TMP menyokong kenyataan Prof. Dr Khoo Kay Kim yang mengatakan Hang Tuah yang ada sekarang hanyalah versi mitos. Dakwaan Dr.KKK yang kontroversi itu ada benarnya kerana menurut beliau tiada bukti dan rekod tentang kewujudan Hang Tuah begitu juga dengan Puteri Hang Li Po dari China yang dikatakan berkahwin dengan Sultan Melaka semasa abad ke-15.
Team Realiti lebih radikal memperjuangkan Hang Tuah.
Apa yang hendak disampaikan oleh Dr.KKK sebenarnya adalah orang Melayu hari ini sudah jauh menyeleweng daripada memahami sejarah sebenar suatu bangsa. Orang Melayu hanya tahu berkhayal tentang kejayaan yang dibuat-buat bersandarkan mitos dan kecemerlangan yang palsu.
Keberanian Dr. Khoo Kay Kim Sanggup Disiasat Berhubung Mitos Hang Tuah & Hang Li Po menunjukkan beliau mempunyai bukti untuk menelanjangkan sejarah Melayu palsu versi Inggeris yang telah pun diguna pakai mengikdoktrin orang Melayu sejak zaman berzaman. Sejarah mitos itu telah pun berakar umbi menjadi barah merosak minda orang Melayu generasi yang ada hari ini.
Sungguhpun begitu TMP tidak menolak kemungkinan telah ada perkahwinan yang berlaku diantara dua buah kerajaan di Semenanjung dan China, dan Hang Tuah memang wujud cuma cerita versi mitos dibiayai Inggeris yang dinaungi oleh seorang yang dianggap sultan yang dibuang negeri dari Kedah itu yang menjadikan ia menyeleweng daripada fakta sebenar. Ini berlaku dizaman percetakan awal negeri-negeri selat sejak kedatangan Inggeris ke Alam Melayu.
Kita menunggu juga jawapan balas yang bersifat akademik dan fakta daripada semua pendekar-pendekar Melayu yang ada hari ini mengenai topik Hang Tuah versi mitos ini. Dan kita menunggu juga maklum balas Dr.KKK mengenai Undang-undang Kedah 222Hijrah. Yang mana jikalau disentuh sudah tentu dapat membuka minda masyarakat tentang realiti sebenar sejarah Melayu yang telah diselewengkan sejak zaman berzaman.
Manakala bab Hang Tuah ini kita serahkan kepada orang silatlah untuk menjawabnya. Walaubagaimanapun TMP berpendapat sebelum orang Silat Melayu sibuk hendak berjuang tentang sejarah Melayu baiklah mereka melihat dahulu realiti yang berlaku disekeliling mereka hari ini.
Keadaan Melayu hari ini sudah kronik. Jangan terperanjat jika dikatakan telah ada segelintir masyarakat Me-layu yang telah menjadi terlebih "cerdik" kerana bukan sahaja percaya kepada sejarah khayalan, malah lebih parah, kerana ada yang sudah tenggelam punca sehingga sanggup melutut, menyembah "ma-mak" yang lagaknya umpama Sultan!
Kenyataan ini benar dan sedang meracuni segelintir masyarakat Melayu hari ini. Ianya terjadi akibat tidak kenal akan adat raja-raja, budaya dan warisan bangsa "Melayu" yang sejati.
Cukup-cukuplah tu Melayu.

Ku seru-seru...
Komen balas daripada sumber berita:
http://mstar.com.my/cerita.asp?sec=mstar_berita&file=/2012/1/25/mstar_berita/20120125133442
Komen balas daripada sumber berita:
http://mstar.com.my/cerita.asp?sec=mstar_berita&file=/2012/1/25/mstar_berita/20120125133442
Oleh IZRA ABD RAHMAN PETALING JAYA: Sejarawan Negara, Tan Sri Khoo Kay Kim bersedia untuk disoal siasat dan memberi keterangan sekiranya ada pihak membuat laporan polis berhubung pandangannya yang menyatakan Hang Tuah dan Puteri Hang Li Po tidak pernah wujud sebaliknya ia hanya merupakan “tokoh mistik”.
Malah Khoo berkata, beliau akan “memalukan” mana-mana pihak yang bercadang berbuat demikian kerana beliau mempunyai banyak bahan bukti berhubung perkara itu.
"Saya galakkan mereka buat laporan. Biar mereka buat (laporan polis). Saya akan malukan mereka semua," katanya ketika dihubungi mStar Online...berita penuh.
Salam dan selamat Pagi TMP..
BalasPadamSuka saya ingin bertanya, pastikah kisah Hang Tuah bersahabat itu adalah mitos kerana Hang Tuah itu sendiri ada disebut namanya di masa kerajaan Majapahit sezaman dengan Hayam Wuruk dimana pertandingan silat antara Taming Sari dgn Hang Tuah ada dikisahkan..dimana ada penjanjian sulit antara rombongan Melaka dgn Patih Gajah Mada utk membunuh Taming Sari.
Jikalau ada boleh minta tolong TMP dan rakan2 memastikannya kerana saya hanya mendengar melalui penceritaan rakyat indonesia yg hidup di pulau Jawa, sekian.

Salam Art Vespa.
BalasPadamHang Tuah seperti juga Merong Mahawangsa tidak sepatutnya direndahkan martabatnya seperti yang di edit oleh para penulis upahan dizaman Inggeris.
Peranan Hang Tuah jika dikaji balik dalam filem2 yang ada tidak ubah seperti orang bodoh yang mengikut perintah raja dan sanggup membunuh jebat akibat derhaka - ini adalah kisah konflik yang diperbesarkan dan kisah inilah yang menjadi duri dalam daging kepada orang Melayu hari ini. Ada semangat Tuah ada semangan Jebat. Dua-dua pun xboleh pakai. Ia amat bertentangan dengan amalan Islam dan raja pula asyik bernafsu dengan pompuan dan harta sahaja. Ini inggeris punya kerja la ni.
Kisah Hang Tuah dan Taming Sari itu pula jika menurut Kassim Ahmad dalam kajiannya mengenai Hikayat Hang Tuah adalah satu perkara yang tidak mungkin berlaku kerana berada dalam era yang berbeza. Jadi kisah di Jawa itu pun cerita yang diada-adakan untuk menimbulkan konflik Melaka - Jawa.
Dan menurut sejarah yang telah diceritakan oleh Sejarah Negara Kedah, Hang Tuah itu memang Laksamana Melaka tetapi kemudian menjadi Maharaja di Ayuthia, sebab dia ni keturunan (kalau tak silap) Nai Hizbu Muadzam Syah Raja Dinasti Ayuthia.
Jadi Hang Tuah dalam sejarah Melayu hanyalah Laksamana, tapi dalam sejarah Negara Kedah pangkatnya lagi besar. So tidak timbul kisah Siam dengki ke Melaka dan sabagainya.
Pihak kami sedang dalam usaha menjejak siapa dia Tun Perak dan nama sebenarnya, tak kan dah 50 tahun lebih merdeka nama Tun Perak sorang pun tak tahu.
Cuma satu je, Sejarah Melayu Melaka Empayar 100 Tahun itu sebenarnya satu dongennagn jugak sebab menurut Undang-undang Kedah, kerajaan Melaka masih ada pada 1640 dan menjalankan kegiatan bijih Timah sebelum berperangan dengan Belanda merebut Pangkor - tempat simpanan bijih Timah disana. Dan disinilah baru timbulnya kisah Hang Jebat. Jadi zaman itu berlainan, tapi nama tu ada.
Saranan TMP kita sepatutnya tidak teperngaruh dengan kisah Hang Tuah yang berpegang dengan Taming Sari sebab jika Hang Tuah itu seorang Tok Alim - Maharaja yang Alim, maka sudah tentu dia tahu bahwa "Alam tidak memberi bekas" maka tidak akan dia bergantung kepada keris. Keris hanya sebagai simbol sahaja.
Lain, kita tunggu apa kata Dr.KKK dont worry.
Konflik Hang Tuah dengan Hang Jebat diwujudkan pada ketika itu untuk memaksa masyarakat Melayu tunduk kepada Sultan yang dibuang negeri itu. Jika khianat kepada raja hukumnya pancung!
BalasPadamKalau benar Hang Tuah mana kuburnya? Yang wujud hanyalah makam ciptaan sedangkan Hang jebat wujud kuburnya. Hang Tuah mitos tidak wujud...yang wujud Hang Tuah atau nama besarnya Narai.
Suka atau tidak..Hang Tuah memang menjadi maharaja besar di Ayuthia. Buka minda dan mata kita luas - luas. SEjarah kita dan tanah kita bukan sekadar Empayar Melaka yang kecil itu, tapi lebih besarrr!!
p/s TMP, jujur saya katakan, sebak dihati apabila melihat sejarah sebenar sudah mula dikaji dan diambil berat.