Salam Maulidur Rasul kepada para pembaca sekalian.
Alhamdu'lillah, terhasil daripada konvensyen Asal-usul Melayu dan Induknya di Tanah Melayu maka dapat kami buat kesimpulan awal bahawasanya Merong Mahawangsa dan Bangsa Melayu itu sebenarnya saling bergandingan membina tamadun di Nusantara ini, tidak dapat bercerai mereka itu sebenarnya. Mereka mempunyai peranan masing-masing dalam mencorak adat dan budaya "Bangsa Melayu" yang ada pada hari ini.
Kami melihat pertikaian yang telah berlaku dalam blog-blog sebelum ini adalah akibat daripada pihak-pihak yang cuba menegakkan hujah masing-masing. Ditambah lagi dengan komen para penyokong fanatik pihak-pihak yang terbabit (tiada yang terkecuali) yang mana sedikit sebanyak membawa pengaruh kepada suasana "ramah-mesra" yang telah sedia ada. Maka itu adalah perkara yang biasa terjadi bila berpihak - normal manusia.
Walaupun ada diantara hujah-hujah itu yang tidak dapat diterima oleh akal yang waras, sebagai contohnya ada yang cuba membawa para pembaca ke alam mistik, tetapi sebenarnya alam mistik itu tidak boleh lari daripada menjadi kepercayaan semua bangsa didunia ini, termasuklah bangsa Melayu itu sendiri. Alam ghaib tetaplah ada-itu pasti, malaikat dan angel, Iblis dan Lucifer apa yang beza?

"If you want to be with me, baby, there's a price to pay.
I'm a genie in a bottle, you gotta rub me the right way." Mentera Christina "Shapeshifter" Aguilera
Walaubagaimanapun dalam hal ini, kami tetap berpegang kepada sejarah realiti yang berfakta kerana bagi kami perlu ada satu garisan yang jelas membezakan realiti dan mistik. Dimana bagi kami alam mistik ini tetap penuh dengan tipu daya, dan jika seseorang itu tidak berupaya menangani-nya maka ia akan membawa pengaruh lupa diri sehingga terlupa pada syariat yang nyata.
Dan manakala, tidak boleh juga hendak dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan kerana manakan mahu hakim mendapatkan toyol menjadi saksi, mahupun drakula - sebagai contoh. Alam nyata lagikan penuh tipu daya apatah lagi di alam yang satu lagi - I dream of Jeannie, ini realiti siri tv.

Secara ringkasnya bagi kami, fakta sejarah yang telah dimanipulasikan serta kenyataan yang cuba disembunyikan oleh pihak-pihak yang berkepentingan, samada di pihak orientalis atau pun talibarut mereka itulah menjadi faktor yang menimbulkan rasa tidak puas hati segelintir pihak lalu mencetuskan suasana yang berlaku hari ini.
Maka hasil daripada pertemuan terbaru lagi mutakhir, kami mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa satu hari kelak pihak-pihak yang tidak berse-pendapat ini akan dapat ditemukan pada satu titik pertemuan yang akan menggembirakan hati semua yang terbabit.

Insyaallah, maka berdoalah kita semua agar dipermudahkan usaha-usaha ke arah itu.
TMP.
15 Rabiul Awal 1433
*The Movement of Panzers, Ghost Division-Panzer Elite - "bukannya hantu tapi macam hantu."
15 Rabiul Awal 1433
*The Movement of Panzers, Ghost Division-Panzer Elite - "bukannya hantu tapi macam hantu."
askm semua...
BalasPadamttg Asal-usul Melayu dan Induknya di Tanah Melayu kesian org melayu...sabarlah...wlpn org puth buat andaian mengenai org melayu ni dari org asli ,negro, afrika...padahal tenaga dia, KHARTOUM dia taksama dgn melayu pun dan mmg org melayu ni selalu kena attack.dan org putih mmg tau melayu ni pantang d kaitkan dgn org asli dan hindu ni...jadi depa buat fakta menyabitkan dioarg ni agar melayu lari dan tak minat nak buat kajian.
jadi kita check pula org putih ni benci pantang d kait dgn apa...kita bagitau kota LONDON,ROM,BERLIN, NEW YORK dll d bina dan d buka oleh red indian gurkha nepal dan punjab . pastu kita bawak mai tengkorak dna red indian dan gurkha punjab di korek ambik dari bumi amerika dan eropah.kita p syarah kat universiti2 depa musti gumbira dan berasap punya.
wssslm.
salam Bro.
BalasPadamAdui aku dok tahan gelak je ni.
anyway takpe takpe biaq p kat depa la nak kata Melayu ni apa pun. Yang mai ari tu mamat Oppenheimer ni, so cuba tengok dalam list of commitee 300 kat sebelah ni...siapa Oppenheimer ni (kalau dah delete sok search ni http://www.youtube.com/watch?v=ZYCXjzriQ9g&feature=player_embedded)
(pasai column sebelah ni selalu berubah sapa sempat baca sempa la, sempat tengok sempat la kalau x sempat depa nanti nganga la apa la mamat ni merapu...)
baru depa tahu apa agenda depa.
Dulu mereka-mereka ini menggelar melayu diutara ini sebagai Siam Monggol namun hari ini mereka terima pula sebagai Siam Asli.
BalasPadamWalau apa sekali pun, realiti akan mengatasi yang mistik, itu pasti.