"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
THEMALAYPRESS - FIKIR DENGAN KRITIS | TERUS MELANGKAH LEBIH JAUH.

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Terima kasih kepada para pembaca yang masih setia mengikuti blog ini!
~ MOHAB (Blog layout versi 1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Ahad, Oktober 03, 2010

HARAM JADAH! YAHUDI BUNUH NASRANI

"Adapun akil baligh membunuh seorang Islam dengan sahajanya, laki-laki atau perempuan atau besar, maka yang membunuh itu pun dibunuh pula hukumnya. Tiada harus Islam membunuh sebab membunuh kafir, tiada harus merdeheka dibunuh sebab abdi, tiada harus dibunuh bapa sebab membunuh anaknya. --ms85
Sebermula jika Yahudi membunuh Nasrani atau kafir Majusi maka dibunuh atasnya tiada temannya jika menjadi Islam sekalipun --ms85
Sebermula hukum zina dengan ikrar atau dengan empat orang saksi laki-laki yang merdeheka melihat orang zina itu seperti jolok-jolok masuk celah kangkang. Adapun dua orang saksi berkata Islam melihat dia zina itu pada suatu penjuru lain, maka tiada sabit hukum zina, hendaklah kata empat saksi maka sabit hukum zina itu --ms86
Fasal pada menyatakan hukum bermaki-maki orang dengan maki haram zadah. Jika seorang bermaki seorang maka mungkar yang memaki daripada tiada saksi maka didera delapan puluh kali orang yang memaki...itulah hukumnya --ms86"

Ulasan Penulis
Seperti yang termaktub dalam Manuskrip Undang-undang Kedah, bab hukum itu, seperti di atas ini terhimpun diantara dua nama Duli Yang Dipertuan Yang Maha Mulia Empayar Islam Benua Siam-Kedah.

Hukum syariat ini dibuka kembali atas arahan Syarif (yakni setelah 30 tahun tidak di kemaskini) lalu diperkemaskan pada hari Isnin, 09 Januari tahun 1785 dizaman Duli Yang Dipertuan Yang Maha Mulia. Yang mana Baginda disebut sebagai Syarif, menyuruh muafakatlah antara Datuk Bendahara, Datuk Paduka Maharaja, Datuk Ku Raja Chenak, Datuk Seri Raja Putera dan *Paduka Seri Maharaja Jalil (Khadi) segala hakim-hakim dan menitahkan Menteri Kanun (menteri undang-undang) Datuk Besar Kota Setar menyalin kembali dan di'update - revise' undang-undang tersebut. (ms43)

Adalah dipercayai bahawa Paduka Seri Maharaja Jalil itu adalah Syeikh Abdul Jalil alaihi rahmatullah kadi besar Benua Siam-Kedah. Ini kerana terdapat satu perenggan yang membicarakan tanggungjawab dan kuasa yang tergalas dibahunya untuk menjalankan hukum yang berbunyi seperti berikut:
Akan kebesaran kadi itu tatkala menjatuhkan hukum Allah taala. Jika raja menteri pun turut katanya dan kebesaran Maharaja Jalil itu dalam barang suatu perintah, jika anak raja atau menteri pun bersalah daripada adat berjumpa di dalam lawang dibunuhnya, tiadalah suatu kata lagi, mati sahaja --ms39
Maka seterusnya aduran undang-undang ini ditutup dengan nama seorang lagi Maharaja Melayu dengan gelaran yang sama Duli Yang Dipertuan Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Muhammad Syah di Melaka yang mana undang-undang itu asalnya yang dibuat rujukan.
Adapun zaman Sayidina Ali wa Maulana Paduka Sultan Muhammad Syah di Melaka Johan berdaulat zilullahu fil'alam Adamamallahu taala pada masa baginda menitahkan hukum ini datanglah sekarang ini turun temurun kepada anak cucunya baginda pun kabullah hukum ini tiada lagi bersalahan, semuanya mengikut --ms87
...hubaya-hubaya diturut hukum ini yang tertulis di dalam kertas ini kerana hukum di bawah Duli Yang Dipertuan Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Muhammad Syah yang kerajaan dalam negeri Melaka supaya selamat sempurna kepada negeri yang takluk dan berkasih-kasihan dengan negeri itu, iaitu pada segala Islam yang dilaut dan didarat, wallahualam --88 
Menariknya disini adalah telah pun tersebut gelaran Duli Yang Dipertuan Yang Maha Mulia yang mana gelaran itu jika disingkatkan menjadi DYMM.

Tersebut juga perkataan Yahudi, Nasrani dan Majusi menunjukan bahawa telah direkodkan bahawa puak-puak ini telah pun dikenalpasti berada di Tanah Melayu ini sejak dari dahulu lagi, dan pernah berbunuhan sesama sendiri. Sudah pasti ada kubur puak-puak Yahudi di Malaysia hari ini cuma tidak digali dan dikenalpasti lokasinya atau pun mungkin tidak dihebahkan secara umum. Membuktikan juga Yahudi dan Nasrani akan tetap berbunuhan hatta di bumi mana sekalipun. Jika mereka ini bersatu maka sudah tentu ada udang disebalik batu ada fitnah yang sedang membisu. 

Dan ini juga menunjukkan bahawa Yahudi dan Nasrani adalah tertakluk dibawah undang-undang syariat DYMM Benua Siam-Kedah. Tiada pilih kasih walaupun mereka menjadi Islam mahupun bersahabat dengan seorang Islam dibumi ini.

Tersebut perkataan haram zadah - ini adalah maki hamun yang telahpun menjadi bicara mulut orang Melayu hari ini. Asalnya perkataan ini adalah gabungan Arab dan Parsi.

Maka dengan melihat kepada undang-undang Kedah ini, dapatlah dibuat satu sukatan, dan dapat digambarkan bertapa dekatnya kita umat Melayu di Malaysia ini dengan sebuah penghidupan zaman silam yang tidak banyak bezanya dari segi perangai dan tingkah lakunya. Secara rasionalnya jika di sadur undang-undang itu kepada masyarakat hari ini, pastinya nampak relevan, kerana perkara yang tersebut didalam undang-undang itu masih boleh dipakai malah sesuai dengan kehidupan kita hari ini yang hanya nampak moden dengan konsep rumah terbuka - akibat daripada dasar langit terbuka.

10 comments:

  1. salam..
    bog ni mcm dah ada pembaharuan jer...

    hmm tapi design blog yang lama mcm lagi smart jer!!

    hahahaa..

    font untuk bahagian sebelah kanan boleh tukar tak,atleastpakai la font arial..hahaha

    BalasPadam
  2. cantik sungguh UUK ni...mmg ikut syariat agama..cantik cantik

    BalasPadam
  3. Tidak dapat dinafikan Datuk Maharaja Syeikh Abdul Jalil turut sama terlibat dalam usaha kemaskini UUK menetapkan hukum didalam Empayar Islam Benua Siam Kedah. Tempatnya pula di samping DYMM.

    Ini UUK bukan sembarangan manuskrip bagi yang tahulah dan sapa yang tahu dan kenail sapa itu Syeikh Abdul Jalil paham-paham sendirilah.

    Syeikh Abdul Jalil adalah juga ayahanda kepada Syeikh Abdul Samad Palembang seorang ulama besar yang berjiwa Panglima.

    Ini sudah terbuka. Lepas ni sapa mulut cabul sendiri mahu ingat.

    ARJ

    BalasPadam
  4. Tahniah di atas ulasan sdr..kupas habis-habisan biar yg buta dapat melihat..yg pekak dapat mendengar...agar tidak terus difitnah mrk yg dengki di atas kebenaran sejarah keagungan islam.

    BalasPadam
  5. Salam, Adakah Saidina Ali yang dicatatkan itu ialah Saidina Ali K.W. Yang merupakan khalifah ke-4 dari khualafa ar rasyidin?

    Boleh tahu tak garisan masa dalam masihi mahupun hijrah pada ketika itu? (Jika anda ada maklumatnya)

    Sekian terima kasih.

    Wasalam

    BalasPadam
  6. Terima kasih Islamic Neutron. Soklan ni memang best!

    Jika menurut pembacaan saya maksud "adapun zaman Sayidina Ali wa Maulana Paduka Sultan Muhammad Syah di Melaka Johan berdaulat zilullahu fil'alam Adamamallahu taala " ini menunjukkan gelaran yang diberikan/digunakan oleh Sultan Melaka pada masa itu yang telah menitahkan hukum syariat yang diguna pakai oleh Empayar Islam pada ketika dan waktu itu.

    Sultan Muhammad Syah yang Adil memerintah pada sekitar tahun 1201-1301 masehi. Jika tak silap saya masa ni Dynasti Siam Ayuthia belum ada lagi...sila chek blog SNK untuk kepastian - saya pun kena rujuk sana juga bila masuk bab salasilah ni.

    wassalam

    BalasPadam
  7. Emm...ok macam ni ada dua orang keturunan Merong Mahawangsa bernama Sultan Muhammad Syah 1 - 903-993 dan yang seterusnya bernama Sultan Muhammad Syah II @ Sultan Muhammad Syah yang Adil bergelar Narasuan Ayuthia duit emasnya ada dijumpa di Langkawi.

    Melaka itu merujuk kepada Semenanjung Melaka @ Semenanjung Tanah Melayu sampai ke Sergenting Kra (besor tu)

    Ini menunjukkan orang Kedah/Melaka ler yang buka Siam dan kemudian menjadikan Siam tu tempat bersemayam raja2 keturunan Merong Mahawangsa.

    Contohnya macamni, sebelum ada Putrajaya segala menteri berpejabat bersepah merata KL, dan lepas tu depa buka Putrajaya maka semua duk berkumpul disana ler.

    Sekarang Istana Negara berada kat nu, dan akan berpindah ke Istana baru yang sedang dalam pembinaan...macamtula...

    Ayuthia itu bermaksud Tempat Semayam Raja di Siam dan kemudian dijadikan nama khas.

    BalasPadam
  8. Salam,

    terima kasih untuk response. Maka, jelasnya di sini bahawa Saidina Ali itu bukanlah Saidina Ali KW, kan? Garis masa nya telah melepasa hampir beberapa ratus tahun.

    Jadi, siapakah khalifah tersebut?

    Saudara ada berkata tentang SNK. Jadi di mana link yang boleh saya rujuk?

    Sekian terima kasih.

    BalasPadam
  9. link sila klik empayar islam benua siam kedah ada kat atas tu.

    BalasPadam

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.

 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger