[Komen Penulis: Martabatkan Kembali Sejarah Bangsa!
Jika kita boleh menerima bulat-bulat sejarah karangan penjajah Inggeris, apa salahnya kita membuka fikiran dan memberi ruang kepada sejarah alternatif yang lebih logik dan tegas faktanya. Lebih-lebih lagi hasil usaha anak tempatan!
Mari keluar dari paradigma lama.
Sekian.]
Artikel dibawah ini adalah 'self explainatory' dan amat mudah difahami.Penulis hanya menyedut dan membuat komen pada bahagian yang perlu sahaja. Komen penulis dibuat untuk pemahaman penulis sendiri berasaskan sumber sejarahnagarakedah.blogspot.com dan juga buku2 sejarah tempatan.
---------------------------
50 Tahun Merdeka, Tapi Lupa Sejarah Bangsa.
Saya merujuk kepada Tulisan Tuan Nai Long Kassim Nai Long Ahmad bertajuk “Kewujudan Kedah bukan pada 1136 Masihi” yang disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia pada 13 Februari 2007 .
Sebelum ini kita semua menyangkakan Empayar Ayuthia (1350 - 1767) yang tinggi peradabannya di Thailand itu sebagai Empayar yang beragama Buddha. Tanggapan ini adalah salah sama sekali. Thailand, asalnya adalah dari bangsa Sukhothai (suku thai@puak Thai) yang berasal dari Lannathai.
Mereka memang sudah berkali-kali cuba menyerang Ayuthia dan akhirnya berjaya menakluki Ayuthia pada tahun 1767,di ketuai oleh ketuanya bernama Alaungpaya.
Akan tetapi siapa sebenarnya yang memerintah Ayuthia sebelum ia ditawan? Pemerintah Ayuthia menunaikan Haji ke Tanah Suci Mekah, melaksanakan hukum-hukum Islam dan pentadbiran dibahagikan kepada 2 kementerian, untuk Islam dan bukan Islam.
Mereka menjalin hubungan dengan Perancis dan sempena lawatan itu dinamakan sebatang jalan di Perancis sebagai Jalan Ayuthia. Mereka ini adalah dari keturunan Siam bukan Thai. Dalam erti lain Siam itu beragama Islam, Thai itu beragama Buddha.
Orang-orang Melayu inilah berbangsa Siam, ia itu asal usul keturunan bangsa Melayu yang menjadi rakyat Nagara Benua Siam Dinasti Ayuthia dahulu dan Empayar ini meliputi seluruh Nusantara, Champa, termasuk sebahagian India.
Manuskrip Undang-Undang Kedah.
Dalam manuskrip Undang-Undang Kedah, yang mula diitulis pada tahun 220 Hijrah (799 masihi) adat Siam ini telah pun lama diguna pakai oleh raja-raja Melayu zaman dahulu.
Manuskrip ini dirampas oleh Inggeris di Istana Kota Beruas dahulu dan baru dipulangkan kepada kita sekitar tahun 2003/04.
Diantaranya penggunaan sirih pinang sewaktu meminang, bekas meminang, cincin emas sebentuk, kain. Sebagai contoh, didalam buku Undang-undang Kedah, mengenai pakaian dalam Adat Raja Johor,
“Maka adat ini turut adat raja-raja Kedah ini, yang kerajaan itu kuning juga”. (ms 34)
“Demikianlah zaman raja-raja dahulu-dahulu itu. Pada adat raja-raja dibenua Siam gelar demikian itu bahasa Siam Cau Phaya Kersan”. (ms 36)
Tidak teragak jika dikatakan bahawa asal keturunan bangsa Melayu ialah Siam kerana raja-raja Melayu yang menjadi tunggak adat istiadat bangsa Melayu telah pun menggunakan adat tersebut. Seterusnya, dimuka surat yang sama, perihal pemerintah Johor,
“Maka pada Bahasa Melayu Bendahara itu panglima negeri.Pada segala negeri yang kecil-kecil bendahara itu dikatanya lambat pada adat Siam”.
[Komen Penulis: Kedudukan panglima atau bendahara adalah antara yang paling kanan dalam sistem pemerintahan Raja Daerah - jawatan itu harus bukan seperti yang kita faham hari ini, iaitu lantikan daripada pesilat2 yang mahir dan sebagainya. Raja2 dahulu memang handal2 berperang bukan seperti Raja2 hari ini]
Asal Melayu-Siam mengikut Hikayat Merong Mahawangsa.
Sebelum naik kerajaan pada tahun 1350,pemerintah Ayuthia ini berasal dari Kesultanan Kedah, dimana keturunan mereka tiba dari Cina dan membuka Kota di Kuala Muda. Ketua rombongan dari Cina dan pengikutnya diketuai oleh Putera Waran Wong Ser (Mahawangsa), cucu kepada Maharaja Cina bernama Sai Tee Sung dari Dinasti Tang. (rujuk kepada Hikayat Merong Mahawangsa)
Maharaja Sai Tee Sung telah diislamkan oleh utusan Baginda Rasullullah SAW bernama Saad bin Waqqas.Baginda pula telah memberi surat watikah kepada cucunya untuk menyebarkan Islam di Nusantara.
Apabila naik Kerajaan, Baginda Wa Ren Wong Ser (bermaksud Naga Laut Puak Tentera) memakai gelaran Sultan Madzafar Syah I (222H, 812 M) dan berkahwin dengan Sharifah Mariam ibni Syed Jamal Al Jefri dari keturunan Bani Hashim. Sharifah Maryam berketurunan Arab dan baginda juga di panggil Tok Soh.
Mereka mendirikan kota dengan penduduk tempatan di Kuala Muda (Muadat bermaksud belerang), Kedah dan menjalankan pelabagai perniagaan pembuatan senjata yang menggunakan belerang.
Contoh dua meriam yang dijumpai didalam sungai dan telah dihasilkan oleh orang Melayu Saimen boleh dilihat di Muzium Negeri Kedah.
[Komen penulis: Jika meriam dan belerang sudah dicipta untuk pertahanan dan peperangan apatah lagi kombat tangan kosong contohnya silat. Sudah semestinya Raja Siam Islam tidak menjadikan Muay Thai Sang kera Hanuman sebagai amalan - kerana mereka seteru! Manakala keris yang menjadi senjata Melayu hari ini juga dikatakan berasal dari kerajaan Siam Islam.
Jangan lupa pihak Thai jugalah yang membuka jalan kepada tentera Jepun supaya masuk ke Semenanjung Emas ini semasa Perang Dunia ke 2, asalkan jangan menjajah mereka sudah - nampak boleh pakai ke puak Kafir Thai ini?]
Melaka dan Patani sebenarnya dibawah empayar Ayuthia.
Yang menarik sekali ialah pemerintah ke 11 Negara Kedah iaitu Sultan Madzafar Syah III yang juga bergelar Rama Tibodi I (@ Sheikh Ahmad Qomi). Baginda menjadi Maharaja pertama Benua Islam Siam Ayuthia Kedah Pasai Ma.
Semasa upacara mengangkat sumpah, Melaka tersurat dan disebut baginda sebagai salah satu tanah jajahan Ayuthia. Pada masa itu Melaka termasuklah Johor dan Kepulauan Riau.
Pemerintah Kedua Ayuthia ialah Naresuan yang berkahwin dengan Ratu Iman, Acheh. Pada Makam Baginda, tertulis dlm Bahasa Kawi, Gusta Barubasa empu Kedah Pasai Ma bermaksud, Keluarga yang memeluk Islam menguasai Kedah Pasai Ma.
Kerajaan ini lah yang mana Pattani, Ligor, Singgora, Kesultanan Melaka dan Acheh turut berada dibawah kawalannya.
Sebab itu lah bila mencari kesan Sejarah Kesultanan Melaka sukar mendapat buktinya kerana nama mereka juga tersenarai dalam senarai Raja-raja Ayuthia dalam bahasa Siam !
Siapa Long Jaafar yang sebenarnya?
Tahukah pembaca semua siapakah yang menjadi Raja Benua Siam Islam Nagara Kedah Pasai Ma yang terakhir. Tak lain dan tak bukan iaitu Sultan Jaafar Muadzam Syah atau lebih dikenali sebagai Long Jaafar.
[Komen Penulis: Long Jaafar dan sedaranya Ngah Ibrahim dalam buku sejarah karangan British hari ini hanya dikenali sebagai Raja Larut Matang - Sejarah sebenar baginda dipadamkan]
Sebelum itu Ayahanda baginda, Syed Alang Alauddin yang juga bergelar Panglima Bukit Gantang menjadi Sultan Benua Siam Islam, Nagara Kedah Pasai Ma.
Baginda melantik puteranya Long Jaafar menjadi menteri di Larut Perak untuk menguruskan lombong bijih kerajaan Nagara Kedah disana.
Apabila ayahanda baginda mangkat dalam tahun 1862, baginda [Long Jaafar] ditabal di Berahman Indra (sekarang Balai Besar) Alor Setar bergelar Sultan Jaafar Madzam Syah.
Dalam rangka lawatan ke Merbok, baginda [diperdaya] ditangkap oleh Thai dan Inggeris dalam tahun 1876, disiksa di Yan, sebelum dipijak dengan gajah hingga mati di belakang Balai Polis Gurun dalam tahun 1876.
Peristiwa ini benar berlaku... pengkaji sejarah tempatan dicabar untuk mengkaji maklumat ini.
[Komen Penulis: Tertangkapnya Baginda akibat khianat Paduka Seri Sultan Abdul Hamid (Raja Kuala Muda)+ Thai + Inggeris pd tahun 1876. Tahun 1881 Thai melantik S.Abd. Hamid menjadi Sultan Kedah]
...dengan terbunuhnya Long Jaafar, orang-orang Melayu hilang segala-galanya meliputi sastera, senibina, manuskrip-manuskrip,syair, industri pembuatan belerang, sajak, puisi dll.
[Komen Penulis:
Mengikut faham penulis, pada waktu inilah semua kerabat dan waris mutlak Maharaja Benua Siam Islam lari menyembunyikan diri dari dibunuh. Segala pangkat dibuang.
Segala maklumat sensitif dan warisan yang mahal harganya disorok-dibawa lari-atau diserahkan pada orang lain sebagai pemegang amanah supaya tidak dijumpai pihak musuh.
Dengan wasiat hanya akan dikembalikan kepada anak cucu yang berhak (boleh jadi dari Kedah) bila sampai masanya.
(Spt wasiat yang disampaikan oleh TNL Kassim yang diterima dari ayahandanya hanya melalui hafalan - tapi kerana waris yang hak maka ia sudah menjadi spt darah daging).
Waktu itu perang sedang berkecamuk, semua identiti pembesar negeri termasuklah Penghulu Kayang yang warisnya menjadi Raja Perlis hari ini terpaksa ditutup.
Dengan wasiat yang ditinggalkan buat kita hari ini menunjukkan betapa sayang pejuang-pejuang dan datuk nenek kita dahulu kepada anak bangsanya. Sedaya upaya mereka menyelamat dan meninggalkan warisan yang sangat tinggi nilainya. Cuma kita yang tidak tahu menilai!
Cuba bayangkan jika segala kepakaran dan tamadun kita semua dapat dipihak musuh?]
Penjajah Inggeris Menipu.
Penjajah Inggeris telah menipu kita dimana mereka berpakat dengan Thai lalu menyerahkan peradaban itu kepada Thai...agar mereka dapat, menjatuhkan Islam, menjajah Semenanjong dan mengutip hasil bumi seperti bijih timah,emas,rempah ratus dll.
Sejarah yang ditinggalkan adalah versi mereka, bukan versi kita. Kita terpaksa bermula dari bawah untuk memertabatkan bangsa. Kita berjaya melakukannya dalam masa 50 tahun saja.
Bayangkanlah sekiranya kita bangsa Melayu keturunan Siam ini memerintah Ayuthia dulu selama 417 Tahun, betapa hebatnya peradaban itu! Pasti ia di cemburui dan dingini/diidamkan oleh bangsa lain.
Semua ini berlaku kerana mereka benci bangsa Siam ini ujud lebih dahulu dari bangsa Tai lalu dibakarnya manuskrip Al Quran, Hikayat Merong Mahawangsa, Sejarah Melayu dll sewaktu berjaya menawan Ayuthia dalam tahun 1767.
[Komen Penulis: Kerja menipu ni memang menjadi kesukaan Inggeris, seperti mana mereka menipu waris bani Hasyim - Raja Hussein dalam perjanjian Belfour yang menyebabkan Zionis mendapat Palestin)
Thai melupus bukti sejarah Siam Islam.
Sewaktu Thai (bukan Siam) menjajah Kedah selama 5 tahun (1876-1881) dengan pertolongan Inggeris mereka membakar istana-istana lama (17,mungkin lebih) milik Raja Benua Siam Islam, Nagara Kedah Pasai Ma.
Termasuk di Bukit Cho Ras (istana Sayyidina Ali, Sultan Alirah Shah, Perlak).
Diserang dan dibunuh orang-orang Siam Islam Pattani, Kedah, Majapahit dan tentera Cina Manchu (Islam).
[Komen Penulis: Orang2 Melayu bersama para ulama nusantara sewaktu pemerintahan Syed Alang Alaudin dan Long Jaafar- inilah yang berperang fisabillah menentang Kafir Thai tapi mereka menggelarnya Siam kerana asal dari negara Siam - boleh cross-chek dengan senarai ulama dari tulisan Allahyarham Wan Mohd Saghir al-Fatani berkenaan tarikh dan nama]
Wilayah Selatan Thai tertinggal sewaktu merdeka.
...[sewaktu hendak merdeka] Inggeris ingin menyerahkan Pattani, Satun,Yala, Ligor dan Songkhala untuk merdeka bersama kita dalam tahun 1957 dahulu tetapi ditolak oleh TAR kerana datuknya Raja Chulalongkorn tidak mengizinkannya (TAR cucu raja Thai itu).
[Komen Penulis : TAR adalah keturunan Paduka Seri Sultan Abdul Hamid - Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin dan seterusnya sampai ke Raja Sulaiman @ Raja Bersiong dan terlibat sepenuhnya dengan pembikinan filem Raja Bersiong, terbitan Shaw Malay Film Production, 1967.
Kaitan TAR dengan Raja Thailand adalah melalui ibunya Cik Manjalara. Dalam filem Raja Bersiong, TAR mendapat bantuan rapat dari Raja Thai.
Barulah penulis faham kenapa beria-ia benar TAR terlibat produksi filem itu dan begitu teliti memastikan jalan cerita itu sesuai dengan sejarah Kedah yang baru (Ghulam JMKhan, 2000, Rekod Malaysia, edisi 2)
[Akhir Komen Penulis: Begitulah alkisahnya sejarah kita yang penuh liku ranjau. Terima kasih pada penulis asal cerita ini lebih2 lagi TNL Kassim sebagai waris mutlak kerajaan Negara Kedah Pasai Ma]
end.
0 comments:
Catat Ulasan
Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.