Kenapa nama tanjung dalam peta ini dikenali sebagai Semenanjung Melaka dan bukan Semenanjung Melayu?
Jikalau nama asalnya adalah Semenanjung Melaka dan Selat Melaka membuktikan fakta itu, sejak bila pula nama Melaka itu diubah kepada 'Semenanjung Tanah Melayu'? Dari mana datangnya pulak Melayu itu?
Baiklah, Inggeris yang menukarnya. Jikalau begitu, atas alasan dan helah apakah Inggeris mengubahnya kepada Semenanjung Tanah Melayu?
Sedutan:
Dalam bahasa siam (bukan bahasa thai) yang digunakan oleh orang-orang melayu di Kedah, kedat bermaksud kertas, sementara KEDAH pula bermaksud "surat watikah" yang diberikan oleh Maharaja China Sai Tee Sung kepada cucunya Putera Waren Wong Ser (Merong Mahawangsa) untuk menyebarkan Syiar Islam di Nusantara Kepulauan Melayu.
Terdahulu Maharaja China ini telah memelok Islam dalam tahun 650 masihi melalui utusan Rasullullah SAW bernama Saad bin Waqas yang datang ke Negeri China.
Komen penulis:
Mengambil kisah Rasullullah SAW mengutus Saad bin Waqas(diantara sepuluh sahabat yang dijamin syurga) ke negeri China.
Atas sifat Baginda yang bijaksana, semestinya Baginda SAW sudah tahu apa yang akan yang akan menanti Saad di sana. Sudah tentunya baginda tahu apa yang berlaku sebelum dan sesudah itu. Sedangkan berita kejatuhan empire Rome, Parsi dan Konstantinapol pun baginda boleh bercerita, inikan pula negeri China.
Disamping syariat mengembangkan syiar Islam. Pasti ada rahsia besar disebalik kisah permergian Saad ini.
Jika diambil cecara logiknya, bila Islam Maharaja maka Islamlah sekalian hamba rakyat. Seperti yang kita ketahui hari ini, umat Islam di China lebih ramai dari Islam di Malaysia.
Walaubagaimanapun, adakah negeri China Islam yang dimaksudkan itu sama seperti Republik China Komunis seperti yang ada seperti hari ini, yang sudah tiada berMaharaja dan tiada agama?
Jadi, apa pula kisahnya Rasullullah SAW, Saad bin Waqas, Maharaja China, Merong Mahawangsa, Benua Siam Islam, sultan-sultan dan rumpun Melayu dinusantara hari ini?
Apa kena mengena dengan Raja Iskandar Zulkarnain? Apa pula beza bangsa keturunan yang diselamatkan oleh Iskandar Zulkarnain (yang memeluk agama tauhid) dan bangsa Yakjuj dan Makjuj yang sudah pun bertebaran dimuka dunia semenjak azan diharamkan oleh Komunis China (sebelum itu mereka mengamalkan dasar tutup pintu)?
Penulis sudah lama menyimpan persoalan-persoalan ini dibenak penulis, semenjak terbaca kisah orang-orang Melayu yang berperang disamping Khalifah Omar Al-Khatab menentang Rome (tetapi sudah lupa mana datang sumbernya).
Oleh itu, dapatkan beberapa jawapan yang penulis kemukakan diatas diSejarahNegaraKedah.blogspot yang membongkar dan melihat sejarah melalui bangsa sendiri bukan dari khayalan, imaginasi atau fantasi.
Semoga kita mendapat tahu kebenaran dan mendapat kefahaman dan jatidiri yang sejati mengenai asal-usul negeri ini. Bangsa Melayu bukan asal buddha atau hindu, keturunan Melayu sudah Islam sejak dahulu.
Penulis amat berterima kasih kepada abang-abang yang tidak kedekut ilmu yang sentiasa becerita tentang sejarah warisan. Dengan suntikan itu dapat penulis mengembangkannya supaya lebih jelas dan teratur untuk pemahaman penulis sendiri.
Semoga sejarah dan kebenaran setiap sesuatu perkara itu tidak dipersempangkan atau ditutup oleh puak-puak yang berkepentingan politik atau kewangan.
Sesuai untuk renungan ahli UMNO, PKR, PAS dan parti-parti politik yang lain, supaya sedar diri!
Sekian.
Kemaskini 5/05/08 : Buat masa ini penulis akan menggunakan Bangsa Melayu merujuk kepada rumpun umat dinusantara. Belum dapat penulis membuat keputusan MUKTAMAD untuk mengambil usul-asal rumpun nusantara ini sebagai rumpun SIAM. Masih The Malay Press belum ditukar The Siamese Press :-)
Walaupun begitu, bagi penulis, setelah sekian lama penulis beranggapan bahawasanya takrif Melayu dalam perlembagaan yang ada sekarang amat am dan longgar.
Kerana menurut Dr Syed Hussein Al-Attas (seorang Arab) dalam ucapannya 'Mengubah Minda Melayu' (2004) . Istilah ‘Melayu' ini asalnya dikemukakan pengasas UMNO, Dato' Onn Ja'afar. Menurut beliau, takrif Melayu ini menbawa makna :
"mereka yang bergelar Melayu itu pada hakikatnya beragama Islam, serta mengamalkan budaya Melayu yang pada asasnya dibentuk oleh tamaddun Islam, dan bertutur dalam bahasa Melayu yang pada dasarnya dizahirkan oleh agama Islam"
Takrif Dato' Onn Ja'afar tadi yang merujuk kepada istilah dan faham Melayu kemudiannya digunapakai dalam perlembagaan Malaysia. Oleh itu bolehlah disimpulkan bahawa takrif Melayu itu masih baru dalam kamus negara kita Malaysia.
Sesiapa yang mempunyai unsur-unsur seperti tersebut maka secara automatik Melayulah dia. Tetapi bagaimana jika dia beragama Kristian? Melayu lagikah dia?
Manakala secara fizikalnya pula, tiada yang jelas mengenai wilayah yang bernama Melayu. Belum dapat dipastikan secara tegas di alam nusantara ini tempat atau negeri bernama Melayu seperti daerah Jawa, Minang, Kelantan, Acheh dan sebagainya. Apa yang ada hanyalah secara umum iaitu Kerajaan Melayu Indonesia, Malaysia, Brunei, Thailand dan Kerajaan Melayu Filipina.
Jadinya jika dikaji melalui bahan bacaan, bangsa Melayu itu wujud secara tiba-tiba dan tiada berakar umbi dari tempat atau daerah. Ini yang penulis musykil dan cuba pastikan...dimana asal daerah melayu itu?
Untuk menyokong pandangan ini, penulis mengambil fakta yang ditulis oleh Drs Ismail Hussein, Pensyarah Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya, dalam bukunya yang bertajuk Sejarah Pertumbohan Bahasa Kebangsaan Kita, cetakan pertama, dibawah Kementerian Pelajaran, 1966.
Untuk perhatian pembaca, sewaktu itu DBP dibawah selian pengarahnya Tun Syed Nasir bin Ismail yang digelar Singa Bahasa. Jadi buku ini adalah antara yang terawal ditulis sewaktu perjuangan Bahasa Kebangsaan ditahap tertinggi. Dan ianya juga yang paling hampir dengan kelahiran negara Malaysia 1963.
Menurut Drs Ismail Hussein (1966, p13):
"istilah Melayu itu sendiri adalah sangat baharu dijumpai dari kesan2 sejarah. Dalam tahun 644M atau akhir 645M istilah ini timbul buat pertama kalinya dalam tulisan China sebagai Mo-lo-yeu . Berita China ini menyebut yang Mo-lo-yeu mengirim utusan ke-negeri China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada Kaisar .
Tentang dimana letaknya [daerah melayu ini pula] terdapat perbezaan pendapat. Ada yang berkata Mo-lo-yeu itu adalah Semenanjung Tanah Melayu. Tetapi umumnya orang menyetujui pandapat saorang penulis bahawa Mo-lo-yeu itu terletaknya di daerah kota Jambi sekarang ini.
[nampak amat kecil sekali wilayah melayu itu terletak pula dalam wilayah Jambi, kenapa tidak diguna bahasa Jambi sahaja? bahkan walaupun begitu masih pun belum dapat dikonform lagi kesahihannya - mungkinkah nama ini sengaja diada-adakan oleh penjajah atau penulis sejarah upahan? Manakala pendapat mengenai Semenanjung Tanah Melayu kurang mendapat sambutan]
Lagi sambung Drs Ismail,
"tiadanya sebutan 'Melayu' dalam tulisan-tulisan kuno , bukanlah membuktikan 'melayu' itu tidak wujud didalam zaman sebelum 644M mungkin bahasa Melayu dipanggil dengan nama lain.
[Drs Ismail mengakui bahawa tiada sebutan Melayu dalam tulisan kuno, maka mungkin dikenali dengan nama lain. Tidak logik nama bahasa akan senang ditukar ganti. Sedangkan nama Jawa dan Jambi masih wujud sehingga ke hari ini.
Lagi sebagai contoh terdekat (mengikut sumber) tiada juga sebutan Melayu didalam teks UNDANG-UNDANG KEDAH ditulis 1060H/1650M oleh Kerajaan Negeri Kedah yang berdaulat!] - (walaupun ada disebut pada muka surat 36 - penulis kena pastikan maksudnya dahulu)
Menurutnya lagi,
"Tetapi sebab yang besarnya [berkenaan dengan tiadanya sebutan melayu yang nyata dalam tulisan2 pelayar2 China] adalah kerana sudah menjadi kebiasaan bagi pengembara2 China untuk tidak menyebutkan semua bangsa dan bahasa yang mereka jumpai, tetapi cuma menchatetkan negara2 besar yang mempunyai hubungan dengan Kaisar mereka...."
[Adakah melayu tidak cukup besar dimata pelayar2 China waktu itu? Kalau begitu apakah nama negara2 besar itu? Semenanjung Melayu atau Semenanjung Melaka, Kedah atau Siam?]
Disamping itu banyak buku-buku sejarah hari ini melampirkan fakta yang kabur. Kerana walaupun sudah ada beberapa kajian dilakukan terhadap asal usul bahasa Melayu, tetapi kata sepakat para ahli kaji selidik belum dicapai mengenai asal-usul bangsa Melayu. (Darwis Harahap, 1992)
Ini bermakna bangsa yang begitu gah dan besar sekali peranannya di Nusantara ini tidak diketahui mana datang dan asal usulnya? Pelik bin Ajaib!
Hasil kajian para penyelidik pula semuanya kembali kepada kisah kapak beliung dan melayu-porto, negrito dan sebagainya. Adus, ada masuk teori evolusi darwinism disini! Penulis sendiri agak ragu2 dengan theori yang kebanyakkannya berdasarkan kajian barat dan eropah! Ini cara senang mereka mengatakan melayu ini asal spesis beruk secara berlapik!
Jadi dengan ini, kita patut secara terbuka dan kritikal melihat kembali sejarah bangsa melalui penilaian dan fakta sejarah yang sebenar. Fakta-fakta khalayan Inggeris dan konco-konconya sepatutnya dinilai kembali atau disanggah.
Bukan sedikit cerdik pandai Melayu hari ini yang sepatutnya berfikir mencari fakta alternatif menyangkal fakta evolusionist barat.
Ketiadaan fakta yang kukuh dan konkrit mengenai asal-usul bangsa Melayu ini secara spesifik akan menyebabkan usaha-usaha yang kedepan nanti menjadi longgar. Tidak dapat nanti kita hendak perjelaskan dengan secara tegas mengenai akar bangsa dan bahasa Melayu itu.
Perlu juga diketahuilah bahawa kebanyakkan artifak, manuskrip dan cerita sebenar sesuatu bangsa itu akan dihapuskan oleh penjajah atau dibawa lari kenegara mereka dengan niat jahat menutup salasilah suatu bangsa itu. Boleh jadi ini adalah peranan British untuk mengucar-kacirkan satu bangsa yang berdaulat, yang jikalau dapat dijejaki usulnya boleh menggoncang dunia?
Sebagai contoh, bagaimana kiranya jika surat beranak seorang bayi itu dibakar, lalu diganti surat beranak palsu? Pasti bayi tadi tidak dapat mengesan salasilahnya, agamanya dan tidak dapat menuntut harta pusakanya. Dengan itu senanglah bayi tadi dicorak sesuka hati oleh penjaganya yang baru.
Malaysia ini juga umpama bayi yang baru lahir pada tahun 1963. Kita lihat apa yang tercorak setelah 50 tahun merdeka. Caca marba!
Jadi samada sejarah asal usul melayu itu patut di selongkar kembali supaya dapat ditakrif secara lebih tegas dan tepat terpulanglah kepada penguasa negara. Tetapi jika dilihat akan jati diri dan akar umbi melayu, sekali lagi penulis tidak dapat pastikan dari mana datangnya. Hanya takrif politik dari Idea Dato Onn secara am sahaja yang ada.
Oleh itu mengikut takrif diatas, penulis adalah berbangsa Melayu, tetapi pasti yang penulis bukan berasal dari negeri yang bernama Melayu...maka bagaimana dengan yang lain, bermuafakat Melayu itu hanya atas angin sahajakah?
Sumber:
Drs Ismail Hussein, 1966, Sejarah Pertumbohan Bahasa Kebangsaan Kita, DBP, Kuala Lumpur
Dr Syed Hussein Al-Attas, 2004, Mengubah Minda Melayu - Koleksi Ucapan, IKIM, Kuala Lumpur
Eh, berapa banyak tanda soalan da dalam artikel ni...
BalasPadamanyway .. baguiss..
Persoalan-persoalan ini harus mula difikirkan jawapannya oleh setiap bangsa yang bermastautin di Malaya ini.
BalasPadamSejarah kita bukan bermula dengan Paramesawara si Hindu yang dikatakan masuk Islam...Sejarah bangsa kita yang Islam bermula lebih awal dari itu...nun ke atas lagi.