Berikut adalah sedutan teks daripada Manuskrip Undang-Undang Kedah (UUK) yang telah diterjemahkan oleh Mariyam Salim pada tahun 2005. Jika mengikut pada tarikh manuskrip ini siap dikarang pada;
- Hijratun nabi sallalahu alaihi wassalam, 222 tahun, pada bulan Rabiulawal, pada hari Selasa, zaman Sayidina Ali wa Maulana Paduka Seri Sultan Jamalul 'Alam Badrul Munir duduk di atas takhta kerajaan dinegeri Aceh Darussalam yang mahsyur dibawah angin melimpahkan rahim dan rahmat kepada segala hambanya yang mukmin. Baginda itulah menaruh fakih () Maulana Kadi Rabul Jalil yang khalifah. Tamat.
Seterusnya dikemaskini (update);
- Hijrat al-Nabi sallallahu alaihi wassalam pada seribu tujuh puluh delapan tahun, tahun Dal, pada bulan / Rabiulawal, hari Isnin, zaman hadirat Maulana Syah Alam semayam di Kota Palas pada ketika itu bahawa titah Syah Alam Yang Maha Mulia pada segala pegawai yang tua-tua disuruh perbuat undang-undang. Maka bicara oleh Datuk Seri Paduka Tuan serta menteri muafakat. Maka tatkala itu diperbuat undang-undang, sudah lalu dimaklumkan. Maka titah Yang Maha Mulia suruh nyatakan pada Tuan Syeikh 'Aliuddin dan segala pendeta, "Barang yang lazim pada hukum Allah taala itulah kita suruh hukumkan pada panglima negeri dan kweng [penghulu]." Maka mereka itulah jadi kepercayaan pada raja. (Mariyam Salim, 2005, ms 12- UUK)
- Yang pertama kami nyatakan undang-undang; barang siapa mencuri atau menyamun atau menyabung atau makan madat atau bermain judi atau menyembah kayu-kayuan atau menyembah batu dan minum arak dan tuak atau mengasi dan yang (minum) kilang atau makan ganja dan berbuat dia maka kerja sekalian itu dilarangkan Allah subhanahu wa taala dan Rasulnya. Maka barang siapa ada pekerjaan yang demikian itu derhaka kepada Allah dan Rasul-Nya. Maka hendaklah segerakan oleh segala yang bekerja taubatkan supaya diampun Allah taala dosanya dan memohon ampun ke bawah duli Yang Maha Mulia. Telah diampun kerja yang lalu itu maka dikerjakannya pula kerja yang dilarangkan Allah taala dan Rasul-Nya itu. Kemudian daripada taubat itu maka hendaklah segala orang yang tua-tua ia berkampung itu beritahu kweng atau panglima. Maka apabila diketahui kweng atau panglima maka hendaklah ditangkap dengan tikamnya, hantarkan ke negeri segala yang derhaka itu.(Mariyam Salim, 2005, ms 12- UUK)
- Apabila orang tua berkampung tiada memberitahu kweng, ditaksirkan orang kampung itu kerana ia sejahat dengan orang jahat. Apabila diketahui oleh kweng tiada ditangkap itu kerana taksirlah atas kweng selalu ia membenarkan orang yang derhaka pada Allah dan Rasul-Nya dan kepada rajanya. (Mariyam Salim, 2005, ms 12- UUK)
- Maka ibu bapa, guru, raja ini "Allah a-Haq" ertinya tuhan yang sebenarnya tiada dapat dilalui daripada katanya itu, derhaka namanya, tiada disertai Allah taala pada orang derhaka itu."(Mariyam Salim, 2005, ms 26- UUK)
- Maka adat pada ketika hendak Hari Raya Haji, berhimpun bermain tiga hari dengan joget atau pendekar, menora dan halau gajah, iaitu perjuangkan gajah bawa bermain tiga petang. Keempat hari itu sembahyang rayalah. Maka bedil meriam itu dipasang segenap petang sembilan pucuk atau sebelas pucuk. Maka pada Hari Raya itu dipasang bedil pada waktu subuh, sekali, raja hendak kemasjid, sekali dan raja balik dari masjid, sekali pasang meriam itu.(Mariyam Salim, 2005, ms 45- UUK)
---------------------------------------
Nota Penulis:
- Hukum undang-undang Kedah ini ditujukan kepada seluruh hambanya yang Mukmin.
- Undang-Undang Kedah ini amat langgam atau serasi dengan budaya kita masyarakat 'Melayu' Islam hari ini. Pemerintahnya pada zaman itu (Syah Alam YMM Raja Besar Benua Islam Siam) amat sensitif dengan hukum syara' tetapi tidak zalim seperti yang digambarkan dalam filem2 Melayu terbitan Cathay Keris atau Shaw Bros.
- Terdapat klausa untuk bertaubat dan hukuman untuk orang2 yang bersubahat dengan penjenayah! Bukan dihukum semberono tanpa usul periksa seperti yang ditakut2kan dan dilakukan oleh 'orang-orang' yang diberi kuasa (sementara) hari ini.
- Dari segi 'social responsibility' pula, Undang-Undang Kedah ini telah pun menggariskan perkara asas yang paling penting bagi menjamin keharmonian umat Islam seluruhnya iaitu larangan menderhaka kepada Guru, Ibu dan Bapa dan seterusnya Raja-raja Al-Haq (mukmin yang adil takut ke Allah SWT, bukan kepada raja 'kap00r' yang membujur lalu-melintang patah, semua sebat!)
- Dari segi sambutan Hari Raya pula, perasaan gembira dan meriah pada waktu turut sama seperti hari ini, sambutan raya disusuli letupan2 meriam dan bedil. Manakala Sultan Pahang, menurut pengalaman penulis sewaktu di Masjid Al-Taqwa Pekan, sehingga kini masih mengamalkan adat dentuman 11 das bedil, sebelum dan selepas, pulang dari Masjid menunaikan Solat Aidilfitri. Begitulah adat dan kerai'annya turun-temurun tanpa kita sedari telah pun tertulis sebagai Undang-Undang Kedah (Kedah Laws...bukan Common Laws Inggeris yang asing)
Para pembaca sekelian, jika difikirkan secara dalam, kerajaan apakah yang mempunyai gerangan pemerintah yang sepertinya ini?Siapakah pula Tuan Khadi atau Mufti penasihatnya...
Jadi, memang patutlah Sultan atau Amirul Mukminin dahulu kala amat berdaulat, dan tidak boleh kita sebagai rakyat menderhaka,kerana mereka menjalankan pemerintahan berpaksikan Syariat Islam!
Menderhaka kita , bermakna menentang Allah dan Rasul secara tidak langsung!
Sayang sekali, kita 'Melayu' hari ini diperbodohkan dengan konsep2 karut ciptaan penjajah, bangga dengan kisah dongeng hikayat - Jebat menderhaka kepada Raja kerana mempertahankan Tuah sebab betina...(PGL tua)
Sekian.
UUK juga telah memberi jawapan kepada kemusykilan kenapa negeri2 luar dari nusantara ini dinama Negeri Atas Angin, ini kerana negeri2 disini digelar Negeri Bawah Angin sebelum/semenjak 222 Hijrah lagi, bersamaan 812 Masihi...orang bawah angin dah lama bersunat tu bang oi!
'Melayu' bukalah minda.
0 comments:
Catat Ulasan
Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.