Klik gambar untuk besarkan. (maaf kiranya kurang terang)
Sila refer dan baca salasilah 1-5 di Sejarah Nagara Kedah untuk lebih faham- link kiri.
-----------------------------------
Nota Penulis (update 29/06/08):
1.Sejarah Kontrak Sosial
Buat masa ini, pembaca perlu membandingkan dulu fakta diantara kedua-dua carta diatas. Buka minda dan fikirkan dengan kritis tentang logik diantara keduanya.
Fikirkan, kenapa didalam salasilah Bendahara terdapat 'missing link' yang ketara? Secara tiba2 kisah Sang Nila Utama dan Demang Lebar Daun di hikayatkan tanpa tarikh dan bukti sahih. Cerita ini adalah cerita paling konfius sekali dalam hikayat sejarah Melayu!
Dan ini adalah konsep 'kontrak sosial' yang pertama sekali dalam sejarah hari ini. Kes pelanggaran kontrak sosial inilah diguna pakai untuk menghalalkan cerita kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka ditangan Portugis 1511.
Mengikut cerita, salah satu punca kejatuhan adalah kerana kisah Hang Jebat menderhaka kepada Raja. Apabila Jebat (rakyat) menderhaka, bermakna sumpah dan pantang larang Sang Nila Utama dan Demang Lebar Daun itu pun terbatal, maka runtuhlah kerajaan Melaka. Kita pun terima ajelah cerita ini dengan tanda soal sebesar gajah di kepala...ohhh patutlah kalahhh...Jangan kita jadikan kisah ini sebagai alasan untuk membenarkan cerita yang palsu!
Bagi penulis, maaf cakap, kisah Empayar Melayu Melaka itu cerita rekaan untuk menutup kisah Empayar Melayu Islam. Tidak kiralah siapa yang empunya empayar Islam tersebut (sebab ulama2 dulu pun tidak pernah pertikai malah berjuang disamping pemerintahnya), tetapi yang pasti gelaran2 dan protokolnya sedang diguna pakai oleh majlis Raja-raja Melayu hari ini (sila refer UUK ms 47), termasuklah juga jabatan Perdana Menteri.
Baiklah kembali kepada carta diatas. Seterusnya perlu diteliti, kedua-dua carta diatas mengambil punca dari Iskandar Zulkarnain, punca 'Raja' dibenua Asia dan Asia Tenggara. Tetapi kenapa pula ada perbezaan yang ketara dari segi 'gap' dan susunan carta dipihak Bendahara?
Atau mungkinkah Bendahara tidak berhak membuka cerita Maharaja? Tetapi kalau mengikut UUK, Bendahara itu umpama Raja Muda/Tengku Mahkota, boleh naik mengganti Raja, dan pemilik jawatan itu tidak kekal menjadi Bendahara selama-lamanya...(jika itu maksudnya UUK ms 47)
2.Sejarah Melayu perlu penilaian semula
Untuk berpegang pada satu prinsip sejarah, pembaca mestilah melihat dan membanding fakta2 sejarah yang sedia ada dan perlu juga memberi ruang pada fakta2 baru untuk membuktikan hujahnya.
Dahulu mungkin rakyat tidak berpeluang mencapai cerita2 sebenar kerana walaupun diwarta dalam suratkhabar, kemungkinan terlepas pandang juga ada. Seperti penulis sendiri, belum terlambat untuk bermula...
Masalah komunikasi dan sikap tidak ambil peduli juga menjadi penyebab sejarah sebenar mudah diseleweng. Teknologi hari ini membolehkan perkara2 terpendam dibongkar semula, bukan disini sahaja malah sejarah Firaun, Piramid, Titanik, Hitler, Abraham Lincoln, Holocaust, Perang Dunia 1&2, Maharaja China, Laksamana Zheng He (Syed Ajjal) semua sedang disiasat kembali.
Sila lihat History Channel Astro 555, bagaimana mereka membongkar dan menyiasat semula sejarah dunia (dan kelirukannya kembali...)
Oleh itu, patutkah SEJARAH MELAYU selian R.O Windsted ditelan bulat2 tanpa siasatan?
3.Sejarah bergantung pada bukti nyata
Kisah Iskandar Zulkarnain (Surah Al-Kahfi 83-85 dan seterusnya), Yakjuj dan Maajuj (surah Al-Anbia-96) bukan cerita hikayat. Walaupun tidak dinyatakan tarikh kejadian, dan diceritakan pula secara Kinayah, wajib kita mempercayainya.
Pembuktian terhadap kewujudan itu selalunya akan disampaikan kepada generasi hari ini dalam pelbagai versi dan siri. Samada berbentuk hikayat atau yang datang itu beserta dengan bukti, tarikh, logik yang jelas, semuanya menunjukkan kisah itu ADA. Macamana kita mengambil dan yakin padanya terpulang kepada kita sendiri.
Penulis selesa dengan sejarah Islam yang berhubungkait dengan kisah Rasullulah SAW. Contoh paling nyata, kisah Maharaja China diIslamkan oleh Saad bin Waqas secara zahir pada 650M. Saad bin Waqas adalah duta khas yang dihantar oleh Nabi SAW untuk mengislam Maharaja China.
Ini kisah tiada mimpi2. Kerana bila pakai mimpi, semua orang boleh mimpi. Bukanlah bermakna mimpi itu tidak boleh pakai 100%, tetapi banyak sangat MIMPI dalam Sejarah Melayu. Memudahkan kita tertipu. Menerima cerita mimpi dengan tanpa usul periksa, boleh mendatangkan masalah juga. Kalau ada 10 orang mimpi semua cerita lain2 amacam? Ia bergantung juga kepada peribadi siPemimpi tadi.
4.Carta Khayalan vs Carta Tarikh Bukti
Betul, bukan semua kisah boleh dibuktikan dengan tarikh, tapi kita lihat pula berapa peratus yang bertarikh diikuti jalan cerita dan berapa peratus pula yang main letak suka-suka tanpa bukti dan jalan cerita. Peratusan bukti menunjukkan kualiti sumber.
Carta diatas boleh diambil contoh sebagai perbandingan. Boleh jadi antara sebab perbezaan itu nampak adalah kerana:
- Carta (kiri) yang diambil dari sumber sejarah sedia ada iaitu dari akademik dan ahli sejarah tempatan serta barat,
- Carta (kanan) yang berasaskan sumber sahih dan wasiat turun temurun disokong pula bukti nyata artifak dan manuskrip bukan hikayat.
Kenapa penulis nampak berat kepada carta kanan? Kerana carta itu ada 'connection' dengan Rasullullah SAW, Saad bi Waqas, Iskandar Zulkarnain, Maharaja China dan ia selari dengan kisah perjuangan Ulama2 Nusantara dalam siri penentangan penjajah British dan Thai, samada tempatan atau global.
Bagaimana pula carta kiri? Penulis sampai hari ini konfius dengan kontrak sosial Sang Nila Utama dan siDemang Lebar Daun. Ini belum masuk kes buih lembu Wan Empuk Wan Malini lagi, belum masuk cerita anak panah perak, cerita Kuala Kurang Satu (asal nama Kuala Kangsar) dan cerita singa di pulau. Jadi penulis abaikan kisah dongeng itu. Ini pendirian penulis, pembaca juga berhak memilih...
5.Parameswara Hindu?
Tergamak ahli-ahli sejarawan kita mengaku Sultan Pertama Kesultanan Melayu Melaka itu majusi, dan Melaka pula dikatakan pusat penyebaran agama Islam diNusantara ini. Sepatutnya sejarah ini sudah diubah dan dibetulkan, jangan biarkan generasi baru dikelentong lagi oleh sejarah versi Inggeris.
Logik ke Parameswara Melaka dari Palembang itu dikatakan beragama hindu, sedangkan UUK telah membuktikan Islam sudah bertapak di Acheh pada 222H atau 812 Masehi lagi! Itu masih lagi tidak dikira Batu Bersurat 1303 di Terengganu dan beberapa penemuan artifak Islam yang lain diserata bumi semenanjung ini. Banyak bukti telah menyangkal Islam bertapak dan dikembangkan disini melalui Parameswara Hindu yang memeluk Islam.
Sila lihat carta (kanan) mengenai Parameswara yang bernama Sultan Rijaluddin yang memerintah Melaka sekitar tahun 1414-1428 M.
6.Sejarah sesebuah negara berubah akibat peperangan
Kisah perang memain peranan besar dalam merubah sejarah dunia. Tidak terkecuali di Nusantara ini. Jika dikaji, kisah peperangan yang berlaku dalam abad ke 18 dan 19 adalah peperangan global menghancurkan Empayar Islam seluruh dunia.
Sejarah Melaka tidak mewakili ciri2 tersebut. Hanya diserang Portugis dan rajanya lari ke Johor. Itu sahaja. Perlu diingat serangan Portugis ke Melaka tidak menunjukkan kita dijajah, hanya Melaka yang dijajah (kununnya)!
Kisah perang 1511 dibesar-besarkan untuk menunjukkan kelemahan pemimpin Melayu dan kelemahan sistem pertahanan diri orang Melayu, iaitu Silat! Makna kata Silat tidak setara berbanding kehebatan Portugis. Begitulah kira-kiranya. Mana pergi kuasa Laksamana dan angkatan perang laut Melaka ketika itu?
Jika kita lihat filem2 terbitan negara Thailand, di abad ke15 semua askar dilengkapi meriam2 dan gajah2. Perang2 yang melibatkan sesebuah negara adalah dalam sekala BESAR. Hendak menakluk sesebuah negara bukan boleh datang dari laut sahaja, ia memerlukan soljar infantri, jalan kaki, pemanah artileri dan sebagainya.
Janganlah ingat orang Melayu begitu bodoh, berperang menggunakan kris, tombak dan bantuan ilmu kebal sahaja. Bagaimanapun, itulah acuan Mentaliti Melaka 1511.
Cerita perang Empayar Melaka 1511 hanya berlaku disekitar pantai dan kota, ia tidak menunjukkan ciri2 sebuah empayar!
7.Siri Perang Kedah
Dalam siri peperangan di Kedah pula, konteksnya selari dengan sejarah perang sedunia. Lebih-lebih lagi ia bersangkut paut dengan Empayar Ottoman, Moghul, China, Syarif Hussain dan memang masa itu Islam diserang hebat disegenap penjuru oleh Inggeris dan konco-konconya.
Ia juga selari dengan semangat perjuangan perang sabil yang difatwa oleh Mufti Ottoman secara global. Perang menentang Inggeris dan Thai itu turut disertai oleh ulama2 tersohor tanahair yang telah berjihad sabil. Kisah ulama2 ini telah dipadamkan dari kisah sejarah tempatan! Dalam kisah Melaka 1511 mana ada cerita ulama yang berperang?
(Dalam hal menentukan pihak siapa yang betul di Kedah dalam pertembungan diantara Raja Ligor dan Tengku Muhammad Saad (1838-1839) penulis melihat siapa yang bekerjasama dengan Thai dan British itu adalah pihak musuh Islam)
8.Root Islam
Tidak dinafikan, dibahagian Utara Semenanjung TANAH JAWI ini adalah 'root' kepada peradaban Islam. Di sana tempat lahirnya ramai ulama dan tempat berkumpulnya ahli-ahli agama dan cendekiawan Islam, contohnya di Patani, Kelantan, Acheh dan Kedah sendiri.
Menurut sumber, oleh sebab kuatnya pengaruh Islam diwilayah2 itu, maka TAR tidak mahu mengambil risiko memasukkan Selatan Thai ke dalam Malaya kerana takut2 akan kalah dalam PRU1 1955. Seperti yang kita ketahui hari ini parti politik pimpinannya pula lebih ke arah Selatan iaitu kubu kuat British.
Dan British pula adalah penegak fahaman Secular Humanism! Jika kalah TAR bermakna tiada harapan Merdeka. Sebenarnya Inggeris lebih suka Malaya Merdeka dalam acuan undang2 British.
Brunei Merdeka dari British 1984 tapi bukan merdeka Pak Kadok! Bagi penulis, Brunei adalah model kecil Ketuanan Islam secara mutlak disebuah negara merdeka. Tiada kongsi2 kuasa.
9.Sekular Humanism
Secular Humanism ini adalah punca undang-undang order baru dunia yang kita pakai hari ini. Ia berasaskan dari fahaman tidak bertuhan-atheist (fahaman yang menghancurkan semua institusi agama didunia ini)!
Order baru dunia hari ini bukan berasaskan fahaman kristian! Walaupun Britain dikatakan bermazhab Protestan, tapi King Edward VII, King of Great Britain pada waktu (1842) itu juga adalah seorang Freemason.
Peluasan Empayar British dalam abad ke 18 mempercepatkan lagi pengaruh ini berkembang ke seluruh negeri jajahan Commonwealth. Jadi siapa yang kontrol siapa?
(Jika semua Maharaja @ King Empayar Islam dihapuskan, King mana yang tinggal berkuasa? Bukankah ini strategi Perang Sabil yang asalnya di 'finance' oleh Knight Templar semenjak dari 1096 M lagi. Bagi mereka HOLY WAR itu Perang SALIB, umat Islam patut menggelarnya PERANG SABIL. Apabila Rejimen Askar Melayu DiRaja mengawal istana Bukingham, penulis melihat ini sebagai satu SIMBOLIK kita mengawal dan menyembah sistem monarki British Protestan. Menunjukkan benih penjajahan itu masih ada! )
Dan apakah asasnya undang2 Negara Malaysia hari ini? Siapa pula arkitek yang menukar undang2 Syariah ke Common Law?
10.Perjalanan sejarah yang berbeza
Berbeza sungguh perjalanan sejarah Kesultanan Melayu Melaka yang cantik jika dibandingkan dengan sejarah Empayar Islam Siam Kedah yang penuh liku ranjau!
Bukti dan perbezaan dari carta diatas dapat menunjukkan kita siapa pemerintah sebenar Kerajaan Empayar Islam disemenanjung ini. Tamadun dan undang-undang sudah ada sebelum Inggeris datang. Bagi penulis, kebenaran nampak sudah jelas didepan mata!
Sejarah penjajahan selama 500 tahun itu adalah propaganda Inggeris dan pengkhianat agama untuk menyentap jati-diri dan keyakinan umat Islam disini. Oleh itu Melayu, mahu tunggu apa lagi? Masih mau refer sejarah keagongan Kesultanan Melayu Pelabuhan Melaka yang sampai ke hari ini tiada beraja?
Akhir kata, jangan lupa, beli Buku Undang-Undang Kedah (Mariyam Salim, 2005) bagi mendapatkan jawapan mengenai asal-usul adat istiadat 'Raja-raja Melayu' dan seterusnya gelaran2 protokol yang masih diguna pakai oleh Raja Melayu hari ini. Ia penting dalam siri pemahaman seterusnya sejarah realiti umat Islam dinusantara ini. Bukan mahal sangat...
Sekian.
ps: Dengar cerita ada pula perbahasan kontrak sosial oleh puak2 tak sedar diri. Inilah contoh ciri2 perangai penganut 'secular humanism' yang penulis katakan diatas. Semuanya dilakukan atas dasar Human Rights! Apa lagi puak-puak mengong itu hendak persoalkan dan bahaskan? Bagi penulis sejarah realiti mempunyai asas kuat menyangkal isu kontrak sosial ciptaan Inggeris dengan syarat kita memahaminya!
Susunan: The Malay Press
Sumber:
Hj Muzaffar Mohamad & Suzana Othman, 2007, Melayu Islam Beraja: Menggali Hakikat Leluhur, Pustaka BSM, Kuala Lumpur
Mariyam Salim, 2005, Undang-Undang Kedah, DBP, KL
Wasiat TNL Kassim, Salasilah Kesultanan Kedah Pasai Ma, Sejarahnagarakedah.blogspot.com
salam tn moderator
BalasPadamtak pernah ke kita bercadang untuk membikin filem dari sumber-sumber sejarah yang lebih sohih ini seperti negara Thailand?
Ahahha...
BalasPadamcadangan ada...sumber @ alat yang 'berbentuk kertas bernilai' tu yang tiada untuk menjalankan cerita bersekala besar seperti ini...
kalau ada nak sponsor...pucuk dicita ulam mendatang..
nape nak sponsor ke?
Asalnya Bendahara merupakan adik beradik. Seorang menjadi Sultan dan seorang menjadi Bendahara.
BalasPadamDari keturunan inilah terlangsungnya bendahara dan sultan. Kiranya ancestor mereka adalah ayah dan datuk yg sama.
Sejarah dinukilkan dikalangan bendahara ini, ujudnya pernikahan dengan seorang sayyid dan dari situlah datangnya Habib Abdul Majid.
Selain dari sayyid ini, terdapat seorang sayyid yang lain, iaitu sayyid jamadil al-kubra.
Keturunan ini bercampur baur dalam keluarga bendahara (Pahang & Johor).
Kesultanan yg ada sekarang iaitu Pahang dan Johor mempunyai darah ahlul bait dari habib abdul majid.
Mengenai zuriat iskandar zulkarnain pula, anak raja benua india dikatakan berkahwin dengan iskandar dan melalui beberapa generasi akhirnya melahirkan raja suran. Sang Nila merupakan keturunan dari Raja Suran.
Disitulah terkaitnya salasilah raja2 melayu.
Mengenai Raja Suran pula, beliau dikaitkan sebagai berasal dari keturunan Kambujas (iaitu Indo-Aryan) royal clan of Sakas atau Scythian.
Bukanlah sperti india yg didapati hari ini. Di masa dahulu keturuna itu telah menakluk sebahagian besar benua india dan terdapat budaya2 india yg dipengaruhi oleh bangsa Kambujas ini.
Satu penemuan menarik, Vedic dikatakan berasal atau datangnya dari cerdik pandai kambujas. Pernah dengar tentang Vedic maths?