baginda Amir Faisal akhirnya disepak keluar oleh British dan Perancis dari Syria.
Syerif Mekah ini juga, pada mulanya berperang disamping tentera Ottoman untuk mengusir puak Saud dari Hejaz pada tahun 1910 iaitu sebelum WWI, tetapi kemudian menentang pula kerajaan Ottoman pada WWI disamping tentera British. Satu tindakan yang amat sukar difahami.
Selepas itu, tanpa sokongan British, mereka telah di kalahkan pula oleh puak Wahabi Saud dan dihalau keluar dari Mekah pada tahun 1924. Oleh itu akhirnya berakhirlah sudah pemerintahan Syerif Mekah dari Semenanjung Tanah Arab...kemana mereka?
British mungkir janji.
British sebenarnya telah memungkiri janji awal mengenai status Syerif Mekah selepas kejatuhan Khalifah Ottoman, kerana mereka sudahpun berkira-kira dengan Perancis dalam rancangan Skykes-Picot 1915 untuk membahagikan Palestine dan Lebanon jika mereka berjaya mengalahkan Khalifah Ottoman.
Setelah segala perancangan mereka berhasil, kali ini British dengan secara licik membawa pihak America menjadi orang tengah untuk menyelesaikan kekalutan dan pertikaian mengenai pembahagian tanah Lebanon dan Palestine. Ternyata puak Arab yang tanpa ketua ini terpaksa menerima apa sahaja cadangan pihak British-France-Amerika tanpa banyak bicara.

Kali ini mereka dibentangkan pula dengan satu pungutan suara yang menipu yang dinamakan 'King- Crane Commission 1919', yang menyebabkan wilayah Syam terbahagi dua, Palestin dibawah British dan Syria Labanon dibawah Perancis. (Hamka, 1994:650).
Apabila British mendapat mandat untuk memerintah Palestine maka mereka pun melaksanakan apa yang terkandung dalam 'Deklarasi Belfaour 1917'.
Yang mana dalam deklarasi tersebut, dengan hanya lebih kurang 150 patah perkataan, James Belfaour dengan persetujuan Kabinet Perang England dan dengan perkenan Permaisuri England telah mengiktiraf kewujudan Persekutuan Zionist yang akhirnya menjadi Negara Yahudi.
Sejak itu berduyun-duyunlah Yahudi seluruh Eropah turun berkampung di Palestin. Mereka membuat penempatan haram dan membuat kacau sehingga mengocak kerharmonian yang selama ini dirasai dibawah kepimpinan kerajaan Islam Ottoman.
Tanah Palestine mula bertukar tangan. 90% penduduk asal Palestin dianggap sebagai rakyat asing manakala pendatang Yahudi mendapat status menjadi peribumi. Ini membuatkan pihak seluruh warga Arab ternganga.
Begitulah cara puak yahudi merompak tanah Arab palestin. Jadi siapa sebenarnya yang menipu dan pengganas sekarang?
Kesimpulan awal:-
Perancangan Yahudi dengan proksinya pada WWI akhirnya menjadi iaitu:-
1. Melemahkan pemerintahan Khalifah Islam Ottoman dari dalam dan seterusnya dari dunia Islam,
2. Memperdaya puak-puak Arab untuk memberontak,
3. Secara terancang memadam dominasi Syerif Mekah dari Bani Hashim dari Tanah Haram,
4. Melantik puak badwi Saud berfahaman Wahabi sebagai proksi atau wakil dunia Islam bagi mengganti Syerif Mekah(1924) dan
5. Menubuhkan negara Zionis ditengah-tengah dunia Arab.

Tertubuhnya negara Zionis melalui penipuan terancang inilah yang menjadi musabab yang membawa kepada Perang Enam Hari (P6H) disamping peperangan lain yang tidak pernah kunjung padam sehingga ke hari ini.
Selanjutnya kisah Perang Enam Hari (P6H)...
*Dalam kajian saya, Mekah dan Madinah adalah tetap dibawah selian Arab Quraish khasnya dari Bani Hashim sebelum dan selepas Rasullulah SAW. Dan tradisi itu tetap dihormati sewaktu pemerintahan Dynasti Umaiyah, Abassiah, Andalusia, Mamalik dan Ottoman, sehinggalah puak badwi Saud mengambil alih Mekah dengan bantuan British pada 1924 dan seterusnya menghalau bani Hashim dari Haramain. Bermula dari situlah umat Islam terus tertindas tidak melawan...Siapa sebenarnya puak Saud ini?
Assalamu'alaikum Wr,Wb
BalasPadamselamat puasa sepanjang bulan Ramadhan Al mubarak
Wahabbi itu juga hasil Yahudi bilamana keparat yang bernama Lawrence ini membisikkan puji-pujian kepada Muhammad Abdul Wahhab.
BalasPadamTernyata mereka berjaya kerana Wahabbi ini sesat lagi menyesatkan.