"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
THEMALAYPRESS - FIKIR DENGAN KRITIS | TERUS MELANGKAH LEBIH JAUH.

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Terima kasih kepada para pembaca yang masih setia mengikuti blog ini!
~ MOHAB (Blog layout versi 1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Jumaat, Mei 23, 2008

Pulau Batu Puteh Terlepas ke Singapura.

THE HAGUE, Belanda 23 Mei - Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memutuskan kes tuntutan bertindih ke atas Pulau Batu Putih yang menjadi pertikaian antara Malaysia dan Singapura sejak 1980 adalah milik Singapura.

Namun ICJ memutuskan Pulau Middle Rocks diberi kedaulatan dan menjadi milik Malaysia sementara South Ledge pula tertakluk kepada wilayah perairan di mana ia terletak.

Dalam keputusan majoriti 12-4, penghakiman bertulis yang dibacakan Naib Presiden ICJ, Awn Shawkat Al-Khasawneh, pada pendapat para hakim keputusan itu dicapai berdasarkan fakta sejarah, perundangan antarabangsa serta kesan-kesan pertindihan berkaitan tuntutan tersebut.

Awn Shawkat mula membacakan penghakiman tersebut tepat pukul 4 petang waktu Malaysia dan berakhir dua jam kemudian.

Keputusan mahkamah itu adalah muktamad dan tiada mekanisme rayuan bagi keputusan ICJ yang merupakan badan perundangan tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Tuntutan ke atas Pulau Batu Putih bermula sejak 28 tahun lalu iaitu selepas Malaysia melakukan pemetaan sempadan maritim yang meliputi Pulau Batu Putih sebagai wilayahnya pada tahun 1979.

Tuntutan terhadap Middle Rock yang terletak kira-kira 0.5 batu nautika dari Pulau Batu Putih dan South Ledge, yang berada 1.7 batu nautika dari Middle Rock, dibuat Singapura pada 1993.

Secara rasminya Singapura (yang mengendalikan Rumah Api Horsburgh di atas Pulau Batu Putih) mempertikaikan pulau tersebut milik Malaysia menerusi nota bantahan yang bertarikh 14 Februari 1980.

Tuntutan terhadap Middle Rock yang terletak kira-kira 0.5 batu nautika dari Pulau Batu Putih dan South Ledge, yang berada 1.7 batu nautika dari Middle Rock, dibuat Singapura pada 1993.

Pada 1994, Malaysia dan Singapura bersetuju membawa pertikaian ke ICJ melalui Perjanjian Khas untuk memuktamadkan kedaulatan Pulau Batu Putih.

Perjanjian Khas yang ditandatangani pada 9 Februari 2003 dan berkuat kuasa pada 9 Mei tahun sama itu antara lain berbunyi, ‘’Melalui Perjanjian Khas, kedua-dua pihak memohon kepada ICJ untuk menentukan kedaulatan Pedra Branca/Pulau Batu Putih; Middle Rocks dan South Ledge milik Malaysia atau Singapura’’.

Proses demi proses telah dilalui oleh kedua-dua negara selepas perjanjian khas itu dimeterai untuk menyempurnakan tuntutan terhadap ketiga-tiga bentuk maritim itu.

Malaysia diwakili Menteri Luar, Datuk Seri Rais Yatim; Duta Tugas-Tugas Khasnya, Tan Sri Abdul Kadir Mohamad, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Agen Bersama, Datuk Noor Farida Ariffin. - Utusan

2 comments:

  1. Sang Ariyo Berpendapat:-

    Kehilangan Pulau Batu Putih akan berulang dan berulang. Kelalaian kita dalam memantau tanah dan pulau kita akan menyebabkan lebih banyak tanah hilang. Apa gunanya tentera kita ? kelangkapan yang kita ada ? hanya untuk buat road show ke ??? Sempadan dan hal-hal pulau sudah lama dinyatakan. Tapi siapa peduli.

    BalasPadam
  2. Sang Ariyo Berpendapat:-

    Hilangnya Pulau Batu Putih ni umpama hilangnya anak yang asalnya milik kita. Anak itu diambil dan dibela dan dijaga. Bila besar dan berguna mahkamah mana pun akan serahkan pada penjaga dan bukan biological parents yang memang tidak menjaga dan amibil peduli. Kat Malaysia ni kalau kita di berimilik tanah TOL (Temporary Occupation Licience) kalau tak usaha dan tak jaga ...tak dapat geran...Silap kita ...sila orang dulu...kalau kita terus kan dengan lalai dan mamai kita jadi la perkara yang berulang.......

    BalasPadam

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.

 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger