"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
THEMALAYPRESS - FIKIR DENGAN KRITIS | TERUS MELANGKAH LEBIH JAUH.

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Terima kasih kepada para pembaca yang masih setia mengikuti blog ini!
~ MOHAB (Blog layout versi 1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Rabu, Jun 10, 2009

Usaha Menyekat Sejarah Reality Umat Melayu & Islam

7 comments
Nampak gayanya usaha untuk menyekat dan menggelapkan pengkisahan Sejarah Reality Umat Melayu dan Islam masih berterusan. Ada pihak yang tidak gemar melihat umat Melayu mendapatkan kembali jati diri mereka yang sebenar. Maka tuan-tuan fikirkanlah sendiri. Melayu dibumi Melayu sudah tidak ada kebebasan bersuara menegakkan kebenaran. Ini bukan cerita politik. Ini cerita sejarah! Adakah kerana usaha hendak mengkaji semula - RESEARCH - mencari asal-usul umat Melayu itu menjadi satu yang 'abusive' yang akan menimbulkan ancaman dan perbalahan? Sungguh tidak masuk akal sama-sekali. Melainkan pada 'orang-orang' yang tidak berakal!

2. "If speaking up for the Malays is considered racist then are the Malays to be denied their right to speak for themselves"

Manuskrip Undang-undang Kedah yang menjadi bukti utama Sejarah Reality ini dibawa kembali ke Tanah Melayu atas hasil usaha Dr. M dan juga para penterjemah Dewan Bahasa dan Pustaka. Menafikan isi kandungannya samalah juga seperti kita menafikan usaha-usaha keras dan penat lelah mereka selama ini.

No Retreat. No Surrender.
THEMALAYPRESS.
Read full post »

Selasa, Januari 13, 2009

Siapa Uncle Sam?

14 comments
Siapa sebenarnya Uncle Sam dan apa itu Hollywood?


------------------------------------------------------------------------------------------
"Tidak akan kiamat dunia ini selagi Yahudi tak kalah perang".
(Kalau ikut pada perkembangan terkini di Palestin, nampak gayanya lambat lagi nak kiamat, boleh lepak boleh releksla lagi...legaaa)
Sila refer kisah: Perang Enam Hari 1967 - Fasa Kejatuhan Tentera Bangsa Arab. Antara sebab kenapa Arab Mesir menjadi bodoh seperti yang kita lihat hari ini! 
Siapakah pengkhianat yang perlu bertanggungjawab dalam memporak-perandakan segala hal berkaitan penyatuan umat Islam yang telah terjalin sekian lama? Mana punca dan silapnya? Sila refer: WW1 Penutup Perang Sabil? 
Mereka mengkaji dan telah berjaya dalam perlaksanaan agenda mereka. fikirkan...baru je 200 tahun.
Read full post »

Isnin, September 22, 2008

Malaysians were actually from Indonesia, China and India?

0 comments

KUALA LUMPUR: A historian has blamed politicians for the country’s deteriorating race relations. Racial politics were souring relations, Professor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim told a forum on integrity held at the Institut Integrity Malaysia yesterday.

“Every time there is an election, they will instigate by raising racial issues. In politics, they always try to find shortcuts,” he said.

Khoo said the government should get the politicians to stop making such statements.

“There is no use in making such statements. All you get is heartache,” he said.

Speaking to reporters later, Khoo said the politicians should be ready to serve sincerely.

“Currently, many politicians have their own agenda. However, they should realise that they are accountable to the rakyat,” he said.

Khoo said the Sedition Act was sufficient to handle individuals who created unrest, adding that the Internal Security Act was “not right” and went against the beliefs currently held by most governments in the world.

On the proposed Race Relations Act aimed at strengthening ties among the different races, Khoo said non-governmental organisations and other sectors of society could be approached for feedback, but politicians should be the last choice in providing input for the law.

“The idea is good, but we still have to see what the contents are. Maybe we can get input from other sectors as well as NGOs. Politicians should be avoided if it is possible,” he added.

Khoo said Malaysia was a complex country with its people coming from three major countries — Indonesia, China and India.

“Some of them brought ideals from their home countries and what they experienced at the time pulled them apart.”

Another speaker at the forum, social anthropologist Sarjit S. Gill said politicians today were to blame for the increasing rift between the races.

“The problem is not with the rakyat, it is with the politicians. The politicians have to understand other people’s culture — not just their own.

“The people in the top leadership are a bit confused. I think they need to attend some courses,” he said.

Sarjit said the proposed Race Relations Act needed to be inclusive of every segment of Malaysian society, including the Orang Asli and Penans.

----------------------------------------------------------------------

Komen Penulis di Politicians blamed for poor race relations (Anwaribrahimblog.com):

The Malay Press

Sep 22nd, 2008 at 10:33 pm

“Khoo said Malaysia was a complex country with its people coming from three major countries — Indonesia, China and India”. 

What are you trying to say Mr Khoo? The Malay comes from Indonesia? I think you are wrong. People migrate from mainland to island not from island to mainland. Your theory is somewhat conflicting with the theory of migration. 

The real thing is people in Indonesia are originated from from Semenanjung, and not vice versa. That is why the Malay language can be understood by all in Nusantara. Why not? Because it comes from a single source/ single root which is the Golden Peninsula. (Semenanjung Emas Tanah Melayu). 

Again, I think you are trying to deny(hide) something here Mr Khoo. The history has to be re written. But please do not use your profship to twist or mislead the fact.

Thanks Prof.

The Malay Press

--------------------------------------------------------------------------

Nota Penulis (updated 05/10/08):

Usaha Menafi Hak Melayu

Kebelakangan ini ada banyak usaha untuk menafikan hak-hak 'Melayu' dari pelbagai sudut. Melayu itu walaupun 'bahasa' tetapi telah membentuk sebuah bangsa yang mempunyai sejarah yang panjang semenjak zaman Raja Iskandar Zulkarnain lagi. Malahan, cerita Raja Iskandar Zulkarnain yang membawa agama tauhid ada terdapat di dalam Al Quran Karim (refer Surah Al Kahfi). Dan pemerintah2 sebenar bangsa 'Melayu' (yakni Sultan2 yang hak) dari zaman dahulu sampai sekarang pula mengamalkan adat2 Raja Iskandar Zulkarnain yang mengikut syariat Nabi Ibrahim. Tahukah kita, berKERIS Melayu itu sebenarnya menjunjung adat siapa? (refer Teks Undang-Undang Kedah, Mariyam Salim, 2005). 

Indonesia Sudah Tiada Bersultan

Hari ini, orang Republik Indonesia sudah tiada lagi bersultan, padahal dahulunya ada! Sultan Acheh - Sultan Riau-Lingga, Sultan Langkat dan sebagainya. Manakala Islam mereka pula jauh lebih awal dari Islam Melaka, dan boleh jadi terkemudian dari Islam Kedah. Tetapi, jika kita buka buku sejarah hari ini, asal Parameswara Hindu Melaka pula dikata punca segala sultan di Semenanjung ini. Contohnya, sultan pertama negeri Pahang; Sultan Muhammad Syah dikatakan berasal dari waris Sultan Melaka (Sultan Mansyur Syah) yang telah di hantar ke Pahang kerana kes pembunuhan Tun Besar anak Tun Perak. 

Walhal hari ini, terang2ngan adat istiadat DiRaja Pahang be-replipka-kan adat istiadat Kesultanan Siam Islam, contohnya berpakaian kuning, tembakan meriam sebelum Solat Hari Raya(refer UUK) dan sebagainya. Jadi jika waris Sultan Melaka, mana pergi adat DiRaja Parameswara Hindu Melaka? 

Memang tidak dinafikan bahawa Pahang Tua adalah salah satu dari wilayah kerajaan Siam Islam satu masa dahulu, nama Kg.Langgar di Pekan, adalah contoh bukti yang nyata.

Fantasi Penulis Upahan Barat

Fantasi dan imiginasi penulis upahan Barat mengatakan bahawa, siParameswara membuka Negeri Melaka selepas melihat Pelanduk/Kancil/Kijang menendang anjing buruan dibawah pohon Melaka. Baiklah, persoalannya, dari mana datang 'Code of conduct' atau protokol balairong serinya 'Negeri Melaka' itu? Adat raja manakah yang menjadi sandarannya? Mana rootnya? Sekurang2nya Sultan Kedah ada bukti yang nyata (realiti) Manuskrip Undang2 Kedah yang berpaksikan syariat Islam!

Oleh itu, cukup2 lah melabelkan TOK NENEK orang 'Melayu' ini asalnya Hindu Indonesia (jika itu yang dimaksudkan Prof.KKK), sebab adat istiadat kita pun tidak refer kepada agama Hindu. Kita bukan asal dari Palembang, orang Palembanglah yang sebenarnya berasal dari semenanjung. 

Bahasa Melayu Sebagai Perbandingan

Untuk memudahkan perbandingan, ambil satu contoh iaitu bahasa. Adalah logik jika kita mengandaikan bahawasanya bahasa Melayu terkembang dari satu punca kepada banyak, lalu menjadi lingua franca di Alam Melayu. Agak kurang tepat jika dikatakan bahasa Melayu itu asalnya dari beratus2 pulau lalu bercamtum menjadi satu. Kerana,setiap pulau, malahan setiap negeri diSemenanjung inipun mempunyai dialek dan loghat yang tersendiri apabila berbahasa Melayu. Tetapi faham pula masing2 jika berbahasa baku diantara satu sama lain! Bahasa baku itulah 'root' yang standard dalam perbendaharaan kata di Alam Melayu.

Lagipun, mana mungkin orang tanah besar berasal dari pulau, sedangkan pulau Jepun pun mempunyai sejarah yang berasal dari tanah besar China, orang pulau England pun asalnya Saxon dari Germania, orang pulau Singapura pun asalnya dari Semenanjung, termasuklah Pulau Pinang.

Banjir Besar Nabi Nuh A.S

Bagi mereka2 yang beriman, Kisah Nabi Nuh A.S sebenarnya telahpun membantalkan teori manusia berasal dari pulau, dari beruk dan sebagainya. Selepas banjir besar, dimanakah kapal Nabi Nuh A.S tersadai? Di tanah besar atau di pulau? Ini membuktikan yang pulau memang asalnya tiada penghuni, pergilah check mana2 pulau yang ada dimuka bumi ini, contoh paling dekat - Pulau Batu Puteh. Sebab itu timbul perkataan 'pulaukan' - 'disconnecting-boycott etc'. Maka jika diputuskan 'Tambak' makna terpulaulah ia dengan sendirinya.

Berhenti Mengambil Sejarah Berasas Teori Evolusi

Maka, beringatlah bahawasanya sejarah Bangsa Kita sudah ditonggang-langgang dan dikacau bilaukan oleh Barat dan sekutunya. Manuskrip dan segala dokumen2 penting kita telah habis hangus dibakar bersama kapal Fame...

Oleh itu, kepada para sejarawan yang beriman, tong sampahkan ajelah teori evolusi/materialis barat yang terang2 menolak kekuasaan Allah S.W.T dengan mengada-ngadakan teori Big Bang! Kalau sedetik kita percaya asal penduduk bumi ini orang asli maka rosaklah aqidah.  Mana hendak dicampak kisah Nabi Adam A.S dan nabi2 sesudahnya? Jadi, banyak2kan istighfar dibulan Ramadhan yang mulia ini.

Dengan ini, kepada sejarawan yang meneorikan asal penduduk semenanjung dari Indonesia, penjelasan serba ringkas telah diberikan untuk menyangkal kata2 KKK. Dan penulis mengambil pendapat yang berlainan kerana berasa adalah 'wajib' jika sejarah asal kejadian manusia ini dipandu oleh Al-Quran. Kepada yang 'mahu' berfikir, sejarah realiti umat Islam semenanjung Tanah Jawi sebenarnya lebih terpandu dan menjurus ke arah itu.

Sekian.

------------------------------------------------------------

Bukti Tambahan:


Dan (setelah binasanya kaum kafir itu) diperintahkan kepada bumi dan langit dengan berkata: Wahai bumi telanlah airmu dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu dan (ketika itu) surutlah air, serta terlaksanalah perintah (Allah) itu dan bahtera Nabi Nuh itupun berhenti di atas gunung "Judi" serta diingatkan (kepada kaum kafir umumnya bahawa): Kebinasaanlah akhirnya bagi orang-orang yang zalim. (Surah Hud 11 Ayat 44)

Read full post »

Selasa, September 09, 2008

Apa Maksud?

4 comments


Source Karikatur: Tranungkite.net
------------------------------------------
Nota Penulis:
Huruf JAWI tu.Tanda-tanda sudah jelas...mau cari gaduh.

PERKEMBAR- Pertubuhan yang paling 'bermurah hati' dengan bangsa 'asing' (British dan juak2nya) sewaktu TAR sebagai Presiden. Terbawak sampai ke hari ini.

Kes pengundi hantu
Memang sudah ada asimilasi bangsa dari benua China dan India sejak zaman-berzaman dari dahulukala. Mereka ini duduk dan berniaga disini- di Semenanjung, kerana dijemput oleh pemerintah Islam yang menguasai Benua Siam Islam. Contohnya seperti kerajaan kita menjemput Singapore-Brunai-Arab melabur di WPI lah...lebih kurang.

Tiada perasangka buruk antara masing2 kerana mereka adalah saudara se-agama, begitu jugalah dengan Maharaja Siam-China dan India. Mereka inilah rata-rata membentuk komuniti muslim di Semenanjung ini bersama-sama dengan kaum-kaum lain dikepulauan nusantara.
Sila lihat UUK mengenai bab berniaga ini. Yang kafir pula akur dengan pemerintah dan undang-undang Islam, tiada banyak soal.

(Hari ini kadang2 susah juga kita membezakan 'Melayu' dan 'Chindian' kerana seakan-akan serupa melainkan jika bertanya. Jika Islam agamanya, maka jadilah ia Melayu. Barangkali itulah output asimilasi yang terjadi sejak sekian lama).

Baik, setelah jatuh kerajaan Islam di Siam,India dan China, maka tinggal satu lagi iaitu di Semenanjung Malaya. Sebelum British meninggalkan koloninya di Semenanjung, mereka kena pastikan ia dijaga oleh proksi yang pro British. Bukan yang pro Islam.

Jadi untuk memastikan kemenangan dipihak proksinya, British terpaksa hantar supply pengundi. Maka jadilah 1 juta kerakyatan yang diimport khas. Mereka ini adalah yang diambil dari koloninya di Selatan India* (rata2 berbahasa Tamil) dan mungkin Hong-Kong (rata2 berbahasa Cantonis). Yang membentuk Kongress India Malaya dan Persatuan Cina Malaya. Realitinya mereka ini bukan parti politik pada asalnya.

(*Ini diakui oleh kenyataan sebuah pertubuhan haram yang membuat demo di KLCC dalam cubaan mereka menghantar fax bantahan ke Kedutaan British tempohari).


Masalah yang timbul
Untungnya mereka ini adalah kerana diberi kuasa mengundi oleh TAR. Masalah besar yang timbul berikutan itu ialah kuasa diberi atas semangat kebangsaan dan identiti masing2.

Dengan bantuan British, dan dengan meninggalkan saudara2 kita (wilayah2 Islam) dari Selatan Siam (Thai) dari memasuki Malaya, yang bertujuan mengekang pengaruh pengundi Islam dari mendapat kemenangan, maka TAR pun yakin akan menang pada PRU1 1951. Inilah kes Pengundi Hantu dan Pecah Kawasan yang pertama dalam sejarah Malaya.

Logiknya, jika tiada kerakyatan extra diberi kepada pengundi2 hantu yang diimport tadi, dan jika wilayah Islam Selatan Siam tidak dibuang, belum tentu PRU1 1951 dapat dimenangi oleh calon2 Kapal Layar - proksi British Lord Reid.

The sun never set..
Dato Onn seorang yang dikurniakan berfikiran jauh. Pengalamannya bersama pentadbir British dan pergaulannya yang luas membuatkan dia nampak lebih 100 tahun kehadapan.

Beliau nampak kepentingan asimilasi dan hidup berharmoni. Beliau sedar untuk merdeka dengan 3 kaum berdasarkan plan British akan merugikan 'Melayu' itu sendiri. Sebab itu beliau cuba membuka PERKEMBAR kepada semua kaum. Tapi disekat.

Lalu Dato Onn dituduh proksi British tapi dia bukan. TAR adalah sebenarnya proksi British - in waiting. Susur galur sejarahnya amat cocok sekali. Proksi pecah perintah.

Pada PRU1 1951 TAR ditentang oleh Syed Jan Al - Jeffri, seorang calon bebas. Kalau TAR bagus sangat kenapa tidak menang tanpa bertanding? Mesti ada sebab penentangan...

Terdahulu, dengan bantuan British juga, TAR berjaya melenyapkan pengaruh politik berhaluan kanan (tapi dikirikan oleh British) yang diterajui Dr Burhanudin, Pak Sako, Ahmad Boestamam. ISA...

Dengan tinggal satu parti Kebangsaan yang dominan, maka kepentingan British dapat dijaga dengan begitu baik oleh TAR juga dengan bantuan datuknya 'Sultan' Thailand.
So, again, the sun never set on the British Empire - because of what? Carcosa Seri Negara.

British ada pengalaman
Berdasarkan sejarah Perang Sabil, British lebih takut kepada pemerintahan Islam daripada Komunis. Mereka ada pengalaman berperang dengan Turki dan Tok Janggut! Mereka tahu root Islam sangat kuat dinegeri2 Pantai Timur yang menghala ke atas.
Oleh itu semangat Kebangsaan mesti disemai, semangat KeAgamaan mesti di padamkan...

Sejarah kerajaan Monarki Maharaja Islam pula berjaya dilenyapkan hanya dengan senyuman oleh TAR dari pengetahuan generasi baru.
(Jika tidak diberitahu, kita pun tidak tahu yang Maharaja Kita mengamalkan Undang2 Syariah dan ada kaitan dengan Empayar Islam Monggol, Manchu, Bani Hashim, Parsi, adat istiadat Raja Iskandar Zulkarnain dan sebagainya).

(Secara tidak langsung sejarah kita diubah oleh silibus pelajaran acuan British. Sebab itu kita kalah kes Pulau Batu Puteh. Kerana rumah api Holsbrough itu adalah kepentingan British yang dijaga rapi oleh proksinya)

Kemudian, digantilah kisah Maharaja Islam kita dengan the Queen of England bermazhab Protestan dibawah jajahan commonwealth ciptaan Oliver Cromwell. Tabiklah kita pada Union Jack, termasuklah Leftenan Adnan.
(Cromwell dianggap seorang Freemason kerana tidak menghancurkan Rosslyn Chappel di Scotland sewaktu perang Scottish Campaign: 1650–1651).

Kapal Layar Ali, Ah Chong dan Kupusami
Kembali, walaupun tiga parti menaiki satu Kapal Layar, tetap tiada persatuan yang mantap diantara parti2 komponen, kerana masing2 masih memperjuang identiti bangsa masing2.

Masakan tidak, kenapa masih ada sekolah Jenis Kebangsaan pada hari ini? Kenapa tidak digunakan hanya satu bahasa kebangsaan? Kenapa TV masih lagi menyiarkan berita pelbagai bahasa? Kita sudah 51 tahun merdeka, generasi pelat totok sudah ramai yang tiada...tapi masih ada.

Ali, Ah Chong dan Kupusami, itu yang diajarkan disekolah2...Kenapa masih ada pihak yang menentang idea sekolah wawasan? Tidak boleh terima Bahasa Jawi ke?

Melainkan wadah perjuangannya disemak kembali, sampai bila2 persoalan bangsa tidak akan dapat diselesaikan oleh PERKEMBAR. Asas kontraknya dari dulu adalah atas dasar kebangsaan Ali-Ah Chong dan Kupusami.

British tepuk tangan. Tapainya menjadi.

Bangsa Malaysia
Sepatutnya hanya ada pemerintahan Muslim yang menjaga kebajikan Non Muslim dengan adil. Bukan perkauman seperti yang dicatur oleh pembikin common law.

Jadinya, jika mahu pada Bangsa Malaysia, maka tiada kompromi, Islam wajib jadi pemerintah, tunjang dan undang-undangnya. Kembali kepada asal. Dan boleh pergi jahanam dengan secularism dan segala bentuk 'ism' yang lain.

------------------------------------------
Tambahan:
Tulisan/Huruf JAWI/Arab adalah tulisan rasmi empayar2 Islam seluruh dunia. Huruf yang diambil sebagai tanda hormat kepada Kitab Suci Al Quran.

Dan selalunya pembuktian kepada keIslaman sesuatu kerajaan adalah berasaskan tulisan JAWI. Ini termasuklah pembuktian keIslaman Empayar Monggol Dynasti Yuan:

Yang anti kaligrafi JAWI/Arab ni selalunya puak sekular...Attartuk
Jadi awas. Jangan silap bermain api!

Read full post »
 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger