"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
THEMALAYPRESS - FIKIR DENGAN KRITIS | TERUS MELANGKAH LEBIH JAUH.

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Terima kasih kepada para pembaca yang masih setia mengikuti blog ini!
~ MOHAB (Blog layout versi 1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Khamis, Mei 13, 2010

BISA UNDANG-UNDANG KEDAH

Dan wajib menyuruh menyamai cupak dan gantang dan timbangan, jangan diberi kecik besar, mahulah sama sekali sekalian itu, kerana firman Allah taala : [ ] "Hendaklah sempurna oleh kamu segala sukatan dan timbangan segala isi negeri kamu." Maka itulah yang di FARDHUKAN atas sekalian raja-raja dan panglima yang mempunyai kuasa menyuruh menyamai sukatan dan timbangan kerana beberapa kaum nabi-nabi yang dahulu-dahulu itu (di) suruhkan Allah taala menyampaikan pada segala kaumnya menyamai sukatan dan timbangan. Maka tiadalah diturut oleh mereka itu. Maka binasakan Allah taala rugi, maka dirugikan Jibrail, dan setengahnya keluar api daripada dalam kuburnya, bumi. Syahadan maka hendaklah sungguh-sungguh kerasi (keras) menyamai sukatan dan timbangan itu kerana pekerjaan aniayai di dalam hadis Nabi Muhammad Mustafa sallallahu alaihi wasssalam, pada hari tujuh kali diturunkan Allah taala laknat di dalam pesara itu...

Maka undang-undang ini (di) perbuat daripada zaman Sultan Rijaludin Muhammad Syah yang semayam di Naga, muafakat dengan sekalian menteri, pegawai dan pendeta membicara akad dia supaya tetap adat ini, janganlah berubah-ubah. Tatkala tetap adat negeri, maka segala dagang pun banyaklah mari ke negeri itu, maka ramailah; tatkala ramai maka isi negeri pun menjadi makmurlah. Maka sentosalah negeri itu. 

Maka adalah tersebut di dalam hadis nabi sallallahu alaihi wassalam apabila raja-raja menetapkan adat bagi raja-raja, Allah subhanahu wa taala menetapkan 'madsaan' jika RAJA-RAJA KAFIR sekalipun. -UUK MS14/15

Ulasan penulis

Penulis tidak mahu mengulas panjang. TETAPI tetap benar Melayu ini ada bisanya bukan sahaja di kerisnya bahkan daripada segi bahasanya hatta pada undang-undangnya sekalipun. Berapa ramai yang menipu dan tertipu dalam pekerjaan timbang sukat hari ini?

Oleh itu siapakah sebenarnya manusia-manusia di zaman purbakala ini yang cukup keras dan perihatin dalam hal timbang-sukat? Dan siapa pula yang selalu buat kerja menganiayai manusia dalam perihal perniagaan dan jual beli? Jika tidak mengikut maka binasalah seluruh negeri itu maka dilaknat pula oleh Allah taala. Begitulah takutnya pembikin undang-undang ini akan 'bisa' dan azab yang akan ditimpa Allah taala pada mereka dan seluruh isi negeri dengan mengambil contoh sejarah kaum-kaum yang dilaknat terdahulu.

Sudah tentu mereka ini orang-orang yang beriman yang tetap pegangan hati mereka. Maka 'daulat' itu datang bukan sebab raja, tetapi kerana pedih-bisa azab Allah taala yang tidak beserta dalam setiap perbuatan yang disifatkan sebagai derhaka terhadap raja dan para ulamanya yang 'menyerah diri' menjalankan perintah Allah taala. Kerajaan apa yang menyuruh berbuat baik dan tidak derhaka kepada ibu bapa dan guru?

Perkara mengelat dalam perniagaan ini telah pun ditegah sejak zaman purbakala lagi, lalu ia ditetapkan menjadi adat dan diperingatkan pula agar tetap menjadi panduan generasi anak cucu yang akan datang. Jadi terbukti benar bahawa bangsa 'Melayu' tu memang berpegang teguh atas ajaran Islam yang hari ini telah pun menjadi teras budayanya.

Ini belum lagi diambil kira fasal yang menegahkan perbuatan mungkar yang membenihkan masalah sosial masyarakat hari ini contohnya seperti minum tuak, makan madat, berzina, telek nasib, main judi dan sebagainya. Tertakluk juga undang-undang ini tidak hanya pada orang Islam, malah orang kafir sekalipun mesti menurut. Membuktikan sistem pemerintahan berkhalifah dahulu adalah waras, tidak kejam dan tidak juga menindas rakyat seperti yang telah digembar-gemburkan dalam cerita-cerita sejarah yang terdapat hari ini.

Dan undang-undang ini juga membuktikan bahawa umat Melayu zaman purbakala itu bukanlah jahil; tinggal di atas pokok, berpakaian hanya cawat, tidak tahu mengira, tidak pernah bercampur dengan bangsa lain dari benua jiran seperti yang di dakwa oleh para orientalis barat. Rantau ini bukanlah tera incognita seperti dakwaan Frank Swettenham (1899).

Setelah dipulang kembali ke tangan anak-anak bangsanya, PUSAKA HAK MILIK BANGSA MELAYU yang berusia lebih seribu tahun ini ibarat 'sirih pulang ke gagang'. Ia sebenarnya telahpun dikaji dan dinilai isi kandungnya oleh beberapa orang yang ahli dalam bidangnya, dari semenjak tahun 1993 sehinggalah ke hari ini. Maka ia bukanlah sebuah perhiasan yang terletak di dinding rumah dan perpustakaan sahaja. Ia adalah bahan ilmiah yang sangat tinggi nilainya bagi mereka yang mahu mengkaji dan menyiasat sejarah bangsa.

Disamping menentukan perihal undang-undang, kita tidak dapat lari daripada menyiasat siapakah pula nama-nama yang tertera sebagai penggubal undang-undang tersebut. Jika ada nama pasti juga ada tuan punya badannya. Maka hari ini telah pun terbukti bahawa nama-nama yang telah tersebut dalam manuskrip rupanya berkait rapat dengan raja-raja Melayu yang ada salasilah serta sejarahnya yang tersendiri. Hal ini juga tidak harus dipandang sepi.

Maka sesuailah dengan peranannya sebagai sebuah undang-undang, maka undang-undang jugalah yang berhak menentukan kesahihan serta memastikan keadilan dalam timbang sukat menentukan sejarah raja-raja yang telah tersebut dalam manuskrip itu. Mereka yang telah tersebut itu pastinya telah berbuat berjasa meninggalan sebuah khazanah berharga buat pedoman anak-cucunya demi memastikan kedaulatan agama dan bangsa tetap terbela sepanjang zaman, khasnya buat negara yang tercinta ini.

Oleh itu benarlah kata sesetengah pihak bahawa "jika nak balik gemilang kena bukak undang-undang yang bersangkut Al Quran dan Hadis serta sirah nabi-nabi, bukan buka sejarah temberang telor tembelang."

Maka Biso Bonar itu bukanlah sekadar lagu sahaja.

Sekian.

edited by TMP

*Sultan Rijaluddin ibni Muhammad Johan Syah III ini diriwayatkan sebagai Parameswara Melaka, yang bersemayam di Kota Naga, Kedah Darul Aman.

3 comments:

  1. Assalmmualaikum

    Dimana saya boleh dapat majalah realiti ini. saya berada di kawasan Kuala Lumpur dan Shah Alam. Sudah puas saya cuba menghubungi rakan-rakan yang tahu majalah ini tetapi tiada sorang pun yang tahu. Sementara themalaypress ini pula tiada alamat untuk dihubungi. Kalau tuan boleh bantu beri saya nombor penerbit atau pencetak majalah.

    terima kasih
    tokpakehtemenggong

    BalasPadam
  2. Salam tuan. Saya sudah pun membaca sepintas lalu UUK. Melihat kepada manuskrip jawi, saya berpandangan ini merupakan naskah salinan yg disalin oleh penyalin2. Ia bukan naskah asal kerana tiada cop mohor. Jarak masa/tarikh antara yg dicatat di muka belakang dengan muka depan sangat jauh iaitu hampir 800 tahun. Hanya naskah yg asal dapat memberi gambaran yg lebih. Saya pasti naskah asal masih tersimpan di tangan org persaorangan di Nusantara ataupun Eropah. Mengikut carian internet, Shah Alam Badrul Munir memerintah Acheh dlm tahun 1400 masihi. Adakah tuan pernah melihat manuskrip Undang2 Melaka serta membandingkan kandungannya?

    BalasPadam
  3. "saya berpandangan ini merupakan naskah salinan yg disalin oleh penyalin2"

    memang benar ia adalah saduran daripada undang-undang yang asal.

    bab saduran ini ada tertulis dengan jelas dalam UUK ini telus tanpa selindung dizaman 1782 - 1818 lebih kurang zaman Syarif syah yang menyuruh muafakat mufti/kadi menyadur semula undang-undang yang sudah tidak diupdate selama 30 tahun. (mungkin kerana perang).

    800 tahun itulah masa Islam dinafikan daripada umat Melayu.

    Shah Alam Badrul Munir ini anak Merong Mahawangsa 222 hijrah tahun 820++ masehi.

    Inggeris atau belanda selalu menunggang langgang tarikh dan nama raja-raja atau sultan Melayu alam nusantara ini mengikut suka hati depa.

    itulah masalahnya.

    BalasPadam

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.

 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger