"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
THEMALAYPRESS - FIKIR DENGAN KRITIS | TERUS MELANGKAH LEBIH JAUH.

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Terima kasih kepada para pembaca yang masih setia mengikuti blog ini!
~ MOHAB (Blog layout versi 1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Ahad, Julai 10, 2011

PATRIOT - MELAYU YANG MENARI GENDANG KELING

Aku jarang menulis bab politik. Sebab yang menulis dan tukang songketnya ramai. Rata-rata blog Melayu hari ini menulis perkara yang sama, politik tak habis-habis. Yang hentam DAPIG nya yang hentam Parti Ajaran Sesatnya, yang hentam UMporNO nya, cukup banyak hentam menghentam, kutuk mengutuk.Tapi tidak mengapalah, bagi aku ini negara Malaysia, laungan kebebasan untuk bersuara memang menjadi agenda utama sesetengah pihak yang berkepentingan. Mulut tempayan bolehlah ditutup.

Cuma akhir-akhir ini aku kasihan melihatkan UMNO, yang dahulunya di kenali sebagai PEKEMBAR Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, yang susah payah ditubuhkan oleh Almahum Dato Onn Jaafar sebelum merdeka dahulu. UMNO hari ini nampaknya sudah kehilangan taring, kehilangan arah dan punca. Khairi Jamaludin, ketua Pemuda UMNO Malaysia yang telah pun menyertai askar Wataniah tetapi malang peribadi dan watak jauh sekali mencerminkan perilaku disiplin seorang kader. 

Usaha menjadi juara Melayu seperti Almarhum Dato Onn dan Dato Haron gamaknya, tapi malangnya tidak kesampaian. Boleh jadi tidak punya karisma dan mungkin tidak begitu dihormati oleh orang Melayu, adakah mungkin kerana sejarah silamnya? Atau mungkin kerana tukang songket apit kanan dan kirinya nampak bukan Melayu?

Berapa ramai PEMUDA yang menyertai Patriot? Boleh dikira dengan jari tangan dan kaki kali 10 sahaja. Adakah kalian cuba mencetus peristiwa berdarah itu sekali lagi? Atau hanya drama sebagai 'mileage' politik sahaja? Cukulah bersandiwara, dari sudut lain, anda telah pun diperguna dan diperkuda.

Ramai orang Melayu dan juga pemimpin Melayu hari ini tidak mendalami dan menghayati peristiwa Malayan Union dan juga 13 Mei 1969. Begitu juga puak-puak DAPIG dalam Tragedi 13 Mei yang cuba meletakkan kesalahan itu dibahu Almarhum Dato Haron dan menuduh pula orang Melayu yang memulakannya.

Silap, anda silap sama sekali. Jika anda mengkaji sejarah anda tahulah siapa pemula dan siapa itu Almarhum Dato Haron Idris; Menteri Besar Selangor waktu itu. Dan sentimen Melayu pada waktu itu bukan untuk menyaingi mana-mana pertubuhan.

Cukuplah sampai disini, aku tidak ingin menulis panjang bab ini. Cuma satu sahaja pesanan, PEMUDA UMNO, anda sebenarnya tidak sebenar mengkaji sentimen yang boleh mengakibatkan Melayu mengamuk tanpa menghiraukan polis atau askar. Nampaknya anda belum cukup matang untuk memimpin MELAYU dan PEMUDA MELAYU di Tanah Melayu ini.

Berhentilah menari gendang KELING seperti mereka.

Wassalam.

'Melayu' Burhanuddin Al Helmi.


4 comments:

  1. salam saudaraku Herman,

    Sangat setuju dengan pendapat dan pandangan tuan.... buat malu "Pemuda Melayu" jer... mudah sangat melatah.sekadar nak tunjuk hero dan curi perhatian media!

    Kelmarin ramai "Pemuda Melayu Sebenar" sedang memerhatikan "gerak"... jika perlu, mereka pasti mara dengan berani dan gagah.

    Pemuda melayu sebenar tidak perlukan gendang keling atau cina untuk mara.....percayalah... masanya hampir tiba...

    BalasPadam
  2. sayang Patriot sama tertipu dengan ahlul PAS

    ingatlah cintailah ugama Sllah sahaja dan bukannya makhluknya

    Patriot dah sama taraf dengan ahlul PAS

    KJ adalah virus dalam UMNO yg perlu dihapuskan

    BalasPadam
  3. Tuan,
    Melabelkan PAS sebagai Parti Ajaran Sesat itu keterlaluan.Kalau UMporNo ada juga logiknya sebab penggunaan bahan porno dalam politiknya.

    BalasPadam
  4. Salmi, apa yg porno, baut apa lg nak pertahan DSAI tu, dAh tak da apa dah!!

    BalasPadam

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.

 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger