"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
THEMALAYPRESS - FIKIR DENGAN KRITIS | TERUS MELANGKAH LEBIH JAUH.

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Terima kasih kepada para pembaca yang masih setia mengikuti blog ini!
~ MOHAB (Blog layout versi 1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Isnin, Ogos 13, 2012

Empayar Islam 1498-1590 ا لإ سلام بنوا سيم كداه

4 comments
Portugis tidak pernah menjajah Empayar Islam Benua Siam Kedah.

PERINTAH dan ADAT (Undang-undang) ini supaya tetap tidak berubah-ubah, sambung menyambung sehingga zaman Sultan Rijaludin (1424 - Parameswara @ Pangeran @ Pembesar Melaka bukannya Hindu, yang semayam di NAKA (NAGA) UUK MS14) ibni Saidina Ali Wa Maulana Paduka Sultan Muhammad Johan Syah, 1388-1395 yang bergelar Johan (جوهن HN جو Jo Hn) ظل الله في العالم ادم ا لله تعل Zilullahu Fil'alam Adamallahu Taala (Berdaulat DiDunia Adam dibawah takluk Tuhan Allah Taala) di Melaka UUK MS87, sehingga Sultan Mahmud Syah Melaka 1650 (UUK MS98) yang mengarahkan Portugis yang memang hormat kepada kerajaan Islam Siam Kedah di Melaka sejak mula lagi untuk ber-Prang Besar dengan Kompani Belanda 1641 Masehi (nama dan sejarah Prang Besar pun dah hilang timbul Putrajaya), sehingga Sultan Muhiyudin Mansor Syah Kota Palas Langkawi 1757/58 Masehi (ini adalah zaman Raja Ali Haji melanjutkan perang ke atas Belanda di Melaka, dan pada tahun 1784 masehi ketika Syarif Syah berundur dari Ligor ke Istana Kota Mengkuang Kedah akibat ditekan hebat oleh Thai Buddha di sebelah Utara, Raja Ali Haji pula terkorban syahid di Teluk Ketapang Melaka. Angkatan Tunku Long Putera Perdana Menteri Siam Kedah Malaka dizaman Musuh Bisik juga adalah terdiri daripada orang-orang Bugis -- "Pulau Penyengat Connection" -- adinda Tunku Long Putera iaitu Tunku Anjang Johan Raja Ranong @ Rundung adalah bapa mertua kepada Sultan Ibrahim Bugis Selangor juga adalah Korban Musuh Bisik), sehingga zaman Khalifah Syarif Abu Bakar Syah Ligur - Kota Mengkuang Kedah 1821 Masehi, sehingga zaman Duli Yang DiPertuan Sultan Muzaffar Syah III Perak Berahman Indera Kuning 1824 Masehi, sehingga zaman Syed Alang Alaudin Panglima Bukit Gantang 1832 masehi, sehingga zaman Sultan Jaafar Muadzam Syah (Long Jaafar) Perak - Kedah, 1876 Masehi, sebelum baginda dibunuh dan UUK dirampas Inggeris dan seterusnya hasil timah dan kekayaan negara ini disedut keluar melalui Singapura buat membiayai perang salib di Eropah sewaktu WW1 dan WW2.

Jika kita lihat, Kepulauan Rempah itu berada di Wilayah Moluku. Dimana sebenarnya realiti kedudukan Kepulauan Melayu yang sebenar?

Kekayaan sebenar bumi Semenanjung ini pada zaman dahulu adalah bijih timah. Dan kerana bijih timah itulah RAJA DAERAH MELAKA PENCURI BIJIH TIMAH itu dihalau keluar dari kawasan Pelabuhan Melaka yang penuh korupsi. Dalam kumpulan pencuri itu pun ada lagi penyamun Raja Mendeliar, ada Si Kitul dan sebagainya yang dok diseru-seru sebagai contoh teladan dalam hal tikam-menikam politik Melayu zaman moden.

"Akan timah itu dagangan besar dalam negeri ini kerana kapal Gujerat mengkehendaki dia dan kapal lain pun setengah mengkehendaki juga. Maka tiadalah dihukumkan jual beli dengan timah, dan jika dihukumkan timah itu tiada diberi niaga dengan timah, tiadalah ramai bandar dan rugilah hasil dacing daripada itu dan tiadalah timah datang dari negeri lain dan daripada jajahan negeri pun.

Maka adapun yang ditegahkan oleh raja daripada membelanjakan dia timah daripada sebidur dan setampang dan sepenjuru dua penjuru ia dua penjuru membeli sireh pinang dan tembakau dan yang dijadikan, itulah ditegahkan oleh raja dan orang bekerja, serta dicanangkan barang siapa daripada ditegah raja itu disulakan tiga hari dalam pasar. Maka cacak sulanya itu tiga tempat dalam pasar....Daripada kerana itulah hal ehwal perkataan timah ini dinyatakan dalam undang-undang pada kemudian harinya, jangan beroleh orang lain kemudiannya..." UUK MS10

Sedangkan realitinya Malaka itu adalah nama lama lagi besar bagi Semenanjung ini. Bukannya kecik cepotet seperti yang kita sangkakan.

Maka adalah satu kepalsuan dalam sejarah Melayu jika dikatakan Portugis datang menjajah Melaka kerana yang diserang itu hanyalah perlabuhan yang kecil sahaja -- berapa buah kapal dan berapa orang pula orang Portugis yang bertenggek dalam kapal benggali itu? Berapa ramai pula benggali yang hitam? Dan perkataan Feringghi itu merujuk kepada kata Farang, gelaran "slang" untuk orang eropah yang datang mencari betina dimana penggunaannya cukup meluas di Thai, Laos dan Indo-Cina.

Dan pada masa yang sama undang-undang syariat masih lagi berjalan diserata empayar ini tanpa ada gangguan sehinggalah Inggeris datang membikin Common Law. 

Dan jika diteliti maka tiada satu tempat pun di Semenanjung ini bertukar nama kepada nama Portugis seperti yang berlaku dilain-lain tempat atau dilain-lain benua yang dikatakan terjajah dek Portugis. Brazil contohnya dijajah Portugis pada tahun 1500 masehi dan hari ini menjadi "the largest Portuguese-speaking country in the world".

Tunggul masih digelar tunggul dalam Undang-undang Kedah dan tidak disadur perkataan Portugis, bandeira seperti yang dilakukan oleh Melayu pada zaman Inggeris.

Dan khas buat penduduk Rakhine atau Arakan, nama wilayah itu telah pun ada tercatat dalam peta Portugis diatas, maka sudah ada fakta untuk menafikan yang mereka ini kaum pendatang seperti yang dituduh oleh Burma, yang namanya pun belum ada lagi tercatat dalam peta abad ke 15/16 masehi. Perkataan Burma itu sebenarnya bermaksud Pendatang dalam perbendaharaan kata Siam. Sebab itu mereka tukar kepada Myanmar. (kalau depa larat tepih hat nih)

Ciri-ciri penutupan sejarah atas alasan yang tidak munasabah;

"Salah satu usaha diplomatik beliau adalah mengadakan perundingan kerajaan Siam selepas penawanan Melaka. Malangnya duta Albuquerque iaitu Duarte Fernandez ialah seorang rakyat biasa. Tentulah tidak bermaruah untuk mengaku bahawa kekurangan kakitangan yang mahir menjadikan bapanya terpaksa menghantar "homem de baixa sorte" dalam urusan yang begitu penting. Oleh itu dalam edisi kedua, butiran ini lenyap." Albuquerque Caesar Timur, 1995, MS81, Universiti Malaya.

*Alfonso Albuquerque hanya tunjuk "terrer" ataupun "cakap lawa" dalam kisahnya sebagai Caesar Timur, padahal realitinya tak terrer mana pun.

Read full post »

Ahad, Oktober 03, 2010

HARAM JADAH! YAHUDI BUNUH NASRANI

10 comments
"Adapun akil baligh membunuh seorang Islam dengan sahajanya, laki-laki atau perempuan atau besar, maka yang membunuh itu pun dibunuh pula hukumnya. Tiada harus Islam membunuh sebab membunuh kafir, tiada harus merdeheka dibunuh sebab abdi, tiada harus dibunuh bapa sebab membunuh anaknya. --ms85
Sebermula jika Yahudi membunuh Nasrani atau kafir Majusi maka dibunuh atasnya tiada temannya jika menjadi Islam sekalipun --ms85
Read full post »

Khamis, Mei 13, 2010

BISA UNDANG-UNDANG KEDAH

3 comments
Dan wajib menyuruh menyamai cupak dan gantang dan timbangan, jangan diberi kecik besar, mahulah sama sekali sekalian itu, kerana firman Allah taala : [ ] "Hendaklah sempurna oleh kamu segala sukatan dan timbangan segala isi negeri kamu." Maka itulah yang di FARDHUKAN atas sekalian raja-raja dan panglima yang mempunyai kuasa menyuruh menyamai sukatan dan timbangan kerana beberapa kaum nabi-nabi yang dahulu-dahulu itu (di) suruhkan Allah taala menyampaikan pada segala kaumnya menyamai sukatan dan timbangan. Maka tiadalah diturut oleh mereka itu. Maka binasakan Allah taala rugi, maka dirugikan Jibrail, dan setengahnya keluar api daripada dalam kuburnya, bumi. Syahadan maka hendaklah sungguh-sungguh kerasi (keras) menyamai sukatan dan timbangan itu kerana pekerjaan aniayai di dalam hadis Nabi Muhammad Mustafa sallallahu alaihi wasssalam, pada hari tujuh kali diturunkan Allah taala laknat di dalam pesara itu...

Maka undang-undang ini (di) perbuat daripada zaman Sultan Rijaludin Muhammad Syah yang semayam di Naga, muafakat dengan sekalian menteri, pegawai dan pendeta membicara akad dia supaya tetap adat ini, janganlah berubah-ubah. Tatkala tetap adat negeri, maka segala dagang pun banyaklah mari ke negeri itu, maka ramailah; tatkala ramai maka isi negeri pun menjadi makmurlah. Maka sentosalah negeri itu. 

Maka adalah tersebut di dalam hadis nabi sallallahu alaihi wassalam apabila raja-raja menetapkan adat bagi raja-raja, Allah subhanahu wa taala menetapkan 'madsaan' jika RAJA-RAJA KAFIR sekalipun. -UUK MS14/15

Ulasan penulis

Penulis tidak mahu mengulas panjang. TETAPI tetap benar Melayu ini ada bisanya bukan sahaja di kerisnya bahkan daripada segi bahasanya hatta pada undang-undangnya sekalipun. Berapa ramai yang menipu dan tertipu dalam pekerjaan timbang sukat hari ini?

Oleh itu siapakah sebenarnya manusia-manusia di zaman purbakala ini yang cukup keras dan perihatin dalam hal timbang-sukat? Dan siapa pula yang selalu buat kerja menganiayai manusia dalam perihal perniagaan dan jual beli? Jika tidak mengikut maka binasalah seluruh negeri itu maka dilaknat pula oleh Allah taala. Begitulah takutnya pembikin undang-undang ini akan 'bisa' dan azab yang akan ditimpa Allah taala pada mereka dan seluruh isi negeri dengan mengambil contoh sejarah kaum-kaum yang dilaknat terdahulu.

Sudah tentu mereka ini orang-orang yang beriman yang tetap pegangan hati mereka. Maka 'daulat' itu datang bukan sebab raja, tetapi kerana pedih-bisa azab Allah taala yang tidak beserta dalam setiap perbuatan yang disifatkan sebagai derhaka terhadap raja dan para ulamanya yang 'menyerah diri' menjalankan perintah Allah taala. Kerajaan apa yang menyuruh berbuat baik dan tidak derhaka kepada ibu bapa dan guru?

Perkara mengelat dalam perniagaan ini telah pun ditegah sejak zaman purbakala lagi, lalu ia ditetapkan menjadi adat dan diperingatkan pula agar tetap menjadi panduan generasi anak cucu yang akan datang. Jadi terbukti benar bahawa bangsa 'Melayu' tu memang berpegang teguh atas ajaran Islam yang hari ini telah pun menjadi teras budayanya.

Ini belum lagi diambil kira fasal yang menegahkan perbuatan mungkar yang membenihkan masalah sosial masyarakat hari ini contohnya seperti minum tuak, makan madat, berzina, telek nasib, main judi dan sebagainya. Tertakluk juga undang-undang ini tidak hanya pada orang Islam, malah orang kafir sekalipun mesti menurut. Membuktikan sistem pemerintahan berkhalifah dahulu adalah waras, tidak kejam dan tidak juga menindas rakyat seperti yang telah digembar-gemburkan dalam cerita-cerita sejarah yang terdapat hari ini.

Dan undang-undang ini juga membuktikan bahawa umat Melayu zaman purbakala itu bukanlah jahil; tinggal di atas pokok, berpakaian hanya cawat, tidak tahu mengira, tidak pernah bercampur dengan bangsa lain dari benua jiran seperti yang di dakwa oleh para orientalis barat. Rantau ini bukanlah tera incognita seperti dakwaan Frank Swettenham (1899).

Setelah dipulang kembali ke tangan anak-anak bangsanya, PUSAKA HAK MILIK BANGSA MELAYU yang berusia lebih seribu tahun ini ibarat 'sirih pulang ke gagang'. Ia sebenarnya telahpun dikaji dan dinilai isi kandungnya oleh beberapa orang yang ahli dalam bidangnya, dari semenjak tahun 1993 sehinggalah ke hari ini. Maka ia bukanlah sebuah perhiasan yang terletak di dinding rumah dan perpustakaan sahaja. Ia adalah bahan ilmiah yang sangat tinggi nilainya bagi mereka yang mahu mengkaji dan menyiasat sejarah bangsa.

Disamping menentukan perihal undang-undang, kita tidak dapat lari daripada menyiasat siapakah pula nama-nama yang tertera sebagai penggubal undang-undang tersebut. Jika ada nama pasti juga ada tuan punya badannya. Maka hari ini telah pun terbukti bahawa nama-nama yang telah tersebut dalam manuskrip rupanya berkait rapat dengan raja-raja Melayu yang ada salasilah serta sejarahnya yang tersendiri. Hal ini juga tidak harus dipandang sepi.

Maka sesuailah dengan peranannya sebagai sebuah undang-undang, maka undang-undang jugalah yang berhak menentukan kesahihan serta memastikan keadilan dalam timbang sukat menentukan sejarah raja-raja yang telah tersebut dalam manuskrip itu. Mereka yang telah tersebut itu pastinya telah berbuat berjasa meninggalan sebuah khazanah berharga buat pedoman anak-cucunya demi memastikan kedaulatan agama dan bangsa tetap terbela sepanjang zaman, khasnya buat negara yang tercinta ini.

Oleh itu benarlah kata sesetengah pihak bahawa "jika nak balik gemilang kena bukak undang-undang yang bersangkut Al Quran dan Hadis serta sirah nabi-nabi, bukan buka sejarah temberang telor tembelang."

Maka Biso Bonar itu bukanlah sekadar lagu sahaja.

Sekian.

edited by TMP

*Sultan Rijaluddin ibni Muhammad Johan Syah III ini diriwayatkan sebagai Parameswara Melaka, yang bersemayam di Kota Naga, Kedah Darul Aman.

Read full post »
 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger