"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.
~ MOHAB (1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Ahad, Julai 17, 2011

Berita dari Langkat 2

Alhamdu'lillah dalam kesibukan kenduri sana sini, durian sana sini, akhirnya dapat saya satu berita mengenai Tunku Suria Marin.

Mengikut satu sumber daripada waris pemilik takhta kerajaan Langkat bahawa memang benar terdapat dalam rekod mereka mengatakan ada terdapat nama Tunku Suria Marin. Dan baginda adalah permaisuri kepada Syarif Syah dan matinya di 'depen pelamenan.' Suria Marin juga bermaksud Cahaya Suria.

Mereka juga sedang mencari dimana Makam Tok Pasai yang bernama Badiozaman meninggalkan tahkta kerajaan Langkat untuk ke Kedah suatu ketika dahulu.


Dan tersebut juga dalam teromba Langkat peristiwa 'mati diserang ketika ada sebuah majelis'.

Begitulah serba sedikit kisah nya Tunku Suria Marin permaisuri Syarif Syah korban Musuh Bisik yang terjadi dalam tahun 1821. Maka benarlah relevannya sokongan dari Langkat membantu tentera Siam Islam mengekang kemaraan Siam Buddha (Thailand) daripada terus menjarah bumi Semenanjung.

Langkat adalah kerajaan Melayu dan sejarah mereka amat panjang jika hendak di tuliskan disini, ia berkait dengan sejarah realiti bangsa Indonesia, sejarah penjarahan kerajaan bangsa dari pulau Jawa ke pulau Sumatera dan sejarah Ganyang Malaysia yang tidak akan sesekali diceritakan oleh orang Melayu Langkat. Menurut mereka lagi ramai sultan di Sumatera sana dibunuh dalam masa keadaan kacau bilau, ini termasuklah Persetiaan London 1824 dimana Nusantara ini dibahagi semacam kuih oleh Inggeris dan Belanda, manakala Perancis menjarah Benua Siam.

Sejarah realiti tidak boleh diambil berdasarkan pemahaman sempit terhadap wilayah yang kita lihat hari ini. Ia perlu dilihat dari konteks global.

Buat kerabat Diraja Langkat yang mencari waris Tuan Puteri Tunku Suria Marin, Serikandi 'Melayu' Sejati yang dibunuh bersama suaminya Baginda Syarif Syah karena diserang hendap oleh angkatan Thai di Kota Mengkuang, akibat pengkhianatan orang Islam yang tamakkan kuasa, bolehlah melihat salasilah anda disini PEMBUNUHAN YANG TIDAK DIREKODKAN DALAM SEJARAH NEGARA.

Memang benar kata Tok Alim, durian jangan kait, biar luruh makan baru sedap. Tapi jangan silap ada durian luruh sebab kena terajang dek kera yang sifatnya khianat. Memang tak boleh makan, keras-kelat.

1 comments:

  1. Pilu pula rasa hati bila Nyawa manusia dibunuh sewenang2nya...Tiada Pembelaan pula tu!!

    BalasPadam

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.

 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger