"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
THEMALAYPRESS - FIKIR DENGAN KRITIS | TERUS MELANGKAH LEBIH JAUH.

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Terima kasih kepada para pembaca yang masih setia mengikuti blog ini!
~ MOHAB (Blog layout versi 1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Khamis, Jun 19, 2008

Siam dan Daerah Pahang Tua

Journal: 01062008
Tempat: Pekan, Pahang Darulmakmur.

Penulis tidak ingin mengulas panjang mengenai penempatan Siam di daerah Pahang Tua, Pekan, kerana masih diperingkat awal kajian dan masih teraba-raba mengharapkan penyuluh.

Walaupun penulis tidak mempunyai kepakaran dalam bab arkeologi, tetapi oleh kerana penulis membesar dan bermain di daerah ini setiap musim cuti sekolah sejak puluhan tahun yang dulu membuatkan penulis terpanggil untuk mengkajinya. Lebih2 lagi nama Parit Siam ini memang amat terkenal dikawasan Kg. Langgar, dan kisahnya pula banyak dikaitkan dengan misteri nusantara. 

Jika dulu, berdasarkan input orang lama2 (atuk nenek), makna Langgar ini selalu penulis kaitkan dengan cerita Pahang Tua dilanggar askar Siam, sesuai pulak dengan cerita Singapura dan Todak. Hari ini  tanggapan ini sudah berubah. Nama Langgar ini banyak kita dengar disebelah utara lebih2 lagi di Kedah, rupanya di Pekan pun ada juga. Makna kata sedaralah tu, membawa maksud yang sama. Boleh jadi makam diRaja Siam lama pun banyak disini. Kena gali. Untuk info, daerah Pahang Tua pula adalah pusat pemerintahan kerajaan Pahang sebelum berpindah ke Pekan. Kerajaan siapakah itu?

Dibawah ini, penulis telah uplodkan beberapa keping gambar sebagai bukti kewujudan penempatan Siam di sebelah pantai sini. Harapnya, para penggemar dan pembongkar sejarah dapat 'scan through' dan boleh mendapat info awal sebelum membuat kajian dan siasatan terperinci mengenainya.

Gambar2nya terbahagi kepada 3 kategori:
1. Nama tempat yang berkaitan sebagai bukti kewujudan,
2. Peninggalan sejarah dan geografi penempatan,
3. Peninggalan sejarah dari segi tanda iaitu batu nesan.

Cuma penulis tidak pasti, samada bentuk batu nesan itu lebih mirip pada seni Acheh atau Siam, kerana terdapat ukiran berbentuk 'lotus' dipangkal batu nesan tersebut. Namun semuanya berkeadaan sama, sudah hilang kepalanya. 

Pada pandangan penulis, sepatutnya peninggalan sejarah begini dijaga dan dipelihara, kerana ianya mempunyai nilai sejarah yang tinggi lebih2 lagi buat negeri Pahang!  Itupun jika ia dianggap penting buat mereka.

Akhir kata, penulis amat alu-alukan jika ada komen serta input tambahan dari para pembaca.

Sekian.

-----------------------------------------------
Sila klik gambar untuk besarkan.

1. Nama tempat yang berkaitan sebagai bukti kewujudan (sign-board pun bikin sendiri je, terperasan masa ronda2 melawat kampung asal Seniwati Sarimah di Pulau Rusa)



2. 
Peninggalan sejarah dan geografi penempatan

3. 
Peninggalan sejarah dari segi tanda iaitu batu nesan

Akan datang, melawat makam Sultan Muhammad Syah, sultan pertama negeri Pahang - mengikut ceritanya. Ada kisah dan bukti yang perlukan perbandingan...

2 comments:

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.

 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger