"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
THEMALAYPRESS - FIKIR DENGAN KRITIS | TERUS MELANGKAH LEBIH JAUH.

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Terima kasih kepada para pembaca yang masih setia mengikuti blog ini!
~ MOHAB (Blog layout versi 1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Rabu, November 13, 2019

Hari Melayu Sedunia ke 5 Menuntut Perpaduan Melayu di Nusantara.













Catatan 1:
Tanggal 12 RabiulAwal 1441H bersamaan 9 November 2019 menyaksikan satu lagi acara bersejarah untuk umat Melayu di Nusantara. Pada tarikh keramat tersebut umat Melayu bersama-sama seluruh umat Islam seluruh dunia menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad SAW. Satu rahmat yang memberi sinar iman dan Islam memadamkan api kejahilan bukan hanya kepada manusia malah seluruh alam dan kehidupan seisinya.

Pada tarikh inilah Majlis Muafakat Melayu telah mengambil ketetapan untuk menyambut hari yang penuh berkat itu dengan sambutan Hari Melayu(HM), demi mengenang jasa dan perjuangan Nabi Muhammad SAW dan para sahabat yang telah menyampaikan dakwah Islamiah kepada umat Melayu rantau Nusantara. 

Sesungguhnya Melayu itu ialah bangsa yang telah lama wujud di dunia ini, mereka telah pun menjadikan Islam sebagai agama dan memang tidak dapat dipisahkan dengan Islam, maka lahirlah ungkapan bahawa “Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu”. Tatkala bergelar Melayu maka sudah tentu berbezalah adab budaya, tatasusila secara susun atur masyarakat serta akhlak peribadi yang menuntut satu kemestian menurut model peribadi dan akhlak Rasulullah SAW yang bersifat siddiq, amanah, tabligh dan fatanah dan bertauhid kepada Allah swt. Sudah semestinya berbeza dengan kaum jahiliah yang tidak mempunyai model ikutan dan kitab yang tetap sumber hukumnya.

Hari Melayu ke-5 yang berlansung di Alor Setar, Kedah pada tahun ini merupakan lanjutan daripada HM1 yang berlangsung di Shah Alam tahun 2014, HM2 2015 di Kuala Kangsar - Perak, HM3 di Balik Pulau - Pulau Pinang, HM4 Shah Alam - Selangor dan HM5 di Alor Setar - Kedah.

Sambutan HM5 kali ini amat menggalakkan dengan kehadiran lebih kurang 1000 peserta yang terdiri daripada lebih kurang 30 pertubuhan NGO dan juga orang perseorangan serta para pengkaji sejarah tempatan.

Selain bacaan salawat dan qasidah, sambutan ini juga diserikan lagi dengan persembahan silat antaranya oleh pertubuhan Silat Kuntau Jawa-Pulau Pinang, Silat Sendeng Jebak Purba, Persatuan seni silat (PSS). PSSGM - Naga rimba, PSS Minangkabau Kumango, Gayong Makrifat Qital Fisabilillah, Perguruan Seni Silat Tradisi Terlak Nata (aliran Taralak Minangkabau) Kuala Ketil dan bacaan sajak, pameran keris, gerai busana Melayu, gerai buku-buku kesenian dan kebudayaan, gerai makanan sunnah dan macam-macam lagi.

Satu yang menarik mengenai HM5 kali ini yang turut disertai oleh unit Arkeologi, Pusat Kajian Arkeologi, Univesiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Menurut seorang pengkaji sejarah tempatan yang ditemubual Ku Azmi Ku Seman, “kajian dan sumber terkini yang didapati menunjukkan tamadun Sungai Batu ini lebih lama daripada tamadun Mohenjodaro dan Harappa iaitu 2500 tahun sebelum masehi.

Kompleks Sungai Batu telah diktiraf sebagai Tapak Tamadun Terawal di Asia Tenggara malah lebih lama dari tamadun Mohenjodaro dan Harappa di Asia Tengah.” - katanya lagi.

Sebagai ummat Melayu yang beragama Islam, dan ummat yang tertua di muka bumi ini, kita seharusnya bersyukur dan sentiasa menginsafi diri akan peripenting untuk bersatu hati, mempertahankan agama dan bangsa dari sebarang agenda cubaan untuk merosakkan jati diri serta warisan yang mereka warisi sejak zaman berzaman.

Sesungguhnya dengan adanya HM ini, diharap ia dapat seluruh umat Melayu dapat mengingsafi diri, belajar dan mengenal siapa nabi kita junjungan besar nabi kita serta menetapkan satu keazaman untuk bersatu hati dan berpadu di bawah payung rahmat semoga beroleh syafaat Baginda Muhammad SAW. 

MOHAB
12 Rabiul Awal 1441H | 9 Nov 2019 
Menara Alor Setar, Kedah Darul Aman.

Catatan 2:
Sambutan Hari Melayu Sedunia Kali Ke-5 sehari suntuk berlangsung di Menara Alor Setar, Alor Setar. Ianya anjuran Majlis Muafakat Melayu (MMM) bersempena Sambutan Maulidul Rasul 1441H.

Pengisian acara pagi ialah Perarakan Maulud dan Selawat kepada Nabi SAW dan perasmian oleh Dr Emil Azril Bahari, Pengarah Kedah Tourism Sdn Bhd. Di samping itu ada pameran dan jualan serta persembahan budaya Melayu di kawasan bawah Menara Alor Setar.

Selanjutnya pada petangnya berlangsung Sidang Khas Hari Melayu bertema, Ke Arah Membina Muafakat Melayu. Ianya diadakan di Starsky Restaurant & Lounge, Menara Alor Setar.

Pengisiannya taklimat khas oleh Ustaz Zaid Muhammad Mohd Rais, wakil MMM. Beliau memaklumkan Sambutan Hari Melayu Sedunia masuk kali kelima, iaitu Shah Alam (2015), Kuala Kangsar (2016), Balik Pulau (2017), Shah Alam (2018) dan Alor Setar (2019).

Ketua Penolong Pengarah Setiausaha Kanan di Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya Malaysia (MOTAC), Puan Zubaidah Mokhtar menyampaikan taklimat berkaitan Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan pelbagai insentif untuk penggiat seni dan budaya tanah air.

Seterusnya Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK), Dr Ibrahim Bakar Langkawi berkisah sejarah Kedah lampau iaitu Perang Musuh Bisik pada perjuangan pahlawan Kedah menentang Siam. 

Penyair tersohor dan aktivis Persatuan Penulis Nasional (Pena), DrIbrahim Ghaffar menyampaikan Tujuh Wasiat Raja Melayu menggugah rasa khalayak.

Dua buah lagu puisi karya aktivis MMM, Saiful Anwar Yahaya iaitu 'Aku Melayu' dan 'Musuh Bisik' alunan Muhammad Isney Khalid daripada Persatuan Seni dan Budaya Warisan Melayu Jawi (WARIS ALAM). Turut diserikan alunan muzik daripada Persatuan Penggerak Seni Warisan Balik Pulau, Pulau Pinang.

Deklamator puisi daripada Angkatan Sasterawan Nasional Kedah (ASASI) ialah Ruhie Isma, Puzi Hadi dan Adi Muzaffar. Puzi Puzihadi dengan sajaknya 'Merah, Biru, Kuning dan Hijau'. Turut hadir ahli Asasi ialah Faizal Mehat Faizal, Hamli Asadi Almalini dan Umairah Majdah.
Catatan : Puzi Hadi pengerusi angkatan sasterawan kedah

0 comments:

Catat Ulasan

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.

 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger