Entri adalah update buat entri terdahulu - 03/06/08 Keris menjadi senjata diraja Siam Ayuthaya?
(Perhatikan penggunaan keris dalam filem ini.)
Meskipun tidak faham bahasanya, dalam pemerhatian penulis, tiada satu pun scene dalam filem ini yang melibatkan penggunaan senjata berbentuk keris kecuali dalam scene diatas.
Scene yang telah dipaparkan itu adalah berkenaan Srisudachan yang didapati bunting 3 bulan oleh Tabib China yang tidak mengetahui 'affair' diantara Srisudachan dengan Boonsri Worawongsa sewaktu Chai Raja keluar berperang. Untuk menutup kes, Srisudachan dan pembantu peribadinya (sibadan besar itu) mengambil keputusan membunuh tabib china itu sebelum rahsia mereka terbongkar- versi Thai.
(Foto-Bukankah Laksamana Hang Tuah pernah ke Jepun - Turki dan menunaikan fardu haji di Mekah! - patut letak nama Tuan Haji Hang Tuah...)
Kelibat keris hanya datang sekali sahaja dan khas untuk scene pembunuhan tabib china itu! Walaupun sepatutnya keris itu dipegang secara betul, dan patut ada sarungnya seperti gambar dibawah...
(Foto-Askar Siam berkeris? - perhatikan seluar senteng, lengan pendek)
Kenapa ada keris dalam filem Thai ini? Mudah sahaja kerana raja-raja mereka dahulu memang berkeris kerana Maharaja Siam Islam Dynasti Ayuthia adalah berasal dari Kedah dari keturunan Merong Mahawangsa!
(Foto- Pheraq (Kekanda yang dikasihi) @ Songtham Ayutthaya - muka Arab/Parsi?)
Bukan kisah affair
Apapun, bukan kisah 'affair' versi Thai itu yang menarik minat penulis. Penulis hanya berminat dengan cara filem ini digarap. Lebih2 lagi 'scene2' peperangan yang memerlukan senjata dan prop yang dibikin dengan penuh ketelitian oleh tenaga2 kerja filem ini. Walaupun filem ini bercorak propaganda tetapi kesungguhan keseluruhan tenaga produksinya patut dijadikan teladan bagi pembikin filem di Malaysia. Cerita2 yang berasaskan sejarah bukan boleh disiapkan dalam satu bulan, malah makan tahun!
(Foto-Formation perang. Seakan-akan bentuk apa ini?? - buat yang mengetahui akan tersenyum)
Penekanan bukan sahaja dari aspek sejarah, malah setiap kostum dan set filem ini perlu mendapat 'endorsement' dan 'approval' dari pihak istana raja thai. Rujukannya pula dari 'vault' khazanah istana raja thai sendiri. Itu yang mahal! Begitu juga dengan scene diatas.
(Foto - The Voyage of Siam. Gambar ini dilukis oleh orang eropah - semestinya mereka 'membesarkan' raja mereka)
Untuk pengetahuan pembaca, selama 5 jam filem ini ditayangkan, penulis tidak faham satu patah perkataan pun, kerana tiada subtitle - 'for Thailand Only Not For Export' katanya. Penulis hanya menghayati scene dan propnya sahaja.
(Foto- Peta Lama Empayar Islam Siam Ayutthaya yang menguasai Nosantara. Kenapa kita semua TIDAK BUDDHA tetapi berpegang kuat dengan AGAMA ISLAM?)
*Segala foto diatas bukan diambil dari wikipedia, tetapi daripada SUMBER THAI - sumbangan dari rakan Majma Budaya dan Warisan Jawi (MAJMA') yang turut sama berjuang untuk menegakkan serta mengembalikan maruah Sejarah Realiti Islam dan Bani Jawi. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan!
Kebetulan pula PM kita DSNR telah pun melawat sedara kita di Selatan Siam, doakan yang terbaik ajelah...
0 comments:
Catat Ulasan
Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.