Bagaimanakah sepatutnya kita menilai dan mengambil sejarah dari kacamata sebagai saorang Islam? Apakah cara yang paling sesuai untuk kita melepaskan diri dari ikatan fakta-fakta fantasi penipuan saintis atheis barat dan eropah yang sudahpun ditanam dan berakar umbi sehingga telah pun menjadi darah daging kita hari ini?
Sebagai contoh, selepas kejatuhan Baghdad di tangan tentera Monggol, umat Islam dikatakan telah lemah. Habis gudang-gudang ilmu dibakar segala manuskrip dihanyutkan, para cendikiawan dibunuh. Orang Eropah secara curi membawa lari beberapa naskhah penting ke negara masing-masing dan mula mencipta teknologi. Kita meletakkan kesalahan dan mengutuk perbuatan barbarik Monggol dan meratapi kemusnahan Baghdad. Itu yang kita belajar disekolah.
(Pada zaman keagongan Islam inilah konsep 'universiti' itu diwujudkan. Penuntutnya pula datang dari segenap dunia membawa balik ilmu ke negara masing samalah macam pelajar kita yang menuntut diluar negara. Secara logiknya adakah ini dikira mencuri ilmu?)
Tetapi sedarkah kita, bahawa setelah Baghdad jatuh, bangsa Monggol pula dipilih membawa syiar Islam. Menguasai Asia Tengah, membenihkan kesultanan Mughal menguasi benua India dan memimpin Dinasti Yuan. Di satu sudut pula, Andalusia berkembang menjadi pusat keilmuan Islam dirantau eropah.
HULAGU KHAN
AR dirham. Al-Mawsil 657. With name of Monghe Khagan and HULAGU KHAN.
A-2122.
Syiar Islam berkembang lebih luas selepas kejatuhan Baghdad yang pada waktu itu telahpun dibelit dan dikuasai puak Syiah Hasyasyin ('Assasin' kaki syisya-kaki khayal-taik candu) yang menentukan kepimpinan Baghdad secara korup mengikut kepentingan mereka. Khalifah hanya tinggal nama, tiada fungsi dan tidak dihormati lagi - ini adalah pada zaman Al-Musta'im 640H - 1242M.
(Assasin'ation - diambil sempena nama puak ini yang kejam suka membunuh pemimpin politik, tetapi dihabiskan oleh tentera Monggol dengan sekali jalan-tanpa ampun maaf. Balasan kepada mereka!)
Lupakah kita pada peringatan Rasullullah S.A.W tentang berita kejatuhan Konstantinapol ditangan umat Islam yang "dipimpin sebaik-baik pemerintah dan sebaik-baik tentera"? Peringatan Baginda melangkaui kehebatan Arab Baghdad yang kita ratapi. Pihak gereja lagikan percaya tentang berita ini dan sempat mengalihkan kuasa pope dari Konstantinapol ke Vatican Rome sebelum penaklukan itu berlaku...
Oleh itu adakah benar apa yang kita percaya selama ini? Ataupun kita telah berjaya diperdaya oleh konspirasi terancang puak barat sehingga terlepas pandang kekuatan Empayar Ottoman yang menjadi duri dalam daging kepada bangsa eropah pada abad ke 14 sehinggalah ke 19 hingga memaksa mereka menubuhkan Holy League untuk menghadapi angkatan laut Ottoman. Kita juga tidak diberitahu tentang jasa2 tentera Ottoman yang membebaskan Algeria dari taklukan Sepanyol diantara tahun 1516-1517 dan seterusnya kempen mereka di Afrika Utara dalam tahun2 berikutnya (termasuklah beberapa kali mendarat di Andalusia)
Illustrasi Angkatan laut Ottoman yang moden membedil kapal-kapal Sepanyol abad ke 16
(In 1529 the Ottoman fleet under Salih Reis and Aydın Reis destroyed the Spanish fleet under the command of Rodrigo Portundo near the Isle of Formentera. This was followed by the first conquest of Tunisia from Spain and the reconquest of Morea from Venice by the fleet of Barbaros Hayreddin Paşa, which later conquered the islands belonging to the Duchy of Naxos in 1537.
tidakla setara mana benar kapal Sepanyol yang diagong2kan sangat itu jika dibanding kapal Ottoman. Kisah Columbus dan Magellan tu karut sahaja. Peta Piri Reis Turki 1513 telah menunjukkan Antartika 300 tahun sebelum kawasan itu 'dijumpai' secara official)
Ottoman juga yang mengambil balik kepentingan Islam daripada tangan Portugis di Oman, Hormuz dan Qatar pada pertengahan abad ke 16 dan menjalinkan hubungan dengan kerajaan di Nusantara bersama Acheh (ini rekod penulis ambil dari sumber Turki). Sebelum Syeikh Ahmad Fatani (Siam), Hang Tuah dalam hikayatnya juga dikatakan telah sampai mengadap Sultan Ottoman meminta kelengkapan perang seperti meriam dan seumpamanya untuk keperluan tentera Melaka.
(The Turkish Navy was once the largest sea power in the Mediterranean Sea, Black Sea, Red Sea, Persian Gulf and the Indian Ocean; entering the history books of many countries in distant lands such as the British Isles, Scandinavia, Iceland, Labrador, Gulf of Saint Lawrence, Newfoundland and Virginia in the west, to India, Indonesia and Malaysia in the east, and Madagascar in the south.- Pembetulan: sejarah kekuatan Khalifah Ottoman abad ke 16 ditutup sepenuhnya dari memasuki sejarah umat Islam di Malaysia diganti dengan sejarah Portugis!!)
(Jadi kapal jenis apa pula yang Hang Tuah gunakan dalam pelayaran ke Turki tersebut? Hang Tuah yang mana pula yang ada kaitan dengan Acheh? Kenapa nak dibangga sangat dengan sejarah melaka 1511 yang melingkup tu sedangkan terangan Islam menguasai Benua Asia disamping Turki dieropah?)
Pertempuran diantara Ottoman dan Portugis dikatakan berlaku di Laut India, tetapi tiada keputusan yang konklusif pihak mana yang menang.
(Turki menguasai jalan laut Arab di Suez dan Yaman manakala Empayar Moghul Islam pula telah menguasai Benua India. Ayuthia @ Shahru-Nuri pula menguasai Kedah-Aceh iaitu jalan masuk ke Selat Melaka. Semua dikuasai Islam!
(Kurtoğlu Muslihiddin Reis (known as Curtogoli in the West) who played an important role in the conquests of Egypt in 1517 and Rhodes in 1522, and established the Ottoman Indian Ocean Fleet based in Suez which was later commanded by his son, Kurtoğlu Hızır Reis, who lead the Turkish naval expedition to Aceh (1568–1569) which marked the easternmost territorial expansion of the Ottoman Empire, and countless others have all made it to the hall of fame of great mariners in history)
Angkatan laut Ottoman juga telah belayar jauh ke Amirika Utara - di New Foundland, mendarat di Sweden, Denmark, Devon, Hartland, Sussex, Plymouth di England.
Peta dan Carta kelengkapan Angkatan Laut Ottoman - lihat sahaja berapa banyak jenis kapal dan meriam untuk pelbagai kegunaan.
Justeru, dari sumber manakah saintis Ottoman mencipta teknologi membina empayar yang menjadi penaung umat Islam sedunia waktu itu? Adakah logik mereka juga mencuri naskah seperti yang dilakukan oleh orang eropah semasa kerajaan Baghdad dibakar Monggol dahulu? Jika sama2 mencuri kenapa mereka lebih maju sehingga dapat menakluk Konstantinapol?
Abad ke 15-16 Ottoman Islam belajar Sains dan Matematik dalam bahasa apa? Inggeris???
Pada abad ke berapakah sebenarnya orang eropah membina empayar dalam cubaan menguasai dunia? Konspirasi jenis apakah yang mereka gunakan sampai berjaya membataskan fikiran umat Islam hanya di Baghdad semata? Ada seakan-akan rupa konspirasi Pelabuhan Melaka?
Konspirasi Taik Candu @ Madat...
--------------------------------------------------
Sedikit mengenai Monggol:
HULAGU KHAN
AR dirham. Al-Mawsil 657. HULAGU KHAN
A-2122.
(Terang kalimah Tauhid dan Rasul terpatri dizaman Hulagu Khan)
Mongkhe Khan @ Monghe Khagan Al'azam Al'adil - Monghe adalah Maharaja Monggol yang memerintahkan adiknya Hulagu Khan menyerang Baghdad. Jika dilihat pada tarikh sebelum serangan Monggol ke atas Baghdad, jelas menunjukkan mereka sudah Islam lebih awal! Lihat sahaja duit si Bapak Monggol si Ugudei Khan al-Adil dibawah. Si Ugudei ini juga yang membuka Dynasti Yuan China.
MONGHE KHAN. 649-658AH/1251-1260AD
AR dirham of Great Khagan Monghe. Never published specimen
Badakhshan mint 6x5AH (probably 655AH/1257AD).
Comment of Pakistan's expert-specialist in Islamic coins Haroon Tareen: "The date on this coin appears to read 6x5 AH, so it could only be 655AH. And the mint is not clear, but what appears to the right margin on the Kalima side is probably Badakhshan."
AR dirham of Great Khagan Monghe. Never published specimen
Badakhshan mint 6x5AH (probably 655AH/1257AD).
Comment of Pakistan's expert-specialist in Islamic coins Haroon Tareen: "The date on this coin appears to read 6x5 AH, so it could only be 655AH. And the mint is not clear, but what appears to the right margin on the Kalima side is probably Badakhshan."
Temp. UGUDEI KHAN
AR dirham. Bow type. Struck in North West Iran in 631AH/1233AD.
A-1973
A-1973
Ulama' dan para pendakwah zaman Abassiah dan sebelumnya termasuklah para Tok Wali dan Ahlullah zaman itu berjaya mengislamkan Maharaja Monggol dan mereka akhirnya membalas budi dengan menyelamatkan Baghdad dari terus di pimpin oleh Khalifah-khalifah yang korup di bawah pengaruh Syiah Hasyasyin dan juga kristian.
Mereka masuk setelah mendapat isyarat @ tanda yang nyata tentang 'penyelewengan' itu dan menyerang bila mana jiwa Islam sudah luput dari amalan penduduk-penduduk Baghdad dan Khalifahnya! Bukan suka-suka.
Peperangan sesama 'Islam' juga bukan baru, semenjak Saidina Ali R.A dan Muawiyah lagi sudah ada (cthnya: Perang Siffin dan Perang Jamal), Umaiyah vs Abbassiah dan sebagainya. Begitu juga dengan Ottoman yang menyerang kerajaan Mamalik di Mesir 1517M, tidak lupa Ayuthia yang memadamkan pemberontakan di Melaka 1511M.
Teknologi dan kekayaan penting tetapi hanyalah sebagai alat, bukan ukuran yang menjadi tempat bergantung. Ingat lagi pesan Rasullullah S.A.W mengenai Konstatinapol?
Dear my brother Herman Abdullah aka TMP:
BalasPadamI couldn't agree more with you. WE, proudly surrender to WESTERN ways in many paths of our life.
I used to admit, even though the Mongols lead by Holago Khan invaded Baghdad and turned blue Ephrates to dark; BUT God the Almighty is the best Planner turned them into Muslims and reigning Hindu majority India, as well as our Benua Islam Kedah Pasai Ma.
Again, back to Holago invasion. Leftover of the manuscripts perished [if so] in the river brought to West and inventions started there despite of once lives in DARK AGES thinking of earth is flat as well as colonization all over the Muslims states until our last bastion, dubbed as Europe's sick man, Ottoman Turkey weaken by her own son--secular and in my opinion worst than communist:Kemal Ataturk.
If we (read Muslims) use Industrial Revolution as the basis, could you imagine they had imposed us with GHAZWUL FIKR that made us thinking we're so poor, weak and no technologies whatsoever. Without Darwin, we still believe everyone started from Adam and Eve. Now, predict Adnan Oktar of Scientific Research Foundation (SRF); Darminism heading toward a piece of history, just matter of time. (http://www.parinda.com/news/science-and-technology/20081209/5685/turkish-muslim-scholar-claims-charles-darwin-theory-evolut).
KARL
Thanks Brother Karl.
BalasPadamWa pakai bahasa Melayu lah...biar depa pening sket nak translate baca. Anyway tukaran akan datang, kita akan bawa topik Harun Yahya. Frimansun konspirasi dan hubungannya dengan sejarah realiti...insyaAllah.
salam,
BalasPadamSaya masih belum dapat menelan statement TMP tentang Ayuthia menghapuskan pemberontakan di Melaka 1511M. Ada tak link terdahulu menceritakan tentang ini? harap dapat membantu.
Sekian TK
Mengikut kata orang2 Parsi yang sudah pun berniaga di alam nusantara dari abad ke 7 lagi, Ayuthia digelar Shahro-i Nao @ Kota Baru @ New City. Kerana apa new city? Kerana dia dibuka pada abad ke 14. Oleh siapa? Oleh orang Kedah Islam keturunan Merong Mahawangsa..Buh nama Siam Lancang.
BalasPadamJadi Ayuthia ni adalah kota pusat pemerintahan Islam orang Melayu Kedah...
Dalam 1568 ada rekod dari Turki mengatakan ada orang dari Aceh pergi ke sana minta kelengkapan perang.
Baik, dalam hikayat Hang Tuah memang ada kata Hang Tuah pergi Turki...tapi kalau compare rekord Turki patutnya zaman tu Hang Tuah dah hilang ntah p mana...
So 1511 tu sebenarnya Hang Tuah masih ada, cuma dia p dok kat lain lah...Boleh jadi dia lepak kat Acheh...
Yang lari tunggang langgang 1511 tu Sultan Mahmud Raja Daerah Melaka...
Dalam rekod Turki mengatakan orang-orang di Negeri Acheh ni macam orang2 dibenua India...ini tidak lain dan tidak bukan kerana pengaruh Monggol India...Tun Saaban tu cucu dia.
Memang benar Abdullah b. Saba', Yahudi masuk Islam tapi munafik itu dibuang negeri ke Iraq. Sesudah pembunuhan Saidina Ali, beliau telah mengambil kesempatan mengapi-apikan permusuhan sesama Islam membela Ahlul Bait kononnya tapi akibatnya Syiah vs Sunnah.
BalasPadamSampai sejarah Khalifah Umar Al-Khattab pun diseleweng oleh pihak musuh. Ini sudah banyak dibincangkan dalam pelbagai forum internet bagaimana sejarah diseleweng mengatakan beliau menimbus anak perempuannya hidup-hidup semasa zaman jahiliah.Lalu tanpa usul periksa setiap kali maulud ramai ustaz mengulangi cerita dongeng ini.
Tentang perang Islam vs Islam ini, boleh masuk sekali ke di antara Moghul dengan tentera Arab di Mesir selepas penaklukan Baghdad?
Ayuthia menghapus pemberontakan di Melaka 1511 itu melalui tentera upahannya Portugis.Sebab itu nama kota A Farmosa itu bahasa Siam sebenarnya, bukan Portugis.
Tentang perang Islam vs Islam ini, boleh masuk sekali ke di antara Moghul dengan tentera Arab di Mesir selepas penaklukan Baghdad?
BalasPadamYang ni aku x paham sangat...maksudnya mi?
Selepas depa takluk Baghdad, puak Moghul ni pi ke Mesir berperang dengan orang-orang Arab di satu tempat bernama Nahrawan. Ikut ceritanya Moghul tewas. Adakah peperangan ini pun sesama Islam (kalau Moghul dah masuk Islam masa tu)?
BalasPadamKononnya Moghul ni kalah perang 3 kali saja iaitu dengan Jepun, Melayu Sumatera dan Arab di Mesir. Degan Jepun dan Melayu kalah sebab mabuk laut (melalui laut agak kureng puak Moghul ni).
Betul la tu, kalau ikut sumber yang aku review ni memang depa ada perang ngan Arab Mesir di Ain Jalut. Katanya Monggol kalah, yalah tu kalah pun kalah lah...mungkin dah x penting kot.
BalasPadamHulagu Khan tak join perang yang ni, lepas abis tugas dia di Baghdad dia balik Azerbaijan, dan tujuan Monggol ni pun sama lah macam cita-cita Panglima perang Islam yang lain, hendak menakluk Eropah dan Konstantinapol.
Kalu betul depa nak menjahanamkan Islam, dah lama depa full force abandon Ain Jalut cross terus attack Mekah dan Madinah...
Bab perang ngan Melayu ni aku x pernah dengar...
Aku pernah terbaca la, seorang mamat ni yang mengagungkan empayar Srivijaya kononnya empayar paling lama dari 600an ke 1300an.
BalasPadamDia kata Kublai Khan pernah hantar utusan ke Palembang minta ufti. Raja Srivijaya ni kelar muka beberapa orang utusan ni dan suruh depa belayar balik ke China/Monggul.
Apa lagi murka yang amatlah raja Monggul ni lalu siap angkatan nak serang Srivijaya. Belayar kena musim tengkujuh pulak. Sampai di Champa (Vietnam tengah sekarang), singgah minta bantuan sebab ramai dah mabuk laut tapi Champa tak mau tolong. Apa lagi bila sampai di Sumatera kena belasah terukla puak ni.
Aku pun tak tau nak percaya atau tidak. Kalau ikut version Srivijaya ni raja-raja kat semenanjung ni pun habis berasal daripada depa bukan saja Melaka punya tapi Petani dan Kelantan pun depa claim asal sana juga.
Raja yang bertanggungjawab membunuh Magellan di P.Maktan pun depa kata asal Srivijaya sebab tu area tu dinamakan Kepulauan Visayan.
Aceh Sumatera dah Islam waktu tu, termasuklah Kedah sebab UUK 222H= 836M. Kubilai Khan 1200M++.
BalasPadamKalau dia masuk ikut Champa dia mesti lalu Kedah sebab Siam Lancang belum dibuka lagi waktu...itu kalau dia cross Ser Gen Ting Kra.
Kalau dia lalu LCSelatan, dia jumpa Jawa dulu...
Kat medan mana yang dia jumpa Melayu Sumatera sebenarnya ?
Sorry tak dapat car balik link lama. Tapi baru tadi terbaca satu lagi version mengatakan Majapahit menewaskan tentera Kublai Khan di Tuban.
BalasPadamsalam
BalasPadamHa ! biar betul Kerajaan Abbasiyyah dulu x laksana Islam ??!
Ada sumber yg saya pena dgr mengatakan yg mereka dulu kalah sbb terlalu agungkan Islam dan abaikan politik..time tuh diorang ade kes..kes nyer pasai satu kambing yang dibelakang nyer anjing..separuh kambing dan separuh anjing..so mereka 'gaduh' la pasai bende nih..last2 diorang tanyer ade kex bende nih ? haha,x de lah !! tapi time tuh tentera Mongol da datang,habis lah diorang..TAMAT
yg link nih(http://sangtawal.blogspot.com/2009/08/utusan-mongol-ke-nusantara-dipenggal.html) pasai komen kat atas nih..ade gak kate tentang citer anda berdua yg hangat diperkatekan ..MINTA KEBENARAN..
muslimism93.
BalasPadampunca kejatuhan bani abbas adalah kerana:
"...Baghdad yang pada waktu itu telahpun dibelit dan dikuasai puak Syiah Hasyasyin ('Assasin' kaki syisya-kaki khayal-taik candu) yang menentukan kepimpinan Baghdad secara korup mengikut kepentingan mereka. Khalifah hanya tinggal nama, tiada fungsi dan tidak dihormati lagi - ini adalah pada zaman Al-Musta'im 640H - 1242M."
Bukan pasal x laksana islam tapi Islam mereka telah korup dipenghujung zaman khalifah.
Kisah2 buku2 yang dibakar tu pun sebenarnya telah disangkal apabila Hulagu Khan buat satu libari baru Pusat Kaji Sains di Iran dengan 40,000 buku disediakan. Di selia pula oleh Sarjana Islam.
Kita kena tipu je bila dengar orientalis je, sebab depa nak putuskan sejarah sains Islam dengan sejarah sains barat.
Bab cerita hangat ni. TMP pun x tahu pulak jadi hangat...:-) pasai xde bau hangit.