"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
THEMALAYPRESS - FIKIR DENGAN KRITIS | TERUS MELANGKAH LEBIH JAUH.

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Terima kasih kepada para pembaca yang masih setia mengikuti blog ini!
~ MOHAB (Blog layout versi 1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Selasa, Oktober 14, 2008

Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin II (1807-1843). Pengkhianat?

(Updated 01012009 with fact from Dokumen Perjanjian Lama 1791-1965, 2008, ITNM)

Untuk kali ini, pertimbangan waras akal pembaca adalah perlu untuk melihat sejarah daripada perspektif yang berbeza. Perlu juga tekun, sabar dan minat untuk memahami jalan ceritanya.

Tulisan dan susunan fakta dalam ruangan ini adalah satu refleksi terhadap sejarah realiti yang berdasarkan pembacaan, kajian sejarah, pertanyaan yang dirujuk kepada sumber SNK, dan kesimpulan daripada penulis sendiri. Oleh itu jika terdapat kesilapan dan sentuhan kecundang maka penulis mulakan dengan maaf, kerana terpaksa menyinggung tanpa niat.

Harapan penulis, agar para pembaca dapat melihat sejarah ini daripada skop yang lebih luas. Iaitu dalam konteks makro sebuah negara, dan bukan lagi dalam lingkungan paradigma lama yang berasaskan cerita dongeng yang sempit karya fantasi penjajah barat dan sekutunya pengkhianat tempatan.

Sebelum itu, sudah ada satu perubahan yang amat seni dari Orang Kedah Lama yang membuatkan penulis tersenyum sendiri:

"19. Saya teringat akan ketamakan seorang Melayu kampung yang kerjanya mengutip buah keranji dari hutan untuk dijual kepada orang Thai. Kerjanya agak berat kerana pokok tinggi dan terdapat banyak semut. 

20. Kerana tidak sabar dengan masalah yang dihadapi, pengutip keranji ini menebang pokok tersebut. Dan itu merupakan kali terakhir dia membuat duit dari mengutip keranji".

---------------------------------------------------------

Begini Kisahnya.
Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin II (SATII) hanyalah sebagai pemimpin angkatan laut (laksamana) Kedah di zaman Khalifah Syarif Abu Bakar Syah menjadi Khalifah Islam Empayar Islam Benua Siam Kedah. Kalau diikuti wasiat dari blog Sejarah Nagara Kedah (SNK), SATII bukanlah sultan Kedah dalam erti kata yang sebenar.

Fakta ini diperkuatkan lagi dengan bukti yang disedut dari manuskrip Undang-Undang Kedah yang bunyinya:

Maka pada zaman Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah ibni Sultan Abdullah Mukaram Syah naik kerajaan pada tarikh seribu dua ratus dua puluh dua tahun,tahun Alif,dilebihkan tinggi bunga emas dan bunga perak sebab baginda sampai sendiri menghadap raja maha besar ke benua Siam. Maka alat yang lain serupa pengiring bunga emas itu juga, tiada berubah seperti keadaan dahulu juga melainkan bunga emas dan perak dan lembing sepuluh rangkap itulah diperbuat sampak tembaga. Raja-raja dahulu-dahulu berserebet benang sahaja (UUK, 2005, ms 28).

Maksudnya diatas itu adalah, SATII mula naik takhta ke-raja-an (maksudnya raja daerahlah) pada 1222 H bersamaan 1807 masihi. Oleh itu memang sudah tercatat sebagai bukti yang sahih bahawa SATII ini dalam sejarahnya kena menghadap raja maha besar benua Siam Islam (Khalifah Syarif Abu Bakar) bagi menghantar ufti bunga emas seperti yang diperbuat oleh raja-raja dahulu-dahulu. 

Dalam UUK ms 26-27, ada juga disebut nama Sultan Muhamad Jiwa (datuk SATII) sebagai menghantar bunga emas. Boleh jadi dialah antara yang dimaksudkan sebagai raja dahulu-dahulu itu, walaupun jawatannya ketika itu adalah sebagai Perdana Menteri bukan sultan Kedah.

Untuk pengetahuan pembaca, protokol menghantar bunga emas ini boleh kita anggap sebagai tanda patuh dan hormat raja-raja daerah yang berada dibawah naungan Benua Siam Islam Kedah itu kepada Raja Maha Besarnya. Anggaplah ini sebagai adat sesama kerajaan Islam, dan bukanlah ufti daripada Sultan2 Melayu kepada Raja Thai Buddha macam yang kita belajar disekolah dulu (jangan silap!)

Dalam pada masa itulah SATII mula menyimpan cita-cita untuk merampas kuasa...

Sebelum itu, apakah pula peranan Sultan Abdullah Mukkaram Syah ayahanda SATII dalam sejarah negara kita hari ini? Tidak lain dan tidak bukan, dialah Si Penggadai Pulau Pinang ke Francis Light pada tahun 1786. Ini diakui sendiri oleh T.A.R dalam Perutusan Kemerdekaan Malaya 1957!

Kemudian ikuti kisah seterusnya.

Bagaimana SATII boleh dianggap pembelot?
Menurut sumber rasmi dari SNK, kerana plot yang dirancang oleh SATII lah maka berjaya tentera THAI Buddha membunuh Khalifah Syarif Abu Bakar dan hampir keseluruhan 'bloodline' nya pada tahun Musuh Bisik 1821.

Tentera Thai Buddha juga dikatakan memasuki perairan Kedah melalui jalan laut dan menyamar sebagai angkatan Laut Kedah sebelum melanggar Kota Kuala Kedah semasa majlis perkahwinan DiRaja Siam sedang berlangsung.

Untuk info, Tahun Musuh Bisik 1821 adalah tahun dimana serang hendap besar-besaran dilakukan oleh Thai dalam cubaan mereka menghancurkan sebuah empayar Islam yang diterajui oleh orang Melayu dari rumpun Siam dari Kedah. Kisah ini tidak terdapat dalam mana2 buku sejarah sekolah. Jika ada pun ceritanya diforum2 sejarah amat mengelirukan.

Thai Buddha melakukan serangan ini bagi menghapuskan keturunan Raja Siam Islam. Tujuannya adalah untuk menutup kisah Empayar Islam Benua Siam Kedah yang dahulunya berpusat di Ayuthia. Thai juga tidak akan berjaya melakukan kerja ini tanpa bantuan orang dalam.

Sultan Ahmad Tajuddin II juga telah dikenal pasti sebagai dalang pemberi maklumat kedudukan Maharaja Siam Islam, sehingga baginda dibunuh syahid bersama empat lagi anaknya.

(Dalam kisah ini, kita tidak perlu jijik untuk mengatakan Siam itu Melayu, kerana Sultan Abdul Halim Mud Azam Syah yang memerintah Kedah hari ini juga adalah orang Melayu dari rumpun Siam yang mengambil susur galur dari Merong Mahawangsa. Jadi Melayu la jugak. Yang menjadi masalahnya adalah apabila puak Thai menggunakan nama Siam apabila melakukan jenayah perang terhadap orang Melayu).

SATII diampunkan
Mengikut sejarah realiti, diatas perkenan Maharaja Islam Benua Siam Kedah ketika itu, Syed Alang Alauddin, Panglima Bukit Gantang (
1824-1862), anak kepada Sultan Muzaffar Syah III (1821-1824) cucu kepada Khalifah Syariff Abu Bakar (1758-1767-1821)SATII akhirnya diampunkan lalu dilantik menjadi Raja Daerah Kota Kuala Muda sahaja.

Walaupun dilantik sebagai raja daerah Kota Kuala Muda, gelaran Paduka Seri Sultan tetaplah dipakai, kerana itu adalah gelaran untuk raja-raja daerah ketika itu. (refer UUK, 2005)

Paduka Seri Sultan Abdul Hamid (SAH)
Setelah SATII kembali ke alam barzakh, kerjanya disambung oleh SAH. Hasilnya, kes pembunuhan 
khalifah terakhir Empayar Islam Benua Siam Kedah iatu Sultan Long Jaafar di Gurun 1876. Lalu berlakulah siri penjajahan Bangsa Thai selama 5 tahun di Kedah dari 1876-1881. Dalam masa inilah segala kerja penyelewengan dan penutupan sejarah bangsa Melayu-Siam Kedah dilakukan.

Ianya juga berkait rapat dengan konspirasi Inggeris dan Thai dalam memadam sejarah sebenar kegemilangan umat Islam rantau ASEAN terutamanya Bangsa 'Melayu' Islam.Malahan bukan itu sahaja, jika dilihat secara global pada akhir abad ke 18 lah dimana seluruh empayar Islam dan sistem khalifah Islam dijatuhkan oleh Ingris demi menyemaikan New Order Secularism dibawah sistem commonwealth. Khalifah Islam diganti dengan Queen Victoria bermazhab protestan.

Sedar atau tidak, sebelum naiknya Nehru dan Ghandi pejuang nasionalisma India, benua itu diperintah oleh Dynasti Moghul (Mughal) sebelum Ingris membuang khalifah yang terakhirnya ke Burma. Pembaca boleh melihat keindahan dan kegemilangan kerajaan Moghul ini didinding2 restoran berhwa dingin yang menyajikan makanan 'northen India'. Contoh paling besar ialah Kesultanan Delhi Mughal ialah Taj Mahal.

Jadi, kisah Kejatuhan Maharaja (Khalifah) Siam Islam ini memang berkait rapat dengan agenda Ingris secara halus, cuma kita yang tidak mahu ambil peduli melainkan mengagung-agungkan cerita Raja Melayu Daerah Melaka 1511 yang tidak sampai berapa hari terkulai ditangan Portugis. 

Kata mereka ahli sejarah "mana nak lawan keris dan silat dengan senapang Portugis". Huh! Padahal zaman itu senapang musket pun belum wujud lagi. Dan Portugis pun bukanlah kuat benar pada masa itu. Jadi memang padanlah mereka menentang hanya raja daerah Melaka.

Jadi tidak perlulah menghalalkan atau mengada-adakan cerita kekalahan EMPAYAR Melayu Melaka 1511 dengan alasan takde senapang. Buat malu orang silat sahaja!

At Tarikh Salasilah Negeri Kedah 1928 (ASNK)
At Tarikh Salasilah Negeri Kedah adalah karangan Wah Muhammad Hassan bin To' Kirani (kerani?) Wan Arshad atas arahan Paduka Seri Sultan Abdul Hamid (1881-1943). Jadi ASNK hanya baru mula disusun pada tahun 1928 (bukanlah lama sangat. Apa yang disusun? Salasilah Sultan Negeri Kedah lah)

Yang mana, pada masa itulah nama 
Sultan Ahmad Tajudin Halim Syah II mula diangkat sebagai Sultan Negeri Kedah untuk disesuai dengan kedudukan Sultan Abdul Hamid sebagai waris Sultan Kedah.




Untuk info, S.A.H dilantik menjadi Sultan Kedah oleh Chula Longkorn Raja Thai, iaitu bapak mertuanya. (Mak Cik Manjalara, isteri kedua S.A.H itu adalah ibu kepada T.A.R. Puteri Thai A/P Chula Longkorn)

Seterusnya, Negara Kedah dikecilkan menjadi Negeri Kedah. Barulah sesuai salasilah kesultanan itu dengan sejarah Negeri Kedah yang baru dan 'matching' dengan nama buku barunya iaitu At Tarikh Salasilah Negeri Kedah.

Dengan itu, sejarah kegemilangan Ayuthia atau nama lainnya Shahru-Nuri @ Kota Baru yang diperintah oleh 33 Maharaja Melayu-Siam Islam dilenyapkan atau disembunyikan dari pengetahuan orang Melayu hari ini. Maka dapatlah orang2 Thai meng-hijack sejarah gemilang Ayuthia dan mengatakan tamadun itu mereka yang punya. Padahal orang Melayu-Siam dari Kedahlah yang punya.

Tahukah pembaca sekalian bahawa Ayuthia itu dahulu adalah pusat kegemilangan Islam yang tersohor di rantau Asean?
Sehinggakan Hamzah Fansuri pun pernah menuntut disana. Telah dibuktikan juga ada terdapat 21 masjid yang tersergam indah didalamnya sebelum kota itu jatuh ke tangan Alongpaya dari puak Suku Thai pada tahun 1767. Kejatuhan Ayuthia juga adalah kerana bantuan pembelot yang murtad iaitu general Mokhtar Hussin atau Taksin. Maka, tidak menjadi hairanlah kita hari ini jika mengetahui bahawa berkeris-bersilat-berjubah-berserban jugalah pakaian Maharaja Siam Islam Ayuthia (Narai) dahulu kala kerana mereka itu orang Melayu jugalah adanya (yang menerima pengaruh Parsi dan Arab. Macamlah sultan-sultan kita hari ini berkot-bertie, kerana pengaruh barat). Buktinya pun sudah ada.

Oleh itu jika tanpa At Tarikh Salasilah Negeri Kedah, dimanakah kedudukan SATII yang sebenarnya dalam sejarah negara Kedah? Tidak lain dan tidak bukan hanya sebagai raja daerah Kota Kuala Muda sahaja.

Zaman Pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin II
Tidak dinafikan, SATII memang pernah menjadi pemerintah, tetapi hanya memerintah daerah Kota Kuala Muda dan bukannya Negara Kedah.

Justeru, mengikut pendapat penulis, jika terdapat mana-mana tagline yang mengatakan ada peristiwa berlaku "Pada zaman pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin" boleh jadi ia membawa maksud kepada pada zaman pemerintahannya di Kota Kuala Muda bukan memerintah Negara Kedah.

Logiknya, sebagai rakyat Kota Kuala Muda, yang mempunyai seorang District Officer (D.O) atau raja daerah bernama Sultan Ahmad Tajuddin, memanglah apa sahaja kejadian atau peristiwa dalam masa itu akan dianggap berlaku pada zaman pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin.

Ini termasuklah masalah social seperti perkelahian, kejadian jenayah, rompak, curi, bunuh, lanun dan apa sahaja cerita2 domestik yang berkisar mengenai hal ehwal dalaman Kota Kuala Muda. Maka SATII lah yang akan mendapat nama. Ini pun tidaklah bermakna semua kejadian itu buruk belaka, ada juga yang baik.

Sebagai contoh, hari ini, kita yang lahir selepas merdeka hanya mengenal T.A.R sebagai pejuang kemerdekaan, kerana apa? Kerana sejarah itu dikontrol dan diatur olehnya sewaktu menjadi Perdana Menteri. Padahal ada banyak lagi nama besar yang dikesampingkan. Tetapi tidak bermakna semuanya buruk belaka, ada juga perkara yang baik dilakukan semasa pemerintahannya...

Begitu jugalah halnya dengan kisah SATII dalam sejarah perang yang berlaku pada zamannya. Maka tiada sultan lainlah yang akan diangkat sebagai wira menentang Siam(Thai) melainkan Sultan Ahmad Tajuddin II (seperti yang tertulis di Arkib Negara mengenai perang 1821).

Hal ini akan menjadi lebih parah jika tukang cerita itu lahir di era penjajahan Thai 1876-1881 dan seterusnya di 'brainwashed' oleh propaganda S.A.H dan disuap dengan fakta-fakta rekaan dari sumber sejarah ASNK. Maka pastinya salasilah SATII lah yang akan mendapat pujian dan nama.

Macam kita hari inilah yang terpaksa bergantung dengan sejarah silibus penjajah...maka nama2 yang tertentu sahajalah yang akan diangkat sebagai wira, yang lainnya di label pemberontak dan sebagainya.

Tetapi secara tegasnya, pembaca perlu melihat kepada fakta ini, iaitu pada ketika SATII dilantik mejadi raja daerah Kota Kuala Muda, Kedah adalah sebuah Negara dan bukan negeri yang seperti kita ketahui hari ini. Jadi tidak akan timbul sama sekali cerita yang SATII pernah memerintah Negeri Kedah pada waktu hayatnya.

Oleh yang demikian, general2 perang, panglima2 kanan, ulama2 perang seperti Tok Bendang Daya, yang berjihad sabil bagi mempertahankan agama Islam dan Negara Kedah dari serangan puak Kafir Thai-Inggeris mestilah dibawah arahan komandan perangnya iaitu Panglima Bukit Gantang Syed Alang Alaudin, Maharaja Islam Benua Siam Kedah. Bukan dibawah Sultan Ahmad Tajuddin II si pembelot yang bertaraf pegawai daerah sahaja. Melainkan mereka dalam kumpulan pemberontak.


Peperangan dalam zaman SATII
Mengikut fakta sejarah 'mainstream' yang kita pakai hari ini, pemerintahan SATII dikatakan  berkisar pada tahun 1803-1843 iatu selari dengan zaman pemerintahan Maharaja Islam Benua Siam Kedah; iaitu pada zaman Khalifah Syarif Abu Bakar, Sultan Muzaffar Syah III dan di zaman Syed Alang Alaudin (1824-1862).

Pada zaman itu ada 3 peperangan sabil yang besar berlaku diantara Melayu-Siam Islam dan kafir Thai. Iaitu:

  1. Peperangan serang hendap Musuh Bisik tahun 1821 (Khalifah Syarif dibunuh)
  2. Peperangan tahun 1838 (perang epik maha besar, perang fisabillillah dimana seluruh alam Melayu termasuklah tentera Majapahit, Patani, Aceh, Pasai, dan China Manchu turun membantu Panglima Bukit Gantang Syed Alang Alaudin menentang tentera Thai yang dibantu oleh Inggeris dengan kapal Hyacinth dan musketsnya - sepatutnya kisah ini difilemkan. Kalau diperkenankan, dan atas dasar minat, penulis sanggup jadi 'director' untuk cerita perang semacam ini, daripada bagi kat pengarah yang katanya 'berpengalaman' tapi kualiti cerita yang bukan2) dan
  3. Penjajahan Thai tahun 1876-1881 setelah Sultan Long Jaafar dibunuh.

Dalam zaman itu siapakah pemberontak yang bersekongkol dengan Thai dan Inggeris menentang Maharaja Islam (khalifah Islam)? Hanya dua nama besar yang disebut oleh sejarah realiti yang menjadi talibarut musuh, iaitu SATII dan SAH. Penulis akan membawa kisah perang 1821 dan peranan SATII dalam kes itu dibawah nanti.

Wujudnya Negeri Kedah
Negeri Kedah hanya wujud setelah Paduka Seri Sultan Abdul Hamid dilantik Thai menjadi sultan 1881, sebelum ini Kedah adalah sebuah Nagara. At Tarikh Salasilah dikarang semata-mata untuk membuktikan yang Kedah itu hanyalah sebuah negeri dan beliaulah sultannya. Jadi, hari ini pula dimanakah kita mengambil kedudukan untuk melihat semula sejarah dalam konteks yang sebenar?

Semuanya akan bermula dengan segar jika kita mengambil kisah Merong Mahawangsa @ Sultan Muzaffar Syah 1 membawa syariat Islam ke Kedah...Dan disitulah sebenarnya cerita kekuatan Bangsa Melayu itu tersembunyi. Di Negara Kedah bukannya di Pelabuhan Melaka 1511.

Justeru, sanggupkah kita menelan kisah realiti ini dan meng-tong sampahkan kisah Merong Mahawangsa yang dikatakan Hindu oleh ASNK dan disokong pula oleh para sejarawan 'muslim' tanah air? Tepuk dada tanya iman...

Adat Istiadat dan protokol DYMM Agong

Sedar atau tidak, adat Istiadat Balairong Seri Istana Negara Malaysia dan gelaran-gelaran yang terdapat dalam protokolnya serta sistem penggiliran DYMM Agong adalah berasaskan adat-istiadat DiRaja dari Empayar Islam Benua Siam Kedah. Itulah idea yang T.A.R ceduk dari sejarah keturunannya Melayu-Siam Kedah (refer UUK, 2005: 32 /SNK kalau tidak percaya).


Foto: Mesyuarat Raja-raja Melayu yang ke 215, dipengerusikan oleh Paduka Seri Sultan Abdul Halim Muadzam Syah, Sultan Negeri Kedah Darulaman (Utusan Malaysia)

"Syahadan maka dipukul gendang nobat lagu Ibrahim Khalilullah. Maka menjunjung duli betara tiga kali, iaitu mengatakan DAULAT TUANKU". (Mariyam Salim, 2005, Undang-undang Kedah: 33). Siapa kata nobat berasal dari lagu hindu ?

-DAULAT TUANKU-

---------------------------------------------------------------------

Bagaimana melihat sejarah dari kaca mata sejarah realiti:

Kisah perang 1821 sebagai satu analisa :

Hitam dari Arkib Negara
Merah adalah komen penulis.

Peranan Sultan Ahmad Tajuddin II dalam melemahkan kerajaan Empayar Islam Benua Siam Kedah

Peperangan selalu terjadi di antara dua musuh ketat iaitu Burma dengan Siam dan peperangan ini turut mengancam Kedah.

[baca: Peperangan selalu terjadi di antara dua musuh ketat iaitu Thai-Kafir dengan Siam-Islam dan peperangan ini turut mengancam Kota Kuala Muda-sepatutnya Kota Kuala Muda tidak perlu disebut]

Pada tahun 1818 satu lagi peperangan meletus di antara Burma dengan Siam. Angkatan tentera negeri Burma di bawah Alongpaya mula bergerak ke selatan menuju Kedah dan kawasan di Segenting Kra. Untuk menghadapi peperangan ini Siam mendesak Kedah supaya menghantar 300 koyan dan 100 buah perahu yang lengkap. Permintaan ini ditolak oleh Sultan Ahmad Tajuddin.

[baca: Pada tahun 1818 satu lagi peperangan meletus di antara Thai dengan Siam. Angkatan tentera negeri Thai di bawah Alongpaya mula bergerak ke selatan menuju Siam dan kawasan di Segenting Kra. Untuk menghadapi peperangan ini Maharaja Siam Islam (Khalifah Syarif Abu Bakar) meminta Raja Daerah Kota Kuala Muda (SATII) supaya menghantar 300 koyan dan 100 buah perahu yang lengkap. Permintaan ini ditolak oleh Sultan Ahmad Tajuddin. Kenapa tolak?]

Sultan Ahmad Tajuddin telah menggunakan kesempatan ini untuk melepaskan Kedah daripada pengaruh Siam.Oleh yang demikian beliau menghubungi Raja Burma dan berjanji untuk memberi bantuan.

[baca: Sultan Ahmad Tajuddin telah menggunakan kesempatan ini untuk melepaskan Kota Kuala Muda daripada pengaruh Siam atau dengan lain kata merampas kuasa. Oleh yang demikian beliau menghubungi Raja Thai dan berjanji untuk memberi bantuan]

Malangnya tindakan Sultan Ahmad Tajuddin telah diketahui oleh Tengku Amboon dan Gabenor Nakom Sinthamarat. Di akhir tahun 1820 Gabenor Nakorn Sinthamarat telah pergi ke Bangkok untuk mengadu kegiatan Sultan Ahmad Tajuddin di Kedah. Setelah mendapat desakan yang kuat akhirnya Raja Rama 11 bersetuju unluk menyerang negeri Kedah.

[baca: Inilah fakta 'skip point' yang diada-adakan bagi menghalalkan serangan Siam terhadap Kedah, untuk menampakkan Siam itu jahat cuba membalas dendam terhadap Kedah kerana tidak membantunya menentang Burma. Kita boleh katakan begini, Gabenor Nakorn Sinthamarat Tengku Amboon (atau Tunku Anom? sekor lagi pengkhianat) pergi ke Bangkok untuk mengatakan jikalau Thai Raja Rama Chakri menyerang Siam-Kedah, mereka akan mendapat sokongan dari dalam dengan bantuan SATII]

Pada bulan Februari 1821, negeri Siam telah mengerahkan 6,000 orang askar dan kapal perang melanggar Kedah. Pada hari ini dalam tahun 1821, Kuala Kedah telah digempur oleh kapal perang dan seluruh negeri Kedah pula diserbu oleh askar-askar negeri Siam. Sultan Ahmad Tajuddin lari menyelamatkan diri ke Pulau Pinang. Maka bermulalah pentadbiran Siam di Kedah untuk tempoh selama 21 tahun yang berakhir pada berakhir pada tahun 1842.

[baca: Pada Februari 1821, Raja Rama Chakri Thai mengerahkan 6,000 orang askar dan kapal perang melanggar Kedah (Kota Kuala Kedah). Di Kota Kuala Kedah lah majlis perkahwinan DiRaja Siam sedang berlangsung. Tarikh majlis itu dibocorkan oleh Raja Daerah Kota Kuala Muda iaitu SATII.

Kuala Kedah telah digempur oleh kapal perang dan seluruh negeri Kedah diserbu oleh askar-askar Thai. Sultan Ahmad Tajuddin II yang belot (tidak menghadiri majlis kahwin itu alasannya kerana melawat terusan di Kuala Muda) kemudiannya telah dihambat oleh tentera Syed Alang Alaudin lalu lari menyelamatkan diri ke Pulau Pinang sebelum ke Melaka lalu menukar nama menjadi Marhum Melaka. Di Melaka beliau berpakat dengan penulis upahan menulis sejarah Kedah yang baru. Siapakah yang ada di Melaka pada lingkungan tahun itu? Tidak lain dan tidak bukan, si Budak Munsyi dan si Stamford Raffles.

Walaubagaimanapun, serangan Thai 1821 berjaya dikekang oleh Sultan Muzaffar Syah III dan seterusnya Panglima Bukit Gantang Syed Alang Alaudin Maharaja Siam Islam yang mangkat pada 1862. Oleh itu Negara Kedah masih lagi diperintah oleh Melayu-Siam Islam sehingga tahun 1876, iaitu sebelum Maharaja Siam Islam terakhir dibunuh atas pakatan Thai-Inggeris dan Sultan Abdul Hamid iaitu Raja Daerah Kota Kuala Muda yang baru.

Maka setelah 'assasination' @ pembunuhan politik Sultan Long Jaafar pada 1876, berakhirlah era pemerintahan Melayu-Kedah dari 'bloodline' Maharaja Siam Islam bagi Empayar Islam Benua Siam di Kedah pada 1876, bukan 1842 seperti yang terdapat di arkib negara].

End.

*mudah-mudahan terbuka minda dan mendapat manafaat. Amin.

Rujukan:
Datuk Abdullah Ali, 2006, Protokol Malaysia, Marshal Cavendish, KL
Mariyam Salim, 2005, Undang-undang Kedah, DBP

10 comments:

  1. Macamana boleh diampunkan sebegitu saja? Ada ulasan lanjut?

    "SATII diampunkan
    Mengikut sejarah realiti, diatas perkenan Maharaja Islam Benua Siam Kedah ketika itu, Syed Alang Alauddin, Panglima Bukit Gantang (1824-1862), anak kepada Sultan Muzaffar Syah III (1821-1824) cucu kepada Khalifah Syariff Abu Bakar (1758-1767-1821), SATII akhirnya diampunkan lalu dilantik menjadi Raja Daerah Kota Kuala Muda sahaja."

    BalasPadam
  2. Saya mempunyai soalan yang sama. Tetapi tidak mempunyai jawapan detail.

    Tapi dalam proses menyusun dan melihat sejarah ini secara makro dan melihat undang2 syariat yang terdapat dalam UUK, saya beranggapan bahawa Panglima Syed Alang Alaudin mempunyai ciri-ciri seorang pemimpin Islam yang tidak bersifat pendendam.

    Sebab itu timbul perkataan ampun, sebagai kuasa prerogative Maharaja.

    Dan bagi saya itulah tanda2 perbezaan pemimpin Islam dan puak kafir Thai yang tidak mengenal ampun membunuh umat Islam di Kedah pada waktu itu dan sekarang di Patani sebagai contohnya.

    BalasPadam
  3. SATII boleh jadi "dilantik" oleh orang lain atau "melantik" dirinya dgn "back-up" by "somebody".

    Kerana, jika melihat kpd "kesalahan" beliau, mmg hukum bunuh tu ek. Melainkan mmg Syed Alang Alauddin pun tak tahu pasal teori pengkhianatan nih. Rasanye...

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum.

    Jadi mcm mana kedudukan silat2 yg berasal dari zaman Sultan Ahmad Tajuddin seperi kuntau tekpi, kalimah, cekak?

    Pengkhianat juga ker? Atau hanya dari zaman yg sama sahaja tapi di bawah naungan lain.

    Mohon pandangan.

    BalasPadam
  5. salam,
    mohon bertanya...
    mengapakah kerajaan islam siam tidak membantu melaka ketika berperang dengan portugis dahulu...adakah melaka dibawah kuasa kerajaan siam islam?
    terima kaseh..

    BalasPadam
  6. kerajaan Siam Islam tidak membantu kerana Melaka yang diserang tu bukannya Empayar Melaka. Cuma pelabuhan je yang di kawal oleh Raja Daerah. Yang mana cerita karut marut kita dok angkat melangit hari ini.

    Portugis serang atas arahan Maharaja Siam Islam Ayuthia.

    Untuk mendapat kefahaman yang jelas tentang Portugis yang datang ni, kena tarik balik sampai Semenanjung Iberia di Sepanyol sana tu. Depa semua Islam dan gelombang Portugis yang pertama sampai ke sini adalah Islam - menjadikan keturunan Bugis.

    Wilayah Timur - Jalan Sutera - Laut dan Darat dikuasai Islam. Sebab itu bila Queen Isabella dan Ferdinand menakluk Sepanyol depa p cari jalan ke Barat dan tidak ke Timur.

    Islam contol Timur, Turkey - Mughal - China - Siam.

    BalasPadam
  7. gelombang Portugis yang pertama sampai ke sini adalah Islam - menjadikan keturunan Bugis.


    jadi mana datangnye keturunan serani kat melaka tu?

    sudah kah saudara cross check refrence dgn manuskrip lain yg bukan dari barat selain dari satu sumber sahaja.kerana bukan satu bangsa je wujud pada waktu itu..bila mengkaji sejarah, kita x sepatutnye bersumber dari satu pihak sahaja.

    BalasPadam
  8. Dear The Malay Press,

    Sir, I enjoyed your article and the references behind the allegation that Sultan Tunku Ahmad Tajuddin II was a traitor to the greater Kedah kingdom. You had also alleged that Tunku Ambon (or spelt Tunku Embun or Tunku Mom) is similarly another traitor. I am sure that you are aware that Tunku Ambon is actually Tunku Yaakub, the younger brother of Tunku Ahmad Tajuddin II but by a different mother. Their common father was Paduka Sri Sultan Abdullah al - Mukarram Shah ibni Al-Mahrum Sultan Muhammad Jiwa Zain al-Adilan Mu'azzam Shah.

    I came across various writings that said that Tunku Yaakub and his son, Tunku Ismail were both killed by the Siamese (Muslims or Buddhist Thais?) who cut open their chests and ripped out their hearts in June 1829. Can you help point to sources that can validate this "story" or to proof that this particular line of sons of Sultan Abdullah al-Mukarram Shah were traitors and played a 'dark role' in Peristiwa Musuh Bisik? I am a descendent of Tunku Yaakub and would like to know more about our heritage.

    It matters not to me if I came from a traitorous line, as I firmly believe that God gave us the freedom to shape our lives and choose our paths. We hopefully live for the blessing of Allah.

    Sir, I appreciate your views.

    BalasPadam
  9. Dear Sir.

    Historical Reality has became a very complex studies. Up to know we the Malaysians are exposed only to the mainstream studies and never dug deeply enough to the essence or to the real situation and rational during that period.

    According to my reading, I would say that Tunku Yaacob was saved by "i dont know who" when he was held captured by the Thais in BANGKOK.

    There are two things that I had in mind, 1st: if Tunku Yaacob was Tunku Ambon meaning to say that he was there comploting with the Thai and ran away from Kedah like his brother SAT11 that ran to Melaka.

    2ndly: if he was a different person than Tunku Ambon meaning to say that he was genuienly held captured by the Thais and was saved by the "i dont know who" during that period.

    As to me Tunku Yaacob and Tunku Ambon were two different person as we need to get to the age of the person when it was happen. if Tunku Yaacob was killed then I wouldn't need to answer to whom claiming as his legacy.

    I'm personally touched by "It matters not to me if I came from a traitorous line, as I firmly believe that God gave us the freedom to shape our lives and choose our paths. We hopefully live for the blessing of Allah." yes you are right - abu jahal's son was martyr by himself and the one who killed Saidina Hamzah was finally a martyr too.

    and to me I dont think Tunku Yaacob and Tunku Ambon was the same person. I hope I'm right.

    BalasPadam
  10. Dear Sir,

    Thank you for your prompt response. I shall explore the possibility that the two characters Tunku Yaakub and Tunku Ambon are separate personalities.

    Thank you for sharing your views.

    BalasPadam

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.

 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger