"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
THEMALAYPRESS - FIKIR DENGAN KRITIS | TERUS MELANGKAH LEBIH JAUH.

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Terima kasih kepada para pembaca yang masih setia mengikuti blog ini!
~ MOHAB (Blog layout versi 1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Khamis, Oktober 14, 2010

Bloodlines Quraysh dan Ottoman


Ramai yang masih tidak mengerti atau tidak mendapat faham yang jelas bagaimana boleh terdapat hubungkaitnya Khalifah Ottoman dan keturunan Rasulullah s.a.w dalam mentadbir umat Islam sedunia. 

Puak-puak barat tajaan freemason mengatakan bahawa Syarif Mekah menentang Khalifah Ottomon dalam perang dunia pertama, tetapi pada hakikatnya Syarif Mekah menentang golongan yang berada disekeliling Khalifah yang pada ketika itu telah pun dikepong dan diputuskan kuasa memerintah secara terancang oleh golongan Young Turks. Terbukti sudah dalam sejarah, pernah khalifah Islam itu dibunuh, diracun, dikepung, ditangkap dihumban, dihina dan di paksa melepas jawatan - contohnya khalifah Ottoman yang terakhir. Dan sejarah itu sentiasa berulang dalam zaman yang berbeza.

TMP telah pun memberikan jalan penceritaannya sekali imbas dalam entri terdahulu. Fitnah besar oleh golongan barat telah melaga-lagakan Khalifah dan Syarif Mekah padahal hakikatnya mereka itu bersaudara. Penghujung khalifah di tiadakan, tampok di Mekah diserah pada puak badwi bangsa bapak mereka yang kasar tiada sopan.

Khalifah Ottoman, Penguasa Empayar Islam terbesar dan terlama dalam sejarah umat Islam itu bukan calang bangsanya. Ini bukan bersifat assobiah, tetapi ini adalah realiti yang cuba dinafikan oleh puak-puak yang berfahaman orientalis yang jawapannya telah pun diberikan diakhir klip. Fahaman itu pula di terima pakai oleh puak-puak jahil murakkab yang kononnya berjuang atas nama Islam tetapi sebenarnya menjahanamkan Islam. Mereka tahu rahsia 'bloodlines' dan mereka ada agenda. Tugas kita? Tak kan nak biar je...seperti kata Archenar dan Noreaga dalam siri The Arrivals, penghujungnya bloodlines vs bloodlines. Siapa yang bikin ribut?

Persoalan:
Kita mungkin sedih melihatkan keadaan khalifah yang dilucutkan jawatan seperti dalam klip diatas. Tetapi jika saudara2 berada dalam situasi seperti diatas, dan berada disamping khalifah Ottoman pada ketika itu, apa tindakan saudara? Adakah saudara berani mempertahankan Baginda walaupun berseorangan?





6 comments:

  1. lambang Muhammad timbal balik...sampai ke asia ni ha..
    semenanjung Siam Melaka merupakan ibu kepada gelombang kebangkitan Islam di nusantara ni..jadi caranya adalah memadamkan bukti sejarah supaya kalau berlaku kebangkitan satu dunia Malaysia akan menghalang kebangkitan tersebut. Buktinya kenapa wujud buku atau dokumen penubuhan Malaysia 1937???

    BalasPadam
  2. Barat mengibaratkan Turki sebagai the 'sick old man'.

    Kemudian dalam klip diatas diperlihatkan seumpama khalifah yang terakhir rela dan telah menyerahkan kepimpinan kepada puak-puak yahudi ni tanpa penentangan.

    Baginda kemudian dihalau keluar daripada istana dibuang negara duduk dalam kurungan.

    Yang lain tidak menentang kononnya demi penyatuan sebuah negara Turki moden. Jika menentang dikatakan pula menentang sebuah negara. Hukum toksah cerita la, negara diperintah tentera.

    Mereka kemudian mengangkat Mustafa Kamal (MK) dan menguar-uarkan jasanya dalam perang Galipoli dan sebagainya.

    Persoalannya:
    Adakah si anak haram pengkhianat MK itu seorang khalifah walaupun menjadi pemerintah Turki?

    Adakah mereka faham apa yang mereka buat tu? (Tentulah mereka faham sebab peranncangan sudah lama)

    Jadi selepas itu dimana duduknya khalifah yang sebenarnya?

    Korban Demokarsi lah istilahya - pinjam Tok Pakir.

    Drag: jauh jalan lambang tu...:-)

    TMP

    BalasPadam
  3. Pinjam dari http://penjagaiman.blogspot.com/2009/07/mustafa-kamal-ataturk-mayatnya-tidak.html

    Mustafa Kamal Ataturk- Mayatnya Tidak Diterima Bumi
    Asslammualaikum wbt..

    Adakah sahabat semua mengenali MUSTAFA KAMAL ATATURK?? Benar.. Masakan kita tidak mengenalinya sedangkan dialah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Daulah Khilafah yang kita banggakan sejak sekian lama. Tanggal 3 Mac 1924 merupakan titik hitam di dalam sejarah umat Islam yang tidak harus dilupakan oleh kaum Muslimin. Pada tarikh inilah umat Islam secara rasmi telah kehilangan perisai dan tonggak tempat mereka berlindung - Khilafah Islamiyyah. Kejadian ini meninggakan luka yang amat dalam pada diri umat Islam..

    Khalifah yang terakhir, Sultan Abdul Majid telah diusir meninggalkan pusat pentadbiran Daulah Khilafah di Turki pada subuh hari tersebut hasil daripada persidangan Majlis Nasional yang diketuai oleh La’natullah Mustafa Kamal melalui konspirasi jahat kafir Barat. Semuanya telah berlalu dan kehidupan umat Islam kini lemah tanpa ada pembela gara-gara si Kamal Ataturk keparat ini.. Disini ingin saya kongsikan peristiwa yang berlaku apabila kematian semakin menghampiri si keparat pembelot agama Allah ini... Moga Allah melaknat beliau..

    Kamal Ataturk diberi gelaran al-Ghazi (orang yang memerangi). Perkataan Ataturk bermakna bapa orang Turki. Artaturk ialah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Kerajaan Islam Turki pada tahun 1343H (1924M).

    Beliau dilahirkan pada tahun 1299H (1880M) di bandar salonika, Greek yang ketika itu merupakan jajahan takluk Kerajaan Uthmaniyyah. Bapanya bernama Ali Reda Afandi, berkerja sebagai pengawal di jabatan Kastam. Ada yang mengatakan beliau ialah bapa tiri Ataturk dan bukan bapa kandungnya. Ada juga yang mengatakan Ataturk oleh Guru matematiknya yang bernama Mustafa. Mustafa bertugas di sekolah Ataturk iaitu sebuah sekolah menengah tentera dan pada ketika itulah beliau tertarik dengan kebolehan Ataturk dalam bidang matematik lalu mencadangkan nama Mustafa Kamal.

    Ketika Mustafa Kamal mencapai usia 12 tahun, beliau memasuki Sekolah Tentera Salonika. Kemudian beliau menyambung pelajaran di Akademi Tentera Monasitar pada tahun 1302H (1885M). Pada tahun 1322H (1905M), beliau memasuki kolej tentera di Istanbul dan menamatkan latihan ketenteraannya pada tahun 1325H. (1907M). Kemudiannya, belaiu telah ditugaskan di Kem Tentera Batalion ketiga di Salonika.

    Ataturk hidup tanpa isteri dan anak-anak. Isterinya bernama Latifah Hanim hanya mampu tinggal bersamanya selama setahun sahaja kerana tidak tahan denagn kefasikan Ataturk. Kediamannya dipenuhi dengan segala macam kemungkaran daripada arak sehinggalah wanita.

    Sewaktu Mustapha Kamal Attaturk menjadi perdana menteri Turki, dia telah membuat undang-undang yang amat bercanggah dengan ajaran agama Islam, antaranya ialah :

    ...

    6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.

    7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.

    8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.

    9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.

    10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.

    11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan....

    18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan > tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

    BalasPadam
  4. Lihat pertalian Amirul Mukminin dengan Rasulullah s.a.w:
    Abu Bakar As-Siddiq (yang membenarkab) adalah Pak Mertua Rasulullah s.a.w (melalui Aishah)
    Umar Al-Farood Pak Mertua Rasulullah s.a.w (melalui Hafsa)
    Usman Zunurain menantu Rasullullah s.a.w (melalui dua puteri Rasulullah pada waktu yang berbeza)
    Ali menantu Rasulullah s.a.w (melalui Fatimah Zahra)
    Umar Abdul Aziz pula ialah cicit kepada Khalifah kedua Khulafa al-Rasyidin iaitu Saidina Umar Al-Khatab.

    BalasPadam
  5. At Thawra al Arabiya

    Ia di Mekah
    tidak di Istanbul
    Islam berpaksi.

    Ia ke Ka’bah
    tidak ke Haya Sofia
    kiblat solat setiap hari.

    Bibit peniup api sengketa
    dari yang cuba menaggok di air keruh gelora.

    Memuncak bongkak tak terperi
    diri dirasa lebih tinggi, Arab mulia atas Turki.

    Perisai berabad penuh jasa
    mesti diragut dari pemengangnya
    kerana Arab mulia atas segala bangsa
    bukankah Nabi itu dari mereka?

    Di kala itu di pusat nusa
    bibit berbisa bercambah mula
    oleh lolongan Turki Muda, Turki terbukti lebih mulia
    bukankah rebah Byzantin, roboh kota Konstantin
    kerana keperkasaan mereka?

    Bertamulah 2 saudara
    di padang sengketa
    ranahnya dirata oleh faham berbisa
    duduk berlunjur mereka
    berdepan-depan berdua
    sambil meludahi muka sesama.

    Akhirnya rebah nusa berjasa
    diserbu grombolan assobiyah buta
    yang dipersenjatai oleh silicik pendusta
    tika berjanji bulan dan bintang mahkota setia
    pabila telah dikecap apa yang dicita
    segala pujuk dan rayunya fatamorgana belaka.

    Impian Arab Raya nan tunggal
    hilang dimamah dusta, tiada yang tinggal
    hendak melawan, perisai dan taming telah tiada
    tenggelam tercampak ke samudera durhaka
    hendak dicapai semula, tak terdaya
    kerana bahtera pertiwi telah mereka bakar tak berangka.

    Tinggallah Pangeran Hijaz dalam duka yang hina
    terbuang ke Mesapotamia dan mati di sana.

    Duri yang selama ini dapat dijauhkan
    oleh dinding kota kesatuan
    akhirnya tertancap di jantung negeri
    menyuntik pasir ke salur nadi
    pedihnya terasa hingga kini.

    Wilayah kekuasan nan luas terbentang
    hanya tinggal sebesar hampar belulang
    tercerai menjadi lebih 50 neraka
    membakar warganya terlonta-lonta
    kerana hukum mereka hukum manusia
    hukum samawi tatanan surga
    dicela kuno dan purba
    oleh empunya kuasa.

    Pabila ilkatan persaudaraan ditentukan tanah
    nescaya di tangkai mulia tauhid akidah
    apa mungkin membuahkan ramah?

    Fikrul Mustanir
    21 Ramadhan 1431

    BalasPadam
  6. Memang dah terkepung serentak pun...

    Divide and Rules dan Art of War bergerak serentak baik di Turki ketika itu ataupun di Tanah Hijjaz pimpinan Syarif Mekah...

    Tak dapat plan A masuk plan B.Sekarang dah masuk Plan C.Perhatikan pangkalan tentera Kufar berada si sekeliling bumi Arab...takan setakat nak kawal lanun Somali jer...

    salam..

    BalasPadam

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.

 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger