"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
THEMALAYPRESS - FIKIR DENGAN KRITIS | TERUS MELANGKAH LEBIH JAUH.

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Terima kasih kepada para pembaca yang masih setia mengikuti blog ini!
~ MOHAB (Blog layout versi 1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Selasa, Disember 13, 2011

History and legend of the Templars - Atlanti del mistero

9 comments
Salam sejahtera para pembaca budiman sekalian. Dibawah ini dibawakan beberapa salinan daripada sebuah buku yang TMP perolehi semasa berkesempatan ke negeri Marco Polo suatu ketika dahulu. Buku yang berbahasa Italy itu mengandungi segala maklumat berkenaan dengan kegiatan Knight Templar, Mason, Baphomet dan kaitannya dengan sejarah dan misteri yang telah banyak diperkatakan oleh para penulis lain, samada di majalah atau pun blog. 

Oleh kerana bukunya itu berbahasa Italy, maka diucapkan terima kasih kepada Pak Cik Google kerana sudi menterjemah secara percuma, cuma tak mungkinlah dapat diterjemah kesemuanya kerana kekangan masa. Minta maaf juga kerana belum kesempatan hendak menyusun ayat yang diterjemahkan itu dalam bahasa Inggeris yang sempurna.

Antara maklumat menarik yang hendak dibawakan dalam posting kali ini adalah kaitannya ramalan Nostaradamus dengan perancangan NWO hari ini, peperangan Islam dan Buddha yang mungkin tidak pernah diperkatakan dalam mana-mana sejarah dunia tapi ada tercatat dalam simpanan Knight Templar, hubungkait Templari dengan kejatuhan Empire Islam di Semenanjung Iberia, dan juga sembahan Templari yang berkait rapat dengan ritual Baphomet.

Jika para pembaca selama ini hanya mengikuti posting TMP, dan mungkin ada juga yang mengatakan TMP menulis hentam kromo tanpa bukti, menyokong SNK membuta tuli, kali dibawakan sekali bukti bahawa apa yang telah puan dan tuan baca selama hari ini bukan khayalan atau fantasi, tetapi adalah realiti. Cuma mungkin cara TMP membawa cerita itu tidak "straigth forward", seperti sesetengah penulis. Lain orang lain caranya.

TMP tidak meniru dalam menyampaikan berita, tetapi melalui pengalaman nyata. Mengemukakan bukti bila kena pada masanya. Sesungguhnya sejarah realiti sudah tentunya tidak boleh dibaca sama kaedahnya dengan sejarah fantasi.

Semoga memberi manafaat.

 Where is Venice?

 Ciao!
HAB
Venice, Italy 1997.


Atlanti del mistero- Atlases of the mystery
a cura di Angela Cerinotti 

History and legend of the Templars
by Angela Cerinotti


Potret Nostradmus. 
Cara untuk mendapatkan maksud dan perancangan Templari adalah melalui segala ramalan Nostradamus.

Portrait of Nostradamus (1503-1566), by printing the charm of its secolo.Il XVI Centuries, never failed, and it also accentuated the general public as we approach the end of the second millennium and it was inevitable that he was the how to connect it to the Templars, being as much 'luck' with the fans of the mystery and the occult



Segi Lapan.
Representation of the Islamic paradise, connected to the octagonal. p55


Campurtangan Templari dalam operasi reconquista Christian menjatuhkan empire Islam di Semenanjung Iberia.
The first exploits of the Templars had for the West Theatre, in the context of the Christian reconquista against the Saracens (in the illustration, the impact of this offensive in the peninsula ilberica 1000 to 1212). In exchange for assistance to the sovereign, the Templars received castles and fortresses. Alfonso I of Aragon (1073-ca 1134) even check to inherit one third of the Templars in his kingdom, and then convert the legacy, not viable, in a series of donations. p15


Peperangan/Konfrontasi/Konflik antara Islam dan Buddha. 
Hampir tidak pernah diperjelas atau diperkatakan dalam mana-mana sejarah Islam yang kita ketahui dan pelajari, melainkan melalui sejarah realiti Empire Islam Benua Siam Kedah yang jelas dalam sejarahnya berperang dengan kafir Buddha.
Persian miniature showing Muhammad's encounter with the Buddha, a sign of a religious confrontation in the Middle Ages that had no counterpart in the West. To misunderstanding and hatred of Islam was accompanied to the belief that since the Prophet had been granted a partial revelation of the Word of God, they still had the most distorted in the worlds of evil. p50

Jejak Warisan Jawi di Venice?

In dwelling on the meaning of Baphomet, Eliphas Levi certainly had in mind the work of Orientalist Joseph von Hammer-Purgstall unveiled the mystery of Baphomet (of which he 'plays an' image), published in 1818 in a climate of full restoration. Attributed to the Templars in the worship of a god androgynous, phallic cults and orgiastic practices as well as the complicity with the Assassins, Hammper-Purgstall not lose this opportunity to say: How the West revolutionary societies arose from the heart of the Masons, so Assassins in the East had arisen from the Ismaili sect. p89

Read full post »

Rabu, Disember 09, 2009

The Voyage of Siam - Keris

0 comments
Entri adalah update buat entri terdahulu - 03/06/08 Keris menjadi senjata diraja Siam Ayuthaya?


(Perhatikan penggunaan keris dalam filem ini.)

Meskipun tidak faham bahasanya, dalam pemerhatian penulis, tiada satu pun scene dalam filem ini yang melibatkan penggunaan senjata berbentuk keris kecuali dalam scene diatas.

Scene yang telah dipaparkan itu adalah berkenaan Srisudachan yang didapati bunting 3 bulan oleh Tabib China yang tidak mengetahui 'affair' diantara Srisudachan dengan Boonsri Worawongsa sewaktu Chai Raja keluar berperang. Untuk menutup kes, Srisudachan dan pembantu peribadinya (sibadan besar itu) mengambil keputusan membunuh tabib china itu sebelum rahsia mereka terbongkar- versi Thai.


(Foto-Bukankah Laksamana Hang Tuah pernah ke Jepun - Turki dan menunaikan fardu haji di Mekah! - patut letak nama Tuan Haji Hang Tuah...)

Kelibat keris hanya datang sekali sahaja dan khas untuk scene pembunuhan tabib china itu! Walaupun sepatutnya keris itu dipegang secara betul, dan patut ada sarungnya seperti gambar dibawah...

(Foto-Askar Siam berkeris? - perhatikan seluar senteng, lengan pendek)

Kenapa ada keris dalam filem Thai ini? Mudah sahaja kerana raja-raja mereka dahulu memang berkeris kerana Maharaja Siam Islam Dynasti Ayuthia adalah berasal dari Kedah dari keturunan Merong Mahawangsa!

(Foto-Narai yang berkeris)


(Foto- Pheraq (Kekanda yang dikasihi) @ Songtham Ayutthaya - muka Arab/Parsi?)


Bukan kisah affair
Apapun, bukan kisah 'affair' versi Thai itu yang menarik minat penulis. Penulis hanya berminat dengan cara filem ini digarap. Lebih2 lagi 'scene2' peperangan yang memerlukan senjata dan prop yang dibikin dengan penuh ketelitian oleh tenaga2 kerja filem ini. Walaupun filem ini bercorak propaganda tetapi kesungguhan keseluruhan tenaga produksinya patut dijadikan teladan bagi pembikin filem di Malaysia. Cerita2 yang berasaskan sejarah bukan boleh disiapkan dalam satu bulan, malah makan tahun!



(Foto-Formation perang. Seakan-akan bentuk apa ini?? - buat yang mengetahui akan tersenyum)

Penekanan bukan sahaja dari aspek sejarah, malah setiap kostum dan set filem ini perlu mendapat 'endorsement' dan 'approval' dari pihak istana raja thai. Rujukannya pula dari 'vault' khazanah istana raja thai sendiri. Itu yang mahal! Begitu juga dengan scene diatas.

(Foto - The Voyage of Siam. Gambar ini dilukis oleh orang eropah - semestinya mereka 'membesarkan' raja mereka)

Untuk pengetahuan pembaca, selama 5 jam filem ini ditayangkan, penulis tidak faham satu patah perkataan pun, kerana tiada subtitle - 'for Thailand Only Not For Export' katanya. Penulis hanya menghayati scene dan propnya sahaja.













(Foto- Peta Lama Empayar Islam Siam Ayutthaya yang menguasai Nosantara. Kenapa kita semua TIDAK BUDDHA tetapi berpegang kuat dengan AGAMA ISLAM?)


*Segala foto diatas bukan diambil dari wikipedia, tetapi daripada SUMBER THAI - sumbangan dari rakan Majma Budaya dan Warisan Jawi (MAJMA') yang turut sama berjuang untuk menegakkan serta mengembalikan maruah Sejarah Realiti Islam dan Bani Jawi. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan!

Kebetulan pula PM kita DSNR telah pun melawat sedara kita di Selatan Siam, doakan yang terbaik ajelah...







Read full post »

Sabtu, Jun 20, 2009

Selingan: Toko Buku

10 comments
TMP baru sahaja mengunjungi sebuah TOKO BUKU terkenal di ibu kota siang tadi. Mereka pelik kerana sejak akhir ini - khasnya hari ini, banyak buku mengenai sejarah Malayu dan Malaya terjual. Pembelinya adalah Omputih...bukan tempatan.

Fikirkanlah...

Interesting excerpts:

"Malay elephant-drivers, in directing their beast, use a kind of elephant language, which comes from Siam, and seems to be well understood by the animals." (FAS,1899,p168)

"If persons, knowing the risks they run, owing to disturbed state of these countries, choose to hazard their lives and properties for the sake of the large profits which accompany successful trading, they must not expect the British government to be answerable if their speculation proves unsuccessful" (FAS, 1899, p7)

"Mysterious Malaya was a terra incognita to official and trader alike." (FAS,1899,p7)

Tapi realitinya, bagi pedagang dan pendakwah dari benua Arab, Parsi, China, Keling, umat Malayu diumpama saudara kandung, maka bagi mereka ini tidak timbul istilah terra incognita dan tidak timbul soal 'barbarous'.

Bagi penulis, ini adalah antara contoh penggunaan 'perkataan' dari mukaddimah yang boleh dianggap karut! Sebagai pemula kepada banyak lagi tuduhan palsu dan cubaan menipu dalam menjalankan agenda mereka untuk menutup Sejarah Realiti Umat Malayu dan Islam.

Orientalis seperti FAS ini jugalah yang dibangga-bangga sangat oleh segelintir cendekiawan umat Malayu yang tidak sedar diri seperti yang ada pada hari ini.

* The Malay Press is critically taking on The Real Malay.
Read full post »

Rabu, Disember 31, 2008

DYMM BAGINDA KING GREAT BRITAIN

5 comments

Selamat Menyambut Tahun Baru 2009 kepada
DYMM BAGINDA QUEEN OF GREAT BRITAIN
GOD SAVE THE QUEEN - sp

--------------------------------
Nota penulis:

Apabila Sultan yang sepatutnya menjadi pelindung kepada agama Islam bertuankan King Of Great Britain, Raja Perang Salib, maka secara realiti dan logiknya adakah ini yang dikatakan tidak mencampuri hal ehwal agama Islam dan adat Melayu?

Adakah undang-undang berlandaskan syariat (Undang-Undang Kedah) dibenarkan untuk diamalkan semasa Negeri Kedah dibawah naungan DYMM King Great Britain?

Dari rentetan ini, barulah nampak dan boleh dijustifikasikan @ direlatekan sebab dan kisah ketidak-berkenan'an ulama-ulama Kedah seperti Tuan Sheikh Mat Said dan Tuan Hussein Kedah(tinggalkan negeri) terhadap polisi2 negeri Kedah sewaktu pemerintahan SAH dahulu. (kerana sebenar ulama pewaris nabi tak heran kat Sultan dan tak makan gaji. Root mereka Mekah dan bukan England)

Tidak menghairankan jugalah jika kerajaan kita kehilangan Pulau Batu Puteh, kerana batu asas rumah api Hosbourg Light House di pulau itu pada 24 May 1850 pun diletakkan oleh Freemason. Dan kita pula terhegeh-hegeh berhujah menggunakan sumber British dan bukan sumber tempatan yang berlandaskan sejarah realiti (refer major masonic event in SEA since Penang 1786)

DYMM King of Great Britain: George V (George Frederick Ernest Albert; 3 June 1865 – 20 January 1936) menurut wiki adalah diperakui dan tersenarai dalam golongan Freemason sedunia.


--------------------------------------------------


Sedutan dari Buku Perjanjian Lama 1791-1965
Kulit Keras RM130.00
Kulit Lembut RM50.00

Toko: ITNM Wangsa Maju Syeksen 10.
-----------------------------------------------------



Read full post »

Jumaat, Julai 11, 2008

Perang Enam Hari 1967- Fasa Kejatuhan Tentera Bangsa Arab

0 comments

Perang Enam Hari 1967- Fasa Kejatuhan Tentera Bangsa Arab

Permulaan-Satu Kemusnahan
Ianya bermula pukul 7:10am 5hb Jun 1967- waktu Israel. Enam belas jet Magister Fouga buatan Perancis, pelatih2 era 1950an dilengkapi roket berlepas dari lapangan Hatzor. Jet2 Fouga tersebut bertransmisi seperti mana jet Mystere dan Mirage. Mereka berlepas mengikut rutin patrol harian.


4 minit kemudian, skuadron sebenar - Ouragan Bombers berlepas dari Hatzor, selang 5 minit diikuti pula oleh skuadron Mirages dari Ramat David dan 15 Vatours dari Hatzerim. Dalam pukul 7:30am sebanyak 200 buah pesawat pelbagai jenis sudah memenuhi ruang udara Israel. Terkandar diatas bahu skuadron Israel ini arahan daripada Komander Udara Motti Hod :


"The spirit of Israel's heroes accompany us to battle...From Joshua Bin-Nun, King David, the Maccabees and the fighters of 1948 and 1958, we shall draw the strength and courage to strike the Egyptians who threaten our safety, our independence, and our future. Fly, soar at the enemy, destroy and scatter him throughout the desert so that Israel may live, secure in its land for generations."


Mereka terbang rendah, tidak lebih dari 15 meter untuk mengelak dari dikesan radar tentera Mesir - ada 82 buah semuanya di serata tempat. Kebanyakkan pesawat mengarah ke Barat - ke Laut Mediterannean sebelum membelok kembali ke arah Mesir. Selainnya pula mengarah ke Laut Merah menuju sasaran di kawasan pedalaman Mesir.


Komunikasi radio sama sekali tidak dibenarkan- arahan yang sangat penting untuk di patuhi. Komunikasi hanya dengan isyarat tangan! Tujuan mereka adalah "is to reaching the Egyptian coast without being spotted". Kol. Rafi Harlev, Cif Israel Air Force telah mengarahkan tiada komunikasi radio diantara juruterbangnya, biarpun terdapat kerosakan mekanikal, jika terpaksa terhempas ke laut maka ke lautlah!


Sungguhpun begitu pilot2 Israel lebih terlatih dari saingan mereka pilot Mesir. Mereka lebih pengalaman dan mempunyai lebih masa penerbangan. Hampir kesemua pesawat mereka 65 Mirages, 35 Super Mysteres, 35 Mysteres Mark IV, 50 Ouragans, 20 Vatour light bombers dan 45 Fougas boleh beroperasi dengan baik.


Mereka sebenarnya sudah berulang2 kali membuat latihan peperangan dengan bersimulasikan lapangan terbang Mesir - secara rahsia! Hanya segelintir menteri yang tahu mengenai hal itu. Walaupun begitu, maklumat dan sasaran lokasi tentera Mesir memang dalam tangan Israel - lokasi setiap jet pejuang Mesir serta nama dan pangkat sehinggakan kepada suara juruterbang Mesir juga mereka tahu!


Kesemua maklumat ini telah dibocorkan oleh Wolfgang Lotz seorang yahudi kelahiran German yang mendapat maklumat dari hubungan baiknya dengan pegawai dan ketua staff tentera Mesir sebelum dia berjaya dicekup pada 1964. Selain itu, sumber risikan Israel juga disalurkan oleh pegawai Inteligen Yahudi di Mesir bernama Anwar Ifrim dan 'Ali al-'Alfi, masseur(tukang urutlah) peribadi Gamal Nasser.

Inilah yang dikatakan oleh Hod sebagai:

"Israel's real time intelligence on Egypt's aircraft".


Mesir Lena DiUlik Mimpi
Mesir pulak satu hal, tidak langsung menghiraukan keselamatan jet pejuang mereka - rata2 buatan Russia - MIG, Ilyushin, Topolov dilonggok dalam satu pengkalan. Memudahkan Israel mensasarkan serangan mereka. Walaupun sebelum ini sudah dicadang pembinaan hangar konkrit , tapi cadangan itu dipandang sepi oleh pemerintah atasan tentera Mesir. Pesawat juang Mesir dibiar berpanas di tengah lapang tanpa sebarang perlindungan, waima sandbags pun kurang!


"A fighter jet is the deadliest weapon in existence - in the sky, but on the ground it is utterly defenseless," kata Hod Ketua Staff IAF.


Dalam masa musuh semakin mara, hampir kesemua pesawat Mesir dalam keadaan sejuk enjin dibasahi embun pagi, dan semua juruterbang sedang menikmati sarapan pagi. Walaupun begitu, pihak Mesir memang menjangkakan jika ada serangan Israel maka ia akan berlaku di awal subuh, oleh itu sebagai rutin mereka telah pun menghantar skuad tinjau untuk mengawasi ruang udara mereka pada waktu2 berikut. Pesawat tinjau pulang dan mendarat seawal 8:15am, rondaan cepat sejam dari pesawat Israel yang mendatang, dan gagal mengesan kehadiran mencurigakan dari skuadron Israel. Rutin harian tentera Mesir ni juga sudah diambil kira oleh perisik Israel sebelum memulakan serangan mengejut pada pagi 5 June tersebut!
Ada juga sumber2 mengatakan bahawa pada malam sebelumnya, pimpinan tentera Mesir telah dihiburkan dengan wanita2 cantik agen spy Yahudi sehingga mereka mabuk dan lupa diri untuk tegak menghadapi serangan Yahudi.
Andaian ini boleh dianggap benar kerana pagi itu tentera Mesir seumpama masih lalok, tidak berdaya menahan asakan skuadron Yahudi - taktik perempuan cantik ini pun memang selalu diguna pakai, dan menjadi favorit untuk cerita perisikan seperti James Bond. Wanita cantik juga selalu dijadikan umpan merosakkan pimpinan peringkat tertinggi angkatan tentera sesebuah negara!


Radar Jordan
Radar yang paling canggih dalam dunia Arab dimiliki oleh Jordan - buatan British, telah mendapat isyarat mengenai kemasukan pesawat dalam kuantiti luar biasa ke ruang udara Mesir di Sinai. Sangkaan mereka ini hanyalah rutin biasa tentera Israel, tetapi dalam ketidaktentuan itu, amaran masih juga disampaikan kepada pihak Mesir.


Satu kelemahan tentera2 Arab ini adalah kurang koordinasi yang tepat. Maka maklumat penting seperti itu tidak dapat disampaikan dengan segera kepada tentera Mesir. Sementelah pula, malam itu tentera Mesir sudahpun mengubah frekuensi kod mereka tanpa memberitahu pihak Jordan. Sungguhpun begitu pihak Jordan terus juga menghantar kod amaran berkali2 ke Mesir.


Di pihak Mesir pula, walaupun maklumat itu berjaya disampaikan, Shams Badran-Menteri Pertahanan Mesir tidak dapat untuk dihubungi, kerana beliau pergi masuk tidur beberapa jam sebelum itu dan memerintahkan supaya tidak diganggu! Begitu juga Kol. Mas'ud al Junaydi yang incharge untuk decoding dan juga Ketua Operasi Udara General Gamal 'Afifi - mereka ini orang penting yang tidak dapat dihubungi pada waktu itu. Ruang udara dan tentera Mesir masih telanjang...tidak tahu bahana yang akan menimpa! Kemana mereka dalam saat2 genting seperti ini?


Taktik Hail Mary
Di pihak Israel, masa2 berikut adalah paling mendebarkan buat mereka. "The suspend was incredible," kata Ezer Weizman:

"For five years I had been talking of this operation, explaining it, hatching it, dreaming of it, manufacturing it link by link, training men to carry it out. Now, in another quarter of an hour, we would know if it was only a dream, or whether it would come true".



Rancangannya, menggunakan sedozen skuadron udara daripada beberapa pengkalan, bergabung secara senyap. Sasarannya musnahkan sebelas target yang telah dikenalpasti dalam masa 20-45 minit! Taktik Israel ini agak merbahaya kerana meninggalkan ruang udara mereka langsung tanpa pertahanan.

Dan inilah yang dinamakan Hail-Mary taktik - sempena taktik permainan American Football-apabila semua naik menyerang tiada pertahanan di bawah. Keyakinan bahawa seluruh kekuatan Mesir akan musnah dalam serangan mengejut ini menyebabkan rancangan Hail-Mary diluluskan oleh pihak atasan tentera Israel.
Walaupun begitu, komando2 mereka sudah pun ditempatkan di seluruh sasaran strategik tentera Mesir dan bersedia meletupkan sasaran itu melalui darat jika rancangan udara mereka gagal. Adakah ini disedari oleh pihak Mesir?


Gelombang Pertama
Tepat 7:30am. Sasaran pertama kelihatan - pengkalan Fa'id dan Kibrit. Pesawat Israel bertali arus menjunam melepaskan bom meletupkan landasan tarmac, sudah terlambat bagi pihak Mesir untuk menyerang balas. Sebuah pesawat pun tidak dapat diterbangkan!


Pilot2 Mesir terkejut, tidak menyangka Israel berjaya melepasi kawalan radar mereka. Pesawat juang mereka terperangkap menjadi sitting duck bahan ujikaji Israel. Gelombang pertama serangan ini berakhir jam 8:00am. 25 serangan telah dilancarkan ke sasaran utama, termasuklah pengkalan Fa'id dan Abu Suweir, empat lapangan terbang di Sinai dan dua di Mesir berjaya dilumpuhkan sama sekali.


Yang bodohnya Mesir, tiada satu serangan balas pun dilancarkan dari darat ke arah skuadron Israel. Kesemua 100 artileri anti kapal terbang, 27 SAM-2 (peluru berpandu) tidak diberi arahan untuk dilepaskan oleh Amer, kerana takut tersilap tembak kapal terbang mereka sendiri!

(Abdul Hakem Amer adalah Timbalan Ketua Perang kepada General Gammal Nasser, dia kemudian mati membunuh diri dalam tahanan kerana disyaki berkomplot menggulingkan Presiden Nasser selepas kekalahan dalam P6H. Dia jugalah yang mengarahkan pengunduran tentera Mesir dari Sinai kerana panik dengan kejatuhan Abu Ageila. Mesir sewaktu P6H, sebenarnya berada dalam konflik politik orang No 1 dan No 2 dan kerana itu jugalah cadangan2 bernas diantara kedua2 kem tidak sampai untuk dilaksanakan)


Gelombang Kedua
Kali ini walaupun pihak Israel mendapat tentangan hebat, mereka berjaya melakukan 164 sorties (serangan) dan memusnahkan 107 pesawat. Dalam serangan pagi itu keseluruhannya pihak Israel berjaya memusnahkan 286 pesawat - 30 Tupolev-16s, 27 Ilyushin-28 medium bombers, 12 Sukhoi-7 fighter-bombers, 90 MIG-21 interceptors, 20 MIG-19's, 75 MIG-17's, 32 pesawat angkut dan helikopter - suku dari pilot Mesir terkorban dalam serangan itu. 13 pengkalan lupus-musnah, 23 radar hancur termasuklah pusat anti kapal terbang.


Pada jam 10:35am Hod melaporkan kepada Rabin:

"the Egyption air force has ceased to exist".


Tentera Arab Terkangkang
Kemusnahan dahsyat di pihak Mesir, menyebabkan seluruh negara Arab terkedu! Tragedi paling dahsyat dalam sejarah peperangan Arab - Israel. Inilah tanda2 awal kejatuhan terus menerus tentera Arab di tangan Israel dalam hari2 yang berikutnya (selama 6 hari) dan badi itu membawak sehingga ke hari ini.
Ramai ulama2 seluruh dunia kemudiannya turut hadir dalam peperangan ini, termasuklah dari Tanah Jawi, tetapi itu tidak cukup untuk mengekang kemaraan Israel. Akibatnya Mesir terlepas Sinai dan Syria terlepas Bukit Golan dan Palestine terlepas Baitulmaqdis 'tetapi bukan untuk selama-lamanya'. Ulama2 seluruh dunia memfatwakan ini sebagai Perang Sabil, tetapi setakat memberi nama Perang Sabil tidak cukup untuk menggerak kekuatan dan semangat Jihad yang sebenar.
Puncanya adalah kerana tentera Islam tidak dipimpin oleh sebaik2 pemimpin dan askarnya juga bukanlah sebaik2 askar! Perlu diingat memang mudah menyebut perkataan jihad daripada melaksanakannya. Masih ingat peperangan Khaibar dizaman Rasulullah SAW? Siapakah yang ditugaskan untuk menumbangkan pertahanan Yahudi dan bagaimanakah pula pula ciri-ciri pemimpinnya?
Pihak Yahudi tidak pernah lupa dan dendam mereka tidak pernah kunjung padam akibat runtuhnya Tembok Khaibar ditangan Saidina Ali Abi Talib R.A. Sehinggakan Rasullullah SAW juga hampir diracun semasa tinggal disitu.

Mereka (puak Yahudi) juga tidak sekali2 akan membenarkan umat Islam melahirkan pemimpin2 yang berciri dan berkualiti sedemikian rupa di dunia hari ini. Jika ada mereka akan cantas seawal mungkin. Tetapi bolehkan Yahudi selama-lamanya merancang dan mencatas tunas baru umat Islam?
Tidak dinafikan juga bahawa Amirika, British dan Perancis adalah dalang disebalik P6H. Disamping medan untuk menguji teknologi dan kekuatan senjata mereka menentang teknologi blok komunis yang diketuai USSR.



Harapan Tinggal Harapan
Selepas kejatuhan kerajaan Khalifah Ottoman, umat Islam amat berharap Pak Arab dapat menebus maruah umat Islam, malangnya malapetaka terus menimpa. Sebabnya adalah kerana tiada penyatuan dikalangan pemimpin Arab kerana mereka berperang diatas dasar asabiah dan politik.

Koordinasi sesama mereka juga amat lemah, dan ada juga pemimpin negara Arab (Jordan) yang berperang dibawah pengaruh Amirika - berperang tidak sepenuh hati; semata2 menjadi pencukup korum dan main tangkap muat. Pemimpin Jordan dikatakan menelepon Amirika meminta izin untuk berperang sebagai menjaga hati lain2 pemimpin Arab! Arab Saudi semestinya tidak campur tangan dalam perang ini.

Mesir pula sewaktu itu adalah pendokong ideologi Socialist bawaan Soviet Union. Ramai alim ulama Mesir yang dibunuh secara zalim pada zaman itu.


Maka apabila tewasnya Mesir maka terkuburlah juga cita2 Gamal Nasser untuk menjadi wira Arab seperti Salahudin Al-Ayubi. Sehinggalah kepada zaman Anwar Sadat; yang mana dendam Mesir terbalas dalam perang Yom Kippur tetapi beliau dibunuh sewaktu perarakan tentera kerana perjanjian Camp David-yang ditafsir oleh sesetengah pihak sebagai mengiktiraf kewujudan negara haram Yahudi.

Setelah itu berakhirlah era Mesir sebagai champion liga Arab. Hari ini harapan tinggal harapan. Masih tiada tanda2 penyatuan negara Arab dalam dunia hari ini. Walaupun satu bangsa, satu bahasa dan satu liga, mereka tidak bersatu hati, lebih2 dalam menyelesaikan masalah Palestine.

Dalam keadaan ekonomi mereka yang teruk dikontrol sistem kapitalis dan percaturan politik order baru dunia, kebangkitan bangsa Arab dari semenanjung sebagai suatu kuasa besar seakan2 mustahil- mustahil mereka kembali menggapai kecermerlangan silam.
Walaupun banyak duit dan dilengkapi dengan segala kelengkapan canggih dan teknologi barat, Perang Enam Hari telah membuktikan bahawa persediaan taktik dan strategi amat penting untuk memenangi sesuatu perperangan. Tentera Arab amat lemah dan kurang dari segi persediaan seumpama itu. Mereka sebenarmya telah dipermain2kan oleh pihak Barat dan Soviet.

Bagaimana mungkin Palestin dilepaskan Yahudi sedangkan perancangan itu sudah lama dipersetujui oleh England, Perancis, Amirika dan negara2 Eropah yang lain semenjak Perang Sabil yang pertama lagi?


Perang Enam Hari mengubah peta arab dan persepsi masyarakat antarabangsa terhadap keupayaan umat Islam mempertahankan diri mereka. Kekalahan itu amat memalukan dan amat pedih untuk diterima oleh seluruh umat Islam. Secara tidak langsung fasa kekalahan Arab dalam Perang Enam Hari membolehkan pihak Yahudi menginjak maruah umat Islam sehingga tidak berupaya bangun sehinggalah ke hari ini.
Oleh itu masihkah kita mahu bergantung kepada kekuatan dan pimpinan Arab dalam membawa kecemerlangan Islam seperti masa lampau?


Penulis rasa mungkin tidak buat masa yang terdekat ini.

-----------------------------------------------
Nota Penulis:

"Tidak akan kiamat dunia ini selagi Yahudi tak kalah perang,"...betul lah tu.


Susunan: The Malay Press
Rujukan: Michael B. Oren, 2002, Six Days Of War: June 1967 and the Making of Modern Middle East, Penguin Books, US

Read full post »
 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger