Pak Wahba (Dr) antara kumpulan wartawan utusan yang membantu Silat Lincah diawal 70-an. Mengikuti perkembangan mereka dalam dan luar negara. Selain Pak Wahba, antara wartawan lain yang turut bersama adalah arwah Ahmad Kamsi dan Zahari Efendi. Sewaktu pertunjukan Lincah di Acheh, sekitar hujung tahun 70, rombongan Lincah termasuk wartawan diugut bunuh jika meneruskan pertunjukan disitu. Tetapi tidak dihiraukan, dan semasa sedang membuat pertunjukan salah seorang ahli Lincah putus kaki sebab di'sudi' dengan orang silat Acheh. Masa itu Pak Wahba menulis artikel yang bertajuk Darah Jebat Mengalir di Acheh, tersiar di Utusan Malaysia.
Hari ini setelah lebih 30 tahun dua sahabat lama ini bertemu kembali. Dalam perasaan bercampur, Dato Omardin yang dimasukkan ke IJN setelah diserang sakit jantung, tetap bersemangat menceritakan pengalaman sewaktu mereka bersama. Kami penulis-penulis generasi baru juga berasa amat bertuah kerana dapat mengiringi Pak Wahba bersama dalam pertemuan bersejarah ini.
Sesungguhnya terbukti gandingan mantap pejuang, penulis dan pesilat Melayu berupaya memartabatkan serta mempertahankan agama dan tanahair. Dalam suasana hari ini, kami (anak-anak utusan melayu), bersedia menggalas tanggungjawab dan meneruskan tradisi itu, biarpun tidak di arus perdana. Jangan cuba dihalang, membujur lalu...
Akhir sekali, di doakan supaya Dato Omardin selamat menjalani rawatan dan kembali pulih seperti sediakala.
Pak Wahba dan Dato Omardin
Bertanya khabar
Tetap bersemangat...
Dari kiri: TMP, Pak Wahba, Dato Omardin & Datin, Hafiz Hamzah dan Faisal Ramadzan.
0 comments:
Catat Ulasan
Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.