Isnin, Mei 12, 2008
Kekuatan Melayu.
Posted by
THE OTHER ME
Snapshot dari filem Nujum Pak Belalang, 26 December 1959. Shaws Malay Film Production.
"Dimanakah sebenarnya terletak kekuatan Laksamana Hang Tuah, di kerisnya kah atau ...?"
Penulis yakin, ramai yang biasa dengar dialog di atas. Diantara Udo Omar dan P.Ramlee dalam filem Nujum Pak Belalang.
Diselang-seli dengan mulut nganga Sultan Shahrul Nizam (lakonan Ahmad Nisfu) dialog itu memang lucu. Namun disebalik itu terdapat makna tersirat yang sangat mendalam.
Begitulah juga jikalau kita mengajukan soalan yang sama kepada semua umat Melayu di semenanjung emas ini.
Dimanakah sebenarnya terletak kekuatan Melayu itu. Di bahasanyakah, di agamanya kah, di cara-hidupnya kah atau di parti politiknya kah?
Agaknya, jikalau hanya satu pilihan diberi, apakah nanti jawapannya?
Siapa rajin boleh buat 'poll'.
Sekian.
Penulis: Filem Kita, Wajah Kita, Copyright Sapa Punya?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan
Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.