"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
THEMALAYPRESS - FIKIR DENGAN KRITIS | TERUS MELANGKAH LEBIH JAUH.

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Terima kasih kepada para pembaca yang masih setia mengikuti blog ini!
~ MOHAB (Blog layout versi 1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Selasa, Januari 31, 2012

TMP SOKONG KKK - HANG TUAH MELAKA VERSI MITOS!

4 comments
TMP menyokong kenyataan Prof. Dr Khoo Kay Kim yang mengatakan Hang Tuah yang ada sekarang hanyalah versi mitos. Dakwaan Dr.KKK yang kontroversi itu ada benarnya kerana menurut beliau tiada bukti dan rekod tentang kewujudan Hang Tuah begitu juga dengan Puteri Hang Li Po dari China yang dikatakan berkahwin dengan Sultan Melaka semasa abad ke-15.

Team Realiti lebih radikal memperjuangkan Hang Tuah.

Apa yang hendak disampaikan oleh Dr.KKK sebenarnya adalah orang Melayu hari ini sudah jauh menyeleweng daripada memahami sejarah sebenar suatu bangsa. Orang Melayu hanya tahu berkhayal tentang kejayaan yang dibuat-buat bersandarkan mitos dan kecemerlangan yang palsu.

Keberanian Dr. Khoo Kay Kim Sanggup Disiasat Berhubung Mitos Hang Tuah & Hang Li Po menunjukkan beliau mempunyai bukti untuk menelanjangkan sejarah Melayu palsu versi Inggeris yang telah pun diguna pakai mengikdoktrin orang Melayu sejak zaman berzaman. Sejarah mitos itu telah pun berakar umbi menjadi barah merosak minda orang Melayu generasi yang ada hari ini.
Sungguhpun begitu TMP tidak menolak kemungkinan telah ada perkahwinan yang berlaku diantara dua buah kerajaan di Semenanjung dan China, dan Hang Tuah memang wujud cuma cerita versi mitos dibiayai Inggeris yang dinaungi oleh seorang yang dianggap sultan yang dibuang negeri dari Kedah itu yang menjadikan ia menyeleweng daripada fakta sebenar. Ini berlaku dizaman percetakan awal negeri-negeri selat sejak kedatangan Inggeris ke Alam Melayu.

Kita menunggu juga jawapan balas yang bersifat akademik dan fakta daripada semua pendekar-pendekar Melayu yang ada hari ini mengenai topik Hang Tuah versi mitos ini. Dan kita menunggu juga maklum balas Dr.KKK mengenai Undang-undang Kedah 222Hijrah. Yang mana jikalau disentuh sudah tentu dapat membuka minda masyarakat tentang realiti sebenar sejarah Melayu yang telah diselewengkan sejak zaman berzaman.

Manakala bab Hang Tuah ini kita serahkan kepada orang silatlah untuk menjawabnya. Walaubagaimanapun TMP berpendapat sebelum orang Silat Melayu sibuk hendak berjuang tentang sejarah Melayu baiklah mereka melihat dahulu realiti yang berlaku disekeliling mereka hari ini.

Keadaan Melayu hari ini sudah kronik. Jangan terperanjat jika dikatakan telah ada segelintir masyarakat Me-layu yang telah menjadi terlebih "cerdik" kerana bukan sahaja percaya kepada sejarah khayalan, malah lebih parah, kerana ada yang sudah tenggelam punca sehingga sanggup melutut, menyembah "ma-mak" yang lagaknya umpama Sultan!

Kenyataan ini benar dan sedang meracuni segelintir masyarakat Melayu hari ini. Ianya terjadi akibat tidak kenal akan adat raja-raja, budaya dan warisan bangsa "Melayu" yang sejati.

Cukup-cukuplah tu Melayu.
Ku seru-seru...

Komen balas daripada sumber berita:
http://mstar.com.my/cerita.asp?sec=mstar_berita&file=/2012/1/25/mstar_berita/20120125133442

Oleh IZRA ABD RAHMAN PETALING JAYA: Sejarawan Negara, Tan Sri Khoo Kay Kim bersedia untuk disoal siasat dan memberi keterangan sekiranya ada pihak membuat laporan polis berhubung pandangannya yang menyatakan Hang Tuah dan Puteri Hang Li Po tidak pernah wujud sebaliknya ia hanya merupakan “tokoh mistik”.

Malah Khoo berkata, beliau akan “memalukan” mana-mana pihak yang bercadang berbuat demikian kerana beliau mempunyai banyak bahan bukti berhubung perkara itu.

"Saya galakkan mereka buat laporan. Biar mereka buat (laporan polis). Saya akan malukan mereka semua," katanya ketika dihubungi mStar Online...berita penuh.
Read full post »

Rabu, September 21, 2011

Komunis atau British? - Munafaat dan Mudharat.

0 comments
Kaji aspek Partai Komunis Indonesia yang memprovok Soekarno untuk menGanyang Malaysia dan reaksi jendral2 militer Indonesia pada ketika itu. Kaji juga pengaruh PKI yang mengugut akan menyembelih kiyai2 di Indonesia jika berlakunya kudeta PKI di Indonesia.

id.wikipedia.org
Gerakan 30 September atau yang sering disingkat G 30 S PKI, G-30S/PKI, Gestapu (Gerakan September Tiga Puluh), Gestok (Gerakan Satu Oktober) adalah sebuah peristiwa yang terjadi selewat malam tanggal 30 September sampai di awal 1 Oktober 1965 di mana enam pejabat tinggi militer Indonesia beserta beb...


THE MALAY PRESS Keributan antara PKI dan islam (tidak hanya NU, tapi juga dengan Persis dan Muhammadiya) itu pada dasarnya terjadi di hampir semua tempat di Indonesia, di Jawa Barat, Jawa Timur, dan di propinsi-propinsi lain juga terjadi hal demikian, PKI di beberapa tempat bahkan sudah mengancam kyai-kyai bahwa mereka akan disembelih setelah tanggal 30 September 1965 (hal ini membuktikan bahwa seluruh elemen PKI mengetahui rencana kudeta 30 September tersebut).

Ariff Abdullah mcm mana plak org kata uada pendapat mengataan ada Ulama2 dr M'sia ni berjuang bersama2 komunis lawan british???? -Puak bulan bg statement tu..Puak cap keris plak kata lain..

THE MALAY PRESS kita mahu lihat dunia sekitar...perngaruh komunis di Indonesia yang menjadi ancaman kepada ABRI. pengaruh komunis Rusia dan china yang menyokong PKI dan dalam pada masa yang sama Soekarno yang telah membawa Indonesia keluar daripada PBB memerlukan PKI untuk melunaskan tuntutan ego individunya dan maruahnya untuk menganyang Malaysia. Pada waktu yang sama Amirika sedang bertentangan dengan uncle Ho Chi Min di Vietnam, maka jika Indonesia jatuh ketangan Komunis maka seluruh nusantara bakal menjadi Komunis. Pada waktu yang sama Inggeris mesti memastikan Komunis tidak bertapak di Malaysia untuk menjaga kepentingan Imperialis dan juga Amirika.



THE MALAY PRESS Cuba bayangkan jika seluruh nusantara menjadi Komunis? waduhhh...brengset!

Ariff Abdullah soviet union kedua...

THE MALAY PRESS bezanya kita dengan Indonesia adalah 1. Selepas jepang kalah perang, segala senjata telah direbut oleh orang Pemuda2 Indonesia diseluruh kepulauan, jadi bila Inggeris minta balik depa kata hang nak amik hang amik dengan darah. 2. Di Malaya masa tu Inggeris bagi kat MPAJA...jadi sama gak Inggeris minta balik, MPAJA tak bagi depa jadi komunis...

Ariff Abdullah oooo, so PKI dan PKM ni syumul ker perjuangan depa ni??? Samapi nk bunuh hbs Kiyai segala???

THE MALAY PRESS yang pelik di Malaya ni, KENAPA INGGERIS TAK BAGI SENJATA KAT ORANG MELAYU??? ATAU KENAPA ORANG MELAYU TAK REBUT SENJATA DARIPADA JEPANG? so itu je...kalau Melayu kita amik senjata dari Jepang atau Inggeris bagi senjata kat Melayu instead of MPAJA maka boleh jadi x de jadi la Bukit Kepong ke...apa ke...haaa nampak tu?

Ariff Abdullah mat indera tu ada, n kalau tak silap ada briged ke 10 PKM yg segeng dgn shamsiah fakeh tu..depa tu melayu islam..any comments??

THE MALAY PRESS Inggeris dan Komunis ni sama je, depa yang bikin ni asal kena kaji la Lenin, Karl Max segala tu...asalnya depa nak runtuhkan Monarki...asalnya depa nak bagi harta kekayaan sama rata dengan rakyat jelata, perjuangan mereka tu bersenjata...dan melalui revolusioner....

THE MALAY PRESS Inggeris Kapitalis vs Russia Komunis...kaji asal ayat Kapital vs Komun...seme bab duit laaa...camtula...


Ariff Abdullah maka org2 melayu islam pon x sokong, dan ter'paksa' dkt dgn british...mcm gitu???

Ariff Abdullah knp komunis mahu runtuhkan monarki??? islam sgtkah monarki itu???


THE MALAY PRESS Komunis tu platform pejuangan bersenjata. Kita boleh rasa semangat menentang penjajah Inggeris tu. Tapi Dato Onn cakap cara tu tak betul ...di panggil jalan SIASAH GELAP yang bakal merosakkan Melayu...so namanya komunis itu adalah SIASAH GELAP....makna politik gelap la...yang akan merosakkan melayu. Dato Onn kemudian cakap lebih kurang begini..."hanpa tak percaya hangpa tengok bila depa perintah 2 minggu...hangpa tengok apa depa buat?" ni Dato Onn amik contoh masa Bintang Tiga perintah Malaya 2 minggu sebelum Inggeris datang...jadi sebelum Inggeris kita dah pernah kena perintah dengan Bintang Tiga laaaa...ada experience sebab tu depa x sokong komunis...jadi Dato Onn buat cara siasah yang betul la...sebab orang MELAYU memang tak de kekuatan masa tu...senjata pun xde...sebab tu dia kata nak buat jarum sebatang pun x boleh...bukan pasai nak hina tapi itulah kenyataan masa tu...masa tu xde la Dato Onn nak cerita sejarah Siam ke Empayar Melayu MElaka ke apa ke...sebab xdak masa la nak bukak menda tu...

Ariff Abdullah mcm mana plak dgn golongan kiri????depa pon ikut mainstream gak dgn cara tubuhkan partai siasah..???

THE MALAY PRESS mat indera tu ada, n kalau tak silap ada briged ke 10 PKM yg segeng dgn shamsiah fakeh tu..depa tu melayu islam..any comments??? >> depa mati kita sembahyang kan tak? jawap kat situ la...bab iktikad dan pegangan dia dengan tuhan tu kita tak tahu..cuma cara siasah gelap tu kita kata tak betul la pada pandangan kita setelah dikaji dan diselidik akibat dan mudarat lebih banyak daripada munafaat.

Ariff Abdullah yup saya setuju, umat islam tak der pilihan, antara 2 mudarat, antara british 9demokrasi) or komunisme kita pilih demokrasi


THE MALAY PRESS golongan kiri radikal, golongan kanan x radikal. buleh pilih mana mahu la...ideologi masing-masing. cuma dato onn tak sempat nak implement apa yang ada difikirannya pada waktu tu sebab kena sabotaj...so the rest was history. jadi la kita macam sekarang. cuma yang pasti dato onn buat parti negara...parti untuk orang melayu. that's it.


THE MALAY PRESS monarki itu adalah sebahagian daripada sistem Islam. tak boleh di nafikan empayar Islam berkembang kesurluruh dunia hasil daripada sistem monarki selepas para khulafa arrashidin. sama la masa EMpyara Islam benua siam kedah, monarki jugakla...so depa kata nak balik sistem khulafa arashidin, depa x tahu Islam berkembang 80% bawah sistem monarki.

Ariff Abdullah parti IMP utk semua kn??? pilihan raya umum 1955 Perikatanbertanding 52 kerusi menang 51 kerusi..Pas menang 1 kerusi??
setuju tak THE MALAY PRESS dgn penyataan saya ni, Yng menang 52 kerusi tu semua golongan kanan..Dan ada yg panggil Barua British??? benarkah begitu???


Ariff Abdullah Yng rampas konstatinopel tu empayar apa??? umayyah??abssiah??uthmaniah??? monarki gak tu!!

THE MALAY PRESS heheh...tak boleh nak kata absolute barua sebab ada gak yang tak tahu depa dah jadi barua...heheh...sebab main ikut kata ketua je...masa itu sentimen banyak dimainkan..dan dato onn dipermainkan oleh MCA dan UMNO...

Ariff Abdullah dimainkan dr segi???


Ariff Abdullah PAS pon kalau tak sialp golongan kanan gak..

THE MALAY PRESS dengan sokongan British Dato Onn tewas...nak kaji apa difikiran dato onn kena kaji apa yang dia buat bersama Burhanuddin Helmi sebelum suruhan jaya reid...itu semua kebanykkan idea dato onn tapi di zehirkan oleh Dr Burhan...kena baca buku dr burhanuddin pejuang melayu sejati...masa tu dia dalam PAS...bukan dia tawar diri tapi dia masuk PAS selepas orang PAS buat surat jemputan.

Ariff Abdullah tak silap depa tentang suruhanjaya reid ni...tp rasanya PAS dan UMNO sokong dan senada..emm kalau tak silap lah...

THE MALAY PRESS dimainkan dr segi??? >> banyak segi nak cerita pun panjang...kena kaji maianan MCA bawah pemimpin derang yang kejap2 baik ngan IMP kejap2 baik dengan UMNO...talam dua muka MCA ni...aku cakap MCA ni memang kurang ajar...tapi depa cakap DAP...masa tu mana ada DAP lagi? puak2 ni bercakap kekadang macam xde otak pun ye gak...tu pasai aku maleh nak cerita politik buat sakit hati je...tukang songket banyak..tukang nak kaji sket...hahahah


THE MALAY PRESS ISLAM BERKEMBANG SEBAB SISTEM MONARKI tak boleh nak dinafikan...puak2 yang nak buat sistem khalifah ni tak baca tang tu..depa dok kata MONARKI ni tak betul...******** depa...cakap macam takde otak...Sallehuddin AYubi pun buat sistem monarki tapi tak lama...Mughal pun monarki....ottoman pun monarki... (maksudnya tak boleh la nak kata Khalifah berteraskan monarki tu tak betul, kalau tak betul abis salahlah semua sistem pemerintahan Islam selama hari ini?)

cuma bila masuk bab Sharif Mekah depa pas kat keturunan Rasulullah s.a.w tang tu depa tak kacau...(maksudnya semua sistem Monarki Khalifah tidak sentuh ketuanan Sharif Makkah yang bertetesan dari Rasulullah s.a.w, mereka akur dengan keturunan Rasullullah s.a.w)

THE MALAY PRESS yang kacau Sharif Mekkah ni Inggeris Amirika dengan Saud...haaa..itu pasai la hari ni kita dok kacau bilau..sebab tuan rumah dah kena halau!

Ariff Abdullah DAP serpihan PAP singapore..emm lee kuan yew pon ada something gak..huhuuhuhuhu..so mana jahat depa ni??? DAP la ni dgn MCA la ni pon mana jht lg??? aku nampok dok saling cover meng cover jer???

THE MALAY PRESS hahahaa... tau takpe...


THE MALAY PRESS tak silap depa tentang suruhanjaya reid ni...tp rasanya PAS dan UMNO sokong dan senada..emm kalau tak silap lah...>>> memang silap! PAS tak sokong Sreid dengan UMNO Penang dan Terengganu.

Ariff Abdullah kalau dlm konteks skrng mana satu harbi?? mana satu zimmi???
puak2 yang nak buat sistem khalifah ni tak baca tang tu..depa dok kata MONARKI ni tak betul...******** depa...cakap macam takde otak...Sallehuddin AYubi pun buat sistem monarki tapi tak lama...Mughal pun monarki....ottoman pun monarki...cuma bila masuk bab Sharif Mekah depa pas kat keturunan Rasulullah s.a.w tang tu depa tak kacau... -->> sapa tu oi???? MCA ka??? dsayatnya!! ka freemason?? kih kih kih..

Ariff Abdullah apa kelemahan suruhan jaya Reid ni???

THE MALAY PRESS hanpa pandai pkir sendiri la...yang zimmi ka harbi hanpa cakap apa ? sapa yang bayar jizyah nak kena tahu la MCA ke DAP?


THE MALAY PRESS kelemahan Reid? hahahah...Malaysia hari ni la.

Ariff Abdullah ok THE MALAY PRESS ttng ha keistimewaan melayu mcm ner plak??? rasanya tu la salah satu kelemahannya...walau nk tolong Bumi... facts!!


Ariff Abdullah MCA dap, hmm 2-2 sokong skool vernakular ni, n majlis peguam yg anjur IFC dulu byk drp DAP..MCA ni ku rasa cekau byk projek la...tu ja..So mana lg langsi???


THE MALAY PRESS lu langsi lu mati. itu je jawabnye.

THE MALAY PRESS keistimewaan melayu >> gula-gula beracun.

THE MALAY PRESS wassalam.

Ariff Abdullah gula2 beracun..emm..tp byk gak la anak2 melayu yg mask ipta dgn guna Tiket Gula2 ni...Facts... apa boleh buat!!





Diatas ini adalah soal jawab TMP dan salah seorang pembaca diruangan facebook The Malay Press. (Soal jawab ini adalah sepintas lalu, jika ada kesilapan dari segi fakta harap dibetulkan begitu juga kekasaran bahasa harap maafkan. Terima kasih)
Read full post »

Ahad, Julai 10, 2011

PATRIOT - MELAYU YANG MENARI GENDANG KELING

4 comments
Aku jarang menulis bab politik. Sebab yang menulis dan tukang songketnya ramai. Rata-rata blog Melayu hari ini menulis perkara yang sama, politik tak habis-habis. Yang hentam DAPIG nya yang hentam Parti Ajaran Sesatnya, yang hentam UMporNO nya, cukup banyak hentam menghentam, kutuk mengutuk.Tapi tidak mengapalah, bagi aku ini negara Malaysia, laungan kebebasan untuk bersuara memang menjadi agenda utama sesetengah pihak yang berkepentingan. Mulut tempayan bolehlah ditutup.
Read full post »

Khamis, Disember 16, 2010

Wikileaks- What do I think?

0 comments
Questions:
1. What do you think of Wikileaks?
2. Is it wrong what they do?
3. Or do they keep governments honest?

Some points to ponder:

It is all about Amirican war policies on foreign land.
And it was based on promised made by Barrack Obama to bring back Amirican troops back form Iraq and Afghanistan.

As Obama promised a transparent government and to close Guantanamo prison (is it closed?)

Wikileaks is trying to shortened the war and pushing the President to keep his promises.

Espionage Act vs Freedom of Press
EA is about securing information from falling into the enemy hands but FP is a whistleblower of any wrong-doing of the government.
Read full post »

Rabu, Disember 24, 2008

Sejarah Fantasi dan Penipuan Evolusi: Konspirasi Ottoman

13 comments
(Selamat Menyambut Awal Muharram 1430H - updated with more facts! 27012009)
Bagaimanakah sepatutnya kita menilai dan mengambil sejarah dari kacamata sebagai saorang Islam? Apakah cara yang paling sesuai untuk kita melepaskan diri dari ikatan fakta-fakta fantasi penipuan saintis atheis barat dan eropah yang sudahpun ditanam dan berakar umbi sehingga telah pun menjadi darah daging kita hari ini?

Sebagai contoh, selepas kejatuhan Baghdad di tangan tentera Monggol, umat Islam dikatakan telah lemah. Habis gudang-gudang ilmu dibakar segala manuskrip dihanyutkan, para cendikiawan dibunuh. Orang Eropah secara curi membawa lari beberapa naskhah penting ke negara masing-masing dan mula mencipta teknologi. Kita meletakkan kesalahan dan mengutuk perbuatan barbarik Monggol dan meratapi kemusnahan Baghdad. Itu yang kita belajar disekolah.

(Pada zaman keagongan Islam inilah konsep 'universiti' itu diwujudkan. Penuntutnya pula datang dari segenap dunia membawa balik ilmu ke negara masing samalah macam pelajar kita yang menuntut diluar negara. Secara logiknya adakah ini dikira mencuri ilmu?)

Tetapi sedarkah kita, bahawa setelah Baghdad jatuh, bangsa Monggol pula dipilih membawa syiar Islam. Menguasai Asia Tengah, membenihkan kesultanan Mughal menguasi benua India dan memimpin Dinasti Yuan. Di satu sudut pula, Andalusia berkembang menjadi pusat keilmuan Islam dirantau eropah.



HULAGU KHAN
AR dirham. Al-Mawsil 657. With name of Monghe Khagan and HULAGU KHAN.
A-2122.

Syiar Islam berkembang lebih luas selepas kejatuhan Baghdad yang pada waktu itu telahpun dibelit dan dikuasai puak Syiah Hasyasyin ('Assasin' kaki syisya-kaki khayal-taik candu) yang menentukan kepimpinan Baghdad secara korup mengikut kepentingan mereka. Khalifah hanya tinggal nama, tiada fungsi dan tidak dihormati lagi - ini adalah pada zaman Al-Musta'im 640H - 1242M.

(Assasin'ation - diambil sempena nama puak ini yang kejam suka membunuh pemimpin politik, tetapi dihabiskan oleh tentera Monggol dengan sekali jalan-tanpa ampun maaf. Balasan kepada mereka!)

Lupakah kita pada peringatan Rasullullah S.A.W tentang berita kejatuhan Konstantinapol ditangan umat Islam yang "dipimpin sebaik-baik pemerintah dan sebaik-baik tentera"? Peringatan Baginda melangkaui kehebatan Arab Baghdad yang kita ratapi. Pihak gereja lagikan percaya tentang berita ini dan sempat mengalihkan kuasa pope dari Konstantinapol ke Vatican Rome sebelum penaklukan itu berlaku...

Oleh itu adakah benar apa yang kita percaya selama ini? Ataupun kita telah berjaya diperdaya oleh konspirasi terancang puak barat sehingga terlepas pandang kekuatan Empayar Ottoman yang menjadi duri dalam daging kepada bangsa eropah pada abad ke 14 sehinggalah ke 19 hingga memaksa mereka menubuhkan Holy League untuk menghadapi angkatan laut Ottoman. Kita juga tidak diberitahu tentang jasa2 tentera Ottoman yang membebaskan Algeria dari taklukan Sepanyol diantara tahun 1516-1517 dan seterusnya kempen mereka di Afrika Utara dalam tahun2 berikutnya (termasuklah beberapa kali mendarat di Andalusia)


Illustrasi Angkatan laut Ottoman yang moden membedil kapal-kapal Sepanyol abad ke 16

(In 1529 the Ottoman fleet under Salih Reis and Aydın Reis destroyed the Spanish fleet under the command of Rodrigo Portundo near the Isle of Formentera. This was followed by the first conquest of Tunisia from Spain and the reconquest of Morea from Venice by the fleet of Barbaros Hayreddin Paşa, which later conquered the islands belonging to the Duchy of Naxos in 1537.
tidakla setara mana benar kapal Sepanyol yang diagong2kan sangat itu jika dibanding kapal Ottoman. Kisah Columbus dan Magellan tu karut sahaja. Peta Piri Reis Turki 1513 telah menunjukkan Antartika 300 tahun sebelum kawasan itu 'dijumpai' secara official)

Ottoman juga yang mengambil balik kepentingan Islam daripada tangan Portugis di Oman, Hormuz dan Qatar pada pertengahan abad ke 16 dan menjalinkan hubungan dengan kerajaan di Nusantara bersama Acheh (ini rekod penulis ambil dari sumber Turki). Sebelum Syeikh Ahmad Fatani (Siam), Hang Tuah dalam hikayatnya juga dikatakan telah sampai mengadap Sultan Ottoman meminta kelengkapan perang seperti meriam dan seumpamanya untuk keperluan tentera Melaka.

(The Turkish Navy was once the largest sea power in the Mediterranean Sea, Black Sea, Red Sea, Persian Gulf and the Indian Ocean; entering the history books of many countries in distant lands such as the British Isles, Scandinavia, Iceland, Labrador, Gulf of Saint Lawrence, Newfoundland and Virginia in the west, to India, Indonesia and Malaysia in the east, and Madagascar in the south.- Pembetulan: sejarah kekuatan Khalifah Ottoman abad ke 16 ditutup sepenuhnya dari memasuki sejarah umat Islam di Malaysia diganti dengan sejarah Portugis!!)
 
(Jadi kapal jenis apa pula yang Hang Tuah gunakan dalam pelayaran ke Turki tersebut? Hang Tuah yang mana pula yang ada kaitan dengan Acheh? Kenapa nak dibangga sangat dengan sejarah melaka 1511 yang melingkup tu sedangkan terangan Islam menguasai Benua Asia disamping Turki dieropah?)

Pertempuran diantara Ottoman dan Portugis dikatakan berlaku di Laut India, tetapi tiada keputusan yang konklusif pihak mana yang menang.

(Turki menguasai jalan laut Arab di Suez dan Yaman manakala Empayar Moghul Islam pula telah menguasai Benua India. Ayuthia @ Shahru-Nuri pula menguasai Kedah-Aceh iaitu jalan masuk ke Selat Melaka. Semua dikuasai Islam!

(KurtoÄŸlu Muslihiddin Reis (known as Curtogoli in the West) who played an important role in the conquests of Egypt in 1517 and Rhodes in 1522, and established the Ottoman Indian Ocean Fleet based in Suez which was later commanded by his son, KurtoÄŸlu Hızır Reis, who lead the Turkish naval expedition to Aceh (1568–1569) which marked the easternmost territorial expansion of the Ottoman Empire, and countless others have all made it to the hall of fame of great mariners in history)

Angkatan laut Ottoman juga telah belayar jauh ke Amirika Utara - di New Foundland, mendarat di Sweden, Denmark, Devon, Hartland, Sussex, Plymouth di England.


Peta dan Carta kelengkapan Angkatan Laut Ottoman - lihat sahaja berapa banyak jenis kapal dan meriam untuk pelbagai kegunaan.

Justeru, dari sumber manakah saintis Ottoman mencipta teknologi membina empayar yang menjadi penaung umat Islam sedunia waktu itu? Adakah logik mereka juga mencuri naskah seperti yang dilakukan oleh orang eropah semasa kerajaan Baghdad dibakar Monggol dahulu? Jika sama2 mencuri kenapa mereka lebih maju sehingga dapat menakluk Konstantinapol?

Abad ke 15-16 Ottoman Islam belajar Sains dan Matematik dalam bahasa apa? Inggeris???

Pada abad ke berapakah sebenarnya orang eropah membina empayar dalam cubaan menguasai dunia? Konspirasi jenis apakah yang mereka gunakan sampai berjaya membataskan fikiran umat Islam hanya di Baghdad semata? Ada seakan-akan rupa konspirasi Pelabuhan Melaka?

Konspirasi Taik Candu @ Madat...
--------------------------------------------------
Sedikit mengenai Monggol:

HULAGU KHAN
AR dirham. Al-Mawsil 657. HULAGU KHAN
A-2122.
(Terang kalimah Tauhid dan Rasul terpatri dizaman Hulagu Khan)

Mongkhe Khan @ Monghe Khagan Al'azam Al'adil - Monghe adalah Maharaja Monggol yang memerintahkan adiknya Hulagu Khan menyerang Baghdad. Jika dilihat pada tarikh sebelum serangan Monggol ke atas Baghdad, jelas menunjukkan mereka sudah Islam lebih awal! Lihat sahaja duit si Bapak Monggol si Ugudei Khan al-Adil dibawah. Si Ugudei ini juga yang membuka Dynasti Yuan China.


MONGHE KHAN. 649-658AH/1251-1260AD
AR dirham of Great Khagan Monghe. Never published specimen
Badakhshan mint 6x5AH (probably 655AH/1257AD).
Comment of Pakistan's expert-specialist in Islamic coins Haroon Tareen: "The date on this coin appears to read 6x5 AH, so it could only be 655AH. And the mint is not clear, but what appears to the right margin on the Kalima side is probably Badakhshan."


Temp. UGUDEI KHAN
AR dirham. Bow type. Struck in North West Iran in 631AH/1233AD.
A-1973

Ulama' dan para pendakwah zaman Abassiah dan sebelumnya termasuklah para Tok Wali dan Ahlullah zaman itu berjaya mengislamkan Maharaja Monggol dan mereka akhirnya membalas budi dengan menyelamatkan Baghdad dari terus di pimpin oleh Khalifah-khalifah yang korup di bawah pengaruh Syiah Hasyasyin dan juga kristian.

Mereka masuk setelah mendapat isyarat @ tanda yang nyata tentang 'penyelewengan' itu dan menyerang bila mana jiwa Islam sudah luput dari amalan penduduk-penduduk Baghdad dan Khalifahnya! Bukan suka-suka.

Peperangan sesama 'Islam' juga bukan baru, semenjak Saidina Ali R.A dan Muawiyah lagi sudah ada (cthnya: Perang Siffin dan Perang Jamal), Umaiyah vs Abbassiah dan sebagainya. Begitu juga dengan Ottoman yang menyerang kerajaan Mamalik di Mesir 1517M, tidak lupa Ayuthia yang memadamkan pemberontakan di Melaka 1511M.

Teknologi dan kekayaan penting tetapi hanyalah sebagai alat, bukan ukuran yang menjadi tempat bergantung. Ingat lagi pesan Rasullullah S.A.W mengenai Konstatinapol?
Read full post »

Sabtu, September 20, 2008

Akta Perhubungan Kaum Bakal Memenuhi Selera SUQUI?

0 comments
KOMEN PENULIS:
Ini bukan perkauman. Tetapi kepada kumpulan pendesak, mereka perlu CERDIK dan KERAS jika mahu dihormati. Dalam konteks negara, Agama dan Bangsa perlu di perjuangkan terlebih dahulu.  Jangan hanya pandai melalak dan menyanyi 'Hidup itu hidup ini' dek kerana kepentingan artis atau survival politik sesetengah individu. Apa jua badan yang ditubuhkan untuk bertindak bagi menjaga kepentingan Agama dan Bangsa perlu sentiasa peka - menjadi 'watchdog' kepada kerajaan yang sedia. Ini supaya ada 'check and balance' pada setiap tindakan kerajaan dan supaya tidak nanti diperkudakan oleh anasir atau agenda puak tertentu secara halus. 

Rupanya kita sedang mendendang lagu menuju ke arah 'pihak itu' tanpa disedari. Buka mata dan buatlah kajian sendiri.

('Badan yang ingin bertindak' jangan tidur dan bangun bermusim. Ia perlu dijawab dengan lojik, fakta dan SEJARAH REALITI. Alo pakcik, buatla study sket, kalau nak memang jangan pakai dah sejarah 1511 tu)
---------------------------------------------------------------------------
Trigger:
Akta hubungan kaum akan diwujudkan, kata Syed Hamid Albar


PUTRAJAYA 18 Sept. — Kerajaan akan menggubal satu akta mengenai hubungan kaum bagi dijadikan panduan kepada rakyat untuk memelihara dan mengukuhkan hubungan kaum, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Beliau berkata pegawai-pegawai Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Perpaduan, Kesenian dan Warisan (KEKWA) akan membincangkan soal penggubalan undang-undang itu setelah ianya dipersetujui oleh kabinet.

Bercakap kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri di sini hari ini, Syed Hamid berkata bahawa setelah akta berkenaan diluluskan, KEKWA akan memainkan peranan yang penting bersesuaian dengan tnggungjawabnya menjaga hal-hal perpaduan.

“KDN hanya memberi input dalam usaha penguatkuasaan bagi menentukan keselamatan dan kesejahteraan negara dapat dipelihara,” katanya. - Bernama


------------------------------------------------------------------------
Refer:
Akta Kaum Acuan Suqiu


MEMANDANGKAN 83 tuntutan Jawatankuasa Rayuan Pilihan Raya Persatuan-persatuan Cina Malaysia (Suqiu) yang dikemukakan sebelum pilihan raya umum tahun lalu semakin mendapat perhatian umum hingga menimbulkan kontroversi di kalangan rakyat negara ini, di sini disiarkan terjemahan rasmi daripada teks bahasa Cina untuk manfaat pembaca. - Pengarang

TERJEMAHAN TUNTUTAN SUQUI.
MUKADIMAH
PILIHAN yang akan datang akan memilih kerajaan dan wakil rakyat yang akan memimpin negara ini ke alaf baru. Empat puluh dua tahun selepas mencapai kemerdekaan, negara kita telah berkembang maju dalam semua sektor hasil daripada usaha dan sumbangan rakyat semua kaum, dengan sepenuhnya menunjukkan dinamika sebuah negara yang berbilang kaum. Walau bagaimanapun, beberapa dasar kerajaan yang tertentu, terutamanya yang berkaitan dengan kesamaan bangsa, demokrasi, hak asasi manusia, autonomi kehakiman dan sebagainya perlu diperbaiki.

Krisis ekonomi pada dua tahun yang lepas dan wabak virus Nipah merupakan dua bencana terbaharu yang telah menyebabkan persatuan-persatuan Cina menimbang semula masa hadapan negara kita secara serius.

Kerajaan seharusnya mengadakan satu rancangan pembangunan yang sepadu untuk industri kecil dan sederhana dan Perkampungan Baru Cina yang telah ditubuhkan lebih daripada lima puluh tahun dahulu. Apabila kerajaan sedang giat menjalankan pelbagai projek mega, kita masih menghadapi kekurangan dana, bilik darjah dan guru di sekolah-sekolah. Kami juga perlu menaruh perhatian pada sektor-sektor yang mundur yang terdapat di kalangan Orang-Orang Asli, pekerja estet, penduduk bandar dan petani miskin.

Di samping itu, kami amat mengambil berat tentang isu amalan rasuah, penyimpangan kerajaan dalam pentadbiran awam, kebertanggungjawaban dan kelutsinaran kerajaan yang telah menimbulkan banyak perbincangan di kalangan orang awam. Demi cinta kami terhadap negara, serta perhatian kami terhadap masa hadapan bangsa kita, kami meminta semua calon dan parti politik yang akan mengambil bahagian dalam pilihan raya yang akan datang menyokong dan melaksanakan rayuan kami

Kami juga menggesa semua pengundi negara kita berusaha merealisasikan rayuan ini.

1. Menggalakkan Perpaduan Negara
Perpaduan negara mestilah berasaskan kepentingan semua rakyat negara kita dan bukan berdasarkan perkauman. Hanya dengan berasaskan keadilan dan non-diskriminasi, dapat mewujudkan satu lingkungan yang sesuai untuk mencapai perpaduan dan keharmonian di antara kaum:

* Gubalkan Akta Perhubungan Kaum untuk mencegah diskriminasi perkauman, rasialisme dan rasisme.
* Tindakan Afirmatif (Affirmative Action) harus bertujuan untuk memberi perlindungan dan peningkatan kepada golongan masyarakat yang lemah, tanpa mengira kepercayaan agama, latar belakang sosial dan kaum.
* Mengambil langkah untuk memansuhkan perbezaan antara 'bumiputera / bukan bumiputera' dalam semua bidang.

2. Mempertingkatkan Demokrasi
Demokrasi bukan sahaja bermakna amalan pengundian setiap lima tahun - kerajaan harus dipilih oleh rakyat pada semua peringkat, supaya mencapai demokrasi parlimentari yang sebenarnya dan memastikan keadilan pilihan raya:

* Garisan sempadan kawasan pilihan raya mestilah berasaskan prinsip 'satu orang satu undi'. Perbezaan bilangan pengundi antara kawasan-kawasan pilihan raya yang berlainan sepatutnya tidak melebihi 15%, seperti mana yang diamalkan pada peringkat awal selepas kemerdekaan negara ini supaya mengelakkan jurang besar yang sedang wujud di antara bilangan pengundi di kawasan pilihan raya yang berlainan dalam sistem pengundian kini.
* Memulihkan pilihan kerajaan tempatan.
* Senator haruslah dipilih oleh rakyat.

3. Mempertahankan Hak Asasi Manusia dan Menegakkan Keadilan
Mempertahankan hak asasi manusia, keadilan, keamanan dan kebebasan negara kita, agar melindungi hak-hak politik, sosial, kebudayaan dan ekonomi seluruh rakyat Malaysia:

* Ratifikasikan dan menandatangani semua konvensyen Bangsa-Bangsa Bersatu dan kovenan-konvenan antarabangsa.
* Suruhanjaya Hak Asasi Manusia yang baru ditubuhkan perlu diperluaskan struktur anggotanya dan pastikan bahawa badan tersebut berepresentatif dan bebas.
* Pastikan kebebasan Peguam Negara dan badan kehakiman.
* Mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri selaras dengan perkembangan zaman.
* Gubalkan Akta Kebebasan Informasi.
* Meminda Akta Kesatuan Sekerja, Akta Hasutan, Akta Penerbitan dan Mesin Cetak, Akta Polis dan Akta Universiti dan Kolej supaya selaras dengan piawaian hak asasi manusia.
* Mempertahankan kebebasan bercakap, perhimpunan dan persatuan.

4. Membasmi Amalan Rasuah
Amalan rasuah merupakan salah satu halangan besar dalam pembangunan negara. Ia bukan saja merampas kepentingan rakyat jelata, malah menjejaskan fungsi pentadbiran kerajaan dan merosakkan kebertanggungjawaban kerajaan. Amalan rasuah mesti dihapuskan pada semua peringkat perkhidmatan awam dan kerajaan:

* Susun semula Agensi Pencegah Rasuah supaya ianya menjadi satu badan bebas dan bertanggungjawab secara langsung kepada Parlimen.
* Gubalkan satu akta di mana semua kakitangan tinggi kerajaan dan wakil rakyat yang dipilih diwajib mengisytiharkan aset mereka secara terbuka kepada orang awam.

5. Laksanakan Dasar Ekonomi yang Adil
Kerajaan harus mengkaji semula dasar ekonomi negara secara menyeluruh untuk mengatasi kelemahan yang terdedah semasa krisis kewangan berlaku baru-baru ini. Semua kaum mesti diberi peluang yang sama untuk bersaing. Amalan rasuah, kronisme dan nepotisme harus dielakkan dalam perihal pemberian saham atau kontrak. Dalam tiga puluh tahun yang lampau, sewaktu kerajaan menitikberatkan pembangunan industri dan komersial bagi kaum bumiputera, perkembangan dan modenisasi bagi industri kecil dan sederhana telah diabaikan. Kerajaan juga telah mengabaikan masalah yang dihadapi oleh pernternak babi, terutamanya dalam krisis industri penternak babi yang berlaku baru-baru ini, kerajaan tidak mengambil tindakan dengan segera untuk menolong mangsa-mangsa wabak dan keluarga mereka:

* Menggalakkan modenisasi dan pembangunan industri kecil dan sederhana dalam negara ini.
* Merumuskan dan melaksanakan dasar pertanian yang kekal.
* Memberikan bantuan secara adil dan mencukupi kepada semua sektor termasuk industri penternakan babi.
* Membahagikan tanah secara adil kepada petani-petani yang memerlukannya tanpa mengira kaum.
* Hapuskan sistem kuota yang berasaskan 'kaum' dan gantikannya dengan sistem pengagihan yang berasaskan 'kebolehan' (means-tested sliding scale).
* Pastikan bahawa dana KWSP serta dana-dana awam yang lain kepunyaan pekerja negara kita diberikan tempat perwakilan yang memuaskan kepada organisasi pekerja untuk menjamin pengurusan dana yang betul.

6. Kaji Semula Dasar Penswastaan
Tujuan menswastakan kemudahan awam ialah untuk meningkatkan kecekapan dan mengurangkan beban ekonomi negara. Walaupun sesetengah kemudahan awam yang diswastakan memberi banyak kemudahan kepada rakyat dan juga menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara, namun disebabkan ketidaklutsinaran operasinya, ianya telah menimbulkan monopoli dalam bidang perniagaan, memberatkan beban rakyat dan menyebabkan kronisme serta menghalang pertumbuhan ekonomi negara:

* Semua projek penswastaan harus berasaskan kepentingan orang awam.
* Projek-projek penswastaan harus ditender secara terbuka.
* Dirikan Suruhanjaya Urusan Awam untuk menyelia dan menilai projek-projek yang diswastakan untuk melindungi kepentingan rakyat.
* Batalkan rancangan pengkorporatan perkhidmatan kesihatan supaya membolehkan rakyat negara kita, terutamanya mereka yang berpendapatan rendah, menikmati perkhidmatan kesihatan awam yang murah dan cekap.
* Gubalkan akta antimonopoli untuk mengelakkan amalan monopoli dalam bidang penswastaan.
* Kaji semula perkhidmatan pembetungan supaya mengurangkan beban para pengguna.
* Hentikan pengenaan tol dan penswastaan pada jalan raya di dalam bandar raya dan jalan raya yang sedia ada yang telah dipertingkatan menjadi lebuh raya.

7. Laksanakan Dasar Pendidikan yang Progresif dan Liberal
Demi menghadapi cabaran abad baru, kita perlu mengkaji semula keseluruhan sistem pendidikan negara kita dengan menumpukan perhatian pada pengembangan potensi manusia, memenuhi keperluan sumber manusia dan memupuk daya kreativiti, daya inisiatif serta teknik pembelajaran para pelajar kita. Komuniti Cina memandang berat terhadap Akta Pendidikan 1996 yang tidak berlaku adil terhadap pendidikan bahasa ibunda bagi kaum Cina, India dan kaum-kaum minoriti lainnya di negara kita. Disebabkan kekurangan dana, bilik darjah dan guru, perkembangan sekolah-sekolah rendah Tamil dan Cina telah terhambat:

* Meminda Akta Pendidikan 1996 untuk mencerminkan dasar pendidikan kebangsaan sebagaimana yang dinyatakan di dalam Ordinan Pendidikan 1957 yang memastikan penggunaan, pengajaran dan perkembangan bahasa ibunda semua komuniti etnik di negara kita.
* Tambahkan bilangan sekolah rendah Tamil dan Cina di kawasan yang padat dengan penduduk kaum India dan Cina, agar hak untuk menerima pendidikan bahasa ibunda bagi pelajar-pelajar kaum tersebut tidak dirampas.
* Selesaikan masalah kekurangan guru yang lama berterusan di sekolah-sekolah rendah Tamil dan Cina.
* Batalkan rancangan Sekolah Rendah Wawasan dan hentikan pelantikan guru-guru yang tidak berkelayakan bahasa Cina untuk memegang jawatan-jawatan tinggi di sekolah rendah Cina untuk memastikan sifat dan cara pendidikan di sekolah rendah Cina tidak diubah.
* Pastikan bahawa pengagihan peruntukan pendidikan, latihan guru, perancangan kurikulum, bahan pengajaran, kemudahan dan perkakasan yang asas adalah adil dan mencukupi bagi sekolah-sekolah semua aliran bahasa, termasuk cadangan sekolah-sekolah bestari.
* Realisasikan pendidikan bahasa ibunda dengan menggabungkannya ke dalam rancangan pendidikan negara kita dan sediakan latihan untuk guru-guru, perancangan kurikulum dan bahan-bahan pengajaran baginya.
* Sediakan kelas bahasa ibunda pelajar (Pupil's Own Language -- POL) dalam kurikulum formal sekolah seandainya terdapat sekurang-kurangnya lima (5) pelajar dari mana-mana kumpulan etnik di mana-mana sekolah.
* Tambahkan peruntukan untuk perbelanjaan pendidikan.
* Kaji semula dan naikkan gaji guru.
* Kenalkan sistem pinjaman dan bantuan kewangan pelajar dengan pengagihannya mengikut kemampuan keluarga pelajar (means-tested sliding scale) tanpa mengira kaum.
* Iktirafkan Sijil Peperiksaan Bersama Sekolah Menengah Persendirian Cina.
* Izinkan penubuhan Sekolah-sekolah Menengah Persendirian Cina baru dan berikan subsidi untuk perkembangannya.
* Tambahkan bilangan sekolah rendah, menengah, kolej dan universiti selaras dengan pertumbuhan penduduk negara kita.
* Iktirafkan ijazah yang dianugerahkan oleh institusi yang bertaraf antarabangsa, termasuk Universiti Nanyang yang lampau serta universiti-universiti yang bukan aliran bahasa Inggeris di negara-negara seperti China, Taiwan dan sebagainya.
* Hapuskan sistem kuota untuk kemasukkan universiti.

8. Galakkan Perkembangan Pelbagai Kebudayaan
Negara kita ialah negara yang berbilang kaum. Akan tetapi, Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang sedia ada adalah didasarkan pada budaya tunggal, ianya merupakan halangan bagi perkembangan kebudayaan masyarakat majmuk. Demi memperbetulkan kesalahan ini, perumusan kebudayaan nasional haruslah diasaskan pada pluralistik masyarakat kita:

* Kenalkan dasar kebudayaan dan seni yang lebih liberal dan pluralistik.
* Sediakan bantuan kewangan dan biasiswa seni dan galakkan aktiviti kebudayaan berbilang kaum negara kita.
* Wajibkan kerajaan pada semua peringkat untuk menggalakkan budaya pluralistik.
* Pemberian ganjaran atau hadiah kesusasteraan dan seni negara haruslah terbuka kepada semua rakyat, tanpa mengira kaum atau bahasa.
* Kebudayaan semua kaum dan agama haruslah dilayani secara saksama oleh media dan badan-badan kebudayaan rasmi.
* Galakkan pertukaran kebudayaan antarabangsa.
* Mendidik dan menggalakkan rakyat negara kita saling menghormati agama-agama yang berlainan di dalam negara ini serta perkuatkan perhubungan dan pertukaran fikiran antara badan-badan agama berlainan.
* Berikan layanan yang adil bagi badan-badan agama yang berlainan dalam hal penyebaran, perkembangan, mendapat kemudahan rasmi kerajaan serta dilayani dengan saksama oleh media rasmi.

9. Lindungi Alam Sekitar
Semua projek pembangunan yang meninggalkan kesan buruk ke atas alam sekitar seperti kawasan tanah tinggi, hutan dan kawasan berpaya atau yang akan merosakkan peninggalan sejarah serta kawasan perkuburan, mesti dikawal dengan ketat. Piawaian dan undang-undang perlindungan alam sekitar perlu dikuatkuasakan secara serius:

* Pastikan projek empangan tidak merosakkan ekologi persekitaran.
* Kenakan langkah pemeliharaan air dan tenaga yang ketat.
* Wartakan semula hutan simpanan dan hidupan liar serta tumbuhan yang terpelihara.
* Kuatkuasakan Akta Perhutanan dan Alam Sekitar yang sedia ada untuk menghalang aktiviti pembalakan yang sembarangan.
* Kenakan cukai ke atas penggunaan tenaga serta pengeluaran gas karbon atau gas buangan lain yang berbahaya.
* Indahkan kawasan-kawasan perkuburan dan pastikan kawasan tersebut tidak dipindah untuk tujuan pembangunan.
* Tawarkan insentif bagi industri yang menggunakan tenaga yang boleh diperbaharui dan tenaga solar.

10. Modenisasikan dan Bangunkan Perkampungan Baru
Perkampungan Baru mempunyai sejarah lebih daripada lima puluh tahun. Seramai 1.5 juta kaum Cina yang berselerak di 452 buah Perkampungan Baru masih dikecualikan daripada arus pembangunan ekonomi negara. Infrastruktur di Perkampungan Baru tersebut perlu diperbaiki. Ramai penghuni masih belum mendapat hak milik tanah atau mendapat pembaharuan hak milik tanah:

* Pastikan bahawa semua penduduk Perkampungan Baru diberi hak milik tanah dengan segera.
* Selesaikan rancangan pembangunan Perkampungan Baru dengan secepat mungkin.
* Sediakan peruntukan pembangunan untuk Perkampungan Baru mengikut perkadaran bilangan penduduk.
* Memperuntukkan tanah yang mencukupi untuk petani-petani Perkampungan Baru dan luar bandar.

11. Realisasikan Dasar 'Perumahan Untuk Semua'
Kerajaan harus merealisasikan wawasan perumahan untuk semua rakyat dengan lebih giat. Tindakan ini diperlukan untuk menyelesaikan masalah perumahan yang ketara bagi kumpulan yang berpendapatan sederhana dan rendah:

* Pastikan bahawa kerajaan negeri memperuntukkan tanah yang lebih banyak secara percuma untuk pembinaan perumahan awam kos sederhana dan rendah.
* Pastikan pengagihan perumahan kos rendah adalah adil untuk mengelakkan daripada memberikannya kepada mereka yang tidak layak.
* Laksanakan sistem "sewa dahulu beli kemudian" agar membolehkan mereka yang tidak mampu memiliki rumah sendiri.

12. Lindungi Hak Asasi Wanita
Hak asasi wanita mesti diutamakan di sektor swasta dan awam:

* Beri sokongan kepada 'Agenda Wanita 1999' yang diutarakan oleh organisasi bukan kerajaan wanita negara kita.
* Pertingkatkan fungsi autoriti kerajaan yang berurusan dengan hal-hal wanita.
* Hapuskan segala jenis diskriminasi terhadap wanita dalam masyarakat negara kita.
* Kenakan hukuman yang berat kepada mereka yang melakukan keganasan terhadap kanak-kanak dan wanita.
* Menggesa sektor awam dan swasta supaya menyediakan kemudahan penjagaan kanak-kanak bagi pekerja-pekerja wanita.

13. Media yang Adil
* Media harus dioperasi secara adil dan bebas tanpa campur tangan kerajaan:
Tubuhkan Badan Penyiaran yang bebas dan adil.
* Hapuskan peraturan mengenakan pembaruan tahunan permit menerbit (KDN).
* Galakkan penubuhan media penyiaran swasta.
* Tambahkan peruntukan masa untuk penyiaran berita dalam bahasa Mandarin.

14. Memulihkan Kelayakan Rakyat Terhadap Pasukan Polis
* Pada akhir-akhir ini, cara pengendalian pihak polis dalam penyiasatan adalah amat membimbangkan dan hal ini mungkin menggugatkan keyakinan orang awam terhadap pasukan polis:
* Tubuhkan satu suruhanjaya penyiasatan statutori yang bebas untuk menyiasat kes penyalahgunaan kuasa dan kekerasan polis. Laporan siasatan suruhanjaya tersebut mesti diumumkan kepada orang awam manakala mereka yang didapati bersalah patut dihukum.
* Mempertinggikan kualiti pasukan polis menerusi pelarasan gaji dan prosedur pengambilan polis baru yang lebih ketat dan sempurna supaya membentukkan satu pasukan polis yang adil, berperikemanusiaan dan lebih bertanggungjawab.

15. Memperbaiki Kebajikan
Setiap manusia berhak untuk hidup dan mati secara bermaruah dan juga berhak menerima perlindungan sosial daripada pengangguran, sakit, umur tua, kematian atau lain-lain kejadian di luar kawalan mereka:
* Berikan perhatian khas kepada mereka yang kurang bertuah, kurang upaya, warga tua, kanak-kanak dan wanita.
* Sediakan kemudahan rekreasi untuk belia supaya memimpin mereka kepada satu cara hidup yang sihat.
* Tambahkan peruntukan dana bagi sektor kesihatan dan perubatan, terutamanya dalam hal pencegahan penyakit.
* Tingkatkan pengetahuan rakyat terhadap kehidupan sihat dan penjagaan kesihatan yang asas.

16. Hormati Hak Pekerja
Pekerja berhak mendapatkan syarat-syarat kerja yang saksama dan lingkungan kerja yang demokratik, berperikemanusiaan serta selamat, selaras dengan piawaian buruh antarabangsa:
* Iktirafkan hak pekerja elektronik untuk mendirikan kesatuan pekerja.
* Gubalkan akta untuk memastikan semua pekerja termasuk pekerja estet mendapat gaji minima yang munasabah.

17. Menyara Orang Asli
* Sahkan hak tanah rizab Orang Asli agar mereka dapat mengawal sumber dan tanah mereka sendiri dan dapat memilih cara hidup mereka sendiri.

Rayuan ini dianjurkan oleh 11 pertubuhan nasional Cina seperti berikut:
Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong)
Persekutuan Persatuan-persatuan Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong)
Persekutuan Persatuan-persatuan Alumni Sekolah Cina Malaysia
Nanyang University Alumni Association of Malaysia
Taiwan Graduates Alumni Association of Malaysia
Dewan Perhimpunan Cina Selangor
Federation of Guangdong Associations of Malaysia
Federation of Guangxi Associations of Malaysia
Federation of Sanjiang Associations of Malaysia
Federation of Fuzhou Associations of Malaysia
Huazi Research Centre
Setakat 16 Ogos 1999, rayuan ini telah diindoskan oleh 1,848 pertubuhan Cina di Malaysia.
Pada tahun 2000, dua lagi persatuan Cina telah menyertai Jawatankuasa Suqiu selain daripada 11 persatuan di atas, dua persatuan ini ialah:
Dewan Perhimpunan Cina Negeri Sembilan
Federation of Hokkien Associations of Malaysia
Sebelum Pilihan Raya 1999, rayuan ini telah diindoskan oleh 2,095 buah pertubuhan Cina di Malaysia.


Read full post »
 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger