"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
THEMALAYPRESS - FIKIR DENGAN KRITIS | TERUS MELANGKAH LEBIH JAUH.

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Terima kasih kepada para pembaca yang masih setia mengikuti blog ini!
~ MOHAB (Blog layout versi 1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Selasa, Januari 05, 2010

Persetiaan NANING 1801 menyebelahi Ingris dan Kristian?

Berikut adalah keratan yang diambil daripada Perjanjian & Dokumen Lama Malaysia 1791-1965 terbitan Institut Terjemahan Negara Malaysia, sebuah agensi yang diiktiraf kerajaan.

Apa yang cuba diketengahkan disini adalah contoh bagaimana usaha kerajaan dan mubaligh kristian British dalam perihal mengembangkan agama kristian pada masyarakat tempatan. Dalam hal ini di Naning. Yang mana kebanyakkan penduduknya adalah terdiri daripada masyarakat 'Minangkabau' dan juga etnik Melayu - seperti yang tersebut dalam dokumen itu.

(Seperti yang diketahui Minang-Kabau membawa maksud Minang-Derhaka apabila membantu Belanda merampas Lukut yang kaya dengan bijih timah daripada Maharaha Siam Islam. Dan masyarakat di Sumatera tidak menggunakan Minangkabau dan hanya merujuk minangkabau dengan cerita Menang Kerbau yang begitu kabur sejarahnya. Mereka sebetulnya senang dikenali dengan nama masyarakat Minang-dengan maaf. Nama Negeri Sembilan hanya wujud pada tahun 1895)

Apa yang menyedihkan disini adalah bagaimana penghulu Naning En Dol Said dan beberapa orang lagi sanggup bersumpah menggunakan Al-Quran dan bersetuju dengan persetiaan ini sedangkan dengan terang ia tidak berpihak atas kesucian agama Islam dan ternyata berat sebelah. Jika benar Dol Said, Maulana Garang, Menteri dan pembesar Naning berjuang fisabillah, maka tiada dapat termetrilah persetian seumpama ini.

Adakah kita perlu mengikut jejak langkah mereka sedangkan negara ini telah pun menjadikan agama Islam itu agama rasmi, dan termaktub pula dalam perlembagaan? Dan yang berkuasa hari ini pula adalah raja-raja dan sultan-sultan yang menjadi simbol kedaulatan agama Islam di negara ini? Nampaknya pengaruh dan dakyah kristian dan Ingris masih berkuasa melalui common law, sedangkan mereka sudah berambus lama dah.

Perihal ini yang mesti kita ambil tahu dan peka. Bukan masalah politik yang tidak berkesudahan, malahan lebih kepada untuk menarik undi yang bakal menggadai agama dan harga diri.

Orang politik sentiasa hipokrit pabila menabur janji. Jangan pula terbawak sifat munafik itu dalam hal berkaitan agama!


*berkhatan maksud - maksuk JAWI



Persetiaan dengan Naning 1801, adalah persetiaan yang diikat oleh Residen British di Melaka. Leftenan Kolonel Taylor dengan Penghulu Naning.

Kisah ini bersambung, setelah Persetian Naning 1801, Naning kemudian mengangkat senjata, Penghulu Dol Said telah berjaya mendapat sokongan orang Melayu seramai 1,000 orang untuk menentang British dalam Perang Naning yang bermula pada 6 Ogos 1831 dan berakhir pada 24 Ogos 1831 iaitu kira-kira 18 hari berperang. Dalam peperangan tersebut, Penghulu Dol Said telah mendapat kejayaan dan sebab utama kejayaan tersebut adalah kerana perpaduan yang wujud di kalangan orang Melayu serta sokongan orang Melayu di wilayah yang lain.
Dol Said akhirnya terpaksa berundur ke Pasir Besar setelah kalah dalam perang Naning kedua pada Februari 1832 dan dalam masa 4 bulan akhirnya Naning jatuh ke tangan British pada 15 Jun 1832. Naning kemudiannya diletakkan di bawah peraturan Negeri-negeri Selat pada 27 Oktober 1832.






2) Keputusan

  1. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa Lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam yang lain.
  2. Oleh itu, wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

    Bil. Muzakarah : Kali Ke-82, Tarikh : 5 Hingga 7 Mei 2008, Tempat :  Alor Setar, Kedah
    Sila dengar penjelasan lebih lanjut oleh Dr Harun Din hafizaUllah bermula dengan syahadah dan seterusnya.

    13 comments:

    1. kristian catholic adalah kristian yang mengamalkan ajaran st paul ia tidak datang dari ajaran sebenar nabi Isa alahisalam. penggunaan kalimah Allah dalam konsep triniti amat merbahaya dan jika kita bersama-sama membenarkannya atas alasan kebebasan beragama ditakuti terlucut aqidah kita sebagai umat Islam yang beriman. agenda tersirat mereka di semenanjung ini telah dikaji dan mereka sedang pula melaksanakan perancangan mereka yang beribu tahun lamanya. berhati-hatilah wahai saudara seagama ku.

      tidak akan puas hati, nasaro dan yahudi selagi kamu tidak mengikut agama mereka - kurang lebih begitulah.

      bersyukur ulama2 kita masih peka akan perkara ini walaupun agak lembut dari segi tindakan.

      BalasPadam
    2. Kalimah Allah bagi mereka mungkin tidak setinggi bagi kita umat Islam. Bayangkan jika kertas kertas mereka gunakan itu yang terkandung kalimah ALLAH dijadikan TOILET PAPER? Buleh kita marah, padahal kita yang membenarkannya??

      fikirkan akibat bagi kita, bukan bagi mereka. mudarat bagi kita, nikmat bagi mereka. Mereka tidak akan rugi satu sen pun jika tak pakai kalimah ALLAH!

      BalasPadam
    3. Assalamualaikum.

      Tauhid hancur kalau dibenarkan. Nak bagi depa gunapakai nama yg mulia tu buat apa?

      Sapa sokong akidahnya hancur. Tu dah pasti. Takyah nak dolak dalik lagi dan toksah nak pegang yg kata2 ulamak yg mcm Ahlus Sunnah tapi sebenarnya 'sendiri mau ingat'

      Mengarut. Sedangkan lambang depa sendiri pon depa buat main2 niekan pulak nama Allah.

      Wassalam.

      BalasPadam
    4. TITAH BAGINDA

      Adalah dimaklumkan bahawasanya Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah mengambil perhatian serius terhadap isu penggunaan kalimah Allah dalam majalah Herald-The Catholic Weekly oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

      Sehubungan itu Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menitahkan semua pihak agar sentiasa menghormati kesucian ajaran dan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan Malaysia.

      Bagi menjamin suasana aman dan harmoni di antara penganut yang berlainan agama, maksud dan rujukan kalimah Allah dalam konteks umum hendaklah menepati sifat yang ditetapkan oleh Islam kerana amalan ini sekian lama telah diterima baik oleh semua penganut agama lain di Malaysia.

      Baginda amat berharap agar semangat perpaduan dan hormat menghormati antara kaum dan agama yang menjadi tunjang kekuatan negara ini sentiasa dijaga.

      Memandangkan pihak kerajaan sedang mengambil langkah-langkah yang perlu berbangkit daripada keputusan Mahkamah Tinggi baru-baru ini, maka Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong juga turut menzahirkan harapan baginda agar semua pihak terutama orang Islam agar bertenang.

      Baginda juga menitahkan agar semua pihak saling menghormati semua tempat ibadat tanpa mengira agama.

      Istana Negara,

      Kuala Lumpur

      8 Januari 2010

      BalasPadam
    5. isu penggunaan kalimah Allah dalam majalah Herald-The Catholic Weekly

      sedih dengan pendirian sebenar PAS.

      Yang umat islam malaysia perlukan sekarang daripada parti yang medukung agama islam

      apakah pendirian SEBENAR PAS. Setuju atau tidak.

      dan masih mengharap PAS Memberikan jawapan diantara setuju atau tidak.
      itu sahaja,benar kita boleh berdakwah dan berdebat,berdialog.

      tetapi adakah terlau berat untuk memberikan kata putus SETUJU atau TIDAK setuju.

      dan saya sedia maklum .ALLAH ,tuhan smeua umat manusia.

      disni saya tidak sesekali ingin memburuk-burukan mana-mana parti.
      tetapi amat kesal dengan tindakan mereka.

      BalasPadam
    6. Mukmin Berhak Pertahan Kalimah "Allah".

      teks Bahrus Sofa oleh Muhammad Uthman El-Muhammady

      http://bahrusshofa.blogspot.com/2010/01/mukmin-bergak-pertahan-kalimah-allah.html
      ...



      INTI PATI: Hujah pertahan penggunaan Allah

      Takrif Allah ialah sebagaimana yang ada dalam Surah al-Ikhlas, Ia Tunggal, Tempat Tuju Terakhir sekalian makhluk, Kekal Abadi, Sempurna, tidak melahirkan dan tidak dilahirkan, serta tidak ada yang seperti-Nya seperti dalam agama lain.
      Membenarkan pihak agama lain menggunakan nama Allah seperti membenarkan pihak lain menghina Allah.
      Mukmin wajib menjaga kesucian nama Allah daripada disamakan dengan 'Tuhan Jesus' atau 'Bapa Di Langit.
      Membenarkan agama lain turut guna nama Allah menyebabkan mukmin lain akan keliru.
      Kedudukan Islam sebagai agama persekutuan di Malaysia wajib diterima, penggunaan Allah selain Islam perlu dilarang.
      Penggunaan nama Allah oleh pihak lain yang mengandungi niat tidak wajar hendaklah dilarang.

      BalasPadam
    7. Eh,apa ni kaitkan Minangkabau dengan minang derhaka?
      Orang-orang minang tak pernah pulak mengecop Jawa,Madura,Ambon yang membantu Belanda sebagai derhaka semasa Perang Padri.
      Kesian la org Minangkabau macam ni.Sudah lah mereka berjasa mengembangkan Islam,teknik persilatan tapi masih ada lagi pihak2 yang cuba merendahkan suku Minangkabau.

      BalasPadam
    8. Sang Bukabau,
      Kalau anda bukan keturunan puak penderhaka itu tak perlulah marah kerana nama suku-bangsa anda yang asal hanya Minang.Perlulah belajar sejarah realiti lebih mendalam untuk memahami.

      BalasPadam
    9. Berbalik kepada tajuk artikel, ini satu lagi bukti sejarah mainstream tak boleh dipakai sebab digarap ikut kehendak Freemason. Masa aku sekolah rendah nama Dol Said siap diguna sebagai nama rumah sukan.Ternyata sekarang ini nampak hampeh!!

      BalasPadam
    10. @Tanpa Nama-Jan 18 22:33

      Saya berketurunan Bugis,Minang dan Jawa.Masalah di Lukut itu isu tempatan disana pada waktu dulu,jadi jangan terus mengecop mereka sebagai derhaka.Raja2 Melayu yang bersekongkol dengan British itu bukan derhaka kah namanya?
      Kamu jangan lah terlampau taksub dengan keturunan kamu sampai mahu merendah2kan suku lain pula.

      BalasPadam
    11. terima kasih sang bukabau kerana menyatakan kefahaman saudara tentang sejarah lalu yang kami bersependapat tidak perlu dijawab lagi.

      BalasPadam
    12. perjanjian ini kena di selidik kerana banyak perjanjian antara pembesar melayu dgn inggeris dibuat secara ugutan dan cara halus. menulis sejarah merupakan satu tanggungjawab dan jaga2 jgn menjadi fitnah. utk pengetahuan saudara, waris dol said yg sbnr tidk ader di naning lg tp di negeri sembilan.

      BalasPadam
    13. betul perlu diselidik dan nama Dol Said perlu dibersihkan

      BalasPadam

    Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.

     

    Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger