"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
THEMALAYPRESS - FIKIR DENGAN KRITIS | TERUS MELANGKAH LEBIH JAUH.

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Terima kasih kepada para pembaca yang masih setia mengikuti blog ini!
~ MOHAB (Blog layout versi 1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Rabu, Disember 03, 2008

Peranan Keris di era Majapahit

Sebelum masuk bab keris di atas, disini ada sedikit mengenai kedatangan Islam ke Tanah Jawi.
 
Baiklah, selepas jatuhnya kerajaan Majapahit, timbul pula kerajaan Islam Demak yang didirikan pada 1478 oleh salah seorang dari wali songo.

Jika di Sumatera, kerajaan Acheh Darassalam sudah menjalankan undang-undang Islam pada 222H (refer UUK), dan disatu sudut lagi peta pelayaran bangsa Arab pula sudahpun menunjukkan semenanjung Melaka pada abad ke 10 masihi. Maka tidak mustahil Islam sudah bertapak di Tanah Jawi lebih awal sebelum kedatangan wali songo, cuma mungkin waktu itu tidak menyeluruh. Wali songo juga datang ke Tanah Jawi secara berperingkat, dan berlainan zaman.

Diberitakan, wali songo pertama ke Tanah Jawi pada awal abad ke 15 adalah Maulana Malik Ibrahim, dari keturunan keturunan Rasullullah S.A.W, tetapi berasal dari Samarkand (Zaman Timurlame). Samarkand adalah dibawah kerajaan Monggol Islam yang berhubungan dengan kerajaan Islam Ayuthia. (ada versi mengatakan beliau datang dari tanah Arab, jika dari tanah Arab maka sepatutnya direkodkan lebih awal dari abad ke 14. Berpandu pada peta Arab abad ke 10)

Kemudian, Maulana Malik Ibrahim dikatakan pernah tinggal di Champa selama 13 tahun sejak 1379. Menikahi pula puteri raja Champa (makna Champa telah Islam awal lagi) sebelum ke Tanah Jawi bersama pengikutnya. Oleh itu, adakah wali songo juga utusan dari Maharaja Islam Benua Siam Kedah?

Pada zaman pengaruh wali songo berkembang di Tanah Jawi, Kerajaan China adalah diawal pemerintahan Dynasti Ming, iaitu zaman Laksamana Cheng Ho. Sebelum itu, China dikuasai oleh Dynasti Yuan, Khublai Khan.

Dan kalau mengikut History Channel baru2 ini, kilang membuat tembikar Dynasti Ming itu rupanya berada di sebelah pantai timur Semenanjung Melaka, dan pihak barat terkejut dengan fakta yang mengatakan bahawa sudah ada perdagangan diantara Ayuthia dan kerajaan China pada 1370 masihi.

Ada juga teori mengatakan bahawa wali songo itu dari berasal China, boleh jadi ada betulnya kerana persepsi kita hari ini dikaburi oleh China Komunis, Taiwan atau Hongkong, maka hilanglah identiti Islam dan serban itu. Dan boleh jadi juga mereka 'based' di China tetapi bukan orang China yang macam kita tahu sekarang.

Jika Syed Zainal Abidin pernah ke China meninggalkan Siti Zubaidah sehingga menjadikan syair Siti Zubaidah, maka fikirkanlah sendiri.

-------------------------------------------------------------
Baiklah, tinggalkan dulu kisah diatas.

Para pembaca budiman, dalam kita mengkaji Sejarah Realiti, kita harus melihat realitinya dari sudut makro dan global. Jika pembacaan tuan puan sudah sampai ke sini, maka penulis yakin ruang perspektif juga telah terbuka luas, bukan lagi terpenjara dalam tembok A Famosa kota Portugis.

Jadi untuk mendapatkan tafsiran alternatif mengenai senjata keris yang telah pun di fitnah dengan berbagai tohmahan dalam sejarah Melayu hari ini, penulis beralih pula ke negara jiran.

Seperti yang telah disuapkan kepada kita, Taming Sari itu adalah pahlawan Majapahit dibawah Patih Gajah Mada, diera Hang Tuah dan Sultan Mansyur Syah dalam abad ke 15. Taming Sari juga dikatakan mempunyai keris sakti yang dapat membuatkan pemakainya tidak lut senjata.

Baik mari kita lihat pula dari sudut akademik dan kritikal mengenai peranan keris pada waktu kerajaan Majapahit. Dimana kedudukan si Taming Sari ini dalam hati para peminat keris di sana? Ada atau tidak pengaruh Merong atau ada atau tidak nama Taming Sari disebut?

Seterusnya dibawah ini adalah teks mengenai peranan keris dimasa kerajaan Majapahit. Penulis tidak akan membuat 'review' berkenaan teks ini, hanya menyerahkan pada pembaca untuk menilainya...

Abaikan dulu kisah mistik...

-------------------------------------------------------------
Sedutan dari Koleksi Keris mengenai budaya perkerisan dalam suatu perjalanan zaman.

Keris Sebagai Media Komunikasi

Pada dasarnya komunikasi adalah interaksi untuk menyampaikan pesan. Agar pesan yang disampaikan dapat sampai ke tujuan dan dapat di fahami lalu diperlukan satu bentuk media komunikasi seperti bahasa, media cetak, media elektronik. Tentu saja banyak sekali media komunikasi yang lain-lainnya.

Lalu pertanyaan yang muncul sehubungan tajuk artikel ini adalah “apakah keris juga merupakan satu media komunikasi?”.

Salah satu cabang disiplin ilmu komunikasi adalah
semiotika.

Disiplin ilmu ini adalah dengan cara mempelajari simbol-simbol komunikasi dalam kehidupan kita sehari-hari.
Simbol-simbol itu dapat mewakili suatu lambang, kod, isyarat, bentuk, dan lain-lainnya. Bentuk, simbol, lambang, dan lain-lainnya akan dipelajari lalu diterjemahkan sebagai suatu makna tertentu.

Sirno hilang kerto ning bumi , bagi yang pernah membaca sejarah Majapahit, tentunya sudah tidak asing lagi dengan bahasa tersebut yang maksudnya adalah angka tahun 1400 iaitu tahun runtuhnya kerajaan Majapahit.

Disamping makna angka tahun 1400,
sirno hilang kerto ning bumi juga mempunyai makna spiritual iaitu lenyap sudah kemakmuran dan keadilan di bumi (Majapahit), hilang sudah tatanegara di bumi (Majapahit) ini. Demikianlah cara nenek moyang kita menyampaikan pesan kepada rakyatnya, kepada anak cucunya.

Lalu bagaimanakah sebilah keris dapat dikatakan sebagai satu media komunikasi dan apakah keris memiliki makna semiotiknya? ...

Masih dalam kurun waktu yang sama iaitu zaman kejayaan kerajaan Majapahit pernah muncul keris yang sangat popular bagi penggemar tosan aji iaitu keris berdapur
sisik sewu (sisik seribu) yang kemudian lebih dikenal sebagai dapur Nogososro.

Keris ini muncul pada saat perpecahan persatuan dan kesatuan di kerajaan Majapahit pada saat itu. Situasi yang sangat menyedihkan terjadi pada saat itu adalah adanya perbezaan derajat, trah, ras, suku, golongan, agama, dan lain lain. Situasi yang prihatin inilah yang akhirnya
memunculkan sisik sewu atau nogososro sebagai simbol persatuan dan kesatuan di bumi Majapahit seperti yang diidan-idamkan sesepuh kerajaan.

Pada zaman kerajaan Mataram, pernah muncul keris-keris yang kita kenal sebagai kinatah gajah singa. Gajah singa ini mempunyai makna angka tahun 1605, disana juga ada makna berakhir dan berhasilnya penumpasan pemberontakan Patih Pragola di Pati.

Kalamunyeng, nogososro, gajah singa jelas sekali merupakan suatu media komunikasi masa lalu, masa kini, dan masa yang akan datang.

Fikirkanlah dengan fikiran yang waras dan hati yang terbuka.........

--------------------------------------------

Fikir dengan Kritis.

(Hikayat Hang Tuah was listed in UNESCO's Memory of the World Programme International Register in 2001).

Melayu dan satu dunia kena tipu buta?


------------------------------------------------------------

(Jawa dalam tulis kuno bermaksud 'budi luhur'. Adakah kerana maksudnya itu maka tulisan Jawi (Arab) diambil dijadikan nama. Secara universalnya - tulisan bangsa yang 'berbudi luhur'? dan bukanya refer kepada nama tempat. Dan proses mengadaptasi huruf Arab ke dalam ejaan bahasa Melayu bukan boleh dibuat sehari dua. Ia mesti melibatkan cerdik pandai bahasa Melayu dan bahasa Arab. Melihat kepada ejaan2 dalam teks UUK (ilmu undang-undang) dan cara penulisannya yang fasih-'macam makan nasi', maka penyatuan Jawi-Arab itu sudah lama boleh jadi sebelum kedatangan Islam lagi yang jika berpandu tahun hijrah pada ketika itu baru berumur 222 tahun. Bangsa mana yang paling banyak cerita fasal budi?)

10 comments:

  1. Menarik ulasan yang tuan tuliskan. Berkenaan dengan hal Wali Songo tu, saya adalah keturunan salah seorang Wali Songo iaitu Syeikh Maulana Sharif Hidayatullah. Tapi dia bukanlah dari China. Tali kekeluargaannya bersambung terus dengan Saidina Hussin bin Saidina Ali, cucunda Rasulullah S.A.W. Hingga sekarang salasilah keluarga tersebut yang telah diwasiatkan sejak zaman nenek moyang masih lagi disimpan oleh anak cucunya termasuklah saya. Tapi yang pasti, dia adalah anak kepada Sultan Wan Abu Abdullah yang pernah memerintah Champa (diistilahkan sebagai 'Mesir' dalam sesetengah karya buku). Mungkin inilah yang tuan maksudkan sebagai berasal dari 'China'?

    Apapun, teruskan membongkar sejarah sebenar negara kita. Sekian!

    M.R. Azfar

    BalasPadam
  2. Sebagai tambahan, untuk membicarakan sejarah realiti ni, rasanya tak lengkap kalau tuan hanya membongkar sejarah sebenar Empayar Siam-Islam dan kisah Wali Songo. Sebab,apa yang saya tahu, ada lagi sejarah negara kita yang digelapkan oleh penjajah dan 'pihak-pihak' tertentu. Antaranya :

    1) Empayar Sri-Wijaya Mala bermula di Kelantan. Selepas kemangkatan Maharaja Sri Jayanaga, Srivijaya di semenanjung Melaka diserahkan kepada anak tertuanya, Maharaja Dipang yang kemudian menukar nama negaranya kepada Tanah Serendah Sekebun Bunga. Srivijaya di Sumatera diserahkan kepada anak keduanya Maharaja Dhiraja dan nama Srivijaya kekal di sana. p.s: baca kisah Puteri Saadong dipinang oleh Maharaja Siam. Ada kaitan tak?

    2) Empayar Majapahit Barat juga berpusat di Negeri Kelantan. Kemudian bertukar nama kepada Empayar Chermin Jeddah (perikatan sementara antara Langkasuka, Samudera-Pasai dan Champa). Datuk kepada Syeikh Maulana Syarif Hidayatullah iaitu Ali Nurul Alam @ Sultan Qumbul ini bergelar Patih Aria Gajah Mada (setaraf jawatan PM) di Majapahit Barat dan beliaulah sebenarnya orang Majapahit yang dikaitkan dengan Laksamana Hang Tuah @ Narai.

    Ada tak generasi hari ni maklum tentang sejarah realiti Siam-Islam, Srivijaya dan Majapahit di semenanjung, atau mendengar nama Tanah Serendah Kebeun Bunga, Empayar Chermin-Jeddah dan Empayar Sampugita?

    Fikirkanlah sendiri...

    M.R. Azfar

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum TMP, maaf kalau bertanya, watak yang terdapat dalam naskah Sejarah Melayu karya Tun Seri Lanang tu bukankah Patih Karma Wijaya? Memang betul Patih Gadjah Mada adalah salah seorang pemimpin Majapahit yang ulung, tapi tak tahu pulak dia dikatakan hidup sezaman Hang Tuah? Setahu saya orang Majapahit dizaman Hang Tuah adalah Patih Karma Wijaya?
    Maafkan kalau tersilap fakta, sebab saya memang xberapa minat untuk mencedok fakta dari wikipedia.org.

    BalasPadam
  4. Saya malas nak ulas atau mempertahankan mana2 karektor dalam Sejarah Melayu Melaka...buang masa. Jadi sila baca sendiri...

    ---------------------------
    Taken from:
    Kassim Ahmad
    Essays and commentaries from Malaysia's foremost thinker and philosopher

    Friday, September 23, 2005
    Installment #7

    Characterisation in Hikayat Hang Tuah

    CHAPTER II

    GENERAL CHARACTERISATION


    The Major Characters (excepting Hang Jebat and Hang Tuah)


    Patih Gajah Muda


    Patih Gajah Muda dominates the court of Majapahit. He seems to be the villain in the story. But he does not come out so well as such. The pattern of his scheming is so uniform that it bores. His dogged persistence to kill Hang Tuah withers all of a sudden after the death of Seri Batara; it looks as though he has undergone a drastic change. But the change, if it occurs at all, is not shown.


    He is ambitious, ruthless and jealous of his power. The image of ambition and ruthlessness in his character is effectively built up before the reader actually comes in direct contact with him. The reader first gets a glimpse of his scheming through the report of the pirates taken prisoners by Hang Tuah and his four comrades.[i] Then the Bendahara makes a reference to it in a conversation with the headman (batin) of Singapura.[ii] Then before the royal mission to ask for the hand of Sri Batara’s daughter departs for Majapahit, the Bendahara warns the officers about the character of Patih Gajah Mada.[iii] Again before the subsequent departure of the Sultan for Majapahit in order to marry Raden Mas Ayu, the Bendahara gives the royal escorts another piece of his mind about him.[iv] The reader is thus prepared to meet this ruthless and ambitious man.


    There seems to be no doubt that he dominates his king. A very respectable and honest Javanese courier, Radin Aria, twice testifies to this.[v] The king must therefore be in league with him because it is he who first suggests to the Patih the idea of molesting the Malay envoys as they proceed to the court.[vi] When Hang Tuah comes again with the Sultan on the second visit, it is he who also brings up the question of killing the Laksamana.[vii] It looks as though both of them are working together. Nevertheless, their power relationship is none too clear. On the one hand we find the Seri Batara completely identifying himself with the Putih’s policy toward Melaka; on the other, we find him putting his first minister to shame before Hang Tuah and the other members of the Malay party and indeed before the whole court of Majapahit.[viii]


    It is difficult to explain the situation. That Patih Gajah Mada dominates Seri Batara is, in my opinion, a fact. The irregular behavior of the latter is to be attributed to his stupidity and simple-mindedness.[ix]

    [i] While still I Bintan and not yet in the royal service, Hang Tuah and his four associates one day went out on a boating expedition. On the way they were attacked by a group of pirates. In the ensuing flight they managed to outwit the pirates and took ten wounded prisoners. It was these prisoners who gave out that they had been induced by Patih Gajah Mada to go on a campaign of brigandage (Cf. pp. 22-27).

    ---------------------
    Many of the characters are derived from historical content sources. A number of them, at least by their names and titles, are recognizable historical figures. Tuah, Teja, Bendahara Paduak Raja, Jebat, Kasturi, Patigh Gajah Mada are all mentioned in Sejarah Melayu. (4) But it is not on historical considerations that they are of interest in this story. In this story they have been re-created , they have assumed a few artistic life of their own, quite independent of their original historical one. Hang Tuah in Sejarah Melayu is a hurried , badly-done character sketch; the lines are broken in many places. (5) This is in the nature of things. Sejarah Melayu is a kind of historical work. It does not represent people artistically, integrating all their actions and activities around an inner logic of human development. Hikayat HangTuah on the other hand, is an artistic work, essentially possessing a unity, if somewhat crude (most probably because of improvisation and later interpolations), of artistic conception. (6)

    --------------------
    Sejarah Melayu memang banyak kesilapan macam bible...

    BalasPadam
  5. Kalau begitu, xmustahil naskah2 seperti UUK, Sulalatus Salatin, Hikayat Merong Mahawangsa, Hikayat Raja-raja Pasai dan bnyk lagi naskah2 melayu lama juga punya kesilapan seperti Bible, Torah dsb... Tapi oleh sebab kepentingan masing2, semua ni tak dipedulikan..
    Seperti juga apabila sesetengah pihak menghujahkan bahawa Po Chan Koya Long Sultan Mudzaffar Shah III Perak adalah berasal dari Ayyuthya. Sedangkan baginda sebenarnya tiada kaitan langsung.
    Kebenaran akan erserlah kalau kita rajin mengkaji dan mencari, tapi kesilapan pula yg akan muncul kalau terlalu bnyk sgt berckp...

    Maaf kalau agak keterlaluan bunyinya...
    Terima Kasih atas perhatian

    BalasPadam
  6. Tidak dinafikan kesilapan memang ada, sebab hikayat atau sejarah Melayu ni bukan Al-Quran atau Hadis...walaupun begitu ada juga pihak yang mempertikaikan Al-Quran dan Hadis Rasullullah S.A.W

    Oleh itu pihak2 yang berkepentingan perlulah menghujah dan mengemukakan bukti untuk mempertahankan kepentingan masing2 dengan bukti2 yang logik lagi nyata.

    BalasPadam
  7. Lagi mengenai Hikayat Hang Tuah dari Kassim Ahmad.

    Monday, September 05, 2005
    Installment #2
    Characterisation in Hikayat Hang Tuah


    And the ‘author’[10] of Hikayat Hang Tuah has integrated the highest period of Javanese classical history to that of Malacca, thereby presenting a unified and artistic picture of the Malaysian Heroic Age.

    "It does not matter whether or not the Hang Tuah of fifteenth century Malacca could also figure in Java of the fourteenth century"

    The important thing is that these two historically different periods are, culturally, essentially similar. They represent the highest peaks in the Malaysian medieval eras. It is therefore intelligible that Hang Tuah, the highest concretized conception of a Malay feudal hero, should find his opponents among the best Javanese produced in their best of their history.

    ----------
    10. There seems to be no doubt that Hikayat Hang Tuah originated as an oral composition. Most probably there existed several reciters who must have taken the liberty to improvise as they told the story over and over again. As Winstedt suggests, there appears to be more than one compiler as the early style changes towards the end (cf. Winstedt, p. 45). However, it is our view that the story as a whole has preserved its unity of literary conception.

    -------------------

    Adakah ini kesilapan atau kesalahan?

    BalasPadam
  8. Kalau kita lihat dari konteks penulisan, memang terdapat beberapa konflik. Tapi kalau dilihat memalui mata hati bagi orang2 yang tahu, kaitan boleh dibuat antara Hang Tuah (melaka, awal 1500an), Tun Saban (Perak, pertengahan 1500an), Sultan Iskandar Muda (Acheh, pertengahan 1700an) yang ketiga2nya hidup dizaman yang berbeza, mungkin agak keterlaluan untuk mengakui bahawa mereka2 ini adalah orang yang sama, tapi bagi yang memahami maksud yang terkandung dalam Quran dan Hadis mengenai perkara seperti ini, ianya tidak mustahil dan boleh diterima.
    Baca karangan Almarhoum Sheikh Wan Muhammad Saghir r.a mengenai ulama dan pahlawan hebat nusantara, juga berteraskan atas apa yang terkandung dalam Hizb-Bahr susunan Imam Abu hassan Al-Syadzili...

    BalasPadam
  9. Kita memang harus kritis, sudah lama saya mencari nama tokoh Patih Karma Wijaya dalam daftar nama patih di Majapahit tetapi tidak saya temukan. Jadi siapa sebenarnya sosok ini.....bagaimana bisa masuk dalam lipatan sejarah kesultanan Melaka....

    BalasPadam

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.

 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger