"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
THEMALAYPRESS - FIKIR DENGAN KRITIS | TERUS MELANGKAH LEBIH JAUH.

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Terima kasih kepada para pembaca yang masih setia mengikuti blog ini!
~ MOHAB (Blog layout versi 1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Rabu, November 13, 2019

Hari Melayu Sedunia ke 5 Menuntut Perpaduan Melayu di Nusantara.

0 comments












Catatan 1:
Tanggal 12 RabiulAwal 1441H bersamaan 9 November 2019 menyaksikan satu lagi acara bersejarah untuk umat Melayu di Nusantara. Pada tarikh keramat tersebut umat Melayu bersama-sama seluruh umat Islam seluruh dunia menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad SAW. Satu rahmat yang memberi sinar iman dan Islam memadamkan api kejahilan bukan hanya kepada manusia malah seluruh alam dan kehidupan seisinya.

Pada tarikh inilah Majlis Muafakat Melayu telah mengambil ketetapan untuk menyambut hari yang penuh berkat itu dengan sambutan Hari Melayu(HM), demi mengenang jasa dan perjuangan Nabi Muhammad SAW dan para sahabat yang telah menyampaikan dakwah Islamiah kepada umat Melayu rantau Nusantara. 

Sesungguhnya Melayu itu ialah bangsa yang telah lama wujud di dunia ini, mereka telah pun menjadikan Islam sebagai agama dan memang tidak dapat dipisahkan dengan Islam, maka lahirlah ungkapan bahawa “Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu”. Tatkala bergelar Melayu maka sudah tentu berbezalah adab budaya, tatasusila secara susun atur masyarakat serta akhlak peribadi yang menuntut satu kemestian menurut model peribadi dan akhlak Rasulullah SAW yang bersifat siddiq, amanah, tabligh dan fatanah dan bertauhid kepada Allah swt. Sudah semestinya berbeza dengan kaum jahiliah yang tidak mempunyai model ikutan dan kitab yang tetap sumber hukumnya.

Hari Melayu ke-5 yang berlansung di Alor Setar, Kedah pada tahun ini merupakan lanjutan daripada HM1 yang berlangsung di Shah Alam tahun 2014, HM2 2015 di Kuala Kangsar - Perak, HM3 di Balik Pulau - Pulau Pinang, HM4 Shah Alam - Selangor dan HM5 di Alor Setar - Kedah.

Sambutan HM5 kali ini amat menggalakkan dengan kehadiran lebih kurang 1000 peserta yang terdiri daripada lebih kurang 30 pertubuhan NGO dan juga orang perseorangan serta para pengkaji sejarah tempatan.

Selain bacaan salawat dan qasidah, sambutan ini juga diserikan lagi dengan persembahan silat antaranya oleh pertubuhan Silat Kuntau Jawa-Pulau Pinang, Silat Sendeng Jebak Purba, Persatuan seni silat (PSS). PSSGM - Naga rimba, PSS Minangkabau Kumango, Gayong Makrifat Qital Fisabilillah, Perguruan Seni Silat Tradisi Terlak Nata (aliran Taralak Minangkabau) Kuala Ketil dan bacaan sajak, pameran keris, gerai busana Melayu, gerai buku-buku kesenian dan kebudayaan, gerai makanan sunnah dan macam-macam lagi.

Satu yang menarik mengenai HM5 kali ini yang turut disertai oleh unit Arkeologi, Pusat Kajian Arkeologi, Univesiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Menurut seorang pengkaji sejarah tempatan yang ditemubual Ku Azmi Ku Seman, “kajian dan sumber terkini yang didapati menunjukkan tamadun Sungai Batu ini lebih lama daripada tamadun Mohenjodaro dan Harappa iaitu 2500 tahun sebelum masehi.

Kompleks Sungai Batu telah diktiraf sebagai Tapak Tamadun Terawal di Asia Tenggara malah lebih lama dari tamadun Mohenjodaro dan Harappa di Asia Tengah.” - katanya lagi.

Sebagai ummat Melayu yang beragama Islam, dan ummat yang tertua di muka bumi ini, kita seharusnya bersyukur dan sentiasa menginsafi diri akan peripenting untuk bersatu hati, mempertahankan agama dan bangsa dari sebarang agenda cubaan untuk merosakkan jati diri serta warisan yang mereka warisi sejak zaman berzaman.

Sesungguhnya dengan adanya HM ini, diharap ia dapat seluruh umat Melayu dapat mengingsafi diri, belajar dan mengenal siapa nabi kita junjungan besar nabi kita serta menetapkan satu keazaman untuk bersatu hati dan berpadu di bawah payung rahmat semoga beroleh syafaat Baginda Muhammad SAW. 

MOHAB
12 Rabiul Awal 1441H | 9 Nov 2019 
Menara Alor Setar, Kedah Darul Aman.

Catatan 2:
Sambutan Hari Melayu Sedunia Kali Ke-5 sehari suntuk berlangsung di Menara Alor Setar, Alor Setar. Ianya anjuran Majlis Muafakat Melayu (MMM) bersempena Sambutan Maulidul Rasul 1441H.

Pengisian acara pagi ialah Perarakan Maulud dan Selawat kepada Nabi SAW dan perasmian oleh Dr Emil Azril Bahari, Pengarah Kedah Tourism Sdn Bhd. Di samping itu ada pameran dan jualan serta persembahan budaya Melayu di kawasan bawah Menara Alor Setar.

Selanjutnya pada petangnya berlangsung Sidang Khas Hari Melayu bertema, Ke Arah Membina Muafakat Melayu. Ianya diadakan di Starsky Restaurant & Lounge, Menara Alor Setar.

Pengisiannya taklimat khas oleh Ustaz Zaid Muhammad Mohd Rais, wakil MMM. Beliau memaklumkan Sambutan Hari Melayu Sedunia masuk kali kelima, iaitu Shah Alam (2015), Kuala Kangsar (2016), Balik Pulau (2017), Shah Alam (2018) dan Alor Setar (2019).

Ketua Penolong Pengarah Setiausaha Kanan di Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya Malaysia (MOTAC), Puan Zubaidah Mokhtar menyampaikan taklimat berkaitan Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan pelbagai insentif untuk penggiat seni dan budaya tanah air.

Seterusnya Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK), Dr Ibrahim Bakar Langkawi berkisah sejarah Kedah lampau iaitu Perang Musuh Bisik pada perjuangan pahlawan Kedah menentang Siam. 

Penyair tersohor dan aktivis Persatuan Penulis Nasional (Pena), DrIbrahim Ghaffar menyampaikan Tujuh Wasiat Raja Melayu menggugah rasa khalayak.

Dua buah lagu puisi karya aktivis MMM, Saiful Anwar Yahaya iaitu 'Aku Melayu' dan 'Musuh Bisik' alunan Muhammad Isney Khalid daripada Persatuan Seni dan Budaya Warisan Melayu Jawi (WARIS ALAM). Turut diserikan alunan muzik daripada Persatuan Penggerak Seni Warisan Balik Pulau, Pulau Pinang.

Deklamator puisi daripada Angkatan Sasterawan Nasional Kedah (ASASI) ialah Ruhie Isma, Puzi Hadi dan Adi Muzaffar. Puzi Puzihadi dengan sajaknya 'Merah, Biru, Kuning dan Hijau'. Turut hadir ahli Asasi ialah Faizal Mehat Faizal, Hamli Asadi Almalini dan Umairah Majdah.
Catatan : Puzi Hadi pengerusi angkatan sasterawan kedah

Read full post »

Isnin, Januari 04, 2016

Pentomen Pengiystiharan Hari Melayu Sedunia Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1437H / 2015

1 comments


#HariMelayuSedunia2015 #HariMelayuSedunia1437H




Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua persatuan, jemputan dan hadirin dan juga kepada semua AJK yang menyokong dan menjayakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1437H dan Pentomen Istiadat Pengisytiharan Hari Melayu Sedunia 2015.

Anda semua telah mencipta sejarah untuk umat Melayu sekalian dan untuk anak-anak bangsa generasi pewaris yang akan datang. Ia tetap ada dalam lipatan sejarah bangsa Melayu di Alam Melayu. 

InsyaAllah berjumpa lagi di tahun hadapan.

Sekian, terima kasih,

 -Sidang Muafakat Melayu 1437H-

Read full post »

Jumaat, Oktober 10, 2014

ASWJ Iraq diancam Syiah, ISIS

0 comments
ARKIB : 08/09/2014

SABAN hari, umat Islam yang berpegang teguh kepada akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) di Iraq hidup menderita di bawah cengkaman kerajaan yang dikuasai puak Syiah. Mereka dibunuh beramai-beramai dan sebahagian yang ditangkap diseksa secara kejam dengan renjatan elektrik, disiram dengan bahan kimia yang menghakis kulit atau dipukul dengan batang besi.

Puak Syiah juga merampas tanah, kediaman dan harta milik golongan ASWJ justeru mengakibatkan kira-kira dua juta orang kini terpaksa hidup sebagai pelarian.

Kekejaman militan Syiah memang tiada batasan. Mereka sanggup membunuh sesiapa sahaja lelaki ASWJ yang bernama Umar, Abu Bakar atau Usman. Wanita yang bernama Aisyah atau Hafsah pula berdepan dua kemungkinan iaitu dibunuh atau dinodai kehormatan mereka. Semua itu dilakukan kerana puak ini amat membenci tiga sahabat serta dua isteri Nabi Muhammad SAW itu. Akibatnya, lelaki dan wanita ASWJ yang bernama Umar, Abu Bakar, Usman, Aisyah atau Hafsah terpaksa menukar nama masing-masing bagi mengelak daripada menjadi mangsa kezaliman militan Syiah.

Secebis kisah penderitaan golongan ASWJ di Iraq itu diluahkan sendiri oleh dua pemimpin Gerakan Kebangkitan Rakyat Iraq iaitu Sheikh Saad Fayyad al-Dulaimi dan Mustafa Dawod al-Ani kepada Utusan Malaysia dalam pertemuan di Kajang, Selangor, baru-baru ini. Kedua-duanya berada di negara ini sejak dua minggu lalu bagi menyampaikan ceramah tentang krisis kemanusiaan di Iraq serta kaitannya dengan ancaman Syiah serta kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS).

Menurut Sheikh Saad seperti yang diterjemahkan ke bahasa Melayu oleh Eksekutif Perhubungan Antarabangsa Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Qudrotullah Bijarto, kuasa politik di Iraq sejak era pendudukan Amerika Syarikat (AS) mulai 2003 secara prinsipnya dibahagi sama rata di antara tiga kumpulan terbesar di negara berkenaan iaitu ASWJ, Kurd dan Syiah.

Jawatan Presiden dipegang oleh puak Kurd, Ketua Parlimen diberikan kepada ASWJ manakala puak Syiah menjadi Perdana Menteri. "Namun, hakikatnya sejak mula lagi semua kuasa di Iraq dibolot oleh Perdana Menteri yang mewakili puak Syiah. Keadaan ini menyebabkan puak Syiah bebas melakukan apa sahaja bentuk penganiayaan dan kezaliman terhadap golongan ASWJ.

"Mereka bukan sahaja menguasai politik di Iraq malah turut membentuk pasukan militan terlatih ala Hezbollah dengan bantuan Iran dan AS. Militan Syiah ini dijadikan alat pemerintah Syiah untuk memperkukuhkan kuasa politik mereka di negara kami," katanya.

Beliau memberi contoh dua insiden pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh militan Syiah terhadap golongan ASWJ yang menyuarakan penentangan terhadap kezaliman mereka secara terbuka. Insiden pertama berlaku di Khawijah, Kirkuk tahun lalu di mana kira-kira 70 lelaki ASWJ dibunuh, sebahagian besar ditembak di kepala, sejurus menunaikan solat Jumaat di masjid berhampiran. Terbaru, sebanyak 73 lelaki ASWJ terkorban apabila militan Syiah menyerang Masjid Musab bin Umair di wilayah Diyala pada 22 Ogos lalu.

Sheikh Saad yang berkhidmat sebagai khatib di wilayah Irbil menambah, tokoh-tokoh politik ASWJ yang lantang bersuara mengkritik puak Syiah turut tidak terlepas daripada dijadikan mangsa kezaliman puak Syiah. Tiga anggota Kabinet Iraq iaitu Timbalan Presiden, Tariq al-Hashimi; Menteri Wakaf, Adnan al-Dulaimi dan Menteri Kewangan, Rafi al-Issawi terpaksa meninggalkan negara itu bagi mengelakkan hukuman bunuh. Timbalan Yang Dipertua Parlimen Iraq, Dr. Ahmed al-Alwan pula ditahan dan dipenjarakan sejak Disember tahun lalu.

"AS seolah-olah membiarkan sahaja segala kekejaman yang dilakukan oleh puak Syiah terhadap ASWJ. Militan Syiah juga tidak lagi menentang tentera AS selepas imam mereka, Ali Sistani mengeluarkan fatwa melarang serangan terhadap tentera kuasa penjajah itu," jelasnya.

Sudah tentu golongan ASWJ di Iraq tidak berdiam diri terhadap segala penganiayaan yang dilakukan puak Syiah terhadap mereka. Namun menurut Sheikh Saad, majoriti memilih pendekatan demonstrasi secara aman bagi membantah kezaliman pemerintah dan militan Syiah.

"Demonstrasi besar-besaran pertama yang disertai ratusan ribu pengikut ASWJ dianjurkan di Anbar pada 21 Jun 2012. Mereka berhimpun sambil mendengar ucapan oleh Dr. Ahmad Said.

"Pada tarikh yang sama, Gerakan Kebangkitan Rakyat Iraq pun bermula dan ingin ditegaskan bahawa kami menolak sebarang bentuk kekerasan atau keganasan untuk menjayakan matlamat memperjuangkan keadilan bagi golongan ASWJ," ujarnya.

Pendirian serupa turut diulangi Mustafa. Beliau berharap, umat Islam di seluruh dunia termasuk di Malaysia tidak terkeliru dengan dakyah yang mendakwa kononnya ISIS membantu golongan ASWJ dalam perjuangan menentang puak Syiah dan AS.

Tegasnya, Gerakan Kebangkitan Rakyat Iraq tidak mempunyai kaitan langsung dengan kumpulan militan ISIS.

"ISIS cuma mahu mengambil kesempatan di atas kebangkitan golongan ASWJ untuk memperluaskan pengaruh dan mendirikan apa yang digelar 'negara Islam' di Iraq.
"Segelintir umat Islam di Iraq malah dari negara lain terpedaya dengan dakyah palsu ISIS walhal kumpulan tersebut sebenarnya bersekongkol dengan militan Syiah dan tentera AS.

"Pada masa ini, militan ISIS berjaya membentuk wilayah sendiri di Iraq yang diperolehi dengan cara mengusir golongan ASWJ di kawasan yang mereka kuasai. Hakikat yang tidak diketahui ramai umat Islam adalah ISIS juga menzalimi golongan ASWJ di Iraq," katanya.

Jelas Mustafa, militan ISIS mengamalkan fahaman Khawarij iaitu menghalalkan perbuatan menumpahkan darah sesiapa sahaja yang tidak bersama kumpulan itu walaupun mereka beragama Islam dan berpegang kepada akidah ASWJ.

"Saya ingin menasihatkan umat Islam di Malaysia khususnya golongan muda agar tidak mudah terpengaruh dengan dakyah ISIS yang menyeru untuk berjihad bersama mereka bagi menentang puak Syiah dan tentera AS. Segala tindakan ISIS selama ini telah menyebabkan dunia memandang serong terhadap umat Islam," jelasnya.

Sebelum mengakhiri pertemuan, Mustafa sempat meninggalkan pesan kepada umat Islam di Malaysia agar berhati-hati dengan pengaruh Syiah dari Iran serta menjadikan nasib golongan ASWJ di Iraq sebagai iktibar.

Beliau yang berkelulusan Sarjana Kejuruteraan Awam turut mengalu-alukan sumbangan daripada rakyat Malaysia untuk membantu membangunkan semula Iraq khususnya dari segi infrastruktur, ekonomi dan pendidikan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140908/re_06/ASWJ-Iraq-diancam-Syiah-ISIS#ixzz3FafUMLq8
© Utusan Melayu (M) Bhd 
Read full post »

Sabtu, September 13, 2014

KERIS STRIKE EXERCISE 2014 - KELANTAN AND TERENGGANU

0 comments
KUALA LUMPUR, Sept 13, 2014: The United States (US) army is in Kelantan and Terengganu for 2014/18 Keris Strike Series Exercise with the Malaysian army.

The Defence Ministry in a statement yesterday said the army personnel are from the United States Army Pacific Command (USARPAC) based in Hawaii. “The primary objective of the bilateral exercise is to increase the knowledge and experience of participants in managing natural disasters and the implementing of United Nations peacekeeping operations,” the statement said. A total of 540 USARPAC and 638 Malaysian army personnel will be involved in the Keris Strike Exercise beginning today until Sept 26 around Kem Pengkalan Chepa and Kem Desa Pahlawan.

 Keris Strike Exercise is a series of combined training held each year involving the formation of 8 brigades under the army’s 2nd division. “This year, the programme is orientated towards disaster management and humanitarian aid in a natural disaster scenario,” the statement said.



 Read more: http://www.therakyatpost.com/news-in-brief/us-army-kelantan-terengganu-keris-strike-exercise/#ixzz3DCHShQWp
Read full post »

Rabu, April 03, 2013

Wajib Ditentang Jika Dibenarkan UMNO Sekalipun

0 comments
Isu kalimah Allah bukan isu politik tetapi satu isu akidah umat Islam khasnya umat Melayu Islam sejagat. Ia bukan sekadar tanggungjawab orang PAS dan orang PKR malah jika ada dikalangan orang UMNO sekalipun jika membenarkan kalimah Allah untuk digunakan oleh orang bukan Islam yang sudah tentu mensyirik-kan Allah dalam ajaran agama mereka, maka mereka yang jahil itu juga wajib ditentang. Harammm Ooo...No kompromi wa cakap lu! - TMP

ABDULLAH Saamah (kiri) Harun Yahya (tengah) dan beberapa ulama dari Minda Pondok menunjukkan rang undang-undang hudud yang telah diluluskan oleh kerajaan Pas Kelantan tetapi masih belum dilaksanakan sehingga kini, di Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/MOHD. NAJIB MOHD. NOR


KUALA LUMPUR 2 April - Sekumpulan ulama pondok di Kelantan yang sebelum ini merupakan penyokong tegar Pas bertekad menolak keras parti tersebut selepas kepimpinan parti berkenaan gagal mempertahankan kalimah Allah.
Menurut mereka, persetujuan Pas bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh orang bukan Islam dalam kenyataan bersamanya dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 8 Januari lalu sememangnya tidak boleh diterima.
Ini kerana perkara tersebut amat berkaitan dengan usaha memelihara kesucian akidah Islam.

Ketua Penerangan Minda Pondok, Harun Yahya berkata, tindakan Pas itu amat mengecewakan umat Islam, khususnya para ulama kerana parti itu dilihat menyokong fahaman pluralisme iaitu yang amat bercanggah dengan Islam.
"Inilah hakikatnya sekarang. Di peringkat pemimpin memang payah hendak kita perbetulkan, cuma apa yang boleh kita lakukan ialah memberitahu dan memaklumkan kepada rakyat dan pengikut-pengikut Pas agar jangan sokong parti ini lagi," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya tentang kedudukan Pas yang masih bersekutu dengan DAP dan PKR.
Lebih malang lagi, Pas sehingga hari ini belum menarik balik ketetapan yang dibuat bersama DAP dan PKR bahawa orang bukan Islam boleh menggunakan kalimah Allah walaupun Majlis Syura Ulamanya telah membuat keputusan sebaliknya.

Harun yang merupakan tokoh ulama pondok turut menyelar tindakan sesetengah pihak yang menggunakan hujah Ayat 25 surah al-Luqman bagi membenarkan bukan Islam boleh menggunakan kalimah Allah.

"Sekali imbas bagi orang yang tidak belajar kata, ini hujah orang bukan Islam boleh guna kalimah Allah. Sedangkan tidak betul. Orang bukan Islam tidak akan mengaku keesaan Allah. Mereka tetap mensyirikkan Allah.
"Adakah kita mahu mengaku manusia ini bertuhankan Allah sedangkan mereka mensyirikkan Allah?" ujarnya.

Tegas beliau, di peringkat ini, setiap umat Islam mahu tidak mahu wajib mempertahankan kalimah Allah iaitu kalimah suci berkenaan hanya untuk orang Islam.

"Perjuangan ini adalah jihad dan inilah perjuangan Rasulullah SAW. Rasulullah sendiri pernah bersabda yang bermaksud 'Aku diutuskan sehingga manusia menyebut tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu Pesuruh Allah'," katanya.

Penasihat Minda Pondok, Abdullah Saamah pula berkata, tindakan Pas yang bersekongkol dengan DAP telah menggalakkan konsep pluralisme agama yang jelas bercanggah dengan Islam.

Tegas beliau, perkara tersebut amat berkait rapat dengan soal akidah.
Berbanding dengan UMNO, katanya, parti itu sentiasa mempertahankan kesucian akidah Islam termasuk kalimah Allah daripada disalahgunakan.

Oleh itu katanya, menjadi kefarduan kepada setiap umat Islam memberikan sokongan kepada kerajaan seperti ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahli Jawatankuasa Minda Pondok, Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff al-Hafiz berkata, budaya fitnah yang amat berleluasa di dalam Pas menyebabkan para ulama pondok di Kelantan tidak lagi mahu menyokong parti itu.

Beliau berkata, sejak dahulu Pas hanya tahu menghasut rakyat dengan fitnah-fitnah yang sengaja ditaburkan terutama menuduh UMNO menolak Islam.

"Tidakkah mereka tahu bahawa dosa memfitnah itu lebih besar daripada membunuh dan tidakkah mereka sedar pada hakikatnya UMNO merupakan sebuah parti yang mempertahan, menegakkan dan mengembangkan Islam?
"Semuanya ini disebut dengan jelas di dalam Perlembagaan UMNO," ujarnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130403/po_01/Ulama-pondok-tegas-tolak--terus-Pas#ixzz2PNEHRKiN
© Utusan Melayu (M) Bhd 
Read full post »

Isnin, Januari 21, 2013

Response kepada kenyataan TUN M - Pemberian Kerakyatan Sebelum Merdeka ANGKARA Tunku Abdul Rahman?

0 comments


Dr M syor s'jaya siasat pemberian kerakyataan sebelum merdeka


  • 8:08PM Jan 19 2013 (Malaysia Kini)
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan agar ditubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu pemberian taraf kerakyatan kepada sejuta pendatang asing di Persekutuan Tanah Melayu sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan.  
    
"Saya hanya mencadangkan sahaja, dan tidak serius tentang itu
(melaksanakannya)...tetapi jika mahu menjalankan siasatan mestilah secara menyeluruh, ia tidak adil sekiranya hanya fokus kepada satu perkara sahaja dan tidak perkara lain.





Selain itu, katanya, pemberian taraf kerakyatan kepada sejuta pendatang asing di Persekutuan Tanah Melayu sebelum merdeka dilakukan Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj walaupun ia tidak termaktub dalam undang-undang ketika itu.



- Bernama
http://www.malaysiakini.com/news/219422


Berikut adalah response TMP kepada kenyataan TUN M diatas.

Menurut sejarah, Almarhom Dato Onn bin Jaafar menentang pemberian kerakyatan kepada warga asing sehingga menyebabkan MCA berpihak kepada UMNO dalam pilihanraya Penbandaran 1952.

Dato Onn sangat menentang perkara ini tetapi UMNO dibawah Tunku Abdul Rahman menggunakan kesempatan yang ada dengan pemberian 1 juta kerakyatan kepada warga asing menurut kepentingan MCA yang mewakili orang Cina pada waktu itu dan juga British yang sememangnya sayang kepada perniaga-perniaga Cina yang banyak membantu mereka mengaut kekayaan Malaya ketika itu.


Bagaimanapun dalam tempoh tiga tahun, hubungan antara MCA dan IMP menjadi tegang, disebabkan apa yang dikatakan ketakbekerjasamaan Dato' Onn terhadap persoalan kewarganegaraan.

Pada tahun 1952, Akta Kewarganegaraan diluluskan yang mengenakan sekatan terhadap orang-orang bukan Melayu.

Dato' Onn mengemukakan Akta Imigeresen 1952, 1953 dan Akta Perniagaan 1953 yang menjejaskan ahli-ahli Cina dalam IMP.

Pemusuhan antara Tan dan Dato' Onn bermula ketika Tan menyokong cadangan H.S. Lee untuk bekerjasama dengan UMNO dalam Pilihan Raya Perbandaran Kuala Lumpur pada Februari 1952.

Dato' Onn terang-terang mengkritik tindakan-tindakan politik orang Cina dan ini menyebabkan Tan dan MCA menyokong UMNO yang diketuai oleh Tunku "The Negotiator" Abdul Rahman. (Bab nego-nego ni kena tanya Pak Habib Janda Baik, Tunku yang habaq kat dia)






Berikut pula adalah ucapan Almarhum Dato Onn yang terakhir sebelum meninggalkan UMNO kerana pandangannya membuka keahlian BERSEKUTU bangsa asing kedalam UMNO dengan tidak mengurangkan sedikit pun kuasa Melayu tidak diterima ataupun disalah tafsir. Dan ternyata beliau telah melihat perkara yang bakal menghantui Umat Melayu Semenanjung, dan sememangnya pandangan jauh beliau adalah tepat!

"Oleh kerana saya mempunyai beberapa peluang dapat melihat satu gerak langkah atau cadangan yang hendak dijalan kan di Tanah Melayu ini mendatangkan kebimbangan kepada diri saya sendiri

Peta yang dinampak oleh kebanyakkan orang Tanah Melayu ini, barangkali ada berlainan sedikit atau sebanyaknya daripada peta yang terbentang didepan mata saya sendiri

Malangnya mulut saya tertutup.

Tidak dapat hendak menzahirkan kepada Umat Melayu Semenanjung ini apa yang diketahui oleh saya dalam masa menyempurnakan pekerjaan dan tanggungan saya itu,

malang saya berkata mulut saya ini tertutup.

Oleh kerana sekiranya dapat saya menzahirkan, saya percaya tiap2 seorang akan bersama-sama saya berdiri menuntut kemerdakaan Malaya itu.

Inilah kalinya yang akhir sekali saya bangun bercakap dihadapan wakil majlis ini sebagai Yang DiPertua UMNO.

Perkataan itu saya tidak mengubahnya.

Dengan ucapan ini maka saya tamatkan pekerjaan saya."

Almarhum Dato Onn bin Jaafar.
26 Ogos 1951






Read full post »

Jumaat, April 20, 2012

Secret files reveal Britain's controversial colonial past

0 comments
Secret files reveal Britain's controversial colonial past

Britain has released thousands of classified colonial-era files, including one that names United States president Barack Obama's father and another that warns of "anti-white" Kenyans studying in the US.

The papers - the existence of which was only revealed last year - cover controversial periods in Britain's post-imperial history including the Mau Mau uprising in Kenya and the Malayan emergency in the 1950s and 1960s.

The papers - the existence of which was only revealed last year - cover controversial periods in Britain's post-imperial history including the Mau Mau uprising in Kenya. [AFP]
Last Updated: Thu, 19 Apr 2012 07:39:00 +1000

British authorities brought the documents back to London at the time of those countries' independence due to their sensitivity, and the papers show they even planned to burn some of the other classified files.

The foreign office only admitted that it held the archives in January 2011, when four elderly Kenyans sued the British government over alleged abuses they suffered in British internment camps.

The cache of 8,800 files is being released in six batches by Britain's National Archive and ending in November 2013.

Mr Obama's father appears on a list drawn up by British officials of Kenyan students in the US as "OBAMA, Barrack H", British media reported.

Obama senior enrolled at the University of Hawaii in 1959 and married Anne Durham in 1961, with their son born later that year.

A memo from a British diplomat in Washington to London in 1959 sets out concerns about Kenyan students in the US, The Daily Mail newspaper reported.

"I have discussed with the State Department. They are as disturbed about these developments as we are. They point out that Kenya students have a bad reputation over here for falling into the wrong hands and for becoming both anti-American and anti-white," it quoted the memo as saying.

Other papers contain bureaucratic accounts of the British policy of seizing the livestock of people suspected of aiding the 1950-1962 Mau Mau insurgency in Kenya, during which more than 10,000 people were killed.

The papers also revealed efforts to deport Chagos islanders from the British Indian Ocean territories and plans to deport a Greek Cypriot leader to the Seychelles despite launching talks with him to end an uprising in Cyprus in 1955, the BBC reported.

Edward Hampshire, diplomatic and colonial records specialist at the National Archives, said some colonial administrators interpreted "very liberally" guidelines to send back to London anything that would embarrass Britain.

Archivists say documents that appear to be missing include some referring to the alleged 1948 Batang Kali massacre in British-controlled Malaya of 24 unarmed rubber plantation workers by British troops.

AFP

*Kita tidak tahu berapa banyak pembunuhan yang tidak direkodkan dan disembunyikan oleh British diera colonial dahulu. Barangkali jika disaman kerajaan British seperti yang dilakukan di Kenya tentu lebih banyak lagi yang akan terbongkar. Manuskrip Undang-undang Kedah yang telah dirampas oleh British dan dibawa balik itu sahaja sudah cukup menggegarkan sejarah kerajaan Melayu, apatah lagi rekod-rekod lain yang sengaja disembunyikan demi menjaga kepentingan British dan barua-barua mereka di Tanah Melayu ini.

Dan sehingga ke hari ini tiada satu laporan polis pun dibuat oleh orang-orang yang mendakwa mempertahankan Melayu terhadap dakwaan Dr KKK mengenai ketidakwujudan Hang Tuah. Itu pun sudah cukup untuk membuktikan ada sesuatu yang cuba disembunyikan oleh kerajaan Melayu yang ada sekarang.
Read full post »

Selasa, Mei 24, 2011

Ayuthia adalah kerajaan Islam Melayu

6 comments
Kuala Lumpur 24 Mei - Pelancaran Ekspedisi Jejak Warisan Jawi 2 telah berjaya dilancarkan petang tadi bertempat di Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia. Menterinya Dato Seri Utama Dr Rais Yatim berkata, Malaysia memerlukan anak-anak muda yang 'adventerous' dalam memperjuangkan sejarah bangsanya. 

"Kita tidak boleh lagi melihat bangsa kita dalam ruang lingkup yang kecil, kita bukan sahaja bersendirian di Malaysia ini malah bangsa Melayu itu ramai lagi di luar dari negara kita, jadi kita perlukan anak-anak muda Malaysia yang 'adventerous' untuk menjalankan tanggungjawab dan membuktikan perkara itu. Jawi itu bukan hanya setakat teks skrip sahaja."
Read full post »

Khamis, Mei 12, 2011

Jelajah 7 Negara Untuk Jejaki Sejarah Mutakhir Bangsa Melayu

0 comments
KUALA LUMPUR, 10 Mei (Bernama) -- Bagi menjejaki serta merungkai sejarah mutakhir bangsa Melayu di tujuh negara rumpun Melayu Islam, Kelab Putera 1Malaysia dan tiga badan lain akan menganjurkan program Ekspedisi Jejak Warisan Jawi (JWJ) 2 bermula 29 Mei hingga 18 Jun ini.

Presidennya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, ekspedisi yang turut bertujuan mempromosi Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang menarik dan selamat untuk dikunjungi itu akan meliputi Malaysia, Myanmar, Kemboja, Thailand, China, Vietnam dan Laos.

Katanya, ia dianjurkan bersama dengan Majma Budaya dan Warisan Jawi dengan kerjasama Blackwind Adventure Team.
Read full post »

Isnin, April 11, 2011

JWJ II Sidang Media

0 comments

Utusan Malaysia 11/04/2011

Sinar 11/04/2011


Read full post »

Rabu, Januari 20, 2010

U.S. Military Weapons Inscribed With Secret 'Jesus' Bible Codes - ABC News

0 comments

Coded references to New Testament Bible passages about Jesus Christ are inscribed on high-powered rifile sights provided to the United States military by a Michigan company, an ABC News investigation has found. The sightss are used by U.S troops in Iraq and Afghanistan and in the training of Iraqi and Afghan soldiers. The maker of the sights, Trijicon, has a $660 million multi-year contract to provide up to 800,000 sights to the Marine Corps, and additional contract to provide to the U.S Army.

U.S. military rules specifically prohibit the proselytizing of any religion in Iraq or Afghanistan and were drawn up in order to prevent criticism that the U.S. was embarked on a religious "Crusade" in its war against al Qaeda and Iraqi insurgents. One of the citations on the gun sights, 2COR4:6, is an apparent reference to Second Corinthians 4:6 of the New Testament, which reads: "For God, who commanded the light to shine out of darkness, hath shined in our hearts, to give the light of the knowledge of the glory of God in the face of Jesus Christ."

Other references include citations from the books of Revelation, Matthew and John dealing with Jesus as "the light of the world." John 8:12, referred to on the gun sights as JN8:12, reads, "Whoever follows me will never walk in darkness, but will have the light of life."
Trijicon confirmed to ABCNews.com that it adds the biblical codes to the sights sold to the U.S. military. Tom Munson, director of sales and marketing for Trijicon, which is based in Wixom, Michigan, said the inscriptions "have always been there" and said there was nothing wrong or illegal with adding them. Munson said the issue was being raised by a group that is "not Christian." The company has said the practice began under its founder, Glyn Bindon, a devout Christian from South Africa who was killed in a 2003 plane crash.

Is this another play by the Luciferians in waiting for the 'Antichrist'- a news intentionally created to spark hatred amongts us in the name of the new world order (rules in disorder)? What will happen if the word Allah instead of God is used on the weapon? Another ground-testing  by the Illuminati you guess, huh? Think for yourself.


Read full post »

Khamis, Oktober 01, 2009

Sebatan Cara Islam vs Civil (pagan) - Mana lebih selamat?

0 comments

































foto source: Siasah Bil 0167

Dalam usaha mendidik-menyedar dan mendisiplinkan masyarakat, yang mana satu lebih berperikemanusian atas fitrah semulajadi manusia?

Usaha menyedarkan masyarakat Islam dan bukan Islam tentang keadilan dan perikemanusian undang2 syariah mestilah bermula dari para pemimpin - para ulama (PERSATUAN ULAMA MALAYSIA) - cendekiawan Islam - graduan2 Universiti Islam - Tok Imam Masjid dan Surau - Tok guru Madrasah dan Pondok - geng2 Tabligh satu Malaysia dan lain-lain lagi.

Janganlah kita mengharapkan puak-puak 'taik politik' sahaja yang berdegar2 bercerita tentang Negara Islam tapi kita sendiri menyepi diri -- sebab TAK MAU AMIK TAHU.

(Berapa ramai orang Parti Islam yang masuk bank Islam dan berapa ramai pulak yang pakai Proton Saga?)

Jangan kita menyalahkan non-muslim dari luar dan dalam negara jika mereka mensensasikan isu2 yang salah (misconception) berkaitan Islam sedangkan kesalahan itu adalah dari kita sendiri.

Jangan kita biarkan PERSEPSI NEGATIF non-muslim mengenai hukum Islam menghantui rakan-rakan kita yang berbilang bangsa di Malaysia ini.

Sesungguhnya jika mereka tahu hikmah tersembunyi disebalik hukuman syariah itu, nescaya mereka sendiri akan merelakan diri mereka dihukum oleh cara Islam.

Cerita-cerita karut mengenai hukum sekejam POTONG TANGAN janganlah dibiarkan lagi bermaharaja lela -- rentikanlah!

Berentilah membuat 'political statement' mengenai Negara Islam ka Islam Hadhari ka, tanpa memberi penjelasan yang secukupnya -- masalah ketara yang kita hadapi hari ini adalah kerana kurangnya PENJELASAN!

Islam bukan agama yang kejam -- sebab Allah s.w.t tidak ada sifat kejam.

---------------------------------------------

Penjelasan Dr Mahathir mengenai Hukum Allah - terima kasih sebab amik berat pasal isu ni.

HUKUM ALLAH

| | Comments (12) | TrackBacks (0)

1. Apabila sesuatu dilakukan dengan nama Islam, ramai yang cepat berkata ia adalah hukum Allah yang perlu kita lakukan. Kita jarang bertanya samada sesuatu itu benar-benar hukum Allah.

2. Saya tertarik dengan rencana bekas mufti Perlis
(baca disini) berkenaan dengan kononnya Islam melarang gosok gigi di bulan puasa. Kononnya mulut yang bau busuk kerana berpuasa sebenarnya harum seperti bau kasturi. Ini diulangi berkali-kali dalam televisyen.

3. Benarkah pendapat ini adalah hukum Allah?



4. Sebenarnya hukum ini tidak terdapat dalam Al-Quran. Mungkin ada hadith yang menyarankan bahawa ini adalah ajaran Islam (yang diwajibkan). Tetapi kita tahu banyak hadith yang diterima oleh sesetengah daripada orang Islam adalah lemah atau bukan hadith yang sebenarnya.









5. Sebab itu kita dapati banyak perbezaan daripada segi kepercayaan dan amalan oleh orang Islam di negara-negara Islam. Ada negara Islam di mana purdah atau hijab diwajibkan walaupun oleh perempuan yang sudah tua. Al-Quran tidak mewajibkan wanita tutup muka dan tangan. Bolehkah kita kata amalan pakaian purdah ini adalah hukum Allah?


6. Larangan bagi wanita bersekolah untuk menuntut ilmu juga tidak terdapat dalam Al-Quran atau hadith sahih.


7. Membunuh wanita kerana memalukan keluarga juga tidak ada. Tetapi di beberapa buah negara Islam dilapor berkenaan dengan wanita dibunuh oleh bapa atau abangnya kerana perbuatan tertentu. Islamkah ini? Hukum Allah kah ini?


8. Dalam melaksanakan hukum Islam, Al-Quran menyebut tentang hukuman yang setimpal. Demikian mata dibalas dengan mata, telinga dengan telinga dan seterusnya jiwa dengan jiwa. Dalam pada itu Al-Quran menyebut sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka itu menjadi penebus dosanya.


9. Sesungguhnya Allah s.w.t. menyukai orang yang bertimbangrasa dalam mengena atau melaksana hukum. Yang diutamakan dalam Al-Quran ialah apabila menghukum, hukumlah dengan adil. Terdapat 43 ayat yang menyebut tentang pentingnya hukuman yang adil. Beberapa ayat lagi menegah perbuatan yang zalim.


10. Seperti yang kita semua maklum, alim ulama memahami dan membuat tafsiran berpandu kepada isi kandungan Al-Quran dan hadith dan kitab tulisan ulama silam. Oleh kerana alim ulama bukan rasul kefahaman dan tafsiran mereka tidaklah selalunya sama antara satu dengan yang lain. Demikianlah kelainan antara pendapat dan kefahaman mereka sehingga berlaku perpecahan dan permusuhan dikalangan orang Islam dan rusuhan serta bunuh-membunuh antara mereka.


11. Soalnya apakah mungkin semua alim ulama benar-benar berpegang kepada hukum Allah apabila memberi pendapat atau membuat fatwa? Jika ya, kenapakah ajaran mereka tidak sama dan begitu bertentangan antara sesama mereka?


12. Atau apakah ada diantara mereka yang secara sengaja atau tidak sengaja, telah membuat tafsiran yang salah berkenaan apa yang dikatakan hukum-hukum Allah. Kerap ternampak mereka seolah-olah tidak puas hati dengan kesederhanaan dan kelonggaran yang terdapat dalam Islam.


13. Oleh kerana ada kemungkinan salah tafsiran berlaku janganlah kita terlalu cepat berkata bahawa hukum yang ditentukan oleh alim ulama adalah hukum Allah dan dengan itu kita tidak boleh mempersoalkannya dan kita akan berdosa jika kita abaikannya.


14. Oleh itu sebelum menghukum atau menjalankan hukuman tidak bolehkah kita bertanya dahulu adilkah hukuman yang dikenakan? Dan benarkah hukuman yang dikenakan adalah hukum Allah?


15. Kita juga harus diberitahu dari mana puncanya hukuman yang dijatuhkan, sebelum kita terima hukuman berkenaan adalah hukum Allah.


16. Dan janganlah kita lupa bahawa Allah suka kepada mereka yang bertimbangrasa dan tidak keterlaluan dalam melaksanakan hukum.


17. Juga harus kita jaga kebaikan nama Islam dan tidak melakukan sesuatu yang akan mencemarkannya.


18. Kita disuruh berdakwah dan mengembangkan agama Islam. Kita sendiri berbahagia kerana menganut agama Islam disebabkan pedagang Islam dari negara Arab dan India telah menunjuk kebaikan dan keadilan dalam Islam. Jika kita melakukan sesuatu yang sebenarnya bukan dari ajaran Islam dan ini menyebabkan orang lain menjauhkan diri dari Islam, apakah kita mematuhi tugas berdakwah yang diwajibkan keatas kita semua?


Wallahua'alam.

Read full post »
 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger