Ahad, Mei 31, 2015
The Fight To Control Pentas Sunda Benua Melayu?
Jika sejarah menjadi ukuran, jika sejarah menjadi bahan ungkitan, jika sejarah menjadi penentu sempadan, maka sejak bila Pentas Sunda Benua Melayu dan Laut Champa bertukar menjadi Laut China Selatan?
Sewaktu Monggol Khublai Khan menyerang Dinasti Song circa 1285 masehi, Kerajaan Melayu Champa (sekarang Viet Nam) menjadi pusat perdagangan dan pelabuhan terpenting di rantau Asia Tenggara. Akibat serangan Monggol, maka ramai pembesar Dinasti Song lari berselindung ke wilayah Melayu Champa.
Sebanyak tiga kempen perang untuk menakluk Champa telah di arahkan oleh Khublai Khan tetapi ketiga-tiganya gagal, termasuklah kempen ketiga yang disertai oleh Syed Nasarudin bin Syed Omar Shamsudin iaitu Gabenor dari Yunnan juga gagal untuk menundukkan angkatan Melayu Champa Bani Jawi pada ketika itu.
Serangan Monggol diarahkan masuk melalui daerah Dai Viet melalui Perbatasan Utara Inderapura, kemudian dari arah selatan dan juga menyerang melalui laut di sekitar Pelabuhan Vijaya untuk mengepung angkatan Melayu Champa tetapi gagal. Malang sekali rekod detail sejarah ini hilang bersama-sama hilangnya kerajaan Monggol yang tewas kepada Dinasti Ming 1381 masehi dan Kerajaan Melayu Champa yang tewas kepada penjajahan Dai Viet 1832 masehi.
Viet Nam menggunakan sejarah abad ke 17 masehi untuk menuntut hak manakala China pula menggunakan sejarah abad ke 19 masehi demi untuk melebarkan pengaruh fahaman komunis mereka. Maka sebelum abad ke 17 dan ke 19 siapakah yang mempunyai hak ke atas wilayah yang dituntut itu? Sesungguhnya nama Laut China Selatan itu sememangnya masih baru digunakan dalam peta versi New World Order.
Manakala kesan-kesan peninggalan Kerajaan Melayu Champa di Viet Nam pula turut menjadi mangsa, musnah dibom, dibedil oleh tentera Amirika sewaktu Perang Ideologi di Viet Nam. (Boleh rujuk internet carian kepada Landing Zone Betty)
Kali ini jelas menurut laporan di atas, China sedang menchinakan seluruh Asia Tenggara, bukankah itu RASIS secara terang-terangan?
Bangsa Melayu diam sahaja?
Sekian.
TMP.
*rujuk Syair Siti Zubaidah Perang China.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan
Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.