"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.
~ MOHAB (1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Khamis, Disember 24, 2009

Tin kosong menduga akal?

Rambut sama hitam, hati dan fikiran lain-lain. Sebegitu jugalah dengan pandangan dan akal. Setiap individu mempunyai tanggapan dan tafsiran tersendiri terhadap setiap perkara yang ditayang didepan mata. Dan tafsiran itu selalunya berdasarkan pengalaman hidup masing-masing, atas peristiwa yang telah atau sedang dilalui, terletak juga pada pengamatan dan tidak kurang juga berkait dengan ilmu.

Akan tetapi, ada tetapinya, walaupun telah dimasukkan akal oleh Allah taala, tetaplah juga ada yang semberono, membuta tuli meletakkan akal dikepala lutut. Lumrah, manusia sebegitulah yang mewarnai dan menambah rencah kehidupan kita didunia ini. "Hukum betul ajelah," kata Tok Alim.

Namun yang pastinya, pandangan dan pendapat itu kita sendirilah yang punya, tapi tetap boleh dikongsi-kongsi, kata orang 'berkongsi pandangan'. Maka dengan itu sebab, saja TMP masukkan gambar ini bagi mendapat input pembaca sendiri. Apa maksud yang ter-cerita atau tersirat disebalik gambar ini?

Harap mendapat maklumbalas - sila klik pada gambar untuk besarkan.




Bukan nak menggoda tapi nak mendoga :-)

5 comments:

  1. Salam buat TMP,

    he he he...menarik...

    boleh ke nak jawab..

    "Bekas untuk benda yang manis dan berkhasiat untuk tubuh badan , kita isi dengan benda busuk yang haram dan memudharatkan yang tidak berguna, masuk angin keluar asap!!! oleh itu isilah Qalbi dengan ilmu dan basuhlah ia selalu dengan zikrullah"

    betul ke Herman??? itukah maksudnya??? pakai hentam je tu..:)

    wassalam.

    BalasPadam
  2. Penuhi dada dengan ilmu berguna, bukan hampas.

    Kat luar tin, ada gambar singa yang terletak di atas (singa sinonim dengan British)

    :) Sekadar mencelah

    BalasPadam
  3. luar topik skit..

    kenapa SNK sudah lama x update?
    saja mau tanya kot TMP tau..

    BalasPadam
  4. 1) Jangan buang habuk rokok merata-rata.

    2) Recyled. Tin susu boleh dibuat sebagai habuk rokok.

    Salaaaaammm

    BalasPadam
  5. Penuhi dada dengan ilmu berguna, bukan hampas.

    Kat luar tin, ada gambar singa yang terletak di atas (singa sinonim dengan British)

    :) Sekadar mencelah


    (SAYA SIMPAN KOMEN NI ADA SEBAB...terima kasih pada TANPA NAMA!)


    TMP

    BalasPadam

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.

 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger