1.Tun Mutahir bin Tun Ali
Tun Wan Muhammad Tahir, atau lebih dikenali sebagai Tun wan Mutahir merupakan Raja Bendahara Pahang yang memerintah daripada 1847 sehingga 1863, Beliau merupakan Raja Bendahara Pahang yang terakhir dan meninggal dunia pada tahun 1863 berikutan Perang Saudara Pahang.
2.Kehidupan awal
Tun Mutahir dilahirkan pada tahun 1803. Tun wan Mutahir adalah putera Tun wan Ali, Bendahara Siwa Raja dan Che Wan Ngah.[1]. Pada tahun 1832, beliau diistyharkan sebagai Bendahara Muda di Lingga, ibu negeri Kesultanan Johor pada masa itu. Tun Mutahir mempunyai beberapa orang isteri iaitu:-
1.Tengku Kechik, puteri Sultan Johor, Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah
2.Tengku Chik, puteri Sultan Kedah, Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah II (perlu lebih siasatan)
3.Tengku Chik, puteri Sultan Lingga-Riau, Sultan Muhammad II Muazzam Shah.[2]
4.Chik Puan Lingga pada tahun 1832 yang merupakan ibu kepada Tun Ahmad.[3]
3.Perang saudara
Pada tahun 1847, Tun Ali mula bersara dan menyerahkan kuasa pada Tun Mutahir. Pada tahun 1857 Bendahara Ali, menandatangani surat perisytiharan menjatuhkan hukuman mati terhadap Tun Ahmad[4]. Ini menyebabkan Tun Ahmad melarikan diri ke Singapura[5] dan kembali ke Pahang berikutan kematian Tun Ali.
Berikutan peristiwa tersebut, konflik telah timbul diantara Tun Mutahir dan Tun Ahmad sehnigga menyebabkan perang saudara.
Konflik ini juga telah melibatkan Temenggung Johor, Sultan Terengganu dan pihak British yang memainkan peranan politik.[6] Konflik ini berakhir berikutan kematian Tun Mutahir pada tahun 1863.
4.Kenapa Tun Ahmad lari ke Singapura dan memberontak setelah kembali ke Pahang setelah kematian Tun Ali ayahandanya?
Suatu lagi peristiwa yang berlaku dalam tempuh terjadinya Perang Saudara Peringkat Kedua di Pahang, ialah buat pertama kalinya semenjak kemangkatan Tun Ali, timbul isu keujudan surat wasiat Al-Marhum, dimana Tun Ahmad mendakwa kekandanya melanggar amanat ayahnda mereka dalam surat wasiat tersebut.
Gabenor Cavenagh yang mendapat maklumat mengenai isu surat wasiat tersebut telah bertindak berjumpa sendiri dengan Tun Mutahir bagi mendapatkan pengesahan baginda.
Dalam pertemuan tersebut, Perdana Menteri Engku Sayyid telah memaklumkan kepada Cavenagh bahawa surat wasiat tersebut sebenarnya merupakan suatu komplot salah seorang isteri Tun Ali (adakah ini bermaksud Chik Puan Lingga pada tahun 1832 yang merupakan ibu kepada Tun Ahmad?). Beliau (Perdana Menteri Engku Sayyid) juga menegaskan bahawa Tun Ali telah sempat berwasiat kepada Tun Mutahir untuk mengusir Ahmad dari negeri Pahang kerana telah maklum akan siasahnya.
5.Inggeris mula mendapat ruang mengkacau bilaukan Pahang untuk menjatuhkan Tun Mutahir.
Dalam perjumpaan tersebut, Cavenagh telah meminta Tun Mutahir untuk ke meja rundingan bagi menyelesaikan masalah yang berlaku antaranya dengan Tun Ahmad.Cavenagh juga mendapat jaminan dari Tun Mutahir untuk memberikan sara hidup kepada Tun Ahmad walau apapun keputusan yang bakal dibuat dalam rundingan yang bakal diadakan itu.
Tun Ahmad yang pada masa itu sedang terkepung di Kuantan telah berjaya meloloskan dirinya kerana kawalan keselamatan yang longgar (penumpuan keselamatan difokus pada Cavenagh dan pengikutnya).
Surat perjanjian yang ditandatangani oleh Tun Mutahir mengenai hal kesediaan baginda ke meja rundingan telah dihantar kepada Tun Ahmad, namun surat tersebut ditolak bulat-bulat oleh Tun Ahmad, dan menegaskan bahawa ia akan tetap menawan Pahang samada hidup atau mati. Rundingan itu berlaku dalam Ahmad terkepung dan campurtangan pihak Britishlah yang melepaskan Ahmad.
6.Bantuan daripada Ulu Pahang
Pada peringkat ini, Ahmad telah berjaya mendapat sokongan dan dokongan Maharaja Perba Tok Raja yang amat berpengaruh di daerah Ulu Pahang itu . Kesetiaan rakyat Jelai pada Tun Mutahir mula dicurigai kerana mereka lebih setia pada Tok Raja.
Walaubagaimanapun Perang Saudara Peringkat Kedua tetap tidak memihak pada angkatan Tun Ahmad, walupun pada mulanya pihak Tun Mutahir menghadapi tentangan yang hebat darinya.
Setelah terkepung, Tun Ahmad dan para pengikutnya berjaya meloloskan diri dan berundur kembali ke Terengganu, kemudian pergi menuju ke Kelantan dan berdiam diri di situ sehinggalah tercetusnya Perang Saudara Peringkat Ketiga dan yang terakhir.
Susulan darinya, Wan Daud telah menghantar utusan pergi berjumpa dengan Tok Raja yang ketika itu bersama dengan Tun Ahmad di Kelantan bagi meminta pertolongannya. Tok Raja bersetuju untuk kembali membantu pemberontakan di Ulu Pahang dengan mendapat restu dari Tun Ahmad.
Sekembalinya Tok Raja ke tanah jajahannya telah menaikkan semangat orang-orangnya yang terus membuat keputusan menyokong pendiriannya. Pemberontakan demi pemberontakan yang berlaku di Ulu Pahang akhirnya telah memihak kepada Tok Raja, beberapa daerah kecil jatuh ke tangan para pemberontak tersebut.
Dengan keyakinan baru, Tok Raja dengan para pengikutnya menjemput Tun Ahmad kembali ke Pahang. Sampai di Tembeling, Tun Ahmad telah disambut secara besar-besaran. Dalam tempuh beberapa bulan berikutnya, Tun Ahmad dengan dokongan Tok Raja serta rakyatnya di Ulu Pahang telah berjaya mengambil satu demi satu daerah Pahang.
Beberapa perkara yang terjadi dalam tempuh ini telah dilihat sebagai faktor yang merugikan pihak Tun Mutahir. Antara yang terbesar ialah sikap menantunya Temenggong Abu Bakar yang agresif dalam tindak-tanduknya membantu Tun Mutahir menangkis serangan dari kem Tun Ahmad dan Tok Raja.
Dalam keadaan Tun Mutahir tersepit itu sekonyong-konyong British memberi restu kepada Temenggung Abu Bakar Johor iaitu putera Temenggung Ibrahim untuk masuk campur. Walhal Almarhum Temenggung Ibrahim telah dihalang sekeras-kerasnya oleh Inggeris untuk menyokong Tun Mutahir.
Berbanding ayahandanya, temenggung Abu Bakar lebih disenangi Inggeris. Bantuan Temenggung Abu Bakar itu bukanlah percuma walaupun Tun Mutahir itu mertuanya. Tun Mutahir terpaksa menerima kerana hanya Johor sanggup membantu memandangkan seluruh Tanah Melayu ketika itu bergolak dengan hebat.
Temenggung Abu Bakar telah membuat suatu pengisytiharan bahawa Pahang telah diamanahkan di bawah jagaannya, atau seperti kenyataannya kepada beberapa pemerintah di Tanah Melayu bahawa sudah terserah negeri Pahang itu kepada Seri Paduka anaknda jahat baiknya.
Temenggung Abu Bakar juga menawarkan hadiah bernilai $500 pada sesiapa yang dapat membunuh Tun Ahmad. Malangnya, sikap agresif yang ditunjukkan oleh Temenggung Abu Bakar telah menimbulkan kemarahan para pembesar tempatan di Pahang yang melihat tindakan baginda sebagai suatu campurtangan dari orang luar yang cuba mengambil alih kekuasaan dari mereka dalam urusan perang saudara di Pahang itu.
Gabungan angkatan perang Temenggung Abu Bakar dari Rembau, Perak, Muar, dari tempat-tempat lain dan askar-askar upahan Bugis juga telah menyebabkan Orang-Orang Besar Pahang mula merasa tergugat dan terpinggir.
Pihak Tun Ahmad cepat-cepat mengambil kesempatan dari sini untuk mengisytiharkan Perang sabil dengan teriakan; "kerana wajib mempertahankan orang yang mahu membinasakan negeri kita." Susulan darinya, rakyat Pahang mula berpecah, ada yang masih setia kepada Tun Mutahir, namun ada yang mengalih sokongan kepada pihak Tun Ahmad.
Kini perang saudara tidak lagi dilihat sebagai perang antara adik beradik, tetapi menjadi perang diantara orang Pahang dengan orang luar. Malangnya orang luar ini dilihat sebagai pendokong utama kepada Bendahara Tun Mutahir, maka bagindalah yang menjadi mangsa keadaan. Selepas Maharaja Perba, Orang Kaya Temerloh dan Orang Kaya Lipis pula berpaling tadah.
Hanya Orang Kaya Chenor dan Orang Kaya Syahbandar sahaja yang masih setia kepada Tun Mutahir.
Hanya Orang Kaya Chenor dan Orang Kaya Syahbandar sahaja yang masih setia kepada Tun Mutahir.
Muslihat British yang terus menerus membiarkan orang Jelai dan angkatan Tun Ahmad dari Kemaman melakukan pemberontakan dan menghuru-harakan negeri Pahang untuk beberapa bulan lamanya telah juga membantu perjuangan Tun Ahmad untuk menawan bumi Pahang.
Akhirnya, Tun Mutahir dan anakndanya Bendahara Muda Tun koris mangkat semasa baginda sedang berundur di Kuala Sedili dan terus dibawa ke Johor dan dimakamkan di Tanjung Puteri.
7.Raja Bendahara Tun Abdul Rahman menyambung perjuangan
Dalam keadaan yang menyedihkan ini putera Tun Mutahir iaitu Tun Aman (Abdul Rahman) diangkat oleh Orang-Orang Kaya dipimpin oleh Orang Kaya Syahbandar sebagai Raja Bendahara Seri Maharaja, mengambil gelaran Almarhum ayahandanya serta meneruskan perjuangan Al-Marhum ayahandanya.
Baginda dilantik dengan beradat menurut tradisi Bendahara-Bendahara dan Raja-Raja. Perjuangan Al-Marhum Tun Mutahir Tun Ali diteruskan oleh anakndanya Tun atau Engku Abdul Rahman (Wan Aman) sebagai Raja Bendahara Seri Maharaja, Engku Da (Wan Da) dan Engku Abdullah (Wan Abdullah).
Tun Abdul Rahman yang dilantik sebagai Bendahara Seri Maharaja selepas kemangkatan ayahnda serta kekandanya Tun Koris telah bekerja keras bersama kedua-dua adindanya selama beberapa tahun untuk menuntut kembali teraju pemerintahan negeri Pahang. Malangnya, takdir tidak berpihak kepada mereka.
Buku-buku sejarah yang memperincikan perjuangan Tun Abdul Rahman telah mencatatkan bahawa Sultan Abu Bakar Johor, yang pada asalnya bergelar Temenggung telah memerintahkannya menolong dalam perang saudara di Selangor serta mencari pengaruh dan bantuan dalam ikhtiarnya untuk merampas kembali kekuasaan dari bendahara Tun Ahmad.
Kali terakhir catatan mengenai Tun Abdul Rahman memperihalkan peristiwa dimana ia ditawan oleh Sayyid Mashur di Kelang iaitu dalam tahun 1871M. Adinda Tun Abdul Rahman yang bernama Tun Da itu kemudiannya dikatakan berbaik semula dengan Bendahara Tun Ahmad dan kembali semula bermastautin di Pahang. Keturunannya dikatakan masih berkembang biak di Tembeling.
Itulah serba ringkasnya sejarah sebenar peristiwa perang saudara di Pahang. Akhirnya, diharapkan semoga pensejarahan ini berupaya membuka lembaran baru dalam pengkisahan-pengkisahan sejarah perang saudara di Pahang yang lebih neutral, seimbang dan realistik. Semoga pengkaji-pengkaji sejarah Pahang di masa-masa akan datang dapat berlaku adil dalam menelusi sejarah sebenar Raja Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir Tun Ali.
-Sumber-
Cerita ini adalah dari pihak keluarga Tun Mutahir. iaitu dari buku 'Mencari Sejarah Yang Hilang' oleh Suzana M.Osman (Tun Suzana)
Cerita ini adalah dari pihak keluarga Tun Mutahir. iaitu dari buku 'Mencari Sejarah Yang Hilang' oleh Suzana M.Osman (Tun Suzana)
8. Komen Apam Baghdad (AB) sebagai menyahut saranan penulis diatas.
Keturunan Tun Mutahir dikatakan telah berdamai dengan Tun Ahmad maka selesai satu bab yang tidak perlu dipanjangkan lagi. Mereka berdua asalnya daripada Bendahara Tun Ali. Maka tetaplah asal Bendahara juga yang memerintah Pahang sehingga ke hari ini. Begitulah juga di Johor yang asalnya Temenggong berubah menjadi Sultan. Ini cerita semua orang sudah tahu.
Tetapi AB melihat sejarah daripada sudut realiti. Dan Pahang adalah sebuah negeri yang mengaku asal pemerintahan adalah daripada Bendahara, maka positifnya ia adalah satu ketelusan dalam sejarah pemerintahannya. Maka kita tinggalkan buat sementara waktu peranan Merong Mahawangsa dalam hal berkaitan perang saudara di Pahang ini.
"Pada tahun 1881, jurutulis kepada Bendahara Ahmad, Encik Abdullah b. Hassan yang dikenali sebagai Encik Dollah Tulis dengan persetujuan Bendahara, telah meminda cap iaitu daripada “Bendahara” kepada “Sultan”. atas sebab itu, pada 6hb Ogos 1882, Tun Ahmad diisytihar sebagai Sultan Ahmad. "
(petikan http://www.pekan.my/darjah-bintang-kebesaran-pahang/sejarah-kesultanan-pahang/all-pages)
Baik, Pahang adalah antara sebuah negeri yang paling lama di Alam Melayu dan asalnya dibawah pemerintahan Siam Merong Mahawangsa yang berpusat di Pekan Lama, Pahang Tua. Keadaan konflik perebutan takhta yang berlaku menyebabkan perpindahan jawatan pemerintah daripada Sultan yang bersusur galur daripada Merong Mahawangsa kepada pemerintahan Acheh Sultan Iskandar Muda (Thani?) dan seterusnya kepada pemerintahan Bendahara Tun Ali, seterusnya Tun Mutahir dan kemudian Tun Ahmad yang mengguna pakai gelaran Sultan (Bendahara menjadi Sultan ini memang dinyatakan dalam sejarah Pahang).
Ini kerana terdapat banyak nesan-nesan Acheh purbakala yang kedapatan di Pahang dikampung atau tempat yang bernama Teluk Siam, Parit Siam dan juga Kampung Langgar.
(Siam ini bukannya Sukhotai, kerana mana pernah puak-puak kapir Sukhotai masuk sampai ke Pahang melainkan orang-orang Melayu Kemboja yang duduk ditepi sungai Pahang sehingga ke hari ini.)
(Siam ini bukannya Sukhotai, kerana mana pernah puak-puak kapir Sukhotai masuk sampai ke Pahang melainkan orang-orang Melayu Kemboja yang duduk ditepi sungai Pahang sehingga ke hari ini.)
Daripada pemerintahan Bendahara ini kemudian mengakibatkan peperangan saudara bermula daripada pemberontakan Tun Ahmad(adik) vs Tun Muhammad Tahir (abang), kedua-duanya adalah anak kepada Tun Ali.
Tun Ahmad pernah lari ke Singapura kerana atas perintah yang dikeluarkan oleh Tun Ali untuk membunuhnya kerana sahsiah Tun Ahmad yang tidak diperkenan oleh Tun Ali. Dekree itu dikeluarkan dizaman Tun Ali masih hidup dan dijalankan oleh Tun Mutahir.
Tun Ahmad pula mengatakan bahawa ada wasiat yang dikeluarkan oleh Tun Ali untuk memberikan tahkta kepadanya bukan kepada Tun Mutahir, kenyataan ini disokong oleh Tok Gajah pembesar Pahang. Manakala ini dinafikan oleh Engku Sayyid Perdana Menteri ketika itu dengan mengatakan surat itu dibuat oleh salah seorang isteri Tun Ali.
Inggeris mula mendapat ruang untuk dengan menyokong Tun Ahmad tetapi tidak secara terbuka. Orang-orang ulu Pahang yang bersama Tok Gajah menyokong Tun Ahmad menentang Tun Mutahir.
Tun Ahmad mengistiharkan Perang Sabil menentang Tun Mutahir padahal mereka adalah seagama, kemudiannya pula Tun Ahmad yang telah berjaya berkuasa bersekongkol pula dengan Inggeris membenamkan pemberontakan Tok Gajah, Tok Bahaman dan Mat Kilau yang dituduh pemberontak. Sebenarnya mereka ini tidak sedar yang mereka telah dipermainkan oleh Inggeris.
Tun Ahmad mengistiharkan Perang Sabil menentang Tun Mutahir padahal mereka adalah seagama, kemudiannya pula Tun Ahmad yang telah berjaya berkuasa bersekongkol pula dengan Inggeris membenamkan pemberontakan Tok Gajah, Tok Bahaman dan Mat Kilau yang dituduh pemberontak. Sebenarnya mereka ini tidak sedar yang mereka telah dipermainkan oleh Inggeris.
Tun Mutahir tidak pernah pula mengistihar perang Sabil terhadap adiknya melainkan menjalankan arahan ayahandanya Tun Ali untuk mengusir Tun Ahmad daripada negeri Pahang.
Ini kerana setelah perang itu tamat, Wan Ahmad dimahkotakan pada 1887, tetapi peranannya cuma secara istiadat kerana British telah memaksanya menandatangani sebuah perjanjian yang membawa kawalan negeri itu dibawah Residen British yang kemudian menghadkan kuasa pembesar di Ulu Pahang untuk mengutip cukai sungai (tol) yang mengakibatkan pemberontakan orang-orang Semantan menentang Inggeris.
Inggeris berjaya dalam muslihatnya untuk menguasai Pahang dalam apa cara sekalipun, dan pada awalnya telah memberi ruang kepada Temenggong Abu Bakar menantu Tun Mutahir kerana dengan itu ia membuka ruang kepada pihak Tun Ahmad mendapat alasan "orang luar" datang menjajah.
Padahal sebelum itu Temengggong Ibrahim (ayahanda Temenggong Abu Bakar) dihalang sekeras-kerasnya oleh Inggeris membantu Tun Mutahir. Ini kerana Inggeris berasa senang dengan Temenggong Abu Bakar dan tidak senang kepada Temenggong Ibrahim.
Padahal sebelum itu Temengggong Ibrahim (ayahanda Temenggong Abu Bakar) dihalang sekeras-kerasnya oleh Inggeris membantu Tun Mutahir. Ini kerana Inggeris berasa senang dengan Temenggong Abu Bakar dan tidak senang kepada Temenggong Ibrahim.
Polisi keras Temenggong Abu Bakar inilah yang merugikan bapa mertuanya Tun Mutahir. Apabila Inggeris tidak dapat kuasa melalui Temenggong Abu Bakar, mereka beralih kepada Tun Ahmad kerana berpendapat Tun Ahmad sudah mempunyai momentum untuk menjatuhkan Tun Mutahir akibat sentimen marahnya mereka kepada orang luar iaitu Temenggong Abu Bakar. Yang tersepit adalah Tun Mutahir.
Teriakan perang sabil Tun Ahmad yang sepatutnya ditujukan pada Inggeris tidak lama, kerana dipenghujung perjuangannya dia berjaya mendapatkan elaun daripada Inggeris buat dirinya dan para pengikut.
Maka benarlah wasiat Tun Ali kepada Tun Mutahir mengenai cara sahsiah Tun Ahmad ini.
Time kaseh -
Apam Baghdad, Peramu.
Jejak Kampung Orang Kaya Datuk Syahbandar, Kampung Langgar, Kampung Parit Padang Polo, Pahang Tua, Pekan Bandar Diraja.
-----------------end-----------------
Jejak Kampung Orang Kaya Datuk Syahbandar, Kampung Langgar, Kampung Parit Padang Polo, Pahang Tua, Pekan Bandar Diraja.
-----------------end-----------------
Salasilah Bendahara Pahang daripada Tun Ali.
▪ 1847-1863:Tun Mutahir bin Tun Ali
▪ 1863-1882:Tun Ahmad bin Tun Ali
Sultan Pahang dari keturunan Tun Ahmad
▪ 1882-1914:Sultan Ahmad Muazzam Shah (Tun Ahmad yang dimahkotakan Inggeris menjadi Sultan)
▪ 1914-1917:Sultan Mahmud Shah[7]
▪ 1917-1932:Sultan Abdullah[7]
▪ 1932-1974:Sultan Abu Bakar[7]
▪ 1974-kini: Sultan Ahmad Shah[7]
Jurai keturunan Sultan Pahang daripada Bendahara Tun Ali ini semuanya bersemayam di Pekan, Pahang Tua, sebelum berpindah ke Pekan Moden. Tun Ahmad yang diisytihar sebagai Bendahara telah berpindah dari Pulau Maulana ke Kuala Sungai Parit dan kini dikenali dengan Kampung Padang Polo.
Elaun pembesar Pahang dibawah Inggeris
Rujuk CO 273/179 Rodger kepada Gabenor 17 March 1892, terlampir Gabenor kepada CO, 25 March 1892
Sultan Ahmad $24,000
Tengku Mahamud $6,000
Tengku Ali $2,400
Raja Muda #2,400
Bendahara $1,800
Temenggong $11,000
Shahbandar $1,200
Tok Raja $1,200
Tok Gajah $1,200
Orang Kaya Chenor $1,200
Orang Kaya Temerloh $1,200
Orang Kaya Haji Lipis $840
Orang Kaya Semantan $840
Diatas menunjukkan Orang Kaya Haji ranking bawah dari Orang Kaya Temerloh. Pendek cerita Orang Kaya Temerloh Orang Besar Berempat, Orang Kaya Haji Lipis, orang besar berlapan tapi sekarang Tok Bahaman, Tok Gajah, Orang Kaya Haji terkeluar daripada senarai(Inggeris kata penderhaka.)
Derhaka kepada siapa asalnya? Kepada Tun Mutahir atau Tun Ahmad?
Sumber (http://lipis-zaini.blogspot.com/2009/09/dato-bahaman-tok-gajah-pahlawan-pahang.html)
Jikalau ke web sana tukarkan nama Siam kepada Thai baru boleh masuk cerita pembesar Melayu yang "terkena" kerana menyembunyikan Dato Bahaman iaitu Baginda Long Mansur, Tuan Lebih, Tuan Tabal, Dato Lela Perkasa Lundang, Pok Nik Ya dan beberapa orang lagi yang ditangkap lalu dibawa ke Bangkok.
Baginda Long Mansur ini (cucu Baginda Long Ghaffar) yang dikatakan suka menjinak dan memelihara gajah di Hulu Kelantan, dikatakan telah dibunuh Thai kerana menyembunyikan Dato Bahaman yang yang telah dilucutkan jawatan Orang Kaya Semantan oleh Sultan Ahmad dan diburu Inggeris semasa pemerintahan Sultan Ahmad).
Dato Bahaman lari ke Kelantan akibat gagal dalam pemberontakannya menentang Inggeris 1891. Akibat tipu helah Sultan Mansor Kelantan yang bernaung dibawah kerajaan Thai ketika itu yang tidak mahu bersekongkol dengan Dato Bahaman yang dikejar Inggeris mengakibatkan Baginda Long Mansur pula ditangkap menjadi ganti atas arahan Raja Bangkok.
Baginda Long Mansur dan Sultan Mansur adalah orang yang berlainan. Baginda Long Mansur bersetuju menyembunyikan Dato Bahaman kerana bersimpati dengannya walaupun tahu akibat yang akan Baginda tanggung iaitu dibunuh Thai. "Jangan lawan Siam (Thai) nanti dibunuh" - kata-kata yang biasa didengari ketika itu.
Inggeris telah pergi ke Bangkok untuk mendapatkan perkenan Raja Bangkok untuk menangkap Dato Bahaman di Kelantan. Seperti yang kita ketahui, Inggeris dan Thai adalah angkatan bersekutu menjajah Tanah Melayu. Raja Bangkok mengatakan jika tidak dapat Dato Bahaman, sesiapa sahaja pun boleh dijadikan ganti baginya.
Baginda Long Mansur telah bertindak meloloskan Dato Bahaman dari kepongan askar Thai, akibatnya diri Baginda pula yang menjadi galang ganti. Menurut ceritanya kepala Baginda Long Mansur dan kepala Tuan Lebih @ Raja Reman ada tersimpan di Muzeum Bangkok.
Cerita di Pahang banyak berkisar tentang pemberontakan Dato Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau menentang Inggeris. Tetapi apa yang tidak kita ketahui selama hari ini adalah asal mula perang saudara Pahang dan motif pemberontakan awal mereka menentang Tun Mutahir dan kemudiannya dilucutkan jawatan Orang Kaya Semantan oleh Tun Ahmad yang bekerjasama pula dengan Inggeris.
Sebagai sebuah negeri yang paling besar di Semenanjung, tidak mustahil ramai lagi pahlawan Pahang yang ada tetapi tidak ditonjolkan peranan mereka dalam konflik di Pahang. Kita mahu juga mendengar kisah Pahlawan Pahang di pihak Tun Mutahir. Jika ada sila kemukakan buat tatapan anak-anak Pahang.
Derhaka kepada siapa asalnya? Kepada Tun Mutahir atau Tun Ahmad?
Sumber (http://lipis-zaini.blogspot.com/2009/09/dato-bahaman-tok-gajah-pahlawan-pahang.html)
Jikalau ke web sana tukarkan nama Siam kepada Thai baru boleh masuk cerita pembesar Melayu yang "terkena" kerana menyembunyikan Dato Bahaman iaitu Baginda Long Mansur, Tuan Lebih, Tuan Tabal, Dato Lela Perkasa Lundang, Pok Nik Ya dan beberapa orang lagi yang ditangkap lalu dibawa ke Bangkok.
Baginda Long Mansur ini (cucu Baginda Long Ghaffar) yang dikatakan suka menjinak dan memelihara gajah di Hulu Kelantan, dikatakan telah dibunuh Thai kerana menyembunyikan Dato Bahaman yang yang telah dilucutkan jawatan Orang Kaya Semantan oleh Sultan Ahmad dan diburu Inggeris semasa pemerintahan Sultan Ahmad).
Dato Bahaman lari ke Kelantan akibat gagal dalam pemberontakannya menentang Inggeris 1891. Akibat tipu helah Sultan Mansor Kelantan yang bernaung dibawah kerajaan Thai ketika itu yang tidak mahu bersekongkol dengan Dato Bahaman yang dikejar Inggeris mengakibatkan Baginda Long Mansur pula ditangkap menjadi ganti atas arahan Raja Bangkok.
Baginda Long Mansur dan Sultan Mansur adalah orang yang berlainan. Baginda Long Mansur bersetuju menyembunyikan Dato Bahaman kerana bersimpati dengannya walaupun tahu akibat yang akan Baginda tanggung iaitu dibunuh Thai. "Jangan lawan Siam (Thai) nanti dibunuh" - kata-kata yang biasa didengari ketika itu.
Inggeris telah pergi ke Bangkok untuk mendapatkan perkenan Raja Bangkok untuk menangkap Dato Bahaman di Kelantan. Seperti yang kita ketahui, Inggeris dan Thai adalah angkatan bersekutu menjajah Tanah Melayu. Raja Bangkok mengatakan jika tidak dapat Dato Bahaman, sesiapa sahaja pun boleh dijadikan ganti baginya.
Baginda Long Mansur telah bertindak meloloskan Dato Bahaman dari kepongan askar Thai, akibatnya diri Baginda pula yang menjadi galang ganti. Menurut ceritanya kepala Baginda Long Mansur dan kepala Tuan Lebih @ Raja Reman ada tersimpan di Muzeum Bangkok.
Cerita di Pahang banyak berkisar tentang pemberontakan Dato Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau menentang Inggeris. Tetapi apa yang tidak kita ketahui selama hari ini adalah asal mula perang saudara Pahang dan motif pemberontakan awal mereka menentang Tun Mutahir dan kemudiannya dilucutkan jawatan Orang Kaya Semantan oleh Tun Ahmad yang bekerjasama pula dengan Inggeris.
Sebagai sebuah negeri yang paling besar di Semenanjung, tidak mustahil ramai lagi pahlawan Pahang yang ada tetapi tidak ditonjolkan peranan mereka dalam konflik di Pahang. Kita mahu juga mendengar kisah Pahlawan Pahang di pihak Tun Mutahir. Jika ada sila kemukakan buat tatapan anak-anak Pahang.
Adalah keturunan kesultanan Pahang itu daripada kesultanan purba Pahang yang telah tersebar anak cucu membina negara kota yang baru. dan dari empayar kesultanan Melayu purba jualah ianya bertakhta. dan kembalinya anak cucu ini ke tanah nenek moyang dengan kuasa yang baru, adalah dengan izin keturunan kesultanan purba Pahang jualah mereka dapat bertakhta(setelah resmi darah keturunan diuji) dengan adat istiadat Raja-Raja Melayu. Peranan Inggeris adalah demi kepentingan hasil bumi Tanah Melayu(ada yang tersirat) dan juga dalam usaha mereka mengekang kebangkitan umat Melayu(tersurat dan tersirat). Usahlah dibangkitkan semula akan cerita tentang perpecahan, kerana ianya tiada gunanya kepada kebaikkan jikalau niatnya kepada pertelagahan dan perpecahan ummah. apa yang diperlihatkan disini oleh pengarang TMP hanyalah dari sudut tersurat sahaja, bukanlah dari sudut tersirat. dan tetaplah Islam itu juangan umat Melayu dan akan bangkit dari umat Melayu jualah akan ia bila tiba waktunya. cuma berkenaan dengan teori Siam Merong Mahawangsa oleh saudara pengarang TMP, daku kuranglah pasti kesahihannya. cuma mengikut sejarah memang Pahang pernah berperang dengan Siam dan Pekan ditawan oleh Siam(dibina Parit Siam bagi persepadanan) pada suatu ketika sebelum kembali diperintah oleh anak cucu kesultanan Pahang(mungkin tanpa peperangan kerana ketibaan Islam di Siam, lalu hak dilepaskan kerana Ugama Pahang adalah Ugama Tauhid jua keadaannya dan dengan itu kesultanan Pahang menyatakan kaseh sayang seugama membayar ufti berbentuk bunga emas kepada kerajaan Siam). dan Pekan adalah pusat maritim kesultanan negeri Pahang purba semasa zaman kegemilangannya. akan tetapi, yang benarnya adalah umat Melayu/bani Jawi ini bersusur-galur dari zaman Nabi Allah Ibrahim as dan juga terkait pula dengan Nabi Allah Sulaiman as sebahagiannya. dan ugama tauhid lah pegangannya yang hakiki.
BalasPadamMenarik.
BalasPadamTidak mustahil juga kedatangan Siam ke Pahang membawa Islam lalu dikekang oleh orang Pahang ketika itu yang belum Islam lalu menjadikan peperangan.
Jika itu maksud peperangan yang dikatakan Pekan ditawan Siam. Maka Pekan ditawan oleh tentera Islam. Syukurlah sebab tentera Islam yang datang walaupun Siam dan bukan sukhotai kapir buddha.
Tak da satu pun kubur kapir buddha Thai di parit siam tu. Yang ada kebanyyakannya adalah nesan acheh yang banyak terdapat di seluruh Tanah Semenanjung ni.
Tak da satu pun kesan peninggalan Buddha di Pekan tu...macamana nak kata Pekan di tawan kapir Siam? Patung Buddha pun xde...samala dengan Lembah Bujang yang dituduh Hindu tapi ada pulak signature "Ibnu Sirdan.
Cuma kita tidak pasti Islamnya Pekan tahun berapa. Sebelum Kedah atau selepas Kedah?
Kerana Islamnya Siam-Kedah seawal 222H dan ada kaitan dengan UUK dan Islamnya Acheh disebelah sana.
Raja-raja Pahang dikatakan bermula dari Melaka...padahal Melaka lewat pulak Islamnya sekitar 1404. Ada lagi makamnya rajanya di Pahang Tua.
Apabila Pahang menghantar ufti bunga emas, ini bermaksud jalinan saudara se islam, dan bukan bermaksud tawanan atau jajahan, tetapi bermaksud hadiah raja-raja ke DYMM Maharaja Benua Siam lebih kurang macam tu lah. Kalau tidak buat nak hantar bunga emas.
Bunga emas ini dipelori oleh Siam, tak pernah lagi dengar bunga emas dihantar ke Jakarta atau pun Sulawesi mahupun London.
Kemudian selepas kerajaan Ayuthia jatuh baru Raja Bangkok sibuk nak suruh orang Islam hantar bunga emas ke Thai, padahal dulu orang Islam hantar ke Siam sebab Siam itu Islam, bukannya Buddha.
Jadi Siam itu datang membawak agama tauhid tidak ada isu disitu. Dan oran Siam Asli ni samala macam orang Asli Pahang cuma datang dari Siam merentasi banjaran TTwangsa. Sampai sekarang jalan tu ada lagi.
Bab perpecahan ini sudah di tekankan tiada lagi pecakaran antara pihak Tun Mutahir dan Tun Ahmad. Tun Mutahir mangkat ketika perang dan keturunannya sudah berdamai dengan Sultan Ahmad.
Cuma jika kita takut menyentuh bab sejarah realiti hanya akan menimbulkan perbalahan maka maka bakarlah segala buku-buku yang ada mari kita buat sejarah 1Malaysia...tidak perlu lagi melihat akan realiti sejarah umat Islam yang telah ditipu oleh barat.
Seperti yang telah dinyatakan, cerita diatas diambil dari cerita yang dikisahkan oleh waris Tun Mutahir yang menyarakan pihak pengkaji sejarah Pahang melihat sejarah Pahang dari sudut yang realistik.
Bab kebangkitan dan sebagainya AB malas nak ulas, sebab selagi dok pakai sejarah Melaka tu selagi tulah tak akan bangkit sampai bila-bila.
UUK tu ringan je, itu pun ramai xleh nak angkat. Sebab realitinya isi kandungnya amat berat. :-)
Dan bab keturunan raja-raja ni pun AB amat alu-alukan siapa nak mengaku raja silakan, tiada bantahan.
AB pun bukan raja hanya orang awam jer...:-)
Pelik betul ramai yang marah dengan Siam ni eh...mungkin sebab Inggeris dan cuci kepala orang Melayu ni anti Siam sebab Siam tu bawak agama Tauhid ke Semenanjung kot...sebab tu depa tuka jadi Parameswara Hindu Melaka yang mula jadi Islam...dapatla depa lewatkan orang Islam sini masuk Islam...
Yang pelik bab Parameswara Hindu ni ramai lak yang terima...apa nak jadi la bani Jawi yang beria-ia mendakwa pembawak perjuangan akhir zaman ni.
tq
Apam Baghdad.
Saya Keturunan Wan shafiee..ibu saya ank kepada wan shafiee..Kalau kamu sedang mencari keturunan wan shafiee..kita ada di singapura..
BalasPadam