"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.
~ MOHAB (1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Rabu, Julai 13, 2011

Perang Salib 1


Setelah lebih 400 ratus tahun Saidina Umar Al Khatab R.A menawan kota Baitulmaqdis (seperti yang telah tertulis dalam kitab yahudi dan nasrani), Baitulmaqdis kembali jatuh ke tangan Crusaders yang berperangai pagan tiada tamadun.

Dokumentari ini menjelaskan secara terperinci perjalanan Crusaders yang pertama dibawah kelolaan Pope Urban melewati kawasan jajahan Turki yang sebelum itu masih lagi belum membina empayar, dan seterusnya merampas kota-kota Islam di eropah timur dan membunuh orang Islam dan yahudi yang sebelum itu hidup bersama dalam lingkungan dan persekitaran yang aman damai.

Dokumentari ini juga dapat memberikan gambaran serba sedikit bagaimana sebuah ketamadunan bangsa dapat dikalahkan oleh tentera pagan dan seterusnya meng'hijack' peradaban bangsa yang terdahulu. Dokumentari ini juga dapat memberi gambaran jelas bagaimana rumah ibadat Islam ditukar menjadi rumah ibadat kristian dan vice versa.

Dokumentari ini juga memberi gambaran bagaimana sebuah empayar yang besar sebelum itu iaitu empayar Umaiyah dan Abassiah tidak dapat mengekang kemaraan tentera salib akibat tiada penyatuan dan terlalu asyik dalam kemewahan.

Dokumentari ini juga menceritakan bagaimana kejatuhan sesebuah kota itu dapat dilaksanakan bukan melalui kekerasan tetapi lebih berkesan melalui pengkhianatan.

Saksikan dokumentari selama 1:30 minit ini untuk mendapat gambaran awal peperangan sabil sebelum kemunculan Saladin Al Ayubi.



1 comments:

  1. http://www.youtube.com/watch?v=7pOPz5xPFTo&feature=related

    video yg ni episod kedua...

    BalasPadam

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.

 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger