"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
THEMALAYPRESS - FIKIR DENGAN KRITIS | TERUS MELANGKAH LEBIH JAUH.

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Terima kasih kepada para pembaca yang masih setia mengikuti blog ini!
~ MOHAB (Blog layout versi 1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Rabu, Mei 21, 2008

Kisah Long Jaafar.


Adakah teknik pembunuhan dalam filem ini kebetulan sama dengan cerita dibawah? (layari juga klip2 lain yang selari dengan youtube - torture ini untuk menyaksikan lain2 teknik kejam.)

Sejarah lisan dalam rekod Naim Firdausi
KISAH RAJA WILAYAH KUALA MUDA

Tahun 1876 Masihi Raja Maha Besar Benua Siam Sultan Nai Long Luang Jaafar Madazam Syah [zaman ini umpama DYMM DiPertuan Agong] dikhabarkan gajah-gajah mabuk memusnahkan harta benda rakyat lantas Raja Daerah Kota Kuala Muda mengundang baginda Sultan Jaafar melawat ke kawasan gajah mabuk itu. Pada ketika itu Raja daerah Kota Kuala Muda ialah Paduka Seri Sultan Abdul Hamid [umpama pegawai daerah sahaja]. Jemputan pun diterima, baginda Sultan Jaafar tiba tetapi yang meyambut baginda hanya laki-laki sahaja, tiada seorang pun perempuan dan budak-budak.

Maka orang-orang yang menyambut itu menangkap Sultan Jaafar dan diikat kemas tangan dan kaki baginda lalu diserahkan kepada tentera Rama V Chakri Sokho Thai Chula Luang Khun di Kampung Ruwat, Yan, Kedah. Tempat menyambut baginda itu dinamakan Bujang atau terjemahannya puak derhaka.

Sultan Jaafar dibawa ke tempat yang sudah direncanakan pembunuhannya. Baginda ditikam dengan segala senjata tajam tanpa belas. Namun Allah yang maha ajaib mendatangkan perkara yang ajaib, kulit tubuh baginda tiada luka dimakan besi-besi itu dan cukup membuatkan pihak musuh menjadi hairan.

Musuh tidak berputus asa, baginda dibawa kebelakang Balai polis Gurun dan dihumban kepada gajah-gajah baginda yang telah diberi makan ubi ara hingga mabuk. Habis patah tulang baginda dilumat oleh kaki-kaki gajah baginda sendiri walaupun kulit baginda tiada cedera.

Berpindahlah baginda dari alam fana ini ke alam baqa. Inna lillah, Wa inna ilaihirajiun. Pembunuhan ini turut disaksikan oleh Thai,Inggeris dan Paduka Seri Sultan Abdul Hamid [lagi]

[Nota penulis: Setelah membaca cerita lisan dari kisah pembunuhan kejam Raja Maha Besar Benua Siam Islam Sultan Long Jaafar Madazam Syah lalu penulis teringat satu 'scene' dalam filem Bang Rajan yang tekniknya seakan2 sama. Thai buddha juga amat mahir dengan ilmu2 yang mencarik adat ini. Cuma mereka menggunakan sihir...bomoh Thai!

Jadi penulis ingin berkongsi dengan pembaca mengenai teori dua kisah diatas. Bang Rajan berlaku pada tahun 1767 manakala cerita di Gerun pula pada 1876.

Yang pertamanya, penulis belum lagi jumpa teknik pembunuhan yang sama dalam cerita2 Thai yang lain (contohnya seperti filem tajaan kerajaan Thailand iaitu Suriyothai). Jika ada teknik yang sama digunakan dalam cerita lain, maka 'konformlah' teknik 'tikam dan pijak' ini adalah teknik rasmi tentera Thai. Tetapi jika tiada kedapatan ia pada cerita2 lain, maka cerita Bang Rajan diatas diambil sebagai rujukan . Dalam hal ini penulis hanya inginkan konformkan tekniknya sahaja - dalam bentuk perfileman.

Maka perlu diingat 'scene' diatas dilakonkan secara 'intentionally' dengan penuh teliti. Pengarahnya boleh sahaja menghapuskan watak itu secara korban perang atau dipenggal sahaja kepalanya, tetapi memilih untuk mematikannya sedemikian rupa? Pasti ada penasihat atau ahli sejarah yang mahir dibelakang kisah ini...

Pada pandangan penulis, kejadian 'tikam dan pijak' itu benar2 berlaku. Cuma adakah scene diatas diambil dari kisah sebenar Bang Rajan atau diambil dari kisah Sultan Long Jaafar? Dilakonkan kembali tetapi dalam bentuk lain - menggunakan batang lesung mengganti kaki gajah, itu penulis tidak pasti.

Harus, peristiwa pembunuhan Sultan Long Jaafar dipijak gajah menjadi cerita warisan turun-temurun pihak Thai. Kerana ia adalah peristiwa besar dalam sejarah perang mereka - tetapi dipadam pula dari lipatan sejarah kita. Dan mungkin tanpa kita sedari mereka memperingati peristiwa itu secara diam2 dan melakonkannya kembali dalam perpektif yang berbeza.

Walaubagaimanapun kisahnya, cubalah kita bayangkan jika seorang Agong (King) sebuah kerajaan Islam yang berdaulat, berjaya diperdaya, lalu diikat kaki tangannya ditikam bertubi-tubi, dipijak lumat sehingga terbarai tali perut dengan gajah, ditertawakan pula oleh bangsa asing dan hanya diperhatikan oleh pengkhianat2 agama yang terdiri dari sanak saudara baginda sendiri - dengan harapan naik pangkat mengganti Sultan. (contohnya macam sedutan diatas)

Apa perasaan kita, mana hendak diletak maruah umat Islam keseluruhannya?
Hari ini perkara sama terjadi cuma berlainan senarionya...pengkhianat-pengkhianat agama tetap ada! ]
Sumber : Sejarahnagarakedah.blogspot.com
Bangkok Film.

2 comments:

  1. Assalamualaikum WBT,

    Terima kasih diatas kesudian En.Herman untuk mengupas serba sedikit berkenaan sejarah Melayu yang selama ini membuat saya tertarik dan tercari-cari apakah yang sebenarnya berlaku suatu ketika dahulu.Jika "mereka" berani mengubah "kitab-kitab" yang diturunkan untuk mereka maka tidak mustahil jika mereka pun berani mengubah fakta sejarah yang sebenar-benarnya.

    BalasPadam
  2. maaf lambat jawab.
    Wa'alaikum salam wbt.

    Terima kasih kembali kerana sudi meluangkan masa membaca artikel dalam blog ini.

    Betul, jika mereka berani mengubah kitab2, apatah lagi fakta sejarah. Perlu diingat sejarah yang mereka padamkan itu selalunya sejarah mengenai kecemerlangan Islam dan umatnya.

    Hari ini keyakinan kita direntap oleh sejarah rekaan mereka!

    BalasPadam

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.

 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger