"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.
~ MOHAB (1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Rabu, Disember 07, 2011

Nostradamus' Lost Book: Islam's Prophecy


The current or renewed belief system of the west towards Islam?

Puak-puak barat Yahudi dan Nasrani amat percaya dengan ramalan sihir Nostradamus. Dan daripada buku The Lost Book of Nostradamus mereka (puak barat) beranggapan bahawa Osama Laden itulah the Antichrist yang telah diramalkan. Manakala ada juga yang berpendapat bahawa watak (Osama Laden) telah dicipta untuk mengesahkan dan menguatkan lagi ramalan Nostradomus yang amat mereka percayai itu.
(U.S. propaganda leaflet used in Afghanistan, with bin Laden second from the left)

Persoalannya disini, jika Osama Laden itu watak ciptaan mereka, mengapa mereka membunuhnya? Dan jika watak Osama Laden itu BUKAN ciptaan mereka, bermakna secara tidak langsung mereka telah berjaya membunuh Antichrist yang diramal oleh Nostradamus itu - sudah tentulah aman dunia ini.

Tetapi, ironinya jika watak Osama Laden itu adalah ciptaan mereka sendiri, kenapa mereka mematikannya pula? Siapa pula yang akan menjadi sasaran mereka selepas ketiadaan Osama Laden? Walaupun begitu, perlu juga diingat, inilah salah satu bukti akhir zaman. Bukankah menghidup dan mematikan adalah salah satu daripada kehandalan Dajjal sebelum buku bertemu ruas?


Ketua kerajaan Amirika dan ahlinya sedang mendengar maklumat terkini operasi membunuh Osama Laden

Manakala jika dikaji daripada sudut yang lain pula, bukankah telah diceritakan dalam sejarah bahawa salah satu daripada perangai Firaun adalah membunuh segala bayi bani Israel yang baru dilahirkan kerana ketakutan yang melampau terhadap ramalan ahli sihirnya sendiri? Adakah sejarah sedang berulang? Permainan apa ini sebenarnya?

Oleh itu siapakah Dajjal? Siapa Firaun? Siapa Ahli Sihir, Siapakah Hamman, siapakah Qarun dalam dunia moden hari ini? Siapakah yang memburu dan siapakah pula yang sedang diburu sebenarnya??


Osama Laden?

Orang-orang firaun masih lagi mengamalkan ajaran mereka terdahulu, disetiap zaman pasti ada orang-orang mereka silih berganti, mereka mahu masyarakat mempercayai apa yang mereka percaya,  itu sebabnya 'belief system' yang kuno itu diperbaharui disetiap zaman.

Tetapi bagi orang Islam yang kuat dan betul pegangan hatinya, tiada yang lain yang berkuasa melainkan Allah taala sahaja yang berkuasa menghidup dan mematikan setiap mahkluk di dunia ini. Bukannya dajjal, firaun ataupun ahli-ahli sihir mahupun saintisnya.

Putus iktikad, kata Tok Alim.

0 comments:

Catat Ulasan

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.

 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger