Sebagai warganegara Malaysia yang sayangkan bangsa dan negaranya, penulis tidak boleh lari daripada memerhatikan aliran dan idea yang dibawa oleh pemikiran ahli politik Melayu. Tidak kiralah dari pembangkang atau pemerintah. Antara yang mendapat perhatian penulis adalah DKT calon Ketua Pemuda parti nasionalis PEKEMBAR. Penulis tidak mahu komen panjang, cuma bagi penulis harapan untuk melihat sejarah Melayu yang lebih cantik nampaknya tidak akan kesampaian, malahan akan berkubur oleh kerana ideologi politik stereotaip acuan penjajah, modal yang menjadi dogma retorik selama 5o tahun merdeka masih lagi diguna pakai. Melayu tidak akan maju selagi tidak beranjak dari paradigma sejarah yang palsu. Persoalannya, sampai bilakah ahli politik Melayu akan memainkan lagu BPR 1511 untuk menagih simpati para pengundi? Tidak ada idea lain lagikah? Atau memang protokol dan skrip PEKEMBAR wajib berasaskan sejarah Melaka 1511? Bagi penulis, PEKEMBAR seharusnya menjadikan Sejarah Realiti sebagai tajuk perjuangan mereka jika benar mereka memperjuangkan nasib bangsa Melayu yang ditindas dan terpinggir. Cukup-cukuplah mendendang lagu dan lirik penjajah, 500 tahun antara Melaka, Portugis dan Ingris...
------------------------------------------------------
Sedutan dari blog DKT: 12% Milik Siapa?
1. Hari ini orang Melayu diasak oleh segelintir pemimpin politik bukan Melayu yang mahu segala dasar pro bumiputera dihapuskan. Alasan mereka dalam zaman globalisasi ini, dasar-dasar yang membantu kaum atau golongan yang lemah atau "kurang kuat" untuk bersaing sebagai sesuatu yang tidak sihat dan menjadikan ekonomi negara tidak kompetitif.
2. Bagi kumpulan ini, apa sahaja keistimewaan atau dasar pro Bumiputera haruslah dihapuskan sepenuhnya. Mereka mahu orang Melayu dan Bumiputera bersaing sendiri tanpa mengambil kira bahawa orang Melayu telah ditindas selama lebih 400 tahun oleh penjajah.
3. Malahan kumpulan ini juga mengabaikan fakta bahawa 100 tahun terakhir sebelum merdeka juga penjajah British memberi banyak ruang kepada kaum imigran untuk membentuk perniagaan mereka. Manakala kaum pribumi dicurigai sebagai pejuang kemerdekaan dan "pengacau" pentadbiran Kerajaan Inggeris....
------------------------------------
Sepatutnya Melayu dihantar ke pekan, bukan ke hutan...
0 comments:
Catat Ulasan
Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.