"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
THEMALAYPRESS - FIKIR DENGAN KRITIS | TERUS MELANGKAH LEBIH JAUH.

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Terima kasih kepada para pembaca yang masih setia mengikuti blog ini!
~ MOHAB (Blog layout versi 1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Sabtu, September 13, 2008

Perkembangan yang tidak sihat?

2 comments
Foto Masjid Kinrara BK5 diambil dari padang sekolah Bandar Kinrara

Masjid Kinrara meneruskan amalan menggunakan pembesar suara seperti biasa kerana reaksi masyarakat bukan Islam di situ nampak tiada masalah, kata Pengerusi jawatankuasa masjid tersebut, Abdul Rahman Nasir. 

“Penduduk Cina yang kita jumpa, banyak tidak ada masalah. Ada yang suka sebab boleh bangun awal,” katanya ketika ditemuiMalaysiakini selepas solat Jumaat hari ini.

masjid azan loud speaker issue 120908 abdul rahman nasir pengerusi masjid
Beliau berkata pihaknya memang ada menerima petisyen yang ditandatangani oleh 189 penduduk bukan Islam di seksyen 5 dan kawasan sekitarnya, pada pertengahan Februari lalu yang mendakwa penggunaan pembesar suara di masjid itu mengganggu ketenteraman mereka.

Bagaimanapun, beliau hairan mengapa penduduk Seksyen 4 dan Seksyen 1 turut menandatangani petisyen tersebut.

“Seskyen 1 mana boleh dengar. Seksyen 4 dengar sikit-sikit saja, itu pun tidak semua,” katanya.

Beliau menafikan penggunaan pembesar suara di masjid itu kuat dan mengganggu penduduk. [lagi]

-Malaysia Kini.

Terkini: 15/09/2008 : 

----------------------------------------------
Nota Penulis: 13/09/2008

Masjid ini dikelilingi oleh sekolah Menengah Kinrara, rumah2 kedai, Giant Kinrara, tapak pasar tani Kinrara, padang Kriket Kinrara, jalan besar Kinrara, Kelab Golf Bandar Kinrara. Pendek kata, bukannya dikelilingi 100% kawasan perumahan yang padat seperti setinggan. 

Kalau pembesar suara diperlahan, manakan sampai suara azan ke rumah majoriti muslimin dan muslimat yang membentuk sebahagian besar komuniti disitu. Walaupun mempunyai televisen dan radio, suara azan secara live lebih mempunyai kesan yang tersendiri di halwa telinga dan jiwa umat Islam. Kalau tidak percaya, pasang kaset azan/iqamah kat telinga budak baru lahir...

Tambah lagi, itulah satu2nya masjid diBK5 yang kadangkala tidak mampu menempatkan keseluruhan jemaah bila waktu solat Jumaat.

Lagipun mengapa perlu komplen setelah 8 tahun beroperasi? Adakah kerana pengaruh kuasa politik yang baru sahaja dimenangi pada PRU12 yang lampau? Ini belum lagi membentuk kerajaan...

Bagi penulis, ini satu perkembangan yang tidak sihat. Ia sudah mula menggugat ketenteraman umat Islam untuk beribadat. Nak dengar bacaan Al Quran pun sudah tidak aman, macam negara Komunis (masih ada di Malaya ini). Nampaknya puak2 'real' sekular mula menunjuk taring.

'Bulan' tak mengambang disini.

Read full post »

Sabtu, Ogos 09, 2008

Harap 'terima mesej'

0 comments
...Syed Hamid berkata, beliau berharap Majlis Peguam menerima mesej yang mahu disampaikan bahawa "ada perkara yang tidak boleh dibincangkan secara terbuka, malahan diadakan di tempat persendirian."
    
Beliau berkata, kes yang melibatkan seseorang memeluk agama Islam boleh dirujuk ke mahkamah untuk penyelesaian.
    
Mengenai desakan sesetengah pihak yang mahukan kerajaan menggunakan Akta Hasutan dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap Majlis Peguam, beliau berkata, kerajaan tidak mahu menggunakan pendekatan undang-undang pencegahan dengan sewenangnya...
    
...Beliau meminta golongan terpelajar seperti Majlis Peguam agar mengambil pendekatan berhati-hati dalam membincangkan itu tertentu seperti isu agama supaya tiada keperluan bagi kerajaan menggunakan Akta Hasutan dan ISA bagi membendung keadaan.
    
Syed Hamid turut meminta umat Islam negara ini tidak mengambil langkah berdiam diri, tetapi sebaliknya perlu menyuarakan pendapat tentang sesuatu isu yang menyentuh kepentingan mereka. [lagi berita]
Read full post »

Jumaat, Mei 02, 2008

Majlis setuju tidak hukum si murtad

0 comments
Jimadie Shah Othman | May 1, 08 8:14pm
kemaskini 10:14pm
Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST) mengalu-alukan cadangan presiden MCA Datuk Seri Ong Ka Ting di Dewan Rakyat semalam agar seseorang mualaf dibenarkan meninggalkan Islam tanpa sebarang halangan.

"Seseorang mualaf harus mempunyai hak untuk kembali kepada agama asalnya tanpa sebarang halangan perundangan," kata presiden majlis itu Datuk A Vaithilingam.

"Bagaimanapun, jika seseorang itu masih mempunyai keluarga Islam, penukaran kepada agama asalnya tidak boleh disalahgunakan untuk mengelak daripada tanggungan Muslimnya."

Ong juga mencadangkan saudara baru diberikan satu tempoh masa tertentu untuk memaklumkan penukaran agama itu bagi memastikan keadilan kepada ahli keluarganya dan menghindari perbalahan di kemudian hari. [lagi]

Komen penulis:

Setiap orang yang beragama tertakluk kepada hukum-hakam dan peraturan agama yang dianutinya. Di dalam dunia hari ini, noleh dikatakan hanya umat Islam yang masih berpegang dan berpandukan kepada kitab Al-Quran dan Hadis Nabi. Berbeza dengan penganut agama-agama lain seperti Kristian, Buddha, Hindu dan sebagainya yang mengambil ajaran kitab mereka secara sekerat-sekerat.

Masalah yang timbul berikutan dari itu ialah apabila pengikut agama lain tidak dapat menerima kenyataan yang umat Islam masih berpandukan kitab dari langit.

Bagi mereka umat Islam tidak boleh mengamalkan undang-undang Islam. Ia menyalahi dan melanggar prinsip agama lain. Dengan itu mereka perlukan satu majlis permuafakatan bersama agama Islam, tujuannya untuk men'synchronize'kan dan mencari persamaan. Patutkah begitu?

Berunding dan bertolak ansur memang dianjurkan oleh Islam. Tetapi tidak boleh sama sekali jika agama Islam disama tarafkan dengan agama lain. Agama Islam itu tinggi, dan tiada yang lebih tinggi daripadanya. Maka tiada tolak ansur dalam hal-hal yang berkaitan aqidah serta tauhid!

Jadi, penulis ingin bertanya kepada Ong Ka Ting, dia bercakap berdasarkan kitab apa? Agama apa? Jikalau hanya berlandaskan prinsip sekular humanisme seperti yang diamalkan oleh dunia barat, baik tutup sahaja mulut kerana ia sememangnya bertentangan dengan prinsip beragama!

Penulis juga ingin bertanya, menurut kitab injil yang asli, apakah hukuman yang patut dikenakan terhadap penganut Nasrani jika mereka meninggalkan agama mereka ?

Begitu juga dengan agama-agama lain, penulis ingin bertanya sejauh manakah lengkapnya kitab-kitab mereka itu jika hendak dibandingkan dengan Al-Quran? (ini termasuklah dari sebesar-besar bab dari undang-undang sehinggalah ke sedetail-detail perkara seperti bersuci haid dan nifas). Jikalau lengkap, sila buktikan.

Pertanyaan-pertanyaan ini, boleh dijawab melalui saluran yang aman seperti dialog dan sebagainya. Setiap agama keluarkan hujah dan dalil yang sahih dari kitab masing-masing, dan ulama-ulama Islam juga akan membentangkan fakta dan dalil-dalil mereka juga. Tidak perlu takut dengan kebenaran! Di Amerika dan England sudah berpuluh-puluh tahun dialog seumpama ini diadakan, tetapi masih tiada penyelesaian. Malaya boleh cuba, mana tahu berkesan.

Oleh itu, Ong Ka Ting, jangan jadikan perkara agama sebagai modal murahan untuk jadi juara politik! Cubaan ini, bagi penulis hanya akan mengeruhkan suasana disamping bertujuan untuk merendahkan keagungan dan kesucian agama Islam.

Penulis yakin yang Ong Ka Ting faham betapa umat Islam akan mempertahankan agama mereka bermati-matian. Nanti akibatnya amat tidak menyenangkan.

Secara logiknya, di dalam arena politik pun pekara lompat-melompat ini dianggap tidak beretika. Akan dikenakan tindakan disiplin dan dipandang hina, inikan pula lompat agama...boleh fikirkah?

Kalau masuk BN kena ikut undang-undang BN kalau masuk PR ikut disiplin PR, tiada paksaan dalam pemilihan, tetapi bila sudah memilih kenalah ikut peraturan dan tata-susilanya.

Sebab itu penulis bertanya, apakah hukum keluar agama dari sudut pandangan agama-agama lain. Kerana penulis lihat tiada halangan berkenaan hal itu. Mereka boleh bertukar agama sesuka hati. Adakah kerana tiada klosa tentang itu atau hukumannya tidak serius?

Walaubagaimana longgar sekalipun undang-undang diluar sana, Islam secara tegasnya melarang penganutnya bertukar agama. Hukumnya murtad. Islam menggangap perkara ini serius.

Bak kata Ustaz Ismail Kamus dalam salah satu ceramahnya dahulu mengatakan bahawa "Si murtad ini umpama sebatang gigi yang sakit, boleh mengganggu keseluruhan sistem dan melemahkan seluruh anggota badan. Untuk itu, apakah ubat paling mujarab bagi sakit gigi yang tidak dapat diubati...? Cabut aje le"

Jadi harap penganut agama lain menghormati peraturan itu. Rata-rata umat Islam di Malaya telah terlalu banyak bertolak ansur. Janganlah pula menolak sampai ke dinding.

Sekian.

Penulis: Menulis sebagai bantahan! Tiada kompromi dalam hal ini.
Read full post »
 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger