"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
THEMALAYPRESS - FIKIR DENGAN KRITIS | TERUS MELANGKAH LEBIH JAUH.

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Terima kasih kepada para pembaca yang masih setia mengikuti blog ini!
~ MOHAB (Blog layout versi 1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Rabu, Februari 22, 2017

BUKU KIAS TERSIRAT DAN PROMO JWJ4 DI BERNAMA RADIO 13022017

0 comments
KIAS TERSIRAT:PERANTAUAN BERTEMU MELAYU DAN ISLAM DI DUNIA MELAYU BENUA dan PROMO JWJ4 - KUALA LUMPUR- JEDDAH 2017.

Berkongsi pengalaman secara santai di Bernama Radio bersama-sama DJ Amar dan Raifa - Radio 24 93.9


Read full post »

Isnin, Jun 20, 2016

BARUS-SEJARAH REALITI KEMASUKAN ISLAM DI NUSANTARA (RE-UPLOADED)

0 comments
(Tajuk asal: Barus-Diantara deburan ombak dan kebisuan sejarah, 1991/92)

 



Footage ini mengisahkan sejarah realiti sebuah negeri bernama Barus atau Fansur yang terletak di pantai barat Sumatera Utara, Indonesia. 

 Selain terkenal dengan kapur barusnya, negeri Barus juga adalah pintu masuk syiar Islam ke Alam Melayu yang di bawa oleh para sahabat di zaman Nabi Muhammad saw kira 1437 tahun yang lampau. 



Sayang sekali kisah yang amat penting dalan sejarah umat islam itu dipandang sepi, telah dilupakan malah tiada langsung termaktub dalam mana-mana buku sejarah umat islam dan melayu rantau ini.



Maka, sejarah realiti ini akan diangkat kembali ke tempat yang selayaknya, semoga deburan ombak itu bakal menjadi irama yang melagukan simfoni terindah dalam sejarah Islam Nusantara.

 Kehidupan yang aman damai di Barus sewaktu penulis ke sana baru-baru ini (9 Rejab 1437H)

Sekian, terima kasih.

Herman Abdullah.

 *Footage ini bukan milik TMP. Segala hakcipta kembali kepada pemilik asal dan penerbit yang bertungkus lumus menyiapkan video ini. (Tertera nama-nama tersebut dalam video di atas)




Read full post »

Isnin, Januari 04, 2016

Pentomen Pengiystiharan Hari Melayu Sedunia Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1437H / 2015

1 comments


#HariMelayuSedunia2015 #HariMelayuSedunia1437H




Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua persatuan, jemputan dan hadirin dan juga kepada semua AJK yang menyokong dan menjayakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1437H dan Pentomen Istiadat Pengisytiharan Hari Melayu Sedunia 2015.

Anda semua telah mencipta sejarah untuk umat Melayu sekalian dan untuk anak-anak bangsa generasi pewaris yang akan datang. Ia tetap ada dalam lipatan sejarah bangsa Melayu di Alam Melayu. 

InsyaAllah berjumpa lagi di tahun hadapan.

Sekian, terima kasih,

 -Sidang Muafakat Melayu 1437H-

Read full post »

Isnin, Jun 08, 2015

Debat Tun Dr Mahathir Vs Yahudi.

0 comments

Jangan sampai kembali terjajah.

Sekian.
TMP
Read full post »

Ahad, Mei 31, 2015

The Fight To Control Pentas Sunda Benua Melayu?

0 comments


Jika sejarah menjadi ukuran, jika sejarah menjadi bahan ungkitan, jika sejarah menjadi penentu sempadan, maka sejak bila Pentas Sunda Benua Melayu dan Laut Champa bertukar menjadi Laut China Selatan?

Sewaktu Monggol Khublai Khan menyerang Dinasti Song circa 1285 masehi, Kerajaan Melayu Champa (sekarang Viet Nam) menjadi pusat perdagangan dan pelabuhan terpenting di rantau Asia Tenggara. Akibat serangan Monggol, maka ramai pembesar Dinasti Song lari berselindung ke wilayah Melayu Champa.

Sebanyak tiga kempen perang untuk menakluk Champa telah di arahkan oleh Khublai Khan tetapi ketiga-tiganya gagal, termasuklah kempen ketiga yang disertai oleh Syed Nasarudin bin Syed Omar Shamsudin iaitu Gabenor dari Yunnan juga gagal untuk menundukkan angkatan Melayu Champa Bani Jawi pada ketika itu.

Serangan Monggol diarahkan masuk melalui daerah Dai Viet melalui Perbatasan Utara Inderapura, kemudian dari arah selatan dan juga menyerang melalui laut di sekitar Pelabuhan Vijaya untuk mengepung angkatan Melayu Champa tetapi gagal. Malang sekali rekod detail sejarah ini hilang bersama-sama hilangnya kerajaan Monggol yang tewas kepada Dinasti Ming 1381 masehi dan Kerajaan Melayu Champa yang tewas kepada penjajahan Dai Viet 1832 masehi.

Viet Nam menggunakan sejarah abad ke 17 masehi untuk menuntut hak manakala China pula menggunakan sejarah abad ke 19 masehi demi untuk melebarkan pengaruh fahaman komunis mereka. Maka sebelum abad ke 17 dan ke 19 siapakah yang mempunyai hak ke atas wilayah yang dituntut itu? Sesungguhnya nama Laut China Selatan itu sememangnya masih baru digunakan dalam peta versi New World Order.

Manakala kesan-kesan peninggalan Kerajaan Melayu Champa di Viet Nam pula turut menjadi mangsa, musnah dibom, dibedil oleh tentera Amirika sewaktu Perang Ideologi di Viet Nam. (Boleh rujuk internet carian kepada Landing Zone Betty)

Kali ini jelas menurut laporan di atas, China sedang menchinakan seluruh Asia Tenggara, bukankah itu RASIS secara terang-terangan?

Bangsa Melayu diam sahaja?

Sekian.
TMP.

*rujuk Syair Siti Zubaidah Perang China.






Read full post »

Jumaat, April 05, 2013

Barisan Elit Teratai Dibelakang General Khalid Al Walid

0 comments
Ini hanyalah gambaran sahaja dan sesungguhnya,
tiada istilah kebetulan,


kerana semuanya telah ditentukan.


Tentera berkuda Khalid Al Walid adalah yang paling elit dizaman Rasulullah s.a.w sehinggalah di era para sahabat.

Manakala Yamamah pula adalah kilang membuat senjata perang tentera mukminin dizaman itu. Terkenal dengan pembuatan pedang yang amat tajam dan salah satu daripada pedang Rasulullah s.a.w adalah buatan Yamamah. Perang Yamamah berlaku pada Disember 632 masehi tidak lama selepas kewafatan Rasulullah s.a.w pada 6 June 632 masehi.

Kisah lain.

Manakala turut disebut dalam sejarah bahawa ada sebilah lagi pedang Rasulullah s.a.w yang bernama Qula'ie قلعي yang diperolehi sebagai harta rampasan perang setelah mengalahkan Yahudi bani Qaynuqa 623 masehi adalah sebilah Pedang (besi) Kedah @ Al Sayf Al Kadaram atau Al Sayf Al Hind.

قلعي - bukan bahasa Arab, bukan bahasa Urdu, bukan bahasa Hindi, bukan bahasa Mandarin, juga bukan bahasa Melayu, tetapi adalah bahasa Parsi yang bermaksud timah dan menurut para ulama yang mentafsirnya قلعي juga bermaksud timah atau timah putih. Menurut ahli sejarah yang lain, pedang ini lain daripada yang lain kerana mempunyai rekaan berbentuk gelombang.


terdapat pada nya ukiran yang bertulis: 
"ini adalah pedang mulia dari rumah Nabi Muhammad s.a.w, Rasul Allah"
haza saiful masharif baiti Muhammad Nabi Rasul Allah


Ini tidak mustahil kerana orang pribumi @ asli tempatan @ tok nenek bangsa Melayu hari ini memang pandai besi malahan pandai emas yang lebih awal daripada tamadun-tamadun didunia pada ketika itu sesuai dengan gelaran Golden Chersonese - Semenanjung Emas yang bermula-pangkal di Segenting Kra bukannya Perlis. Sudah tentu wujud sistem tukar barang @ barter melalui jalan perdagangan di utara Selat Melaka @ Laut Kedah pada ketika itu.

Timah yang terbaik di dunia juga adalah dari Alam Melayu bak kata orang putih The Straits Tin - Highest quality. Pengeluaran-nya sedikit tapi terbaek! Manakala di Siam pula pusatnya adalah di Phuket @ Tanjung Salang, Phang Nga dan Kanchanaburi, semuanya wilayah Melayu!

Lombong timah terbesar zaman purbakala terletak di Alam Melayu.

Banyak penemuan terkini di utara Semenanjung Siam-Malaka oleh ahli arkeologi tempatan  membuktikan perkara itu. Menunjukkan bahawa bukan hanya di Semenanjung Tanah Melayu malahan seluruh Pentas Sunda ini sudah pun berpenduduk pribumi sebelum kedatangan Islam sewaktu zaman Rasulullah s.a.w dan para sahabat. Jikalau tiada penduduk maka tiada ertilah 'watikah' ataupun 'Kedat' yang dibawa oleh Merong Mahawangsa untuk dibacakan dalam usaha dakwahnya.

Terbukti kuat Islamnya pada 222 hijrah bersamaan 800+ masehi kerana wujudnya Undang-undang Kedah yang berbahasa Melayu, dan telah dinyatakan perihal timah (bukan fa-timah) dalam bahasa Melayu dengan panjang lebar didalamnya!

Malahan didalam UUK, Ligor di Benua Siam dieja jawi sebagai Lakur dalam bahasa Melayunya bermaksud 'adunan besi.' manakala Siam pula dalam bahasa Melayu Champa bermaksud 'baik.'

Apa pula kaitannya dengan kisah teratai?

Telah pun wujud satu ketika dahulu sebuah empayar Teratai yang terletak di Alam Melayu. Yakni sebuah empayar Islam yang bermula di Kedah kemudiannya menjalankan pemerintahan dari Benua Siam.

Kita mengatakan empayar ini empayar Melayu kerana menurut Syeikh Ahmad Fatani, duduknya negeri Melayu itu adalah diantara China dan India. Ini bermaksud Alam Melayu itu terletak di antara kedua-duanya - besar wilayahnya.

(Syeikh Ahmad Fatani ini pula adalah pemikir tersohor Islam "Savant of Merit" yang pernah di lahirkan di Alam Melayu dan sangat terkenal namanya sehingga pernah di panggil untuk menyelesaikan masalah perdebatan agama sewaktu pemerintahan Khalifah Ottoman di Turki.)

Jika menurut pengajian ilmu Alam @ pengajian bentuk muka bumi @ geographi, maka dalam wilayah itu ada dinamakan benua, ada dinamakan negara, ada negeri, ada anjung dan ada pula pulau-pulau. Bermakna lengkaplah semuanya di Alam Melayu ini.

"Manakala Teratai dalam bahasa Melayu Siam pula bermaksud Tera - tempat duduk Tai - tempat mati, maknanya bumi tempat kita duduk ini juga tempat kita mati.

Muhammad S.A.W pernah menceritakan yang arash Allah S.W.T terletak di atas air yang luas seperti lautan yang mana mafhum hadis ini memberitahu atas air itu penuh dengan bunga-bunga teratai." (sumber)

Begitulah adunan kisahnya teratai dan besi di Alam Melayu yang menjadi simbolik kepada perisai dan senjata, hidup dan mati, berkhidmat kepada Rasullulah s.a.w di awal kebangkitan Islam terus menerus, zaman berzaman yang tiada boleh dipisahkan sehinggakan menjadi darah daging kepada segelintir umat Melayu yang mengerti pada hari ini.


Panglima-panglima Islam bersiap untuk duel dengan panglima Roman Empire di Yarmuk.



George: Apa yang kamu dakwahkan kepada manusia?
Khalid: Supaya mereka mentauhidkan Allah dan menerima Islam.
(tidak menyekutukan Allah dengan sebarang apa pun makhluk dan menerima Islam)

Pada ketika ini panglima Roman bernama George sudah pun menerima Islam, bersolat dua rakaat dan berperang bersama Khalid Al Walid dan menjadi seorang syuhada di Yarmuk.

Sedikit berkenaan Syeikh Ahmad Al Fatani.

Nama lengkap Syeikh Ahmad al-Fathani ialah Ahmad bin Zainal ‘Abidin bin Haji Wan Mushthafa bin Wan Muhammad bin Wan Muhammad Zainal ‘Abidin al Fathani. Beliau dilahirkan pada pada malam Jumaat 5 sya’ban 1272 H/ 10 April 1856 M, di Kampung Jambu Negeri Jerim, Fathani. Beliau bermastutin di Mekah dan meninggal dunia pada 11 Zulhijjah 1325 H / 14 Januari 1908 M, di Mina, akibat sakit lumpuh sebelah badan. Jenazahnya kemudian dibawa ke Makkah dan dikebumikan di tanah perkuburan Ma’la berhampiran dengan perkuburan Siti Khadijah isteri Rasulullah S.A.W. Dari sebelah ayahnya Syeikh Ahmad al-Fathani berketurunan dari Hadramaut, dan dari sebelah ibunya beliau berketurunan dari Syeikh Shafiyuddin yang berasal daripada keturunan Saidina Abbas bin Abdul Muthalib, bapa saudara nabi Muhammad Sallallahu Alaihi - [lebih kurang 1325 tahun selepas hijrah yang lalu. Wasallam.]

Read full post »

Ahad, Mei 20, 2012

Rebuilding The Old? - Uighur Dilemma.

0 comments
August 2009

Ever since the violence between Muslim Uighurs and Han Chinese, a fear of fanaticism has taken hold. Is the government's decision to demolish the Uighur area Kashgar really due to an earthquake threat?


Kashgar is a cultural icon. Parts of the city have stood for 2000 years and within its labyrinth, Uighur traditions are unchanged. 'We live as we did in the old times' says Tursun, a 6 generation pot thrower.

But times are changing. Beijing's deputy mayor has announced that destruction of the old town is the only way to prepare for an earthquake threat. 'I spent my whole childhood in this place. If they destroy it, we can't continue our business' cries one of Kashgar's many blacksmiths. Many Uighur's are convinced that the authorities 'never tell the truth'. 

Yet some are happy to be rehoused in government buildings, admitting that their homes are dangerous. Kashgar is of great strategic value for China - if small separatist groups here link with Taliban insurgents across the border, there could be a full-scale armed conflict in Western China. 'If a handful of religious extremists, or international terrorists appear, we will crack down on them immediately' says Beijing's deputy mayor. His plan could rebuild a sour relationship. Or give the Uighurs a new reason to throw off Chinese occupation of their homeland.

Produced by ABC Australia, distributed by Journeyman Pictures
Read full post »

Rabu, Disember 07, 2011

Nostradamus' Lost Book: Islam's Prophecy

0 comments

The current or renewed belief system of the west towards Islam?

Puak-puak barat Yahudi dan Nasrani amat percaya dengan ramalan sihir Nostradamus. Dan daripada buku The Lost Book of Nostradamus mereka (puak barat) beranggapan bahawa Osama Laden itulah the Antichrist yang telah diramalkan. Manakala ada juga yang berpendapat bahawa watak (Osama Laden) telah dicipta untuk mengesahkan dan menguatkan lagi ramalan Nostradomus yang amat mereka percayai itu.
(U.S. propaganda leaflet used in Afghanistan, with bin Laden second from the left)

Persoalannya disini, jika Osama Laden itu watak ciptaan mereka, mengapa mereka membunuhnya? Dan jika watak Osama Laden itu BUKAN ciptaan mereka, bermakna secara tidak langsung mereka telah berjaya membunuh Antichrist yang diramal oleh Nostradamus itu - sudah tentulah aman dunia ini.

Tetapi, ironinya jika watak Osama Laden itu adalah ciptaan mereka sendiri, kenapa mereka mematikannya pula? Siapa pula yang akan menjadi sasaran mereka selepas ketiadaan Osama Laden? Walaupun begitu, perlu juga diingat, inilah salah satu bukti akhir zaman. Bukankah menghidup dan mematikan adalah salah satu daripada kehandalan Dajjal sebelum buku bertemu ruas?


Ketua kerajaan Amirika dan ahlinya sedang mendengar maklumat terkini operasi membunuh Osama Laden

Manakala jika dikaji daripada sudut yang lain pula, bukankah telah diceritakan dalam sejarah bahawa salah satu daripada perangai Firaun adalah membunuh segala bayi bani Israel yang baru dilahirkan kerana ketakutan yang melampau terhadap ramalan ahli sihirnya sendiri? Adakah sejarah sedang berulang? Permainan apa ini sebenarnya?

Oleh itu siapakah Dajjal? Siapa Firaun? Siapa Ahli Sihir, Siapakah Hamman, siapakah Qarun dalam dunia moden hari ini? Siapakah yang memburu dan siapakah pula yang sedang diburu sebenarnya??


Osama Laden?

Orang-orang firaun masih lagi mengamalkan ajaran mereka terdahulu, disetiap zaman pasti ada orang-orang mereka silih berganti, mereka mahu masyarakat mempercayai apa yang mereka percaya,  itu sebabnya 'belief system' yang kuno itu diperbaharui disetiap zaman.

Tetapi bagi orang Islam yang kuat dan betul pegangan hatinya, tiada yang lain yang berkuasa melainkan Allah taala sahaja yang berkuasa menghidup dan mematikan setiap mahkluk di dunia ini. Bukannya dajjal, firaun ataupun ahli-ahli sihir mahupun saintisnya.

Putus iktikad, kata Tok Alim.
Read full post »

Khamis, September 15, 2011

in remembrance of Omar Mokhtar - Lion of Cyrenaica.

2 comments


Video klip diatas ini dibikin khas sempena memperingati syahidnya Omar Mokhtar - Singa Cyrenaica (Lion of the Cyrenaica) yang dihukum gantung sampai mati pada 15 September 1931, dikem tahanan pelarian Suluq, tanahairnya Libya.

Penceritaan sejarah dalam klip diatas diambil daripada skrip video olahan Hassan Aziz's Filem. Manakala keseluruhan filem itu disedut pula daripada filem Lion of the Desert (1981) arahan Mustafa Akad yang juga telah mengarahkan film The Message.


Salah satu perkara menarik yang telah disentuh oleh pengkisahan sejarah diatas adalah mengenai perjumpaan para ulama sedunia, yang mana secara tradisinya mereka in semua bertemu di Makkah untuk bertukar-tukar fikiran dan bersalin nota/polisi sesama mereka, khasnya dalam perihal mentadbir hal ehwal dunia Islam, yang pada masa itu dibawah seliaan Khalifah Ottoman.
Read full post »

Jumaat, Ogos 26, 2011

Takbir Kemenangan: Pembebasan Kota Makkah daripada Pagan Musyrik Penyembah Berhala

0 comments


Takbir dan Tahmid


Firman Allah: "Dan sempurnakanlah ibadah puasa kamu mengikut bilangan hari dalam bulan Ramadhan (29 atau 30 hari), dan bertakbirlah (membesarkan Allah) atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur." (AlBaqarah : 185)

Sabda Rasullullah s.a.w. pula: "Hiasilah Hari Raya kamu dengan takbir dan tahmid."

Sejarah Takbir dan Tahmid
Takbir sebenarnya mempunyai cerita di sebaliknya. Mengikut riwayat,bermula dari peperangan Ahzab. Peperangan berlaku di dalam musim sejuk, kemudian Salman Al Farisi mencadangkan supaya di gali parit (Khandak) di akhirnya peperangan ini di beri pertolongan oleh Allah dan kemudian dirakamkan di dalam Takbir.
Read full post »

Selasa, Ogos 09, 2011

YAHUDI MUSIBAT!

0 comments

Salam tuan dan puan.

Diatas ini adalah petikan daripada sebuah filem yang mengkisahkan Khaibar. Slot dimana pemerintah Yahudi Khaibar kecut perut setelah panglima Yahudi, Al Hareeth, mati dengan sekali libas oleh Saidina Ali (r.a). Maka apabila berita itu hendak disampaikan kepada Marhab (seorang lagi panglima Yahudi makan buah dan kemudian bertanduk diatas itu), dia disampuk pula oleh dua orang pendeta Yahudi (yang rongak dan berkelubung diatas) yang gelak terbahak-bahak dengan anggapan bahawa panglima pihak muslim yang terkorban dibunuh Hareeth.

Rahib-rahib dan pendeta Yahudi memang terkenal sebagai penipu, pengamal ilmu sihir dan taksub mistik tegar. Sikap mereka ini dimurkai Allah Taala, dan ditempelak dengan nyata dalam surah Al Fatihah.

Apabila dikatakan bahawa Al Hareeth yang mati ditangan Saidina Ali bin Abi Talib, maka itu petanda musibat (1:26) bagi pihak Yahudi, kerana Hareeth adalah salah seorang panglima Yahudi yang dipaling terer dalam golongan Yahudi Khaibar. Seterusnya Marhab keluar untuk membalas dendam. 

Dalam dialog seterusnya, si Marhab menaikkan semangat puak-puak Yahudi Khaibar, dengan mengatakan bani Israel bangsa yang terpilih. Seterusnya dalam pertembungan 'one on one' dengan si Marhab, Ali memberitahu si Marhab (dalam konteks filem ini) bahawa Ibrahim, Musa, Harun, Isa dan Muhammad adalah Nabi kepada bani Israel dan juga Nabi kepada seluruh kaum muslimin dan mengajaknya masuk Islam. Tidak sah muslim jika tidak beriman kepada semua Rasulullah, Tapi dengan egonya si Marhab menjawab,  "aku masuk Islam? Aku minum darah orang Islam!" itulah jawapan mulut lancang si Marhab.

Penyudahnya dapat makan pedang free.
Read full post »

Rabu, Julai 13, 2011

Perang Salib 1

1 comments

Setelah lebih 400 ratus tahun Saidina Umar Al Khatab R.A menawan kota Baitulmaqdis (seperti yang telah tertulis dalam kitab yahudi dan nasrani), Baitulmaqdis kembali jatuh ke tangan Crusaders yang berperangai pagan tiada tamadun.

Dokumentari ini menjelaskan secara terperinci perjalanan Crusaders yang pertama dibawah kelolaan Pope Urban melewati kawasan jajahan Turki yang sebelum itu masih lagi belum membina empayar, dan seterusnya merampas kota-kota Islam di eropah timur dan membunuh orang Islam dan yahudi yang sebelum itu hidup bersama dalam lingkungan dan persekitaran yang aman damai.
Read full post »

Khamis, Jun 30, 2011

Valley Of The Wolves Palestine 2011

0 comments



Buleh layan cerita ni kat sini sambil makan popkon. 
Turkey punya penangan.

Sinopsis:
Cerita ini mengkisahkan tiga orang agen Turkiye yang dilatih khas untuk memburu dan membunuh kepala askar Israel yang mendalangi pembunuhan rakyat Turkiye semasa tragedi Marvi Marmara yang bernama Moshe Ben Layzir dan juga Avi.
Disamping itu pengarah filem ini juga sempat bermain dengan dialog-dialog yang menjawab segala dakwaan tidak berasas puak Zionis Israel tentang The Promise Land.
Pengarah filem ini juga menyelitkan unsur-unsur kerohanian berupa zikir dan salawat yang menjadi nadi dan tunjang kekuatan rakyat Filistin dalam menentang kekejaman rejim Zionis.
Meskipun terdapat unsur Rambostan dalam plot / aksi tembak menembak, cerita ini berupaya membuka mata masyarakat dunia bahawa Turkiye (jika mahu) buleh memijak kepala Zionis tanpa belas kasihan.
Mungkin tunggu masa.



Read full post »

Khamis, Mei 19, 2011

Nestum Mama - Must See!

0 comments


Iklan sat...senang hadam, kalau x paham gak x tahu la.

Sindirimi: n. digestion, assimilation

Kolaylastirir: v. make easy, ease, facilitate, be helpful, catalyze, expedite, further, pave the way, remit, short circuit, simplify, smooth, streamline

Read full post »

Ahad, Mei 15, 2011

Wayang Kulit, Keris dan Batik milik Indonesia?

14 comments


"Dengan ini BATIK, KERIS DAN WAYANG sudah diakui sebagai warisan budaya Indonesia dan tak bisa diakui oleh negara lain"

Mungkinkah ada pihak atau kumpulan tertentu dari Benua Siam yang akan bangkit menjawab isu ini?

Wassalam.
Read full post »

Selasa, Disember 21, 2010

To My Son

0 comments

Janganlah sampai tergadai...warisan.
Read full post »

Rabu, November 17, 2010

Salam Aidil Adha - Dinar dan Dirham

0 comments



"Dinar dan dirham bukanlah untuk mengembalikan nostalgia zaman silam, tetapi untuk menegakkan sunnah yang telah lama berkubur," Datuk Paduka Husam Musa

Dan sejarah realiti Empayar Islam Benua Siam Kedah telah pun membuktikan bahawa perkara dinar dan dirham ini bukanlah baru malah telah terpakai di Benua Siam, khasnya Tanah Melayu ini seperti yang termaktub di dalam Undang-undang Kedah.

"Ambil olehmu dinar atau pakaian atau perak, perniagakan olehmu, lain akan kita, akan engkau sekalian, hendaklah ditentukan laba pakaian itu..." - UUK MS 80-81 (1786M-1200H)

Apakah kita masih lagi mahu bermimpi sedang satu dunia sudah mulai bangkit menggosok mata?

Buat permulaan, adakah salah jika digunakan dinar bagi ganti wang kertas untuk membeli lembu buat ibadah qorban tahun ini...?
Read full post »

Rabu, November 10, 2010

Melayu sudah mula percaya kepada Book of Mormon?

2 comments


Ada segelintir umat Melayu sudah mula percaya dan terpengaruh dengan kandungan the Book of Mormon. Jadi apa sebenarnya the Book of Mormon ini? Apa kandungan dan doktrinnya?

Doctrine Mormon about the lost tribe mengatakan Native Americans were the lost tribe, but DNA evidence shows that they came from North Asia, South Asia or basically China. It is conflicting with the Mormon teaching and theory about the lost tribe. It has been proven that the Native American were not the lost tribe.Ok fine.

And now, for some reason, there are Malays who claim that the lost tribe were actually the Malays. Ok fine, that's part of the research (no issue)
Read full post »

Khamis, Oktober 28, 2010

Nu People of Yunnan - Kill the goat!

0 comments


This video was extracted from Yunnan (Dabiya) an educational documentary for non-commercial purposes produced by CCTV.

The Nu people (Chinese: 怒族; pinyin: Nùzú) are one of the 56 ethnic groups recognized by the People's Republic of China. Their population of 27,000 is divided into the Northern, Central and Southern groups. Their homeland is a country of high mountains and deep ravines crossed by the Lancang, Dulong and Nujiang rivers. The name "Nu" comes from the fact that they were living near the Nujiang river, and the name of their ethnic group derives from there. (Nujiang is also called Nu river or Chinese: 怒江; pinyin: Nù Jiāng or Salween River.)
Read full post »

Khamis, Oktober 14, 2010

Bloodlines Quraysh dan Ottoman

6 comments

Ramai yang masih tidak mengerti atau tidak mendapat faham yang jelas bagaimana boleh terdapat hubungkaitnya Khalifah Ottoman dan keturunan Rasulullah s.a.w dalam mentadbir umat Islam sedunia. 

Puak-puak barat tajaan freemason mengatakan bahawa Syarif Mekah menentang Khalifah Ottomon dalam perang dunia pertama, tetapi pada hakikatnya Syarif Mekah menentang golongan yang berada disekeliling Khalifah yang pada ketika itu telah pun dikepong dan diputuskan kuasa memerintah secara terancang oleh golongan Young Turks. Terbukti sudah dalam sejarah, pernah khalifah Islam itu dibunuh, diracun, dikepung, ditangkap dihumban, dihina dan di paksa melepas jawatan - contohnya khalifah Ottoman yang terakhir. Dan sejarah itu sentiasa berulang dalam zaman yang berbeza.
Read full post »
 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger