Ulama Perang dalam tahun Musuh-Bisik 1821 (Melayu Siam lawan Kafir Thai)
Artikel dibawah diambil dari ulama.blogspot.com karangan Allahyarham Sheikh Wan Mohd Saghir Abdullah. Dengan edit.
Perang.
Dalam Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah tercatat sekelumit kisah tentang penglibatan Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani dalam satu perang besar ketika pencerobohan Siam [dibaca THAI] ke atas Patani dan Kedah. Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani, ulama ahli sufi penyusun kitab Siyar as-Salikin itu dinyatakan ghaib (hilang) atau pun syahid dalam perang itu (1244 H/1828 M). Daripada pelbagai sumber yang saya kumpulkan bahawa panglima perang Patani dalam perang itu ialah Hulubalang Wan Pa (Tok Bendang Daya). Sebuah manuskrip yang saya peroleh di Pontianak disebut pula yang ikut dalam perang itu ialah Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani, Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari dan Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani.
Oleh sebab laporan di antara orang yang ikut dalam perang itu ada yang hijrah ke Pontianak, maka dalam manuskrip itu tercatatlah bahawa ketiga-tiga ulama besar dunia Melayu itu syahid di bumi Patani.
Mengenai kisah yang panjang belum perlu saya bahas, yang perlu saya sentuh ialah Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani yang disangka syahid adalah hijrah ke Pulau Duyung Kecil, Terengganu. Hijrah bukan bererti lari daripada jihad. Tetapi menyusun strategi untuk kemenangan rangka panjang. Kerana kemenangan rangka pendek belum dapat dipastikan.
Tok Bendang Daya pula mengambil sikap tidak meninggalkan bumi Patani. Hidup atau mati yang bercorak bagaimana pun mestilah di bumi Patani juga. Walau bagaimanapun taktik dan strategi perjuangan perlu disusun secara kemas dan rapi. Sekiranya belum dapat kemenangan, selagi nafas dikandung badan, selagi bulan dan matahari terbit dan terbenam, selagi dunia belum kiamat, janji untuk diri sendiri dan titipan wasiat kepada umat Melayu Patani, perjuangan mempertahankan Islam dan negara adalah wajib diteruskan.
Perjuangan kedua-dua ulama Patani itu akan diketahui sepanjang zaman, tidak akan hilang dari sejarah perkembangan tamadun bangsa Melayu dan Islam buat selama-lama. Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani berjuang dari segi penulisan pelbagai ilmu dalam Islam.
Termasuk juga Tarikh Patani karya Syeikh Faqih Ali al-Fathani yang diselamatkannya melalui penyalinan. Tok Bendang Daya pula, supaya beliau tidak dapat dikesan oleh musuh-musuh, telah menyamar sebagai orang bodoh, tidak tahu sesuatu apa pun.
Tok Bendang Daya faham di tempat mana beliau berada, oleh itu pada ketika yang lain beliau menjadi seorang sufi, seolah-olah seorang yang tidak perlu kepada kepentingan duniawi. Tetapi secara sangat rahsia Tok Bendang Daya memantap dan menghimpunkan kembali saki baki pejuang-pejuang Islam bangsa Melayu terutama orang-orang Kedah dan Patani yang setia kepadanya.
Riwayat ini masih belum lengkap jika tidak memberi sedikit gambaran tentang kehebatan Tok Bendang Daya semasa perang. Oleh itu amanah dari periwayat perlu juga dipindahkan ke dalam bentuk tulisan tersebar ini. Diriwayatkan bahawa Tok Bendang Daya menyertai perang pencerobohan THAI terhadap Patani yang terjadi tahun 1235 H/1820 M hinggalah perang tahun 1244 H/1828 M.
Sungguhpun umur beliau ketika itu sangat tua, namun tetap masih gagah, tangkas dan berwibawa. Selain mampu menyusun taktik pertahanan dan taktik penyerangan, Tok Bendang Daya juga ada ketahanan menghadang pelbagai jenis senjata termasuk peluru meriam yang ada pada zaman itu.
Berkali-kali beliau kena tembak dengan meriam, tetapi ada satu keanehan bahawa apa jua jenis peluru menjadi jinak dan lunak kepadanya. Peluru yang sampai kepadanya hanya melekat pada bahagian pakaiannya tidak gugur ke tanah, tidak pula menembusi hingga kepada kulit, apatah lagi masuk hingga ke daging.
Selepas pulang dari sesuatu peperangan, peluru-peluru yang melekat pada pakaian barulah dibuang dengan jalan mengibas-ngibaskan pakaian itu. (Sumber cerita dari Tuan Guru Haji Muhammad bin Yusuf, salah seorang buyut Tok Bendang Daya, juga didengar dari Tuan Guru Haji Haji Abdul Qadir bin Ismail as-Sanawi al-Fathani, cicit Tok Bendang Daya. Ibu beliau, cucu Tok Bendang Daya sempat saya jumpa di Mekah, 1979, ketika itu berumur lebih 100 tahun namun beberapa maklumat dapat saya sahihkan kepada beliau).
Ada orang bertanya, ilmu dan amalan apa yang diamalkan oleh Tok Bendang Daya sehingga berkemampuan demikian?
Agama Islam adalah sangat luas dalam pelbagai hal. Apabila kita akan menceburi diri di dalam sesuatu perkara perlulah belajar ilmu apa saja yang ada hubungan dengan perkara itu. Jika menghadapi peperangan seperti Tok Bendang Daya perlulah belajar pelbagai sektor ilmu tentang peperangan. Nabi Muhammad s.a.w ketika berperang juga menggunakan pelbagai cara termasuk dengan doa-doa tertentu.
Saya tidak pasti doa khusus yang diamalkan oleh Tok Bendang Daya untuk ketahanan diri ketika dalam perang, namun walau bagaimana pun berdasarkan catatan anak beliau, Syeikh Abdul Qadir al-Fathani, bahawa Tok Bendang Daya mengamalkan surah al-Ikhlas, yang dibaca beribu-ribu kali serta dengan doanya. [lagi artikel penuh]
[Nota Penulis: Jikalau di buat cross-checking diantara maklumat dari sejarahnagarakedah.blogspot.com dan ulama.blogspot.com, dapat kita perhatikan tarikh syahid atau kehilangan Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani yang disebut dalam artikel diatas adalah pada tahun 1244 H/1828 M.
Peperangan yang berlaku disebut pada 1235 H/1820M hinggalah 1244 H/1828 M. Ini adalah tahun Perang Musuh-Bisik 1821. Dimana Syarif Yang DiPertuan Raja Siam Islam Syarif Abu Bakar Syah, anak2 dan kaum kerabatnya diserang hendap dan terbunuh di Istana Kota Meng Kuang oleh puak Thai hasil maklumat Ahmad Tajuddin.
Dan pada ketika itu bala tentera perang Siam Islam diketuai oleh Syah Alam Yang Maha Mulia Datuk Panglima Bukit Gantang Syed Alang Alauddin (meninggal 1862 dan diganti Long Jaafar sehingga 1876) menentang raja puak kafir buddha Raja Buddha Rama II Chakri Sokho Thai . Maharaja Benua Siam Islam pada waktu itu ialah Sultan Mudzaffar Syah III bersemayam di Istana Kota Serjana , Alur Ganu.
Oleh itu, kesimpulannya Tok Bendang Daya ulama2 sezaman dengannya berperang disamping Raja Siam Islam bersama2 dengan orang Pasai, Acheh, Majapahit, Kedah, Terengganu menentang kemaraan Raja Buddha Rama II Chakri Sukho Thai - bukan Siam seperti yang kita sangkakan hari ini.
Persoalan.
Jikalau Siam itu jahat kenapa wilayah Fatani, Yala, Naratiwat dan sebagainya yang dalam wilayah Selatan Siam itu ditibai sedemikian rupa sekarang? Adakah Siam bantai Siam? Tak mungkin!
Jadi apa yang berlaku di Selatan Thai sekarang adalah kelangsungan daripada apa yang berlaku pada tahun 1821, 1876-1881. Iaitu penghapusan etnik SIAM ISLAM oleh THAI KAFIR laknatullah.
Jika TAR menerima kemasukan wilayah-wilayah Islam itu ke dalam Malaya semasa hendak merdeka dulu sudah tentu saudara-saudara kita disana tidak akan teraniaya dan tertindas sebegitu rupa!]
End.
salam.saya nak bertanya adakah benar apa yang saya dapat maklumat ini.saya mendapat maklumat dr sahabat saya yang mengatakan yang keturunan raja pattani ini masih wujud di malaysia ini dan ada yang masih tinggal dikawasan pedu dan johor.dan lagi pewaris hak keizinan masjid yang berada di pattani itu telah kembali kerahmatulah pada tahun 2004 lalu.dan apa yang diceritakan waris tahta kerajaan pattani melarikan diri diatas dengan panglima yang telah dikabarkan telah dibunuh oleh rakan seperguruan sebaliknya telah membantu waris tahta kerajaan pattani keluar dr kekecohan perebutan kuasa tahta kerajaan pattani pada waktu itu ke daerah kedah.dan beliau juga telah menukarkan nama beliau supaya tidak dikenali org lain.dan apa yang disampaikan pada saya gajah putih milik kerajaan raja pattani masih wujud dan tersimpan dalam kurungan raja siam sekarang dan tidak dipertontonkan pada umum mahupun dikalangan istana.dan panglima perang paatani pula yang dikabarkan kepada saya telah menukarkan nama beliau kepada panglima awang dan berkahwin dengan wanita berasal dr kedah dan mendapat anak dan salah seorang anak itu dikenali tok keramat tidak silap saya.dan saya cuba menjejaki tempat itu iaitu di salah satu daerah dikawasan pedu dan ternyata apa yang sisampaikan itu sama dengan cerita dr sahabat saya.boleh en.pastikan?
BalasPadamSalam kembali to Me As You Know.
BalasPadamSaya minta maaf bebanyak sebab hal keluarga dan hal kerabat DiRaja ini adalah diluar bidang dan kemampuan saya.
Adalah lebih baik tuan membawa salasilah saudara yang lengkap mengadap Tuanku Nai Long Kasim atau refer kepada SNK seperti ramai yang telah lakukan tujuannya untuk merungkaikan kekusutan dalam hal salasilah keluarga. Ini sebagai lorongan kepada satu usaha sahaja dan saya tidak berjanji apa-apa.
terima kasih.
Assalam tuan, boleh saya copy artikel tuan ini untuk saya konsikan dengan rakan2 saya meminati sejarah?? apa boleh tuan...??
BalasPadamArtikel diatas diambil dari ulama.blogspot.com karangan Allahyarham Sheikh Wan Mohd Saghir Abdullah. Dengan edit.
BalasPadamSilakanlah.
terima kasih kerana membaca.
wassalam.