"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.
~ MOHAB (1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Selasa, Mei 24, 2011

Ayuthia adalah kerajaan Islam Melayu

Kuala Lumpur 24 Mei - Pelancaran Ekspedisi Jejak Warisan Jawi 2 telah berjaya dilancarkan petang tadi bertempat di Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia. Menterinya Dato Seri Utama Dr Rais Yatim berkata, Malaysia memerlukan anak-anak muda yang 'adventerous' dalam memperjuangkan sejarah bangsanya. 

"Kita tidak boleh lagi melihat bangsa kita dalam ruang lingkup yang kecil, kita bukan sahaja bersendirian di Malaysia ini malah bangsa Melayu itu ramai lagi di luar dari negara kita, jadi kita perlukan anak-anak muda Malaysia yang 'adventerous' untuk menjalankan tanggungjawab dan membuktikan perkara itu. Jawi itu bukan hanya setakat teks skrip sahaja."


Dalam perkembangan yang berkaitan Dr Rais juga mencadangkan agar di adakan satu dokumentari tentang perjalanan yang bakal dilalui oleh ekspedisi Jejak Warisan Jawi 2 anjuran Majma Budaya dan Warisan Jawi dan Kelab Putera 1Malaysia itu.

Disamping itu, Ekspedisi JWJ 2 ini juga mendapat perhatian para pengkaji sejarah bangsa Melayu daripada universiti tempatan. Mereka (pengkaji) yang telah lama membuat kajian tentang sejarah Bangsa Melayu itu turut sama menyokong usaha yang sedang dijalankan oleh pihak MAJMA. Mereka juga mendakwa, menurut hasil kajian mereka, kerajaan Melayu itu luas sehingga ke seluruh Indo-China.

"Kita akan mendedahkan satu sejarah baru yang berlainan daripada apa yang dipelajari disekolah dan perkara ini akan dibawa ke atas untuk perhatian menteri Pelajaran Malaysia," kata salah seorang dari pengkaji sejarah tempatan yang sebelum itu telah membuat 'presentation' tentang penemuan dan sejarah baru bangsa Melayu kepada beberapa orang peserta JWJ2 dalam sebuah slot khas.

"Ayuthia adalah sebuah kerajaan Melayu yang telah di 'hijack' sejarahnya oleh bangsa Tai, dan kami sedang berusaha mendapatkan keputusan terkini dari pihak Perancis untuk menyakinkan lagi kajian kami bahawa kompleks di Ayuthia itu adalah binaan masjid," kata pengkaji (Dr.) yang dirahsiakan namanya buat masa ini.

"Siam dan Tai itu dua bangsa yang berlainan, kajian linguistik membuktikannya, Siam, Champa itu adalah Melayu," tambahnya lagi.

Apabila ditanya tentang bangsa Mala dan sejarah mistik dan sebagainya, mereka mendakwa perkara seumpama itu tidak boleh diguna pakai kerana ia berasaskan khayalan semata-mata.

"Itu semua berasaskan khayalan," menurut Dr. itu lagi.


Upacara Pelepasan Konvoi JWJ2 Banggunan Sultan Abdul Samad, KL 


Silat adalah diantara persembahan rutin yang bakal diadakan di 7 buah negara

 Upacara Pelepasan Konvoi JWJ2 Banggunan Sultan Abdul Samad, KL 


Sidang Media.

*feel free to copy photos but not to be uploaded in facebook, and not for commercial usage. All right reserved.

rgds





6 comments:

  1. siaplah mokcik sri kandi al-manjalara dgn teori mala dan melayu hindu buddhanya. ramai dah pembaca blog d tipu oleh mok cik srikandi ni sekali dgn ratusan ulasan palsu tanpa nama, kononnya dia d pihak yg berani kerana benar. allahu akbar. wsslm.

    BalasPadam
  2. Astaghfirullah...apa yang Encik Tarmizi merepek ini?Main serkap jarang aje.Saya bukan makciklah.Dari situ saya tahu Encik Tarmizi punya tabiat suka mereka-reka cerita.Kedah Syburi Encik Tarmizi itu semuanya muhong.

    ;D

    Kalau saya anak jati Kedah,dah lama saya marah dengan perkataan 'Syburi' itu.Itu perkataan penjajah Thai yang dok bubuh.Itu yang Encik Tarmizi suka sangat.Mungkin pasal Encik Tarmizi bukan jurai Merong Mahawangsa tapi jurai Chulalongkorn Chameleon.

    :D

    Sudahlah,hentikan menempel kat jurai kaum kerabat Raja Ligor tu.Jangan dok campur aduk sejarah dan budaya Thai-Mon dengan sejarah Melayu.Buat serabut aja.

    Jangan marah... ^-^



    ~Srikandi

    BalasPadam
  3. siap sedialah keturunan manjalara dan spachandera dan juga yang pro laman web mistis..

    sejarah sebenar sudah hampir pasti terlerai..

    Ku inginkan terataiku sayang
    Berseri seperti semula
    Teratai bunga indah

    BalasPadam
  4. Encik Malaypress,

    Anda tidak perlu takut pada saya.Jika sejarah realiti ini benar,maka anda perlu berani dan kuat.Buktikan saya silap.

    Memadamkan komen sebegini hanya mengurangkan kredibiliti anda.Memperjuangkan sejarah,jiwa kena berani.Anda boleh lihat bagaimana saya berjuang selama ini

    (walaupun saya mengkritik sejarah realiti anda),saya kritik dan serang hujah lawan,BUKANNYA PERIBADI.Saya tidak menggelar-gelar nama lawan-lawan saya.Jika

    Krizalid,saya sebut betul-betul namanya.Saya hormat lawan saya.

    Saya sebut dengan hormat nama 'Megat Jefri' itu.Kini saya di utara dan saya berada di sekeliling kerabat Raja Ligor terakhir,Syariff Abu Bakar yang bergelar

    Nai dan Nang.Megat Jefri tak usah sorok lagi.Saya tahu nama dia.

    Saya hormati tindakan anda.Namun jangan rendahkan kredibiliti anda di mata saya dan peminat sejarah.Berani kerana benar takut kerana salah.



    ~Srikandi
    'the girl who not attend ur candlelight dinner'

    BalasPadam
  5. Askm saudara Herman,

    Salam perkenalan, tahniah kerana menyiarkan ekspidisi Konvoi JWJ2 yang di lancarkan dengan jayanya olek Pak Menteri kita hari tu.Tapi ada orang yang blog nya taklaku dan keras hati, tak dapat hidayat mengamuk tentang kehebatan Melayu Jawi ni, sebab Ibnu Brus Pok Kra ni lebih suka kerajaan Melayu hindu Budhanya.

    Mungkinkah Pok Kra yang hanya tahu sejarah Segenting Kra ini di upah untuk menghina Melayu Jawi sebagai bodoh dan tidak beragama dan tidak bertamadun.....wasalam.

    BalasPadam
  6. ~Srikandi
    'the girl who not attend ur candlelight dinner'

    oklah, dinner heavy kottt..ke takut api? oo jaga badan eh. ok jom p funfair i belanja popkon?

    BalasPadam

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.

 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger