KUALA LUMPUR 17 Mei – Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan secara langsung keputusan penghakiman Pulau Batu Putih (PBP) dari The Hague, Belanda, 23 Mei, RTM1 mulai pukul 4 petang hari berkenaan. Keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) itu akan disampaikan oleh Naib Presiden ICJ yang juga Pemangku Presiden kes Tuntutan Bertindih ke atas Pulau Batu Putih, Hakim Awn Shawkat Al-Khasawneh.
Malaysia dan Singapura membuat tuntutan bertindih ke atas PBP seluas 0.2 hektar (sebesar dua padang bola sepak) itu sejak 28 tahun lepas [lagi]
Sumber: Utusan Malaysia 17/04/2008
Komen Penulis:
Apalah sangat nilai Pulau Batu Putih itu berbanding Pulau Singapura yang dilepaskan? Kalah makna putih mata-menambah luka, menang memang selayaknya. Sepatutnya kita ke ICJ menuntut Pulau Singapura supaya dikembalikan kepada Malaya...biar pun berputih tulang!
0 comments:
Catat Ulasan
Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.