"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.
~ MOHAB (1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Rabu, Disember 16, 2009

Cerita Aneh dan Ajaib mengikut pendapat Tok Alim


Di dalam banyak kisah yang telah disampaikan, memang diceritakan barang yang aneh dan ajaib, juga barang-barang yang ghaib, yang pernah terjadi dan yang akan terjadi, yang akan dialami oleh umat manusia. Seperti datangnya Imam Mahdi, tentang turunnya Nabi Isa, Ya'juj dan Ma'juj, Dabbatul-Ardhi dan lain-lain seperti yang telah diceritakan dalam risalah-risalah lama. Ini ada tertulis dalam kitab-kitab dan naskhah lama yang dikarang ratusan tahun, ditulis oleh ulama-ulama zaman dahulu dan kemudian disalin dari bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu oleh Ulama-ulama kita dizaman itu. Mengikut pendapat Tok Alim ini lagi ULAMA itu adalah UTAMA. Tidak mungkin keterangan-keterangan itu dibuat-buat atau suatu dongengan yang dikarang-karang sahaja oleh mereka.

Sebab, kalau keterangan yang semacam itu dilayarkan atas khayalan semata, dikarang pula oleh ulama dizaman itu untuk mengabui pandangan kita umat Islam sekarang ini, MAKA BERDOSALAH mereka itu. Dan diyakini itu bukanlah tujuannya. Mereka adalah orang yang bertakwa.

Memang benar, kalau kita baca keterangan atau cerita-cerita yang telah dikisahkan adalah seperti kisah 1001 malam, seperti tentang patung manusia untuk manusia raksaksa dan keturunannya Ya'juj dan Ma juj,akan tetapi kalau kita ukur dengan akal fikiran kita dan bukan satu barang mustahil. Karena hal itu adalah yang ghaib yang dapat dipercaya oleh iman dan akal.

Seperti firman Allah taala dalam Al Quran Surah Al Baqarah:


"Orang yang takwa itu beriman dengan barang yang ghaib"

"Bagaimana kamu tidak mahu percaya kepada Allah, padahal asalnya kamu benda mati, lalu dihidupi kamu, kemudian ia matikan, kemudian hidupkan kamu, dan kepadaNya kamu kembali"








*patung manusia untuk manusia raksaksa itu menurut kisahnya adalah berkenaan asal kejadian Ya'juj dan Ma'juj.

2 comments:

  1. Rasulullah s.a.w. adalah jawatan yang dilantik oleh Allah sendiri. Allah sendiri tengok dalam ramai-ramai manusia di muka bumi ini entah berapa ribu juta trillion manusia ni ada seorang di dunia ni namanya Muhammad Bin Abdullah s.a.w.

    Beliau telah dilantik menjadi nabi bila umur dia 40 tahun. Waktu dia beranak jadi 40 tahun belum jadi nabi ni dia beranak, bonda dia mak dia Siti Aminah tak tahu anaknya ini akan dilantik menjadi nabi.

    Sebagaimana yang disebut minggu lepas, kita menyambut maulid nabi, maulid nabi ni kerja tak sudah. Jangan ingat bila kita sambut maulid nabi ni selesai masalah. Kalau Nabi Muhammad waktu dia beranak tu serupa Muhammad Muhammad lain.

    Kat kampung kita ada Muhammad,situ ada Muhammad, ada Mat, orang Melayu Kelantan panggil Mat, Mat anak kita, Mat budak kampung kita dengan Mat Bin Abdullah di Tanah Arab tu waktu dia beranak serupa aja. Yang jadi masalah, yang jadi kita dengan dia peringkat rapat ni setelah 40 tahun kemudian bila beliau jadi nabi dengan turunnya ayat Iqra'

    NOTA : sila lawati klip video mengenai perkara di atas di alamat
    http://hanifsalleh.blogspot.com/2010/02/tok-guru-oh-tok-guru.html

    BalasPadam
  2. Diatas ini adalah kata Nik Aziz Nik Mat...

    Pembaca harap baca kasi habis sebelum buat komen.

    Lain kali Anonimos sila letak nama jika yakin berjuang atas menegak kebenaran.

    Wassalam.

    BalasPadam

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.

 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger