"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
THEMALAYPRESS - FIKIR DENGAN KRITIS | TERUS MELANGKAH LEBIH JAUH.

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Terima kasih kepada para pembaca yang masih setia mengikuti blog ini!
~ MOHAB (Blog layout versi 1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Rabu, Mei 28, 2008

Rahsia Perutusan Merdeka & Malayanisation.


YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Sumber: Filem Negara Malaysia.

Teks Perutusan (tanpa edit):
"Dalam perjanjian ini terkandong berbagai2 perkara yang berkenaan dengan perhubongan antara negeri Melayu dengan kerejaan British pada masa kehadapan. Dan perjanjian ini barangkali akan diterima oleh sekelian rakyat jelata dalam negeri kita,kerana perjanjian ini telah membuka satu tanda yang baru untuk kita mencapai kemerdekaan tanah melayu. Maka kemerdekaan itu telah pun ditetap akan dijadikan pada 31hb Ogos tahun 57 sekiranya Allah SWT izinkan.

Berkenaan dengan perkara ini, saya telah teringat kepada satu kejadian pada tahun 1786 apabila datuk nenek saya telah pun 'sign' satu perjanjian antara Sultan Kedah dengan kerajaan British.

Maka dalam perjanjian itu, ditolak Pulau Pinang kepada kerajaan British. Maka daripada mulanya daripada itu lain-lain negeri yang maha mulia Sultan pun 'sign' perjanjian jugak menolakkan tanah melayu kepada British.

Maka dengan takdir Allah SWT, saya telah mula turun tandatangan yang mengambilkan balik bukan sahaja Pulau Pinang bahkan negeri2 yang Melayu yang lain kepada tangan kita sendiri. Bagi pihak orang-orang kita, masing2 mahulah sadar diatas tanggungan masing2 kerena hendak mencapai kemerdekaan senang lagi daripada hendak mengekalkan kemerdekaan apabila telah dicapai.

Dengan itu saya pulangkan sekarang segala2 pujian kepada Allah SWT. Kepada tuan2 saya harap berkerjalah bersama saya dengan saya dan dengan pertolongan yang tuan2 bagi dapatlah kita mempelihara negeri kita yang kita kasihi itu supaya aman sentosa selama2nya.

Merdeka! "

[Persoalan:
1. "...tahun 1786 apabila datuk nenek saya telah pun 'sign' satu perjanjian antara Sultan Kedah dengan kerajaan British...ditolak Pulau Pinang kepada kerajaan British.

2. "...Maka daripada mulanya daripada itu lain-lain negeri yang maha mulia Sultan pun 'sign' perjanjian jugak menolakkan tanah melayu kepada British"

Untuk memahami dengan lebih jelas perspektif berikutnya, para pembaca perlu mengkaji dan menjawab 2 persoalan 'root causes' ini:

1.Mengapa datok nenek TAR menolak Pulau Pinang kepada British?
2.Menapa sultan2 negeri lain juga mengambil tindakan yang sama iaitu menolak negeri2 melayu kepada British?]

----------------------------------------------------------------------------------
Nota Penulis:

British Menukar Identiti Penduduk Semenanjung - Proses Malayanisation.
Dari perspektif penulis, penolakkan negeri2 melayu kepada British oleh Raja2 daerah menyebabkan Inggeris berkuasa membuat apa sahaja yang disukainya bagi memudahkan pentadbiran. Agenda pertama mereka ialah proses Malayanisation penduduk koloninya. Malaynisation bermaksud - me'Melayu' kan seluruh tanah semenanjung ini dengan nama baru iaitu Malaya, dan me'Melayu'kan seluruh penduduk Malaya yang berbilang etnik dibawah satu rumpun iaitu Melayu. Walaupun asalnya raja-raja 'melayu' ini mengamalkan adat istiadat dari Siam Islam (refer UUK). (Contohnya datok nenek TAR adalah raja daerah Siam Islam dan ibunya Thai, bukannya Melayu - tetapi menjadi PM Tanah Melayu?)

British terpaksa berbuat begitu untuk menafikan dan menyempadankan tanah jajahannya dengan tanah jajahan Thailand yang sudahpun menjajah Kedah pada tahun 1876-1881. Perlu diingat, Thailand sebenarnya ingin menuntut seluruh semenanjung ini kerana dulu ianya dibawah kerajaan Islam Siam, mereka beranggapan kalau dulu seluruh raja daerah menyerah pada Siam sekarang mereka kena juga menyerah(bunga mas) kepada Raja Thailand. Mereka lupa yang Siam itu Islam dan Thai itu kafir.

Proses itu penulis istilahkan dengan nama 'Thaisation'. Iaitu apabilapihak Sukho Thai menukar semua sejarah berkenaan Siam Islam kepada Thai - termasuklah bahasa, adat, budaya dan agama - sehinggakan Siam ditukar nama sebagai Thailand@ Tanah Thai. Jadi Inggeris pun terpaksa menukar nama semenanjung ini kepada Malay Land @ Tanah Melayu (Malaya)! Jika tidak semenanjung ini juga dikenali sebagai Thailand seperti yang terjadi di Yala, Naratiwat, Pattani dan sebagainya.

(Lihat Peta - Hijau itu adalah warna Ketuanan Kerajaan Islam
Siam Kedah yang asal dan yang sudah mempunyai Undang2 sendiri sebelum dirobek Thai & British : Sumber Peta Wikipedia 03/06/08)

Ketuanan sebenar yang dikhianati.
Sebelum itu pada tahun 1876, melalui pakatan Thai+British dan raja daerah Kuala Muda (Paduka Seri Sultan Abdul Hamid - datok nenek TAR) maka dapatlah dibunuh Sultan Long Jaafar Mudazam Syah iaitu Maharaja Kerajaan Islam Siam Kedah (kalau menurut pangkat hari baginda adalah DYMM Yang Dipertuan Agong). Baginda ialah Penguasa Muslim yang mutlak terhadap negeri2 di semenanjung ini. Terbunuhnya baginda maka terlerailah ikatan seluruh raja-raja daerah yang sebelum ini bernaung dibawah kerajaan Islam Siam Kedah.

Seperti kata TAR diatas, raja-raja daerah yang asalnya wakil Siam Islam inilah yang menolakkan daerah2 jajahan Siam Islam (sebelum ditukar negeri melayu) kepada British (kalau diikutkan ini tindakan yang tidak bertanggungjawab) lalu dengan itu dapatlah mereka naik pangkat dan pengiktirafan menjadi sultan-sultan negeri seperti yang ada pada hari ini. (dengan maaf). Contoh paling nyata ialah Perjanjian Pangkor 1874 oleh Raja Abdullah. Boleh jadi juga apa yang dikatakan sibudak munshi berkenaan kebodohan pemerintah melayu itu ada kebenaran, ada juga relevannya.

Dalam pada itu,sesiapa yang berpihak kepada penyokong2 Sultan Long Jaafar dianggap pemberontak dan akan segera dibunuh Thai dan British. Begitu juga dengan yang menuntut hak - tidak akan diberi muka, penggal sahaja hukumnya. Maka dengan itu, perang demi perang berlaku,ramailah umat Islam disini syahid mempertahankan agamanya (bukan bangsanya).

Oleh yang demikian, janganlah dinafi kisah peperangan dan perjuangan umat Islam disini dengan mengatakan merdeka kita tidak berdarah. Sebenarnya kalau diikutkan, titisan darah pejuang2 agama dan kemerdekaan banyak mengalir ditubuh generasi muda hari ini cuma ia di lunakkan oleh British dengan kata manis dan boleh jadi dirosakkan oleh perang saikologi yang halus. Bangsa kita adalah bangsa pejuang yang bermaruah cuma dikhianati pengkhianat2 agama! Kalau tidak percaya pergilah bertanya orang2 lama dikampung2 sementara mereka masih ada...tak rugi!

Maka penghujungnya, lenyaplah sudah satu ketemadunan Islam yang berlandaskan hukum dan syariat agama Islam dari titisan Rasullullah ke Saad bin Waqas seterusnya ke Merong Mahawangsa - bukti tertegaknya Ketuanan Kerajaan Islam itu ada pada Manuskrip Undang-Undang Kedah (Mariyam Salim, 2005). Ada siapa yang berani pertikai?

Sejarah yang diubah.
Bak kata pepatah Inggeris 'History is written by the victor', maka siapa yang menang perang dialah yang berhak mengubah dan boleh menulis sejarah sendiri - faham2 sendirilah akan hal ini! Dari tarikh inilah, maka diangkat sejarah raja daerah menjadi sejarah sultan negeri, lalu dipadam sejarah Empayar Kerajaan Islam Siam Kedah dan diganti dengan cerita Hang Tuah dan empayar Melaka seperti yang diajar kepada kita disekolah hari ini. (Tetapi walaupun bagaimana sejarah diubah, Allah SWT tetap yang sama, sesungguhnya Dia Maha Adil dan Saksama - pejuang2 agama tetap akan mendapat pembelaanNya suatu hari kelak)

Silibus2 sekolah Inggeris itu datangnya dari wazir dan missionari2 eropah. Sebab itu kebanyakkan sejarah yang kita belajar mengambil tahun 1400 sebagai pemula, hindu pula. Walaupun ada cerita Tun Perak menentang Siam, tetapi tidak diberitahu pula bahawa Tun Perak itu mewakili raja daerah untuk menentang Maharaja Islam Siam yang berhak ke atas tanah jajahannya (itu lah logik yang dinafikan selama ini). Jika diberitahu Siam itu Islam banyak pula soal jawabnya nanti. Itu sebab kisah sejarah sekolah banyak yang tergantung! Ini diakui sendiri oleh Prof. Khoo Kay Kim - pakar sejarah Malaysia.

Konsep Bangsa Melayu hasil produk Malayanisation.
Selama hampir 200 tahun semenjak 1795 - 1815 -1849 sehingga 1946, proses Malayanisation terus dijalankan tanpa banyak kekangan. British mengambil alih sistem persekolahan (R.O Windsted- suspek Orientalis agen illuminati), menukar mindset penduduk, mereka-reka dan memutar belit sejarah, memberi identiti baru kepada penduduk koloninya - IC (Kad Pengenalan), menjalankan propaganda,memberi pendidikan Inggeris kepada pemimpin dan anak2 raja, menyelenggara semua buku rujukan akademik, menghadkan kuasa raja-raja daerah hanya kepada agama islam dan adat istiadat sahaja (sepatutnya sebagai Sultan dan ketua agama mereka ini sepatutnya melancarkan perang sabil, bukan duduk goyang kaki makan gaji), dan yang paling menyedihkan sekali adalah kejadian kebakaran kapal Fame yang membawa ilmu dan manuskrip Islam yang tiada ternilai. Kejadian ini pada pandangan penulis adalah disengajakan!

Malayanisation berjaya memutuskan ikatan sejarah generasi hari ini dengan sejarah kecemerlangan yang lampau, semangat kebangsaan mengganti semangat keAgamaan. Maka generasi baru yang telah di Malayanisedkan secara beransur menerima apa sahaja gelaran yang diberikan - seperti tulisan siBudak Munshi! Sebab itu amat susah mencari asal melayu kerana sejarah asalnya dipesongkan sejauh-jauhnya, yang tinggal hanya bahasa, itu pun nak diganti bahasa Inggeris oleh pemimpin 'melayu' sendiri...

Seterusnya lahirlah generasi Melayu hari ini - yang berkiblatkan England. Pastinya dengan 'English-educated generation/leader ' ini kepentingan2 Inggeris akan terjaga, contohnya Carcosa Seri Negara yang diberi pada Inggeris oleh TAR sehingga menyebabkan Tan Sri Syed Jaafar Albar keluar UMNO sebanyak 3 kali! Dan kali ketiganya adalah apabila TAR menurun tandatangan menyerah Singapura kepada Cina (perangai siapa?). (Carcosa di ambil semula pada zaman Tun Mahathir menjadi PM. Tun juga yang mengubah kiblat dari England ke Jepun)

Konsep Malayanisation (walaupun dalam perlaksanaan yang berbeza, terpaksa diteruskan juga oleh Dato Onn) ini jugalah yang cuba dipraktikkan oleh Dato Onn apabila ingin membuka keahlian kepada bangsa lain ke dalam UMNO - United Malaya National Organisation. Ahli2 UMNO menentang hebat termasuk juga kaum lain. Jika konsep itu diterima kemungkinan kita merdeka dalam suasana lain yang lebih terjamin, lebih senang proses asimilasi itu berlaku dan mungkin tiadalah semangat perkauman yang tebal seperti hari ini. Hari ini timbul pula konsep baru iaitu Bangsa Malaysia. Apa asasnya jika tidak kembali kepada konsep Malayanisation juga akhirnya. Wal-hasal balik hasil.

Petikan ucapan Dato Onn di Majlis Mesyuarat Agung Setengah Tahun UMNO di Hotel Majestic, Kuala Lumpur pada 24 dan 25 Mac 1951 : (Dato Onn ini seorang yang suka berkias)


Misalnya ialah sekiranya dalam satu kampung itu diadakan sebatang jalan raya dan disambungkan kepada kampung yang lain serta disambungkan lagi sehingga keluar ke jalan raya maka tak dapat tidak jalan yang seumpama itu tidak boleh dihadkan penggunaannya kepada orang Melayu sahaja melainkan hendaklah dilapangkan dan dibukakan kepada penggunaan siapa juga yang melalui kampung itu. Demikianlah juga sekiranya diadakan ikhtiar mengadakan air minum yang bersih di dalam kampung- kampung itu maka barang mustahil hendak diletakkan suatu pelekat pada paip umpamanya, air ini hendaklah diambil untuk orang Melayu sahaja. Begitulah kepada pekerjaan yang akan dijalankan itu, iaitu meliputi kepada dan bagi penggunaan penduduk-penduduk di dalam kampung-kampung itu.Tetapi faedahnya tentulah akan lebih menumpah kepada orang Melayu sebabnya mereka itulah yang ramai duduk didalam kampung-kampung itu.

Saya membayangkan pada pagi ini, saya sebutkan lagi 'saya membayangkan' saya ulangi sekali lagi saya membayangkan kerana saya bimbang percakapan saya ini akan dikelirukan apabila keluar daripadamajlis ini. Saya membayangkan iaitu dengan kuasa yang ada kepada saya sebagai Yang Dipertua UMNO menurut Fasal 13 (2) didalam Undang-undang Tubuh UMNO ini...

...iaitu supaya dibukakan pintu UMNO kepada lain-lain orang yang bukannya daripada bangsa Melayu dan kemudian dipinda namanya itu daripada 'Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu' dijadikanUnited Malaya. Saya ulangi sekali lagi United Malaya bukannya Malayan. Saya ulangkan bukannya Malayan Organisation. Maka adalah dicadangkan sekiranya mendapat persetujuan supaya ditukar sebutan kepada United Malays National Organization dan dijadikan United Malaya National Organisation.


Akhir kata.
Akhirul kalam, walau apa pun pandangan penulis mengenai sejarah kemerdekaan ini, ia bukan untuk menjawab 2 persoalan diatas (pembaca perlu mencarinya sendiri). Dalam hal ini penulis mengambil angle dan viewpoint yang berlainan sedikit dan menafsir semula istilah2 yang telah pun digunapakai dulu seperti Malayanisation dalam konteks yang berbeza juga.

Penulis juga telah pun menghubungkaitkan segala cerita2 yang ter gantung daripada mula British memerintah dan perancangan mereka dalam Malayanisation, seterusnya memadamkan sejarah kerajaan Islam, mengubah sejarah dan menyerapkan fahaman kebangsaan sehingga terhasilnya konsep Bangsa Melayu yang berkiblatkan England, dan hari ini dicabar pula ketuanannya oleh bangsa lain. Harapan penulis supaya susunan dan fakta ini menjadi satu jalan cerita yang logik termasuk dek akal generasi hari ini.

Bagi penulis 'penolakkan raja2 melayu terhadap negeri2 melayu kepada Inggeris' dengan mudah adalah alasan yang memang tidak boleh diterima. Kejadian itu direka semacam tiada tentangan dari penduduk semenanjung - tiada istilah izin dalam paksa disini. Mesti ada cerita yang cuba disembunyikan, dan hal itulah yang cuba penulis rungkaikan. Diharap para pembaca mendapat manafaat dari video diatas dan hasil tulisan ini.

Terkemudian, keputusan kes Pulau Batu Puteh menguatkan lagi anggapan penulis mengenai perangai raja-raja daerah yang memang tidak ambil peduli kedaulatan wilayahnya - ia juga selari dengan kata2 TAR diatas dan sangat relevan dengan cerita sibudak munshi dalam kes The Malay Dilemmanya. Harus, 'the Malay Rulers' yang dimaksudkan dalam cerita sibudak munshi itu ditujukan khas kepada raja-raja daerah di Melaka ketika itu.

Sampai disini sahaja, mudah-mudahan para pembaca mula mengerti apa sebenarnya yang berlaku suatu waktu dahulu... Supaya kita celik sejarah dan tidak mudah terpedaya - tenari2 dengan rentak lagu, retorik ahli politik kebangsaan yang juga cari makan. Penulis bukan anti-kebangsaan - ini perlu ditegaskan.

Sekian. Terima Kasih.
updated 29.04.08
updated 21.05.09

Rujukan:
Filem Negara Malaysia
Mariyam Salim, 2005, Undang-undang Kedah, 2005, DBP, Kuala Lumpur
Mohamed Abid, 2003, The Reflection of Pre-Independence Malaya, Pelandok publication, Kuala Lumpur
SejarahNagarakedah.blogspot.com

0 comments:

Catat Ulasan

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.

 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger