"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
THEMALAYPRESS - FIKIR DENGAN KRITIS | TERUS MELANGKAH LEBIH JAUH.

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Terima kasih kepada para pembaca yang masih setia mengikuti blog ini!
~ MOHAB (Blog layout versi 1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Khamis, Mei 15, 2008

Malay Race - Istilah Orientalis?

Terlanjur kita mengambil sejarah daripada karangan dan acuan Orientalis barat seperti R.O Windsted, Frank Swettenham dan sebagainya, apa kata jika kita menjengah sedikit lagi ke alam fantasi mereka untuk memaham mengenai apa yang mereka bahasakan dengan istilah Melayu.

Seperti yang kita tahu, zaman kolonial Inggeris adalah zaman kegelapan bagi umat Islam di semenanjung ini. Benar, Islam tidak diganggu secara terus, tetapi Islam dipadamkan dengan cara yang amat halus dan teliti. Tanpa kita sedari ia berlaku, contohnya undang-undang Islam di ganti Common Laws dan sebagainya.

Hari ini pula, kita disibukkan dengan perkara Ketuanan Melayu, hak istimewa orang Melayu, Tanah Melayu, Permuafakatan Melayu dan banyak lagi melayunya.

Tapi tahukah kita, siapa yang mula menggunapakai istilah Melayu itu? Zaman bila yang istilah 'the Malay' itu begitu meluas dipromosikan sehingga melekat sehingga ke hari ini?


Baiklah, Inggeris mula datang ke tanah semenanjung ini pada kira tahun 1700M, dan mula secara aggressif mengambil pulau-pulau diperairannya pada pertengahan 1800M. Akibat tamak dan ingin berkuasa, raja-raja melayu menggadai Pulau Pinang, Pangkor dan Singapura kepada British. Balasannya upah, pencen dan pengiktirafan sebagai Sultan negeri.

Sebab itu, kadangkala bila membaca sejarah tanahair, kita rasa geram apabila pihak Raja melayu menyebelahi Inggeris dan membantai pejuang-pejuang tempatan seperti Tok Janggut, Mat Kilau, Dato Bahaman, Dato Maharajalela dan sebagainya. Kenapa pejuang-pejuang ini di khianati? Padahal mereka memperjuangkan Islam dan tanahair. Maka apa sebabnya...?

Baiklah, artikel dibawah ini akan menerangkan serba-sedikit asal mula nama melayu digunakan. Kenapa dan atas alasan apa digunakan oleh penjajah Inggeris pada awal kedatangan mereka ke nusantara.

Dalam kehangatan suasana sekarang ini, penulis bukanlah hendak menidakkan kedaulatan bangsa melayu. Tetapi buat apa menjadi bangsa berdaulat tetapi buta sejarah !

Oleh itu diharap pembaca dapat meneliti dengan fikiran terbuka, semoga dapat jawapannya.

-----------------------------------------------
Artikel di ambil dari Wikipedia (acces 14/05/08) : Malay Race

MALAY RACE

This article is about the Malay race. For the Malay ethnic group, see Malays (ethnic group). For other uses, see MalayThe concept of a Malay race (Malay: Bangsa Melayu) was proposed by the German scientist Johann Friedrich Blumenbach (1752-1840).[1] Since Blumenbach, many anthropologists have rejected his theory of five races, citing the enormous complexity of classifying racesHowever, the term Malay is still often used in this context, and it is the basis for Malay identity within the Malaysian nation.

[Nota Penulis: Rupanya melayu mendapat nama dari orang German. Boleh tahan juga ye! Perlu diingat Semenanjung emas ini dalam keadaan kekalutan perang dan kecamuk politik dalam tahun 1700-1900 . Di kacau bilau itulah puak Orientalis Inggeris dan penjajah mengambil kesempatan mengubah sejarah dan memasukkan idea mereka ke dalam minda penduduk semenanjung dan membuang akar umbi agama dan bangsa kita yang sebenar]

Origins

In his 1775 doctoral dissertation titled De generis humani varietate nativa (On the Natural Varieties of Mankind), Blumenbach outlined four main human races by skin color, namelyCaucasian (white), Ethiopian (black), Native American (red), and Mongolian (yellow).

By 1795, Blumenbach added another race called 'Malay' which he considered to be a subcategory of both the Ethiopian and Mongoloid races.

The Malay race were those of a "brown color, from olive and a clear mahogany to the darkest clove or chestnut brown." Blumenbach expanded the term "Malay" to include the inhabitants of the Marianas, the Philippines, the Malukus, Sundas, as well as Pacific Islands such as Tahitians. He considered a Tahitian skull he had received to be the missing link; showing the transition between the "primary" race, the Caucasians, and the "degenerate" race, the Negroids.

  • Blumenbach writes:
    Malay variety. Tawny-coloured; hair black, soft, curly, thick and plentiful; head moderately narrowed; forehead slightly swelling; nose full, rather wide, as it were diffuse, end thick; mouth large. upper jaw somewhat prominent with the parts of the face when seen in profile, sufficiently prominent and distinct from each other. This last variety includes the islanders of the Pacific Ocean, together with the inhabitants of the Marianne, the Philippine, the Molucca and the Sunda Islands, and of the Malayan peninsula.

  • I wish to call it the Malay, because the majority of the men of this variety, especially those who inhabit the Indian islands close to the Malacca peninsula, as well as the Sandwich, the Society, and the Friendly Islanders, and also the Malambi of Madagascar down to the inhabitants of Easter Island, use the Malay idiom.[2]
[Nota Penulis: Pada tahun 1795, semenanjung ini dikenali sebagai Malacca Peninsula - sebab itu lah selatnya disebelahnya jadi Selat Melaka dan bukan Selat Malaya! Kesimpulannya, nama Semenanjung Tanah Melayu belum wujud lagi pada ketika itu tahun 1795 ]

Colonial influences
The view of Malays held by Thomas Stamford Raffles had a significant influence on English-speakers, lasting to the present day. He is probably the most important voice who promoted the idea of a ‘Malay’ race or nation, not limited to the Malay ethnic group, but embracing the peoples of a large but unspecified part of the South East Asian archipelago.

Raffles formed a vision of Malays as a language-based 'nation', in line with the views of the English Romantic movement at the time, and in 1809 sent a literary essay on the topic to the Asiatic Society. After he mounted an expedition to the former Minangkabau seat of royalty in Pagaruyung, he declared that it was the ‘the source of that power, the origin of that nation, so extensively scattered over the Eastern Archipelago’. In his later writings he moved the Malays from a nation to a race.

[Nota Penulis: Raffles telah memainkan peranannya dengan memberi nama Melayu kepada bangsa yang sudah sedia bernama, atas dasar konsep 'bangsa yang berasaskan bahasa'. Fakta ini mengkuatkan lagi hujah yang mengatakan nama bangsa Melayu itu diambil dari bahasanya dan bukan asalnya bernama Melayu. Apa yang cuba dilakukan oleh Raffles? 

Boleh jadi, selain daripada untuk memudahkan pentadbiran mereka di semenanjung ini, peng-kelasan etnik bangsa Melayu ini menyenangkan mereka untuk menjajah dan men'streotaip'kan seluruh etnik pelbagai daerah di nusantara ini sebagai satu identiti sejagat.

Dengan identiti 'the Malay' inilah, orang kita dihantar ke kampung2 bagi tujuan 'brainwash' dan dijadikan keturunan mereka 'inferior' atau hamba kepada penjajah - kena panggil tuan! Jadi sesuailah dengan kata Frank Swettenham ' the malays are lazy....poor'.

Jadi melekatlah label Melayu kampung, dan ianya susah untuk dipisahkan. Walhal orang-orang kita sudah ada dimana2 sahaja, tidak semestinya dikampung-kampung. Sebagai contoh bangsa terawal yang membuka Kuala Lumpur dan menjalankan bisnes di pekan atau bandar asal di semenanjung ini adalah dari golongan bangsawan atau pedagang dari Arab, Siam, Minang, Kerinci (Haji Abdullah Hukum) , Kelantan, Jawa, Bugis, Acheh, Boyan, Banjar, Melaka dan sebagainya. Sudah tentunya bukan si Yap Ah Loy kepala gangster dari Tongsan tu! ]

Malaysian context

In Malaysia, the early colonial censuses listed separate ethnic groups, such as "Malays, Boyanese, Achinese, Javanese, Bugis, Manilamen and Siamese".

[Komen Penulis Update 21/05/08: Jika Melayu itu dikira etnik yang satu level dengan Boyan, Aceh, Jawa, Siam, Melaka, Kelantan, Terengganu, Banjar, bagaimana pula Melayu tiba-tiba menjadi kepala kepada semua etnik di nusantara ini? Hujah dibawah ini menjawab persoalan itu]

The 1891 census merged these ethnic groups into the three racial categories used in modern Malaysia – Chinese, ‘Tamils and other natives of India’, and ‘Malays and other Natives of the Archipelago’. This was based upon the European view at the time that race was a biologically based scientific category. For the 1901 census, the government advised the word "race" should replace "nationality" wherever it occurs.[3]

[Komen Penulis Update 22/05/08: Jadinya takrif bangsa Melayu hanya laku dalam konteks Malaysia sahaja, kerana jika di Indonesia sana Jawa tidak akan mengaku Melayu, begitu juga Banjar, Bugis, Lombok dan lain2. Apakah gelaran bagi pendatang Indon di Malaysia ini jika tidak Acheh, Boyan, Madura dan sebagainya? Kenapa tidak dipanggil Melayu sahaja. Elly Aiboy pemain Selangor itu Melayu ke? Kalau dia lahir diMalaysia, berbahasa melayu, beragama Islam dan beramal adat istiadat melayu, mungkin Melayu jugak jadinya - boleh bayangkan?]

After a period of generations being classified in these groups, individual identity formed around the concept of bangsa Melayu (Malay race). For younger generations of people, they saw it as providing a unity and solidarity against the colonial powers, and non-Malay immigrants. The Malaysian nation was later formed with the bangsa Melayu having the central and defining position within the country.[3]

[Nota Penulis: Bermula dari idea Raffles, konsep bangsa Melayu itu berkembang dan disuaiguna oleh penduduk setempat sebagai identiti mereka sebagai Tuan kepada tanah melayu ini. Dengan itu tertubuhnya Malaya kemudian Malaysia berteraskan bangsa Melayu.

Sekali lagi penjajah menkategorikan etnik yang berkulit sawo matang, berbahasa melayu dan berasal dari semenanjung sebagai Melayu, semua yang datang dari negai China sebagai Cina dan India sebagai India. 

Padahal dahulu orang-orang di Melaka menggelar mereka sebagai pedagang Gujerat, Punjab dan Kalinga dan sbgnya. Inggeris lah yang memisahkan komposisi penduduk di Malaysia ini sebagai Melayu - Cina - India.

Dan Inggeris lah yang mempopularkan Melayu ini dikalangan penduduk semenanjung dengan menyatukan mereka dibawah satu parti politik yang bersemangat kebangsaan yang tebal iaitu UMNO apabila dengan sengaja mencucuk mereka dengan proganda Malayan Union, Hak sama rata dan Ketuanan Melayu - iaitu Raja-raja Melayu.

Ironinya, kemudian UMNO pula yang menghadkan kuasa Ketuanan Melayu iaitu Raja-raja Melayu kepada hal2 Agama Islam dan adat Istiadat sahaja. Sepatutnya Raja-raja Melayu lah patut berkuasa dan bukan parti politik ciptaan Inggeris.

Tetapi kenapa pula Raja-raja Melayu menerima sahaja cadangan persetujuan untuk menubuhkan Malayan Union? Tidak lain dan tidak bukan kerana ingin mendapat pengiktirafan dan pencen dari Inggeris, seperti yang dilakukan oleh Raja Abdullah dalam Perjanjian Pangkor 1874 di atas kapal Pluto.

Perjanjian itu menafikan hak Sultan Syed Ismail Kinta (adik Syed Harun Penghulu Kayang) penguasa kawasan Kinta yang kaya dengan timah. Akhirnya Raja Abdullah makin angin di pulau Seychelles.

Lagi satu, tahu tak Raja mana yang mula sekali setuju dengan Malayan Union? Raja yang pertama menandatangani persetujuan Malayan Union pada tahun 1946 itu ialah Sultan Sir Ibrahim yang menjadi Sultan Johor 1895-1959 (Ghulam JMKhan, 2000, ms 4)

Oleh itu penulis tidak faham kenapa kita masih mahu berkiblatkan Johor jika bersangkutan dengan hal ehwal melayu. Sepatutnya kita refer Kedah kerana disana terdapat peradaban Kesultanan dan Negara 'Melayu' tertua dan Sultan paling lama memerintah 1958 - 2008

Baiklah, tidak dinafikan pengasas UMNO Allahyarham Dato Onn berusaha keras menyatupadukan orang melayu, tetapi dia juga pernah mengeluarkan amaran 'bahaya dari gunung' (Gunung Semanggol-Perak tempat Parti Islam, kerana Inggeris tidak senang dengan Parti yang beteraskan Islam - musuh ketat diorang).

Dan dia juga keluar dari UMNO setelah mendapati orang2 Melayu tidak lagi dapat menerima idea tentang pembukaan keahlian bangsa lain ke dalam UMNO. Akhirnya idea asal Dato Onn mengenai parti berbilang kaum pula mula mendapat tempat dewasa ini...Jika Dato Onn boleh dan berani keluar daripada paradigma lama kenapa kita hari ini tidak boleh?

Kesimpulannya seperti yang penulis telah ulas dalam artikel yang lepas2, konsep bangsa melalui bahasa ini memang sengaja diwujudkan oleh British untuk memudahkan mereka mentadbir keseluruhan semenanjung dan mengawal raja-raja daerah melayu yang memberontak menentang Kerajaan Islam Siam-Kedah. 

British menjajah tanah semenanjung kerana mereka perlukan hasil galian yang kaya dengan timah dan juga getah. Waktu itu adalah zaman Pre-modernity dan Inggeris memang memerlukan hasil galian bumi dan getah untuk menjalankan mesin2 mereka diEngland. Berapa juta tan dah timah dibawa ke England sampai tinggal kerak hasil bumi di Semenanjung ini! ]


University of Pennsylvania [1]
Johann Friedrich Blumenbach, The anthropological treatises of Johann Friedrich Blumenbach, translated by Thomas Bendyshe. 1865. November 2, 2006. [2]
^ a b c Reid, Anthony (2001). "Understanding Melayu (Malay) as a Source of Diverse Modern Identities". Journal of Southeast Asian Studies 32 (3): 295-313.doi:10.1017/S0022463401000157.

5 comments:

  1. Tanpa Nama telah meninggalkan ulasan baru pada catatan " Malay Race - Istilah Orientalis " anda:

    Saya tertarik untuk memberi ulusan selaku sahabat lama bagi pihak penulis atau pemblogger. 3 perkara perlu difikirkan. Pertama, apakah betul sejarah yang kita belajar dan tahu sebelum ini? Yang saya nampak kebenaran adalah zaman "prewar" lepas Inggeris masuk, kemudian Jepun, Inggeris dan kita merdeka dan hingga kini. Tetapi sebelumnya bagaimana ? Parameswara ...Hang tuah...Taming Sari ...Takkan Melayu Hilang di Dunia...sedang kan itu berlaku sekitar 1400 ke 1511 ...betul ka ? Orang Jerman si Johann Friedrich Blumenbach (1752-1840) bagi definasi Melayu pun 1795,....jadi kita ni bangsa apa ? Perkara kedua yang ada saya selitkan sedikit tadi, sejarah kita. Betul ke sejarah kita ? sapa yang tulis ? Kalau bohong maka yang benar ceritanya hanyalah sebelum merdeka dan seterusnya. Sapa yang tulis sejarah kita ? kenapa kita tak kaji dah tapis dan bagi tahu yang sebenar ? Perkara ke tiga, orang putih ni pandai manipulate. Orang asli di Malaysia ni contohnya suku Mah Meri cakap bahasa Besisi, tapi nama Mah Meri tu orang putih yang bagi dan bukan nama asal suku tu. Mahmeri dah wujud lama dah tapi baru diberi nama. Bermakna bukan la bangsa tu tak bernama atau tak wujud atau baru wujud. Samalah macam Red Indian. Saya tak ingat laa was it Christoper Columbus ke atau Amerigo Vespuci yang jumpa USA dulu.... asalnya nak ke India...benua India tau India...then pegi ke USA dia nampak org kulit kemerahan (brown sebenarnya) maka di panggilnya red indian...agaknya kalau dia sampai ke Tanah Melayu....jadi Brown Indian lah kita. Kesimpulannya, perlu kah bangsa itu diiktiraf wujud dan diberikan nama dan kenapa dalam banyak perkataan si Jerman tu pilih perkatan "Malay" atau "Melayu"?.....hakikatnya bila kita periksa balik susur galur kita...mana perginya Melayu tu ? Saya sendiri bapa berketurunan Pashton, Minang dan Marican. Emak saya pulak berketurunan Minang dan Jawa. Isteri pula bapa keturunan Minang dan Cina ibunya pula Arab Pakistan dan Banjar. Jadi Bangsa apakah saya, isteri dan anak saya ? Agaknya sebab itu laa kawan-kawan masa kat UK dulu tanya ..orang Melayu ni rupa macam mana ? saya tak dapat jawab, macam-macam warna ada. Tapi Negro tidak, cina tidak india tidak ......cubalah fikirkan.


    Sekian wasalam
    Enam Tolak Enam
    Perry Barr, Birmingham....hidup...

    BalasPadam
  2. Colombus dan Amerigo Vespuci (USA) bukanlah orang yang pertama mengelilingi dunia. Kerana Columbus pun menggunakan mariner-guider Muslim Moor semasa dalam pelayaran mereka. Jadi xkan orang Moor yang jadi guider xpernah keliling dunia?

    Perkataan Admiral pun diambil dari bahasa Arab Amirul Bahr - Laksamana dalam bahasa Melayunya.

    Puak2 Red Indian Cherokee, Apache dan sebagainya dikatakan telah memeluk Islam sebelum kedatangan eropah. Tapi sekali lagi sejarah diubah - semua yang berkaitan Islam di padamkan.

    Orang Islam lebih dahulu membuat ekspidisi dakwah ini sebenarnya..

    BalasPadam
  3. Salaam;

    Di mana tuan petik kenyataan berikut;

    Puak2 Red Indian Cherokee, Apache dan sebagainya dikatakan telah memeluk Islam sebelum kedatangan eropah. Tapi sekali lagi sejarah diubah - semua yang berkaitan Islam di padamkan.

    Saya memang beranggapan bahawa penjajahan Western cuba diakademikkan bagi tujuan mengabsahkan teori mereka.

    BalasPadam
  4. Herman,

    Aku memang tak minat sejarah Malaysia yang barangkali sebab aku meluat dengan MITOS daripada HISTORY yang sepatutnya jadi essence kepada SEJARAH MALAYSIA.

    Kita perlu pugarkan usaha untuk memurnikan sejarah daripada segala macam cacamarba manipulasi BARAT yang kononnya akademik bagi mengabsahkan hujah palsu mereka.

    Sejarahwan....tolong usaha untuk memurnikan sejarah ini wp ia dimulakan oleh BLOG (TMP, SNK dsbnya).

    SUmbangkan ilmu yang bermanfaat sebelum kita tumbang. Apalah sangat dengan bercanggahnya dengan tesis kita jika kita terima re-definition of MALAY as a language-based nation?

    BalasPadam
  5. "SUmbangkan ilmu yang bermanfaat sebelum kita tumbang"

    Yang ni x tahu ni...bila2 je buleh ni.

    so aku harap segala ilmu yang bermanafaat dalam ni siapa nak amik amik lah, nak copy pun copylah...free x kena bayaran.

    BalasPadam

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.

 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger